Pages

Sunday, November 30, 2008

KENAPA MALAS?

KENAPA MALAS?

Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia, orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang.

Itu dia. Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula di kepala. Betul apa yang difikirkan betullah jadinya. Salah yang difikirkan salahlah jadinya.

Apa yang ada di kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan cuba direalitikan oleh diri. Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita. Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang menguasai diri, maka jadilah kita orang yang malas. Kalau kita meletakkan perkataan menyampah, sakit hati, riak, sombong, takabur, dan segala macamlah yang negatif-negatif.

Perkataan-perkataan itulah yang akan sampai ke kepala, dan perkataan-perkataan itulah juga yang akan menguasai diri. Maka jadilah kita seorang yang menyampah tak pasal-pasal. Kalau ada pasal tak apa, jadilah kita si penyakit hati, riak, sombong, takabur dan segala macamnya lagi. Nampak, semuanya bermula dari hati.

Seorang wanita berstatus suri rumah menulis begini lebih kurang; “Saya seorang suri rumah, ada empat orang anak, tapi saya selalu bangun tidur lewat, selalu mencecah 10 pagi gitu. Bila dah sepuluh pagi selalunya terus tak sembahyang Subuh. Macam mana caranya supaya saya boleh bangkit awal Dr. Tuah oiiii.” Tu dia, soalannya. Agak-agak sebab apa jadi macam tu? Senang je, sebab tak letakkan nak bangkit awal di hati, maka yang sampai di kepala ialah tak perlu bangkit awal. Maka keseluruhan diri pun jadilah seperti apa yang dikehendaki itu. Alangkah orang yang memang nak bangun awal kadang-kadang bunyi jam tak dengar, ini kan pulak memang tak ada niat nak bangun awal, bunyi gajah menjerit pun tak sedar.

Jadi, jawapan saya lebih kurang pada suri rumah tu tadi, saya sarankan supaya letakkan di hati awal-awal bahawa memang nak bangun awal sebab nak sembahyang Subuh sebelum tidur. Kita sembahyang disuruh berniat. Kita nak puasa disuruh berniat. Pasal apa semua benda kena niat kalau nak jadikan ia ibadah, sebab the power of niat is so great.

SUMBER, ILUVISLAM.COM

Friday, November 28, 2008

si kecil yg riang~ uhuKs!

hmm..........
tulah gambar adik ana~

yang perempuan tu, namanya
MUIZZATUL HUSNA
kalau nak tahu dia tu kuat cemburu tau!!hehehe....die ni kuat cemburu dgn abangnye~
die ni suka berposing..........kalau ada org nak tangkap gambar dia, mulalah dia nak berposing~
ramai orang kate, perangai die nak sama cam ana masa kecik~
sebab dia tu banyak cakap dan suke nangis.....samela dgn ana mase kecik dulu~.... tp, ...itu mase kecik tau!! bukan mase besar~ hehehe....

org panggil die IJAH.....tapi, ana jer panggil die ijah....org lain sume panggil die izzah~
tp, bila org panggil die husna, die langsung tak layan...mungkin sbb die rasa husna bkn nama dia~....

ha~

ini sorang lagi adik ana~
yg laki(dlm gambar tue~)...........
nama die AHMAD MUNZIR,,,,,...........biasanya org panggil die munzir~
tapi, family ana panggil die UTIK......
dr mana asalnya, ana pon x tahu la
die ni plg cerewet dlm family ana~

tp, dlm family ana, kitorang panggil diorang BUDAK HALUS.....
sbb, die kecik~hehehe....
die duorang ni cam kwn baik la~.....
dan budak pling riang~......

klu diorang x de dlm family ana.,
mungkin family ana kesepian~,,, sbb dielah yg selalu membisingkan dan mengecohkan rumah kami~~

salam sayang,
kak inah~

~kisah budak HITAM~

Seperti yang diceritakan oleh orang-orang tua, pada zaman dahulu kala di era wujudnya lagenda burung garuda dan naga, terdapat tiga orang budak hitam yang bersahabat rapat antara satu sama lain. Tiga budak hitam itu bernama Buntal, Montel dan Debab. Mereka bertiga sering bersama-sama untuk pergi ke mana-mana.

Pada suatu hari ketika mereka bertiga bersiar-siar di tepi pantai Tanjung Pulasan sambil menghirup udara segar, tiba-tiba Buntal, Montel dan Debab ternampak seorang nenek tua bongkok tiga terjelepok jatuh ketika cuba turun dari sampan. Berlari-larilah mereka bertiga mendapatkan nenek tua tersebut dengan niat untuk memberi bantuan.

Buntal, Montel dan Debab memapah nenek tua tersebut ke bawah pohon Kelapa Laut Afrika dan mengangkat barang-barang kepunyaan nenek tua itu dari sampan tersebut. Berkatalah nenek tua itu, “Terima kasih cucu bertiga, budi baik cucu-cucu sekalian takkan nenek lupakan”. Si Buntal bertanya, “Nenek ni siapa? Apa hajat nenek ke negeri ini?”. Maka jawab nenek tua itu, “Panggil saja nenek ni Wan Limah, nenek ni pengembara”.

“Oh… pengembara. Jadi Wan Limah mesti banyak ilmu di dada”, kata Si Montel. “Sikit-sikit tu adalah… Sebagai balasan nenek akan kabulkan tiga permintaan kamu bertiga sekadar kemampuan nenek”, kata Wan Limah dengan penuh yakin. “Ini sudah bagus!!!, jawab Si Debab dengan kegembiraan.

“Oleh kerana aku yang paling tua, jadi aku berhak membuat permintaan pertama”, kata Si Buntal. Si Montel dan Si Debab mengangguk tanda setuju. “Wan Limah… saya teringin nak jadi putih macam orang-orang di negeri atas angin.”, kata Si Buntal. “Nak jadi putih melepak? Nah… ambil ubat sapu ni”, jawab Wan Limah sambil menghulurkan ubat sapu tersebut. Si Buntal terus menyapu ubat tersebut ke mukanya dan tiba-tiba seluruh kulitnya bertukar menjadi putih.

Apabila melihat kejadian itu dengan cepat Si Montel berkata, “Wan Limah… saya nak jadi lebih putih daripada Si Buntal tu!”. “Nak jadi lagi putih??? Nah cuba ubat sapu ni..”, kata Wan Limah. Si Montel pun menyapu ubat tersebut ke mukanya dan seperti yang diminta Si Montel menjadi lebih putih berbanding Si Buntal.

“Wan Limah … saya nak jadi lebih putih daripada Si Buntal dan Si Montel”, minta Si Debab kepada Wan Limah. “Minta maaf cu… nenek tak ada ubat sapu tu… dah habis stok”, jawab Wan Limah. “Kalau begitu berikan saya ubat sapu yang boleh menghitamkan kulit”, Si Debab meminta lagi. “Aik? Nak buat apa? Kan cucu dah hitam? Takpalah… Nah! Ambil ubat sapu penghitam kulit ni…”,kata Wan Limah.

Dengan sepantas kilat Si Debab menyapu ubat sapu penghitam kulit tersebut ke muka Si Buntal dan Si Montel. Maka jadilah Si Buntal dan Si Montel hitam seperti sediakala. Tiba-tiba dengan sekelip mata Wan Limah pun menghilangkan diri. Tamat.

Rakan-rakan sepejuanganku sekalian… apakah pengajaran yang anda dapat? Saya tak akan jawab… Sebaliknya dan sebaik-baiknya, cuba anda taip di ruangan komen di bawah ni…

haPPy bIrThDaY~

~27 november 2008~

today is 27 th november.....
hari ni hari lahir kawan ana....

............nama dia hafidzah~
nampkanye.....dah genaplaR umo die 12 tahun!!!
tahniah~......~...erK? baru masuk 12 tahun~
huhu~ baru masuk 12 tahun~ tahun dpn dah nak jd form 1~
erm...,,, nasib la...... lahir akhir tahun nak wat cannE~

Erm~
harini jugak...
hari lahir saudara ana~...
adik bongsu ummi ana~
umor die dah jadi genap........16 tahun...
form 4~
nama dia muhammad izzuddin abdus salam.....panjngkan nama dia?

so, ana ucapkan selamat lahiR~
semoga panjang umo dan murah rezeki!.....
yelah~
kita hidup kat muka bumi ni x kan berkekalan~!
kita akan mati juga~
so, doa2 la moga panjang umo....

wassalam,
eYnaHmZLn~

Wednesday, November 26, 2008

the story of 3 frenZ~

The story of 3 friends
Oleh: norayhunt

3 friends

Not long ago, three friends came to the New York city. They decided to stay in a hotel during the visit.

It so happened that their room ended up being on the 60th floor.

The policy of the hotel was that everynight after 12:00 a.m. the elevators are shut down for security reasons.The next day, the three friends rented a car and went out to explore the city. They enjoyed movies, concerts, and other things throughout the whole day. At one point, they remembered that they have to get back to the hotel before 12 a.m.

When they arrived, it was beyond 12 a.m. at night. The elevators were shut down. There was no other way to get back to their room but to take the stairs all the way to the 60th floor. All of a sudden, one friend got an idea.

He said “For the first 20 floors, I will tell jokes to keep us going. Then another one of us could say wisdom stories for the next 20 floors. Finally, we will cover the other 20 floors with sad stories.”

So, one of the friends started with the jokes. With laughs and joy,they reached the 20th floor. Now, another friend started saying stories that are full of wisdom. So, they learned a lot while reaching the 40th floor. Now, it was time for the sad stories.

So, the third friend started thus, “My first sad story is that I left the key for the room in the car.”

Now, what is the point of this story?

This story resembles our lifecycle. For the first 20 years of our life, we spend time in joking and enjoying whatever is out there. Then, after we reach 20, we go into the work force, get marriead, have kids and this is the time when we use our wisdom. Then, if we reach 40, we finally see the white hairs and begin to think that my life is coming to an end and the sadness begins.

Growth

It’s better that we start our life in the very beginning by remembering death rather than preparing for it at the end our life when very few of us have the energy to obey Allah completely. We should also remember that there is no guarantee of a life of 60 years for any of us, many have already left this world way before that age.

May Allah give us the ability to make use of our life before death and our youth before old age, Ameen.

Wasalam

Tuesday, November 25, 2008

Penawar Hati yang Duka
oleh : Umar Al-Fateh*

Alhamdulillah , segala pujian bagi Allah pencipta sekelian alam. Mengapa kita memuji?..kerana kebiasaan pujian diberikan apabila kita diberikan sesuatu yang berharga.

Apabila orang kaya membantu orang miskin, maka akan dipuji orang tersebut dengan pujian yang selayaknya. Apabila kita bantu orang bina rumah atau kita buat gotong royong, maka akan dipuji ringan tulang.Seorang ibu, bila anaknya patuh dan taat padanya, maka akan dipuji anaknya di merata tempat bahawa dia bersyukur dapat anak sebaiknya.

Siapa Patut Dipuji?

Oleh sebab itulah, kepada tuhan, Allah, kita puji dia, kita ucapkan perkataan-perkataan yang membesarkan dia kerana dalam hidup ini kita tidak pernah menguasai diri kita. Setiap perlakuan kita , Allah yang atur. Nafas, pam darah , kawalan gula dalam darah , penyerapan oksigen dalam paru-paru , sehingga membuang air pun ,Allah yang kawal.

Kita ambil contoh, jika kita yang nak kawal sendiri nafas kita, maka kita boleh kawal nafas kita tak lebih dari 5 minit kita boleh bertahan. Dan pasti, kita akan lelah lepas tu, nafas kita jadi kencang lepas tu. Maknanya di sini, kita tidak boleh kawal nafas kita sendiri. Atau kita nak cuba kawal dari membuang air besar. Maka di sini, kita boleh tahan tak lebih dari 4 hari.Kalau boleh pun, akan sampai satu masa , akan keluar juga atau perut kita akan sakit. Jadi nak tak nak, kena buang air besar jugak. Kerana padanya adalah untuk membuang benda-benda yang tak perlu pada diri kita.

Dan kalau kita nak kawal juga, setara manakah kita boleh kawal? Cuba kita perhatikan ketika kita tidur, siapakah yang mengawal diri kita, nafas, paru-paru, jantung….? maknanya secara keseluruhannya, kita satu habuk pun tak boleh mengawal diri sendiri, tetapi ada kuasa yang mengawal diri ini, itulah Allah.

Apa sifat Tuhan?

Allah ni sifatnya banyak, antaranya, dia maha pengasih, penyayang , kaya. Dan kaya Allah ni sehinggakan dia tak perlukan apa-apa dari makhluknya.

Sebagai contoh, seorang majikan , dia gajikan pekerja dia dari pukul sekian sehingga sekian. Bila pekerja tu buat apa yang disuruhnya, maka gajinya akan diberi sebanyak mana yang dijanjikan.Dan bila pekerja dia buat overtime , maka akan digandakan gajinya. Dan dia tak perlukan duit dari pekerja dia sebab dia majikan dan lebih kaya dari pekerja dia. Tapi kalau pekerja dia ponteng, buat malas, akibatnya dibuang kerja atau dipotong gaji dan sebagainya.

Begitulah Allah, bila kita buat apa yang disuruh, solat, puasa, zakat, haji, cari ilmu maka kita akan diberi ganjaran sebanyak mana yang kita buat sebab tu memang kontrak kita.Dan dila kita buat baik dengan manusia, tolong orang, sedekah, buat baik kat anak yatim, ajar orang mengaji dan lain-lain, maka ganjaran yang akan diberi akan ditingkat lagi. dan jika dalam amalan tu disertai dengan tawaduk , ikhlas , maka akan digandakan lagi.

Begitulah contoh kayanya Allah, ikut suka dia je nak bagi ganjaran banyak mana, dan kekayaan dia tak berkurang.

Sebab itulah kita memuji Allah. Dan disebabkan besarnya kepentingan puji Allah ni adalah untuk semua kebaikan dan kemudahan yang Allah bagi kat kita, maka kita diwajibkan puji Dia 17 kali sehari. Tak boleh kurang tapi lebih tak mengapa. Itulah solat 5 waktu . Dalam fatihah ni, cukup semua sekali syarat iman dan amal. Dan yang mula-mula sekali kita baca adalah Basmalah. Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi maha Penyayang. Pengasih Allah itu buat semua manusia manakala penyayang Allah itu buat golongan beriman sahaja.

Pengasih Tuhan, siapa yang buat dia akan dapat, siapa yang malas, maka dia takkan dapat. Dan penyayang Tuhan itu, diberikannya kebahagiaan, kedamaian dalam kehidupan, kelancaran , kesenangan berurusan, keberkatan rezeki.

Mengapa Sombong?

Dengan sebab semua-semua itu lah , kita tidak boleh berlaku sombong lagi takabbur dalam kehidupan kita. Kerana kita sebenarnya tiada apa-apa untuk disombongkan. Jangan kerana kita sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara , maka kita sudah sombong. Jangan kerana kita lebih cantik sikit, kita dah sombong. Jangan kerana kita kaya kita sombong kerana Allah lagi kaya. Ingat, siapa yang beri kita cantik, kaya, pintar tu semua?…. Allah.

Cuba kita renungkan ayat ini

“apakah manusia itu tidak memerhati sesungguhnya kami menciptakannya dari “nutfah” (sel yang kecil), maka dia menjadi penentang yang nyata”

Begitulah perumpamaan yang Allah bagi, setara mana kita nak sombong atas muka bumi ni? Adakah kerana hubungan kita dengan sesama rakan-rakan lebih rapat berbanding orang lain maka kita mahu sombong? atau kerana kita diberi kelebihan sikit dari orang lain maka kita nak sombong?

Ingat…bila kita nak sombong-sombong ni, kita cuba check balik, dari mana kita datang? Dahulu, kita hanyalah dari titisan air mani sahaja. Satu dari banyak-banyak sperma yang ada. Dan ianya keluar dari 2 tulang sulbi lelaki.Kemudian ia bertukar menjadi embrio, fetus dan menjadilah kita sekarang ni. Dari titisan air itu, kita diberi paras rupa, otak yang cerdik, kekayaan jiwa dan harta yang melimpah ruah. Cuba kita renungkan , siapakah yang beri semua ini??….Allah.

Siapa Penyombong Sebenar?

Dan atas muka bumi ni, orang yang paling sombong adalah orang yang tak nak sujud pada Allah!!..Itu tanda sombong paling besar. Kerana dalam solat, ada satu bahagian yang kita kena sujud pada Allah. Kepala kita letak atas tanah!!Tempat orang jalan-jalan,lalu-lalang. Dan orang yang taknak sujud ni sebab dia dah rasa cukup apa yang ada dan dia tidak perlu pada sesiapa dah. Sebab tu Allah humbankan golongan-golongan ni ke dalam neraka Allah.

Apa neraka tu? Seksaan, jeritan, laungan, kepayahan, kesusahan, kelaparan ,kehausan, kebengisan, bunyi sebatan, bunyi lolongan , kebusukan, kejijikan dan segala jenis keperitan semuanya ada di neraka.

Sebab itu, apabila kita mahu menghindar diri dari neraka , renungilah ayat ini :

“jika kamu beryukur, akan aku tambahkannya bagi kamu, jika kamu kufur, sesungguhnya azabku amat pedih!!”

Tanda kita bersyukur, kita akan membuat apa yang Allah suruh, rukun iman dan islam kita penuhi, membuat baik pada manusia ,tiada umpatan, caci maki, fitnah dan sebagainya. Tanda kita termasuk dalam kufur, kita tinggalkan apa yang Allah suruh dan kita buat apa yang dilarang.

Siapa Tuhan?

Apakah sudah kita tahu apa itu Tuhan sebelum kita berterima kasih (syukur) padanya? Tuhan itulah tempat tumpuan dan matlamat pengabdian, juga tempat kita mencari perlindungan, kepada tuhan juga tumpuan kecintaan. Tuhan sebagai pemberi rezeki juga sebagai sumber perundangan kita. Apabila kelima-lima ciri ini kita kenal siapa itu Tuhan, maka di situ kita akan dapat bersyukur pada Tuhan sekelian alam, Allah.Allah itulah tuhan.

Apabila kita tidak mengenal Tuhan maka perkara yang tidak sepatutnya berlaku.Mengenal tuhan banyak kaitan dengan iman. Tanpa pengenalan kepada Tuhan, maka iman kita tiada kemanisan, umpama gula yang tiada rasa manis garam yang tiada rasa masin.

bila terjadi bergini, lahirlah umat yang hidup pada membesarkan kehidupan dunia. Ketika ummat Islam sudah memuliakan dunia hasil dari hilangnya rasa berTuhan, maka di situ kita akan lihat kehebatan Islam akan tertarik dari mereka. Ketika ummat islam sudah meninggalkan penyeruan kepada kebaikan dan pencegahan pada kemungkaran hasil tidak kenal apa erti Tuhan, maka kita akan melihat keberkatan wahyu tiada pada umat itu. Bilakah zaman itu?…Kita sedang hidup di zaman yang dikatakan itu.

Kenapa kita tak merasa hebatnya Islam?….renung dan fikirkan.

Kenapa kita nampak dunia ni besar dan kita tak nampak akhirat ? Cubalah kita duduk dihadapan sebuah bukit, dan kita letakkan tapak tangan kita depan mata dan tengok bukit besar tu dalam keadaan tangan kita di depan mata. Confirm kita takkan nampak. Tak Nampak. Sampai esok dan bila-bila pun tak nampak. Macam tulah ibarat bila kita besarkan dunia. Kita besarkan dunia, akhirat kita tak nampak, akhirat kita tak ingat, Kebesaran Allah kita tak ingat, seksaan Allah kita lupa, kedahsyatan neraka kita lalai.

tak boleh tido??ZzzZZzzZz~

waktu cuti ni,
mesti korang sume salu tidoR lewat kan??
alah...biasalah...cutikan~

nak jadikan crita~
saya p0n jenis suka tiduR lewat2......
pastu, bile time masuk bilik nak tido jeR...
mata tak leh nak pejam~
masa tu saya start nak tidur dlm pukul 12 lebih~
sy pun tutup la mata...
nak suro dpt tidUr....
tp,mata ni x ngantuk2 jugak~
geramnya~
.....sy cuba lagi....tp.................x leh jugak~..............

tup tap tup tap~....
tengok jam dah menunjukkan pukul 3 pag1!!!!!

argH!!! sadis betuL~
kenapa mata nie tak ngantuk lagi???

disebabkan geram sgt,
sy pon jerit...

"aRgH!!!"

sy rasa sy nie jerit perlahan jeR~
.........tP, yg bertambah sadisnya....,,,

rupa2nya~,, suara sy kedengaran kuat...sebab waktu tu, tgh malam sunyi~ jadi klu sy jerit perlahan p0n, org stiLL deNgaR!!

mas2, kakak sy blum tidOr lagi...
ble die dgR ada org meNjerIt, terkejuT sakaN la die~
die poN masuk bilik saya,.........
kenapa nie.....kenapa jeriT malam2 buta nie?

saya pon cakaplah...,,,
geram sbb x leh tid0....
pastu die p0n marah~
hek alah>~ itu jeR, buat oRg terKejUt adelah!!
ingatKan awak nampak hantu keR, ade pencuri kEr>>>.....
buat org risau adelah..........
pas2,
ummi saya plak kuaR dr bilik...
sape jerit ni malam2 buta niE??
ade ape?
tanya ummiku dgn panIk~
saya pun amik bantal pura2 tiduR,,,...
nyeSal plak JeriT tadi!!!
desis hatIku~

die geram sbb tak leh tido, mi.........
kakakku tlg jawabkan untukku~

oo00, ingatkan ape tadi...
itulah, tido x bace doa kot....

baru asaya sedaR...
saya tlh mengecohkan rumahku pd malam2 buta~
adikku terbangun bila dgr aku menjerit...

lantas aku ambil whudu......bace doa........
baru leR dapat tiD00......

tak leh tid0 punya pasal.........
habis jadi gitu~
tp yg pliknya, sy jerit perlahan jeR~ bukannYa kuaT sgT....
bile difikirkan buat ape jeRiT???
klu jerit bukannYer bleh nganT0k pon~
.............

Monday, November 24, 2008

secebis kata~

HAMBA-HAMBA ALLAH SEKALIAN,

Allah catitkan di dalam Al-Quran tentang manusia-
manusia yang berasal dari air mani dan kemudian
dibesarkan..akhirnya menjadi pengkhianