Pages

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin

assalamualaikum,,

Sempena Raya yang bakal menjelang, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin... Ampun maaf dipinta jika ana ada buat salah silap selama ini... Biasalah,anakan manusia biasa, macam korang juga, tak lari daripada melakukan kesalahan... Bercakap tentang sambutan hari raya tahun nie, memang meriah ler... ana sambut hari raya kat kampung ana...kat Jeram...malam nie malam raya, kitorang cadang nak buat BBQ...tapi....malangnya hujan!!

Ana harap semoga korang sumer menyambut lebaran kali ini dengan meriah...Tapi..INGAT!!
jagalah batasan pergaulan kita dan jangan melanggar syariat ....

Kalau makan kuih raya tue...Ingat-ingatlah orang disini....

Friday, September 26, 2008

makna ejaan pada nama

Makna Ejaan Pada Nama

17 August 2007

Cuba eja nama anda. Kemudian lihat siapa anda jika mengikut firasat di bawah ini:
A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
B - anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C - anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D - anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E - anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).
F - semua orang menyayangi anda.
G - anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H - anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.
I - anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
J - anda seorang yang cemburu.
K - anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L - anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.
M - kejayaan mudah datang kepada anda.
N - anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O - anda seorang yang berfikiran terbuka.
P - anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q - anda seorang hipokrit.
R - anda seorang yang gemar social.
S - anda sangat broad-minded (fikiran terbuka).
T - anda ada sikap canggih, amat canggih.
U - anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
V - fizikal anda baik sekali.
W - anda suka menyendiri.
X - anda tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut anda buat.
Y - anda selalu penyebab pada banyak masalah.
Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.

Tak semestinya betul, harus salah. Sekadar suka-suka dan mungkin panduan untuk mengenali diri sendiri dan juga orang lain. Ikut pemerhatian saya selalunya ada kena mengena dan betul. Jika betul itu kebetulan, jika salah itu juga kebetulan. Yang betul dan baik rangsang terus, yang salah dan tak baik gantikan dengan yang baik atau hapus terus.
- Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj -

Contoh:-

:-)

Wallahu a’lam

Hukum memakai inai berukir dilaknat Allah

Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan untuk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala sama ada kepada lelaki ataupun perempuan.

Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma’rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

Abu Hurairah .a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)

3 hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. DI sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita t ida k tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

Untuk Saudariku~

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Untuk Saudariku

Untuk saudariku para wanita, bukankah kita diciptakan sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan Rasul-Nya? Untuk itu tempatkanlah diri kita sebagai makhluq tersebut.

Saudariku, tidak sedikit saudari-saudari kita yang tidak menyedari hal itu. Anugerah kecantikan yang semestinya dirawat dan disyukuri malah dijadikan bahan tontonan dan kebanggaan. Mereka mengira dengan penampilan yang serba terlihat dan mempesona di khalayak umum akan menjadi suatu kebanggaan yang dapat membuat orang lain menghargai dan terpesona. Kita marah, tetapi kita juga harus merasa kasihan kerana mereka kurang menyedari kalau yang dilakukannya itu telah menyakiti dzat yang Maha Menciptakannya.

Saudariku, masih ingatkah dengan cerita ketika Rasulullah di isra’ mi’rajkan? Rasulullah melihat ada wanita di dalam neraka yang kakinya ke atas, kepalanya ke bawah sambil meminum air yang mendidih dan memakan kayu kajum yang menghancurkan ususnya. Rasulullah bertanya kepada malaikat,

“Siapakah dia wahai malaikat?” maka malaikat menjawab, “Ya Rasulullah, itu adalah umatmu yang tidak mahu menutup rambut dan auratnya.”

Saudariku, begitu pun dalam Al-Quran surah An-Nuur dan Al-Ahzab mengatakan bahawa menutup rambut itu wajib hukumnya, tetapi bukan bererti sekadar menutup rambut.

Allah menyuruh,

“Ulurkan jilbabmu menutupi dada” (QS. An-Nuur: 31) dan

“Ulurkan jilbabmu menutupi tubuh” (Al-Ahzab: 59)

Saudariku, bersyukurlah kita dengan saudari yang sedang belajar menutup rambut, tetapi sedarlah bahawa dengan menutup rambut dan berpakaian tidak menutup aurat apalagi masih ada bahagian yang jelas terlihat belum sesuai dengan apa yang Allah serukan. Maka sedarilah dan mulailah dari sekarang untuk mengikuti apa yang menjadi kewajipan kita di hadapan-Nya.

Saudariku, kemulusan dan kecantikan bukanlah milik kita. Jadi, betapa malunya kita kalah membanggakan sesuatu yang sebenarnya bukan milik kita. Semua pasti akan kembali ke hadapan-Nya. Yang terakhir wahai saudariku, jadilah sebaik-baik penghias dunia iaitu wanita solehah yang disayangi Allah dan Rasul-Nya. Peliharalah kemuliaan kita di hadapan-Nya, semoga kita termasuk hamba yang disayangi Allah dan Rasul-Nya jua. Amiin.

Wahai saudariku yang dirahmati Allah, tidak sedikit orang-orang yang berupaya menebus kecantikan dengan berbagai cara. Ada yang mengoperasi hidungnya agar terlihat indah mempesona, ada yang mencukur alisnya sampai tidak bersisa walhal bulu alis berfungsi sebagai pelindung mata. Ada juga yang mengoperasi seluruh wajah agar kelihatan awet muda. Selain wajah, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki pun dirawat sedemikian rupa, tetapi bukan untuk suaminya melainkan untuk dapat dipertontonkan. Setiap mata yang melirik terpesona maka hati pun ikut berbicara. Mungkin orang-orang berkata,

“Betapa cantiknya aku sungguh aku bahagia.”

Akan tetapi, tidak sedikit dari mereka yang akhirnya harus mengalami kekecewaan kerana kecantikan lahir yang tidak disertai kecantikan hati, suatu ketika bisa mendatangkan musibah. Misalnya, kerana ia merasa cantik, timbulah kesombongan, sementara bersifat sombong itu adalah perbuatan yang dibenci oleh Allah dan tidak disukai manusia. Lantas kerana ia merasa cantik, dengan mudah berganti-ganti pasangan, tentu saja menyakitkan orang lain dan suatu ketika akan ia rasakan bagaimana perbuatan buruknya sebagai balasan dari amalan buruknya sendiri.

Saudariku, bagaimanapun cantiknya fisikal seseorang itu, suatu ketika akan pudar ditelan waktu dan zaman, tetapi kecantikan hati tidak akan pudar sama sekali walaupun usia semakin renta. Ia akan tampak semakin cantik dan menarik kerana tutur kata yang sopan, berbudi bahasa, dan perilaku aklaqul karimah yang tidak pernah membuat orang bosan berdekatan dengannya. SubhanAllah, mampukah kita cantik sepanjang zaman?

Semoga Allah menolong kita menjadi manusia tercantik dan memberi manfaat pada setiap hamba-hamba-Nya. ~Amiin...~

Kerana satu klik malapetaka berterusan diterima

Kerana Satu Klik Malapetaka Berterusan Diterima

Oleh: Ismail Abu Bakar
dihantar oleh: miya myra

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular. Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut. :

Mahfumnya:: Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. :

Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.

Mahfumnya: Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) 2 pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun."
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack dan Yahoogroup

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.

Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email.

Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.

Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

Berganda-ganda

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.

Cerita Qabil

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.

Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

Wallahhu’alam

DaRi MaTa LeNsA kE mAtA hAti

Dari Mata Lensa ke Mata Hati

oleh: deynarashid

Penulis dan Fotografi

Fotografi vs Perubatan. Bukan sahaja dua bidang yang berbeza malah arah yang cukup bertentangan. Itu adalah satu dilema yang pernah saya alami dahulu. Satu dilema yang tidak patut berlaku dan tidak boleh diterima logik akal, saya tahu. Tetapi sampai ke tahap itu sekali minat yang mendalam dalam bidang fotografi. Namun atas cita-cita yang tercipta sejak kecil, saya mengikut kata akal dan emosi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan walaupun hati kecil berkata sebaliknya.

Bukanlah saya tidak bersyukur dengan peluang yang diberi atau tidak ‘passionate’ dengan bidang yang saya pilih namun atas sebab komitmen dan tanggungjawab yang kian banyak menyebabkan saya kurang punyai masa untuk diluangkan bersama kamera tersayang. Melihat sahabat-sahabat lain yang semakin maju dalam bidang fotografi, saya berasa sedikit cemburu dengan peluang mereka untuk terus mendalami dan melabur dalam bidang seni ini.

Selama lebih kurang 2-3 tahun saya berjinak-jinak dalam bidang fotografi, boleh saya katakan ianya merupakan satu seni yang bukan sahaja sukar diperhalusi tanpa praktikaliti yang cukup tetapi juga perlukan kesabaran dan penelitian lebih-lebih lagi bagi saya yang belajar semuanya dengan sendiri ‘from scratch’ melalui internet dan majalah-majalah fotografi. Namun atas hasil usaha saya yang tidak seberapa, fotografi betul-betul mengajar saya erti sebuah kesenian yang lebih luas dan lebih jauh daripada jangkauan lensa.

Bak kata pepatah inggeris, ‘A picture paints a thousand words’. Jika dahulu saya tidak faham mengapa sekeping gambar itu perlu dijual dengan harga mencecah jutaan ringgit. Tetapi sekarang saya sudah faham mengapa seseorang itu sanggup melaburkan wang untuk karya seni yang cukup tidak ternilai itu. Kerana bagi saya, fotografi itu merupakan satu cara untuk mengekspresi diri yang tidak semua orang mampu miliki dan hayati.

Kisah di Sebalik Lensa

Tanah Inggeris bukan sahaja menjadi tempat untuk saya melanjutkan pelajaran tetapi juga telah membuka mata saya kepada fotografer-fotografer terkenal di sana dan salah seorang daripada mereka ialah Peter Sanders. Mungkin bagi rakan-rakan lain yang juga melanjutkan pelajaran di UK atau Ireland atau Amerika Syarikat atau negara-negara barat yang lain sudah tidak hairan dengan kisah-kisah saudara baru memeluk Islam. Tetapi bagi saya, kisah Peter Sanders betul-betul memberi kesan di hati, mungkin juga kerana beliau seorang seniman fotografer yang istimewa.

Peter Sanders

Peter Sanders a.k.a Abdul Adzeem in action.
Bermula sebagai seorang fotografer selebriti-selebriti terkenal seperti Bob Dylan dan The Doors, Peter akhirnya terdetik untuk mencari suatu ketenangan yang tidak mampu diberi oleh profesyennya sebagai seorang fotografer ketika itu. Beliau akhirnya membuat keputusan untuk ke India dan mengaji di sana sebelum memeluk Islam sekembalinya beliau ke England 6 bulan kemudian.

“Having photographed almost every famous person in the music industry I got bored and started getting in to spritual things. I just wanted something else, and so I decided to go to India. I packed everything up and went, looking for a teacher. Eventually I found one, who was basically a Hindu but had a lot of what we consider 'Muslim Qualities'. I studied with him for about six months and when I cam back to England, some of my friends had become Muslim. Then there were other friends who had gotten heavy into drugs and alchohol. It was as if God was saying to me, 'which direction do you want to go?'.

I didn't know very much about Islam but I had dreams and various other things happened to me. So I made a decision to become Muslim without knowing too much about it. I was 24 years old at the time and within three months of becoming Muslim, I decided to go on Hajj. I didn't have the money but I just made the intention. My elderly Muslim teacher at that time had also made the intention and I knew that I wanted to go too. Someone gave me a ticket and I went. It was at the Kaaba that I learnt that my teacher had died on the way."Conversion: Islam the Growing Religion.

Dari Mata Lensa ke Mata Hati

Bukan sahaja Peter dapat meluaskan pengalamannya mengenali dunia Islam di seluruh dunia seperti di China, Malaysia, Sepanyol dan lain-lain negara, beliau juga diberi keistimewaan untuk menangkap gambar Haji di Mekah yang tidak pernah dilakukan oleh seorang ‘westerner’. Namun peluang yang beliau miliki tidak disia-siakan malah foto-foto yang ditangkap mampu memberi impak yang cukup terkesan kepada setiap mata yang memandang.

British Muslimah

British Muslimah by Peter Sanders.
Menurut Peter atau Abdul Adzeem, “Cahaya adalah sesuatu yang dekat dengan kehidupan seorang fotografer. Mereka sangat terpukau akan keindahan yang sanggup dihasilkan oleh cahaya. Tapi saya mendapati, satu jenis cahaya lain yang jauh lebih memukau, iaitu cahaya spiritual. Ada sesuatu dalam Islam yang mampu menghasilkan keindahan sekaligus cahaya.”

Fotografi dan Islam

Apa yang menarik perhatian saya dan membuat saya cukup tersentuh ialah kesungguhan Peter dalam kerjayanya sebagai seorang fotografer tetapi dalam masa yang sama menjalankan dakwahnya menerusi foto-foto yang dihasilkan. Dalam foto-fotonya jelas menampakkan kemampuan beliau menjadi seorang professional yang hebat dalam bidangnya tanpa meninggalkan identitinya sebagai seorang Muslim. Beliau tidak perlu meninggalkan Islam untuk bekerja sebagai seorang Muslim Photographer. Malah beliau membawa Islam bersama.

Saya teringat beberapa artikel Ust. Hasrizal dan juga kisah Syed Qutb / Sheikh Muhammad Abduh [jika tersalah, minta tolong betulkan, saya tak ingat sangat] tentang istilah ‘Islam tanpa Muslim’ dan ‘Muslim tanpa Islam’. Bila dilihat dengan mata kepala sendiri, memang terasa sedih. Bagaimana muallaf-muallaf di negara barat bertambah ramai sedangkan Muslim sedia ada di Malaysia masih merangkak-rangkak (bagi yang ingin belajar, Alhamdulillah) dan terus hanyut (bagi yang tidak ingin belajar) dalam memahami agama.

Betapa ramai kenalan-kenalan saya di Malaysia yang sanggup meninggalkan dan menggadaikan agama demi kerjaya sebagai seorang fotografer. Tidak dinafikan ada juga fotografer yang islamik tetapi terlalu sedikit dan boleh dikira dengan jari. Kebanyakannya (tidak semua) tanpa segan silu menangkap model-model yang tidak menutup aurat kerana itu sudah menjadi perkara biasa bagi mereka dan saya sendiri pun sudah ‘lali’. Dan tidak ketinggalan juga dengan golongan yang menangkap gambar-gambar model yang seakan-akan ‘telanjang’ yang mereka sangka diri mereka itu Britney Spears atau Jennifer Lopez, terlupa bahawa nama mereka hanyalah Tipah dah Bedah.

Kekecewaan dan kesedihan itu membuatkan saya semakin tidak ingin berjinak-jinak dalam bidang yang kurang islamik ini. Tapi seringkali saya teringat kisah Peter Sanders dan juga beberapa rakan fotografer yang islamik lain yang berjaya menghilangkan persepsi saya tentang ketidak-islami-an bidang fotografi ini. Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki.

The Art of Integration

Kesimpulannya, insan di sebalik kamera itu memainkan peranan yang jauh lebih penting daripada jenis kamera yang digunakan emotions Walau pekerjaan apa yang kita lakukan, walau di mana juga kita berada, bawalah Islam bersama.

Wallahua'lam..

Pahlawan Neraka

Pahlawan Neraka
www.iLuvislam.com
oleh: ibn_khaldun009

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata.

Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu. "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka.

Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya." "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

MUSLIMAH MEMANG TAK GUNA...

Muslimah Memang Tak Guna
www.iluvislam.com
diforward oleh: Afdhal87

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A

HMM~APA ADA PADA NAMA?

Oleh: MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

LIM JOOI SOON.

The image “http://www.zefrank.com/theshow/gallery/d/5534-1/Hi+my+name+is+Ray.png” cannot be displayed, because it contains errors.

MENUKAR nama bapa kepada Abdullah sudah lama diamalkan di Malaysia. Namun, ia tidak pernah diamalkan ketika zaman Rasullullah s.a.w. Contohnya Rasulullah tidak mengubah nama bapa Abdullah bin Abd. Asad biarpun Abd. Asad membawa makna hamba kepada singa, iaitu jelas mengandungi unsur-unsur syirik (Ibni Al-Jawzee, Sifatus Safwah, Jilid 1 (63).

Malah Umar Al-Khattab dan Ali bin Abu Talib juga mengekalkan nama bapa masing-masing setelah memeluk Islam. Jika wajib menukar nama bapa, apakah Rasullullah sendiri tidak mengetahuinya dan melakukannya?

Pegawai Dakwah Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor, Lim Jooi Soon berkata, ramai masyarakat di Malaysia beranggapan bahawa nama Islam adalah nama dalam bahasa Arab.

Pada zaman Rasullullah, mereka yang memeluk agama Islam dinasihati oleh Rasulullah supaya menukar nama asal kepada nama yang bermaksud baik.
Ini menunjukkan nama Islam adalah nama yang mempunyai makna yang baik, bukan semestinya dalam bahasa Arab.

Katanya, menjadi amalan bahawa orang yang masuk Islam di negara ini akan disuruh menukar nama kepada nama bahasa Arab dengan anggapan bahawa nama Islam adalah nama di dalam bahasa Arab.

Persoalannya, bagaimana dengan masyarakat Melayu yang tidak mempunyai nama dalam bahasa Arab, adakah mereka perlu menukar nama atau sebaliknya?

“Sebenarnya, pada zaman Rasullullah, ramai sahabat apabila masuk Islam mengekalkan nama asal mereka walaupun bukan di dalam bahasa Arab. Antaranya; Salman Al-Farisy dari Persia dan Bilal Ar-Rabah dari Ethopia, katanya ketika ditemui MEGA, baru-baru ini.

Pada masa yang sama, kata Jooi Soon, tiada nas untuk membenarkan penukaran nama bapa kandung kepada Abdullah atau nama-nama lain.
“Dalam kes ini saya bersetuju 100 peratus dengan fatwa Majlis Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan pertukaran nama bapa kandung.
“Sebagai seorang Islam, apabila kita ditunjukkan sesuatu nas atau bukti larangan atau perintah, kita hendaklah mematuhi arahan tersebut seperti mana dalam ayat 17 dan 18 dari surah al-Zumar, jelasnya.

Tambah Jooi Soon, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika terdapat pihak-pihak yang masih mengekalkan pendapat dan tradisi walaupun dikemukakan dengan bukti yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Golongan begini disebut di dalam al-Quran,

Sesungguhnya kami mendapati datuk nenek kami menurut satu agama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja dan demikianlah halnya (orang-orang yang taklid buta) kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata, sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja. Rasul itu berkata, adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu agama yang lebih nyata memberi petunjuk daripada apa yang kamu dapati datuk nenekmu menganutnya? Mereka menjawab: Sesungguhnya kami mengingkari agama yang kamu di utus untuk menyampaikannya. (al-Zukhruf: 22-24),

Kata Jooi Soon, sebagai Muslim berbangsa Cina, mengekalkan nama penuh dalam bahasa ibunda adalah perkara yang penting bagi sebahagian masyarakat Cina. Ini kerana setiap perkataan pada nama tersebut membawa maksud dan pengertian tertentu.
“Sebagai contoh, walaupun saya hampir sepuluh tahun memeluk agama Islam, saya masih mengekalkan nama Lim Jooi Soon kerana maksud di sebalik nama itu membawa pengertian yang indah dan terpuji dalam masyarakat dan budaya Cina serta tidak melanggar syariat.
“Lim adalah nama keluarga, Jooi adalah nama keturunan dan Soon adalah nama diri saya. Bayangkan apabila ada sebahagian daripada masyarakat Cina yang ingin memeluk agama Islam terpaksa membuang nama keturunan dan nama dirinya ini seolah-olah memutuskan pertalian dari nasab keturunan yang sama, tambahnya.
Menurut Jooi Soon, sebenarnya ramai masyarakat Cina membatalkan hasrat memeluk Islam kerana takut apabila diberitahu nama keturunan dan nama diri perlu dibuang selepas pengislaman.
“Dari segi dakwah pula, jika mereka mengekalkan nama dalam bahasa Cina, tanggapan masyarakat bukan Islam bahawa memeluk agama Islam itu bermakna ‘masuk’ Melayu dapat dihakis sekali gus menunjukkan Islam adalah agama universal, katanya .
Mengenai kesukaran mengenalpasti status mualaf Islam jika tidak dibinkan Abdullah, Jooi Soon berkata, hal itu tidak perlu dikhuatirkan.
“Perkara ini bukan masalah kerana penyelesaiannya terbukti pada status agama Islam yang tertera dalam kad pengenalan (MyKad) dan juga kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Persekutuan dan Negeri,” jelasnya.

http://www.pusat-dakwah.gov.bn/bahagian/kursus_muallaf1.jpg

Apa yang lebih penting katanya ialah pengamalan segala suruhan dan meninggalkan larangannya berbanding dari segi nama dan pakaian mereka. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi di talian 012-3661121 atau e-mail abdlim@gmail.com
Fakta tentang menukar nama mualaf
Terdapat dua pendapat mengenai pertukaran nama kepada ‘bin’ Abdullah atau ‘binti’ Abdullah apabila seseorang memeluk agama Islam:

Pertama: Mengikut al-Quran dan sunah.

Kedua: Mengikut budaya Malaysia

Menukar nama kepada bin atau binti’ Abdullah bukan ajaran Islam tetapi ia lebih menitik kepada Budaya Malaysia. Ia tidak pernah diamalkan pada zaman Rasullullah s.a.w. Agama Islam boleh menerima apa jua amalan dan budaya mana-mana bangsa selagi ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan sunah.
Nas menukar nama bapa itu tidak dibenarkan dalam Islam.

Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber’bin’kan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah s.w.t. (Al-Ahzab: 5).

Sesiapa yang secara sedar mengubah nama bapanya kepada nama yang lain terkeluar dari syurga. (Riwayat Bukhari 8:578, Muslim 1:120 Daud 3:5094)

Sesiapa yang secara sengaja membiarkan dirinya dipanggil sebagai anak kepada yang bukan bapanya adalah kufur. (Riwayat Bukhari 4:467, Muslim 1;118, Daud 3:5095).

Beberapa pilihan mualaf berkaitan nama.

*Mengekalkan nama asal sepenuhnya (Lim Jooi Soon) kerana ia penting dan melambangkan dan mengekalkan nama generasi dan nama diri mereka.
*Meletakkan ‘bin’ di hujung nama - walaupun bukan budaya orang Cina tetapi jika ingin meletakkan ‘bin’ tidak menjadi masalah asalkan nama tersebut ber ‘bin’ kan bapa kandung dan bukan nama lain seperti Abdullah contohnya Lim Jooi Soon Bin Lim Hong Nam.
*Memilih nama Arab yang mempunyai makna yang baik sambil mengekalkan nama asal sepenuhnya (Abdul Rahman Lim Jooi Soon). Namun, ini bukan kemestian.
Berbeza dengan budaya orang India yang memang meletakkan ‘anak lelaki’ ataupun ‘bin’. Ia boleh dikekalkan dengan syarat ber‘bin’kan bapa kandung sendiri contohnya Shah Kirit Bin Kalkulai Govindji.

Hikmah di sebalik larangan menukar nama bapa.

*Untuk mengelakkan daripada berlakunya perkahwinan di antara ahli keluarga yang diharamkan berkahwin akibat tidak tahu tentang asal-usul keluarga.
*Untuk menunjukkan bahawa orang yang masuk Islam itu masih mengekalkan perhubungan anak dan bapa seperti biasa dan bahawa Islam itu tidak sekali-kali memutuskan pertalian di antara kaum keluarga.

Puisi Dakwah~

Puisi Dakwah

oleh : everjihad

Katakanlah:
‘ inilah jalanku,
aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashiroh,
aku dan pengikut-pengikutku
Mahasuci Allah!
dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik

Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan
Duri dan batu terjal selalu mengganjal,
lurah dan bukit menghadang
Ujungnya bukan di usia,
bukan pula di dunia
Tetapi Cahaya Maha Cahaya,
Syurga dan Ridho Allah Cinta adalah sumbernya,
hati dan jiwa adalah rumahnya.

Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu
Nikmati perjalanannya,
berdiskusilah dengan bahasa bijaksana
Dan jika seseorang mendapat hidayah karenamu
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…

Pergilah ke hati-hati manusia,
ajaklah ke jalan Rabbmu
Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham,
Mengerti tentang Islam,
Risalah anbiya dan warisan ulama
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya
Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra

Jika engkau cinta maka dakwah adalah ikhlas menghiasi hati,
memotivasi jiwa untuk berkarya Seperti kata Abul Anbiya,

“Sesungguhnya shalatku,
Ibadahku,
hidupku,
dan matiku semata bagi Rabb semesta".
” Berikan hatimu untuk Dia,
katakan “Allah Ghayatuna”

Jika engkau cinta maka dakwah adalah amal
Membangun kejayaan ummat kapan saja di mana saja kamu berada
Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan,
al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi,
keluarga, masyarakat hingga
Negara Bangun aktivitas secara tertib untuk mencapai kejayaan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihad
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan
Tinggikan kalimat Allah rendahkan dugaan syaitan durjana
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya
Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangku tangan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat
Kepada Allah & Rasul, Al-Qur’an & Sunahnya Serta orang-orang bertaqwa
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah
Karenanya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan
Buah dari sabar meniti jalan,
teguh dalam barisan
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tajarrud
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’I sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsiqoh
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah

Jika engkau cinta maka dakwah adalah ukhuwah
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia,
utamanya mukmin mujahidin
Lapang dada merupakan syarat terendahnya,
itsar bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’I dalam cintaNya
Berjumpa karena taat kepadaNya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
Saling berjanji untuk menolong syariatNya

syawal yang istimewa...sungguh!

Syawal yang Istimewa..Sungguh..

oleh : unknown

“Allahuakbar Allahuakbar………”

Takbir bergema di Masjid-masjid, dicorong radio serta televisyen. Umat Islam yang berpakaian serba indah berpusu-pusu menuju ke Masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri. Tidak kira yang kecil atau yang besar, masjid-masjid serta surau dipenuhi dengan jemaah-jemaah sehingga ruang untuk solat tidak mencukupi.

Ramli memerhatikan gelagat mereka dengan penuh sayu. Teringin benar untuk mengikuti mereka menunaikan solat sunat itu tetapi apakan daya. Kaki dan tangannya yang cacat itu tidak mengizinkan dia melakukan sedemikian. Kini, sudah genap tiga puluh tahun Ramli hidup di muka bumi ini tetapi tidak sekali pun dia dapat mengikuti sembahyang sunat Hari Raya dan juga genap lima belas tahun Ramli tidak menyambut Hari Raya bersama keluarganya.

“Ya, Allah jika ini adalah ujian yang telah kau berikan kepadaku, aku terima dengan hati yang terbuka. Tetapi Ya Allah, izinkanlah aku menyambut bulan yang mulia ini bersama umat-umatmu yang lain sebelumku kembali kepadamu,” Ramli menadah tangannya yang cacat itu dan berdoa kepada Allah swt.

Titisan air mata yang mengalir semakin membasahi pipinya. Dengan suara yang teresak-esak, Ramli berdoa, memohon kepada tuhan semoga dia dapat menyambut Hari Raya bersama keluarganya. Entah kenapa pada tahun ini, teringin benar dia menyambut Hari Raya tidak seperti tahun-tahun dahulu, Ramli tidak begitu ghairah.

“Adikku Rusdi, izinkanlah Ramli menyambut Hari Raya bersama Rusdi sekeluarga. Ini sahaja yang abang minta,” Ramli berbisik di dalam hati dengan tangisan yang begitu memilukan.

Matanya masih terpaku di Masjid yang berdekatan dengan rumahnya itu. Ramli semakin berasa kempunan untuk berbaju raya seperti umat Islam yang lain. Kalaulah kakinya dapat berjalan, sudah pasti Ramli akan mengikuti solat Hari Raya itu. Tiba-tiba, Ramli terpandang dua anak kecil yang sedang dipimpin oleh bapa mereka dan berjalan ke arah masjid. Fikiran Ramli terus berputar kepada zaman sewaktu ibu bapanya masih hidup. Terukir senyuman dibibirnya tatkala mengenangkan kisah lama itu.

“Ramli tahun ini nak pakai baju raya warna apa?”

“Ramli nak ikut ibu. Tahun ini kita pakai semua samalah bu. Cantikkan.”

“Amboi anak ibu dah pandai nak bergaya eh,”

“Abang cacat, pakai lawar-lawar pun tak nampak,”

“Rusdi! Tak baik cakap macam gitu. Inikan abang Rusdi. Pergi minta maaf!”

“Abang Ramli cacat. Tapi ibu selalu sayang abang lebih dari Rusdi. Ibu tak adil!”

Rusdi terus berlari ke dalam biliknya.

Ramli tidak sedikit pun berkecil hati dengan kata-kata adiknya Rusdi yang baru berumur sembilan tahun pada waktu itu. Ramli sedar ibu dan bapanya sayangkan kedua-dua anaknya tetapi mereka telah memberi lebih perhatian kepada Ramli kerana kecacatannya. Ramli dilahirkan kurang sempurna. Kaki dan tangannya kecil dan tulang-tulang tubuhnya bengkok. Ramli hanya boleh bergerak dengan bantuan kerusi roda. Waktu kecil, Ramli tidak kuat untuk bergerak dengan menggunakan tangannya sahaja.

Sejak kecil lagi, adiknya Rusdi tidak pernah menyukai abangnya itu. Sehingga kini Ramli masih belum mengerti tetapi dia dapat mengagak bahawa Rusdi malu dengan kecacatannya ataupun mungkin Rusdi masih berasa cemburu terhadap dirinya yang sering mendapat perhatian lebih daripada ibu dan bapa mereka. Namun demikian, Ramli berasa gembira. Walaupun ibu bapanya mempunyai seorang anak yang tidak sempurna, mereka masih menjalankan amanah Tuhan untuk menjaga dan membesarkan zuriatnya ini dengan penuh kasih sayang. Bagi Ramli, kasih sayang ibu dan bapanya terhadapnya sudah cukup untuk memberinya semangat untuk terus hidup seperti orang biasa. Ramli juga percaya apabila Rusdi semakin dewasa, dia akan dapat menerima Ramli.

“Ibu, Ramli nak ikut ibu sembahyang hari raya boleh ibu?” Ramli bertanya kepada ibunya pada suatu pagi raya.

“Tak boleh sayang, nanti bila Ramli sudah besar sedikit, bila Ramli sudah boleh berjalan sendiri ibu bawa Ramli pergi ya?”

Ramli akur. Ramli hanya tersenyum sahaja dengan jawapan ibunya itu. Namun demikian, hatinya begitu teringin untuk mengikuti keluarganya mengikuti sembahyang raya di Masjid.

“Orang cacat mana boleh sembahyang!” usik Rusdi lalu mengikut ibu dan bapanya ke Masjid.

Kali ini hati Ramli betul-betul terusik. Ramli tidak sangka kecacatannya itu menghalangnya untuk bertemu dengan Tuhan. Tetapi Ramli mengerti bahawa dia hanya akan menyusahkan orang sahaja. Ramli menunggu keluarganya sambil menonton acara sembahyang sunat hari raya di televisyen.

“Tuk Tuk Tuk!”

Ramli tersentak dari lamunan. Pintu rumah kecilnya dibuka.

“Aiyah orang muda, Lu apa bikin sini. Lu talak mahu pergi hali laya sama itu famili ka?”

“Oh Auntie. Masuklah. Wah pagi pagi Auntie sudah datang Auntie sudah makan?”

Insan yang dipanggil Auntie ialah jiran Ramli, seorang wanita cina yang sudah separuh abad umurnya. Auntie itu yang juga dikenali sebagai Auntie LI sering datang ke rumah Ramli untuk memberinya makanan.

“Wa pagi-pagi sulah makan. Ini wa ada bawa lu lontong. Lu sukakan?” pelawa wanita cina itu.

“Auntie beli di mana? Kedai Melayu ada bukak ke?” Ramli was-was.

“Lu jangan takut. Wa tau lu Melayu mana boleh makan cina punya makan. Anak wa punya kawan kasi ini lontong. Wa kasi samalu. Halal punya. Jangan takot,” Auntie Li terus pergi ke dapur Ramli lalu memberi Ramli sebungkus lontong itu.

Terharu Ramli mendengar ketulusan Auntie Li itu. Selama dia duduk di sini, wanita cina yang sudah tua tapi masih kuat itulah yang menjadi temannya. Dia juga yang sering memberinya makanan. Yang lebih mengkagumkan Ramli, Auntie Li cukup prihatin terhadap sumber makanan yang diberinya kepada Ramli. Dia akan pastikan makanan itu halal sebelum memberikan kepada Ramli. Oleh itu, Auntie Li tidak akan memberi makanan masakannya tetapi masakan Melayu.

Ramli membuka bungkusan lontong itu sambil menitiskan air mata.

“Eh lu apa pasal nangis,”

Ramli membisu. Air matanya masih juga mengalir membasahi pipinya. Ramli menangis kegembiraan kerana masih juga ada insan yang mulia yang sudi membantu dirinya yang cacat ini sedangkan keluarganya sendiri meminggirkannya.

“Lu mau apa lu cakap sama anti. Wa boleh tolong sama lu,”´Auntie Li cuba menghulurkan bantuan.

“Tak ada apa-apa auntie. Saya gembira dapat makan lontong,” Ramli cuba menutup kesedihannya.

Auntie Li hanya memerhatikan Ramli yang sedang menikmati lontong yang dibawanya itu. Lazimnya, jika dia menghantar makanan, dia pasti akan menemani dan berbual-bual dengan Ramli.

Tergerak hati Auntie Li untuk menanyakan tentang hal peribadi Ramli. Tetapi dia masih tidak berani untuk mengajukan soalan itu kerana Ramli sering kelihatan menangis. Auntie Li tidak mahu menambahkan kesedihan Ramli. Auntie Li dapat merasakan bahawa hati Ramli sedang merana. Dia juga dapat merasakan Ramli mempunyai latar belakang yang menyedihkan. Kalau tidak, Ramli tidak akan tinggal seorang diri di rumah sewa yang tidak mempunyai bilik ini.

Ramli yang sedang khusyuk menikmat hidangan lontong itu terhenti apabila melihat Auntie Li yang sedang memerhatikannya.

“Auntie mahu tahu sejarah hidup saya?” Ramli seperti dapat membaca apa yang terpendam di benak fikiran Auntie Li.

“Eh! Lu boleh baca wa punya otak ah? Wah lu baguslah. Manyak pandai,” Auntie Li berseloroh.

Dengan hati yang terbuka, Ramli memulakan cerita. Air matanya ditahan daripada mengalir keluar.

“Dulu saya ada ibu dan ayah. Mereka baik sekali. Mereka sayang sama saya. Saya cacat sejak saya keluar dari perut ibu. Sewaktu umur saya sepuluh tahun, ibu dan ayah meninggal dunia selepas kemalangan jalan raya. Tinggal saya dan adik saya Rusdi namanya. Selepas itu, kami dua beradik dijaga oleh makcik saya. Waktu itu umur saya baru sepuluh tahun. Lima belas tahun kemudian, adik saya Rusdi berkahwin. Makcik saya tidak mahu jaga saya lagi. Makcik suruh saya ikut adik saya Rusdi. Saya pun duduk dengan Rusdi di rumahnya sendiri. Auntie tahu bukan saya tidak boleh bergerak banyak jadi kadang-kala saya perlukan pertolongan mereka. Isteri Rusdi sibuk. Dia tidak ada masa untuk tolong saya. Saya sedar Auntie, saya banyak menyusahkan orang lain. Saya tidak mahu ganggu mereka tapi saya tidak berdaya. Satu hari isteri Rusdi sakit. Isterinya menangis. Saya masuk ke biliknya kerana mahu lihat adik ipar saya. Bila saya masuk sahaja, Rusdi pulang dari kerja. Dia menuduh saya cuba memperkosa isterinya itu,” Ramli terdiam lalu mengimbas kembali peristiwa pahit itu.

“Ramli! Apa kau buat dalam bilik aku? Kau cuba kacau bini aku ya?”

“Astaghfirullahhalazim, mengucap Rusdi. Isteri kau sakit. Aku hanya mahu membantu.”

“Ah! Alasan! Saya tahu kau dah lama nakkan isteri aku kan? Kau selalu cuba hendak memperkosanya bukan? Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat di belakang aku?”

Rusdi menendang Ramli.

“Lepas itu apa sulah jadi?” Auntie Li mengejutnya dari lamunan.

“Selepas itu mereka menghalau saya. Saya tahu adik saya tidak suka dengan saya sejak dari dulu lagi dan dia memang berniat untuk menghalau saya. Isterinya sering berkata kepada Rusdi bahawa dia malu dengan kawan-kawan dan jiran-jiran kerana mempunyai abang ipar yang cacat seperti saya. Dua hari kemudian Uncle Manikam yang dulu tinggal di rumah ini jumpa saya di bawah blok dan bawa saya tinggal bersama saya di sini. Dua tahun kemudian Uncle Manikam balik ke India dan tinggallah saya seorang diri di sini.” Ramli memberhentikan ceritanya.

Ramli tidak dapat menahan kesedihannya lagi. Dia kembali termenung.

Tanpa disedari, air mata Auntie Li juga turut mengalir. Auntie Li terharu mendengar kisah hidup Ramli yang sungguh menyedihkan itu. Auntie Li tidak tahu bagaimana hendak membantu Ramli. Ramli dianggap seperti anaknya sendiri.

“Lu punya adik ada tahu lu tinggal di sini?Lu tak ada telefon lu punya adik?” Auntie Li bersuara lagi.

“Saya ada telefon Rusdi apabila saya berpindah ke sini. Rusdi tahu saya tinggal di sini. Tapi saya sudah tidak mahu menyusahkan hidup mereka lagi,” Ramli menjelaskan lalu teringatkan kembali perbualan telefonya bersama Rusdi pada suatu hari.

“Rusdi, Abang Ramli ni,”

“Nak apa lagi?”

“Abang Cuma nak cakap abang sekarang tinggal di Blk 100 Aljunied Road. No telefon Abang 74……”

Rusdi memutuskan panggilan itu sebelum Ramli habiskan perbualannya.

“Lu ada itu nombor rumah lu punya adikkan?” Auntie Li mengejutnya dari lamunan.

“Ada tapi kenapa Auntie?” Ramli berasa hairan.

“Lu tak mau pergi rumah lu punya adik?”

“Tidak usahlah Auntie. Saya tidak mahu menyusahkan mereka. Kalau mereka ingatkan saya, mereka akan datang dan mencari saya.”

Namun demikian, hati Ramli hanya Tuhan sahaja yang tahu. Teringin sungguh dia bertemu dengan adiknya sendiri dan menyambut hari raya bersama mereka sekeluarga.

Selepas bercerita panjang, Auntie Li pun meminta diri untuk pulang ke rumah. Ramli menadah tangannya lalu mengadu kepada Tuhan.

“Ya Allah ya Tuhanku. Kepadamu aku sembah dan kepadamu aku pohon pertolongan dan kemaafan. Ya Allah. Ampunkan segala dosa-dosa yang telah aku lakukan terhadapmu dan terhadap umat-umat mu Ya Allah. Ya Allah Terangkanlah hatiku, terangkanlah hati adikku Rusdi. Ya Allah ampunkah dosa adikku Rusdi. Selamatkanlah dia dari hinaan dunia dan siksaan api neraka. Ya Allah. Jika ujian yang engkau berikan kepadaku ini adalah untuk menguji keimanan ku terhadapmu, aku terima dengan hati terbuka. Tetapi Ya Allah, aku memohon kepadamu. Aku teringin untuk menyambut bulan yang mulia ini bersama sanak saudaraku. Ya Allah, bukakanlah hati keluargaku untuk menerima ku walaupun sehari. Aku redha dengan ketentuanmu. Aku terima kecacatan yang menimpa diriku. Aku terima Qadha dan Qadarmu Ya Allah. Kini hanya satu yang kupohonkan dari mu Ya Allah. Temukanlahku dengan adikku. Izinkanlah aku menyambut bulan syawal yang mulia ini untuk sekali ini sahaja…….,” Ramli terhenti dari doanya.

Ramli tidak mampu untuk menyambung doanya lagi. Ramli semakin lemah. Badannya direbahkan ke atas tilam buruknya itu. Matanya dibanjiri tangisan air mata. Ramli menutup matanya.

Dengan kuasa Allah Swt yang mendengar segala rintihan umatnya, Auntie Li dan anak-anaknya muncul di depan pintu. Melihat Ramli yang sedang tidur, anak-anak Auntie Li mengangkat Ramli ke atas kerusi rodanya lalu membawanya ke dalam kereta anak Sulung Auntie Li. Ramli sudah terlalu lemah untuk membuka matanya. Sehari suntuk dia tidak tidur. Auntie Li memberi alamat rumah Rusdi yang telah diambilnya dari diari Ramli. Mereka pun bergegas ke rumah Rusdi di Tampines.

Sesampainya mereka ke rumah Rusdi, Auntie Li mengetuk pagarnya yang sudah dibuka luas. Ramai tetamu yang sedang bertandang di rumah Rusdi. Beberapa minit kemudian Rusdi muncul di muka pintu. Rusdi rebah ke lantai apabila melihat abangnya yang sudah lama tidak ditemuinya.

“Ini lu punya abang mau jumpa sama lu. Kalau lu tak mau simpan sama dia, lu cakap sama wa. Nanti wa punya anak-anak angkat dia balik rumah wa,” Auntie Li berkata dengan tegas.

Ramli masih memejamkan matanya manakala Rusdi meraung di kaki abangnya meminta maaf.

Sumber: Berita Harian
, 1 Disember 2002

tanda-tanda kehadiran lailatulqadar

Tanda-tanda Kehadiran Lailatulqadar

dihantar oleh : pair-j

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Saturday, September 20, 2008

kasih sayang adik dan kakak

Kasih Sayang Adik dan Kakak
by;meezwan
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak. "Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... .. "Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung.

Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi... aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. Adakah kita sanggup sungguh2 berkorban untukNYA sbg bukti cinta dan kasih kita?

Sunday, September 14, 2008

cerpen~ SITI SI BINTANG KECIL

*“SEKOLAH sangat bangga kerana berjaya melahirkan seorang bintang kecil, yang sekali lagi telah menjuarai Pertandingan Suara Emas peringkat negeri. Tepukan gemuruh untuk adik Siti Aisyah binti Kamarudin, pelajar Darjah 5 Kenanga, penerima Anugerah Khas Sekolah untuk tahun ini!” Tepuk sorak para pelajar, ibu bapa dan guru-guru bertambah galak apabila Siti yang kecil molek berbaju kebaya songket biru berkilau-kilau tampil dengan lenggang-lenggok lemah gemalai untuk menerima piala daripada Tuan Haji Abdul Rahman, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Tuan Haji mengusap-usap kepala Siti, rambutnya yang panjang mengurai disanggul satu di pangkal leher dan dihias dengan cucuk sanggul bertatah batu kecubung. “Bagus, jadilah anak yang berguna untuk agama, bangsa dan negara,” “InsyaAllah Tuan Haji, terima kasih,” molek sungguh tutur kata dari bibir mungil bergincu merah menyala, bibir itu mengukir senyum sambil kelopak mata beralas pembayang mata hijau-biru-jingga dan dilapik alis palsu bermaskara tebal dikelip-kelipkan, malu-malu manja. Teserlah lesung pipit di dagu, wajah yang halus berbedak putih melepak dan pipi yang berseri-seri dengan perona merah jambu itu kelihatan begitu manis. Aroma pewanginya semerbak, kalah cikgu-cikgu perempuan di barisan hadapan. “Cantik benar budaknya. Hai, bercakap pun sopan. Tak ada lagak kanak-kanak 11 tahun. Nampak matang sungguh!” bisik Tuan Haji sambil mengambil semula tempat duduk di atas pentas, di antara Ustaz Ali dan Tuan Guru Besar.“Begitulah orang berbakat. Dapat pula didikan dan bimbingan ibu bapa. Keluarganya bersemangat benar memberi sokongan!”“Pelajaran pun tak kalah, tu Tuan Haji. Selalu dapat Nombor Satu dalam kelas,” Hajah Rohana menyampuk. Tuan Haji Abdul Rahman tersengih-sengih. Kalaulah budak ini tujuh lapan tahun lebih tua, menikah baru aku… “…Silapnya kita ni, bakat dan minat anak-anak, kita diamkan, kita abaikan. Manalah anak-anak nak cemerlang. Sepatutnya, kita perlu memberi sokongan dan galakan. Suatu hari nanti bintang mereka akan bersinar berkat dorongan kita sebagai orang tua. Negara juga akan bangga dengan sumbangan besar yang dapat diberikan…” Emak Siti dan Ayah Siti yang mendapat tempat istimewa di barisan kedua paling hadapan tersenyum-senyum kambing mendengar ucapan perasmian Tuan Haji Abdul Rahman. Anak kesayangan mereka menjadi bintang di mana-mana sahaja. Tadi pun semua orang ternganga dengan persembahan anak mereka, menyanyikan lagu Seri Mersing dan Bahtera Merdeka dengan pitching yang sempurna. Malah Emak berani cakap suara Siti lebih sedap daripada mana-mana penyanyi dalam TV pun. Tidak sia-sia Emak dan Ayah menghantar Siti ke kelas vokal sejak usianya empat tahun dan menempahkan pakaian mahal-mahal untuk Siti gayakan setiap kali ke pentas. Tidak sia-sia Ayah membelikan set karaoke berharga ribuan supaya Siti dapat berlatih dan menghafal lirik di rumah dengan selesa, bila-bila masa dia suka. Tidak sia-sia Emak membeli set kosmetik berjenama untuk Siti, malah mengajar Siti berdandan, memadankan warna-warna di wajah dan pakaian, malah beg dan kasut pun perlu sedondon, barulah imej sentiasa anggun. Tidak sia-sia di rumah ada ASTRO, boleh Siti menonton rancangan realiti televisyen yang bagus untuk mengasah bakat anak-anak muda. Biar dia turut terangsang untuk berusaha mencapai kejayaan yang sama dan dapat pula belajar memperbaiki mutu persembahannya. Siti dibelikan telefon tangan untuk mengundi bintang kegemarannya. Role-model penting untuk dijadikan contoh supaya lebih bersemangat untuk mengejar cita-cita. Soal pelajaran? Ah, Nor Amalina yang dapat berbelas-belas A1 itu pun belajar sambil menonton televisyen! Asal pandai membahagikan masa, tentu tidak timbul masalah. Bukankah Siti sentiasa dapat Nombor Satu? Barangkali berkat sungguh doa Emak dan Ayah!
***Siti meniarap di atas katil sambil membelek-belek majalah hiburan yang dibelikan Emak. Tiap-tiap kali keluar ke pekan membeli barang-barang rumah atau kain baju, Emak sentiasa ingat akan anaknya yang gemar membaca. Beraneka majalah hiburan dan buku suka duka putus cinta artis yang tersusun rapi dalam bilik Siti. Emak mahu pembacaan Siti meluas dan meliputi pelbagai aspek kehidupan. Merdu suara Siti Nurhaliza berkumandang dari speaker Hi-Fi di sudut bilik. Siti senang sekali mendengarnya. Lunak nian, meremangkan bulu tengkuk. Siti yang itu tinggi, langsing, sangat cantik dan dapat berkahwin dengan orang kaya dalam majlis perkahwinan seperti yang dimimpikan oleh setiap Cinderella sebelum bertemu Prince Charmingnya. Bukan sahaja rembulan jatuh ke ribaannya, bintang-bintang pun seperti hujan yang menghiasi hidupnya yang tentunya penuh kebahagiaan dan kemeriahan. Siti tahu, tidak mustahil untuk dia mengecapi tuah seperti itu. Suaranya sangat merdu dan dia sangat berbakat. Semua orang – ya, semua – berkata begitu. Semua orang berkata yang dia seorang bintang kecil. “Dalam zaman awak nanti, awak akan jadi bintang!” itu kata ketua hakim yang baru menganugerahkan juara kepadanya dua minggu lepas. Siti terfikir, bila zaman aku agaknya? Mungkin sesudah habis belajar dan dapat bergiat serius dalam lapangan seni suara nanti. Tapi, bukankah orang lain belum PMR pun sudah ada yang terkenal meletup-letup? Siti yakin, ‘zaman’ untuk dia menjadi bintang sebenar – bintang besar, bukan bintang kecil lagi – sudah sangat hampir. Tapi Siti gerun kalau Prince Charmingnya sudah tua dan bermisai lebat seperti arwah Tok Aki. Siti mahu yang muda, yang tampan bergaya, dan penting sekali, yang kaya-raya. Calon yang bagus tentu sekali Abang Adam, anak Tuan Haji Abdul Rahman yang selalu menjeling-jeling dan menyiulnya setiap kali terserempak atau melintas di hadapan rumah Siti pada petang-petang hari. Tinggi, putih, rambut ala Leonardo diCaprio, wajah mirip-mirip Yusry KRU. Abang Adam belajar di sekolah asrama yang terkenal di bandar dan pulang tiap-tiap minggu. Siti teringat pasangan kekasih dalam drama bersiri remaja yang ditunggu-tunggunya saban minggu. Romantiknya kalau dia dan Abang Adam saling mengucapkan “I love you…” dan “Saya sayang awak sangat-sangat…” sambil berpegangan tangan dan merenung ke dalam mata satu sama lain. Seronok sungguh menjadi orang yang cantik dan berbakat ini! Pintu bilik diketuk. Anganan Siti cabut lari seperti kucing disergah. Kakak datang mengajak Siti solat Maghrib berjemaah. Alamak. Bosannya. Orang tengah baca majalah sambil berangan jadi bintanglah Kakak, janganlah kacau! Emak dan Ayah tak pernah bising-bising suruh Siti sembahyang. Siti tahu Emak dan Ayah selalu sembahyang kalau sempat, kalau tiada mesyuarat atau program syarikat, tapi kata mereka Siti masih kecil lagi, janganlah ekstrim sangat. Beribadah perlu ikhlas, usah didesak-desak. Siti sebenarnya suka Kakak datang ke rumah. Sepupunya yang empat tahun lebih tua itu sangat rapat dengannya sejak kecil, temannya bermain, mengadu dan bercerita. Kakak selalu datang bermalam apabila Mak Su dan Pak Su keluar outstation. Bisik-bisik Emak dan Ayah, mereka bukan outstation, tapi pergi berdakwah. Gerun Siti mengingatkan cerita ajaran sesat dan gambar perempuan berselubung hitam yang pernah dilihatnya dalam akhbar. Mak Su bertudung labuh. Pak Su yang suka berkopiah itu sering mengajak Ayah berjemaah di masjid, dan Ayah selalunya terpaksa mengikut kerana segan. Seperti Siti yang segan dengan Kakak sekarang dan akur menjadi makmum.

*** “Hijjaz, Raihan, Qatrunnada, Opick, Nahwan Nur, eh macam tak pernah dengar nama-nama kumpulan ni. Kakak suka dengar lagu nasyid ye?” Kakak angguk. “Bagus tahu,” Siti seronok apabila sekali-sekala melawat Mak Su dan Pak Su yang sangat memanjakannya. Mak Su akan masak sedap-sedap dan Pak Su menghadiahkan permainan. Kemudian boleh masuk ke bilik Kakak dan lihat apa-apa yang menarik di situ. Tidak ada majalah hiburan dan buku biografi artis tetapi ada komik-komik yang menyeronokkan. Kata Kakak, komik-komik itu banyak nilai murni. Contoh teladan yang baik. Kakak juga ada CD kartun yang banyak. Tom and Jerry Collection, Detective Conan Series, malah Doraemon dan Shin Chan. Tiap-tiap kali Siti datang, mesti ada komik dan kartun yang baru. Tapi kali ini, Siti tertarik dengan deretan kaset dan CD muzik Kakak. Selalu dia jarang perasankan itu semua kerana leka dengan komik dan kartun. “Nasyid apa yang Siti tahu? Tentu sedap suara Siti bernasyid,”“Er, Siti tak suka dengar lagu nasyid. Tak biasa. Siti tahu satu saja, nasyid In-Team yang tajuknya Kasih Kekasih. Kau tahu ku merinduimu.. ku tahu kaumenyintaiku...” “Wah, merdu sungguh suara Siti!” Kakak memuji. Siti tersenyum-senyum dan mengucapkan terima kasih. Tertib yang diajar Emak, bila dipuji, ucapkan terima kasih. “Em, kenapa ya Siti suka menyanyi? Suka masuk pertandingan?” “Seronoklah, dapat naik pentas, pakai cantik-cantik dan bersolek. Orang puji. Jadi popular dan semua orang minat. Dapat hadiah, duit, piala. Budak lelaki hantar surat cinta. Nanti besar, jadi bintang terkenal dan kumpul banyak duit. Masuk TV dan radio. Buat konsert besar-besaran, peminat berkumpul dan bersorak ramai-ramai. Kemudian lelaki tampan jatuh cinta dengan Siti, wah seronoknya…”“Siti budak pandai, selalu dapat Nombor Satu. Orang macam Siti, banyak dapat sumbangkan kepada negara. Agak-agaklah, kalau Siti jadi hebat begitu, apa yang dapat Siti beri kepada negara? Apa yang Siti dapat tolong rakyat? Em, kita orang Islamkan, apa yang dapat Siti tolong orang Islam?” “Bila Siti berjuang dalam arena seni suara, peminat beli album dan datang konsert Siti, itu dapat mengukuhkan industri muzik negara. Kuatkan ekonomi tu. Kemudian bila terkenal di peringkat antarabangsa, Siti dapat perkenalkan negara dan harumkan nama negara di mata dunia. Mesej yang baik dalam lagu Siti boleh orang contohi.” Kakak mengeluh. Sebiji macam skrip para artis dalam artikel hiburan. Macamlah negara memerlukan artis untuk menjadi terkenal dan disanjung. Negara berhajat kepada pemimpin dan rakyat yang berotak serta berhati, serta meletakkan otak dan hati itu di tempat yang betul, bukan di kepala lutut atau di belakang punggung. Macamlah orang akan insaf dan bertaubat selepas pergi konsert artis yang lagu-lagunya ada menyuntikkan mesej positif. Kakak teringat pertandingan nasyid sempena Minggu Anti Dadah di sekolahnya. Munsyid perempuan bermekap tebal 16 inci, berpakaian cantik berkilat-kilat, menggoyang-goyangkan badan di atas pentas mengajak orang ramai dan remaja membenci dadah. Mengulangi bait lirik seperti “Dadah merbahaya perosak bangsa” dan “Sedarlah umat bahaya dadah”. Hairan sungguh. Adakah sesiapa yang teruja untuk membenci dadah atau bertindak membanteras ketagihan dadah selepas menontonnya? Kasihan Siti. Rebung yang ditoreh-toreh dengan ukiran yang hodoh. Kain putih yang dicorak-corak dengan rupa yang kalut. Siti perlu diajak mengenal tujuan hidup.“Siti, Siti tahu Allah kan? Allah Tuhan kita kan?” Siti angguk dan Kakak menarik tangan mengajaknya duduk.
*** Air mata Siti mengalir laju. Sedih sungguh melihat Alex yang berminggu-minggu diundinya tanpa berkira, tiba-tiba terkeluar daripada senarai peserta sebuah program hiburan. Alex dengan suara yang serak-serak kering dan rupa seperti pelakon Hollywood, sehingga Siti terigau-igau, sudah terkeluar! “Siti kenapa menangis?” Kakak datang dan duduk terhenyak di atas sofa di sebelah Siti dan mencapai alat kawalan jauh. “Siapa yang terkeluar?” “Alex,” Siti menjawab dalam sedu-sedan. Kakak menekan-nekan punat, mencari siaran kartun. Siti kurang senang, pantas merebut. “Kakak janganlah! Siti nak tengok ni,” “Tak bosankah? Tiap-tiap episod sama. Menyanyi, kena marah, kena singkir, peluk-peluk menangis. Tengok kartun lagi seronok. Boleh ketawa,” “Fatimah, biarlah Siti tengok orang belajar menyanyi, menari, showmanship. Nanti dia pun akan terkenal begitu. Kami tumpang bangga,” Kakak sedikit tersentak. Emak dan Ayah tiba-tiba muncul dari dapur. Dulang berisi juadah minum petang yang ditatang Emak diletakkan di atas meja di hadapan TV. Ada teh panas dan sepiring kuih. Juga ada segelas air limau nipis. “Air limau hangat tu untuk Siti. Tiga hari lagi kan ada ujibakat Sanggar Cilik, dia kenalah menjaga suara,” jelas Emak tanpa perlu ditanya. “Sanggar Cilik?” “Ya, pertandingan nyanyian realiti khas untuk kanak-kanak. Anjuran stesen TV mana entah, pak cik lupa. Mahu beri peluang budak-budak berbakat masuk sekolah penghibur. Bagus sungguh, usaha mengasuh bakat baru memang patut disegerakan. Lambat-lambat nanti entahkan rugi bakat tu tumpul tak berasah!” “Oh begitu…” Kakak menghirup teh sambil mengerling TV yang menayangkan siaran ulangan rancangan realiti kegemaran Siti. Siti tunak merenung skrin, mencari-cari kelibat Alex. “Fatimah, betulkah ayah dan ibu kamu orang dakwah?” Kakak mengangkat kening, memandang tepat ke arah Emak yang menyoal dan Ayah di sebelahnya. “Er.. tak tahulah pula.” Kakak serba salah. Siti tuntas memasang telinga, entah bagaimana kelincahan Alex tidak lagi menarik perhatiannya. Ini mesti kerana Siti beritahu Emak tentang ‘ceramah’ Kakak tempoh hari. “Pak cik tak salahkan usaha orang-orang yang mencari kebaikan. Kami menghormati ayah dan ibu kamu, walaupun jalan mereka itu entah Islam yang sebenar entahkan tidak. Hari-hari kerajaan berkempen tentang ajaran sesat, orang Islam di negara-negara lain pula sibuk menjadi pengganas dan ekstrim. Dulu pun ada kes al-Arqam,” “Kami tiada hak menghalang mereka daripada mempengaruhi kamu, anak mereka. Tapi janganlah ajar Siti perkara yang bukan-bukan. Biarlah dia mengejar cita-citanya, mengasah bakat kurniaan Allah untuk dia. Anak mak cik masih kecil, jangan sampai fikirannya bercelaru kerana ajaran yang pelik-pelik. Apabila besar, pandailah dia membuat keputusan sendiri.” “Pak cik teringin sangat lihat Siti benar-benar menjadi bintang. Bakat yang dia miliki sangat besar, kami tak sanggup mempersia-siakannya begitu sahaja,” “Kita hidup di dunia ini tak lama, pak cik, mak cik. Bukan banyak sangat pun peluang untuk kita mengumpul pahala…” Kakak bersuara perlahan. “Ha, itulah saya kata bang, dia memang terpengaruh dengan ibu bapanya. Fatimah, kita ni orang Islam. Buruk-buruk mana pun perangai, hujungnya tetap masuk syurga. Tak inginkah kamu lihat Siti menjadi terkenal, bintangnya gemerlap?”“Menjadi artis tak semestinya seksi dan liar. Artis bertudung semakin ramai. Artis sopan pun banyak. Lagipun, yang utama hati. Buat apa bertapa di masjid 24 jam kalau hati busuk. Anak pak cik berakhlak mulia dan sopan santun. Kamu usahlah bimbangkan dia. Kami akan memerhatikannya dan menjaganya.” TV menyiarkan azan. Siti cepat menekan punat alat kawalan jauh, mencari saluran lain. Ketika Kakak mengangkat takbir untuk solat fardu Asar, dia dapat mendengar dengan jelas suara merdu Siti mendendangkan lagu terbaru artis pujaannya diiringi muzik rancak dari set karaoke di ruang tamu.
*** “Alhamdulillah, Allah makbulkan doa mak cik. Inilah peluang untuk anak kami menjadi bintang,” Emak mengesat air mata yang berjelejehan. Siti juga menangis kegembiraan sambil duduk diapit Emak dan Ayah. Krew stesen TV sibuk merakamkan reaksi peserta Sanggar Cilik ini dan keluarganya. “Pesan pak cik, belajarlah seni pentas itu elok-elok. Dengar cakap cikgu, hormat orang yang lebih tua, berkawan baik-baik. Jangan tinggal sembahyang dan banyak-banyak berdoa. Peluang ini datang sekali seumur hidup, Siti jangan sia-siakan,” “Siti akan belajar rajin-rajin. InsyaAllah, Siti akan jadi bintang!”
*** Tuan Haji Abdul Rahman dan anaknya Adam menonton TV tidak berkedip. Wah, budak Siti ini sudah masuk TV! Hebat sungguh. Popular lagi kampung dan sekolahnya nanti. Budak bertuah yang membawa tuah. Cantik dan berbakat. Otak mereka berdua memainkan khayalan yang sama. Tujuh lapan tahun lagi…

Wednesday, September 3, 2008

Merpati terbang tinggi

Merpati Terbang Tinggi
www.iLuvislam.com
By: umaralfateh*

Seekor merpati terbang di waktu pagi,

Mencari-cari apakah ia punya rezki hari ini,

Seorang pelajar mengembara ke luar negeri,

Mencari ilmu buat bekalan diri,

Dalam mencari keredhaan ilahi.

Tika mentari mula menyembunyikan diri,

Merpati pulang ke sarangnya buat kesekian kali,

Pelajar kini ingin terbang tinggi,

Kembali ke negeri ibu pertiwi.

*Ditulis di Airport Domodedovo, Russia (8:45 malam)

-----------------------

Malam menjelma lagi,

Sang burung mula merehatkan diri,

Agar esok kembali melalui hari-hari

yang tidak pasti apa yang akan terjadi,

Apa yang pasti,

Dia mesti mencergaskan diri,

Kerana rezki tidak datang sendiri,

Tetapi perlu dicari,dicari dan dicari,

Esok ia akan kembali,

Terbang tinggi mencari-cari apa yang boleh dibawa bekal buat yang setia menanti.

Pelajar cuba menenangkan diri,

Cuba-cuba menghitung diri,

Apa yang ia telah buat selama ini,

Agar orang sekelilingnya merasa kasih sayang yang berharga ini,

Mudah-mudahan esok,

Dia mampu mempertingkatkan lagi,

Keupayaan diri buat kesekian kali,

Agar ianya menjadi bekalan jiwa sanubari.

Oh, ia ingin seperti merpati,

Bebas tanpa perlu dipersoal apa yang ia buat di dunia ini,

Itulah akhirat yang kekal abadi.

*ketika di Airport Tashkent, Uzbekistan (515 pagi)

-------------------

Kini aku terbang tinggi,

Tingginya mengalahkan burung merpati,

Menaiki Boeing 767 dari Uzbekistan ini,

Sambil melihat keluar tingkap di sisi,

Sungguh merasa kekerdilan diri pada kekuasaan ilahi.

Awan berkepul-kepul di sana sini,

Aku hanya memerhati,

Jika aku mati tika ini,

Mungkin tiada siapa yang peduli,

Hanya beberapa orang yang setia menanti,

Mungkin mereka sahaja yang menangisi pemergianku ini.

Masa tiada pernah berhenti,

Kehidupan mereka berjalan kembali,

Ingatan padaku datang dan pergi,

Hanya cicipan doa dari mereka yang menyayangi diri ini.

Kerdilnya diri ini,

Alangkah indah aku hanya burung merpati,

Tidak perlu dipersoal apa yang dibuat di dunia ini,

Tiada seksaan yang menanti diri.

Ya ilahi rabbi,

Ampunilah hambaMu ini.

*Boeing 767 ,Laut Andaman, Tashkent-Kuala Lumpur

-------------------

Merpati terjaga lagi hari ini,

Ia melihat sesuatu terjadi,

Melihat merpati-merpati,

Bersabungan sesama sendiri,

Nun di satu sudut,

Helang sibuk memerhati,

Tunggu melihat yang mana mula tewas nanti,

Ia sudah tidak perlu terbang tinggi,

Hanya menanti-nanti,

Seolah-olah rezki kini datang sendiri,

Tidak perlu lagi dicari-cari,

Helang senyum sendiri.

Pelajar bersyukur kakinya sudah dijejakkan di negara sendiri,

Tetapi,

Ia seakan baru terjaga dari mimpi,

Seolah-olah semalam hidupnya hanya fantasi diri,

Dia melihat realiti,

Bangsanya bercakaran sesama sendiri,

Lemah sendi-sendi melihat apa yang terjadi,

Dia tidak tahu dimana mahu dicari kekuatan diri,

Resah gelisah bermain di sanubari hati,

Bagaimanakah ia mahu menghentikan percakaran ini,

Dia sendiri tidak pasti,

Bilakah akan berakhir semua ini.

Pelajar bangun berdiri,

Mencari-cari mereka yang berdiam diri,

Agar turut membantu,

Menghentikan permulaan kehancuran bangsa ini,

Mencari, mencari dan mencari.

Dia menyedari,

Tiada yang dapat membantu umat ini,

Selain membetulkan cara pandang pada akidah yang suci,

Sebagai cara dan gaya hidup di dunia ini,

Inilah yang menaikkan nilai para sahabat Nabi,

Dari kelompok yang membunuh anak sendiri,

Yang bercakaran dan berperang sesama sendiri,

Kepada umat yang mentadbir alam ini,

Ya,

Inilah yang harus dilakukan ketika ini.

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails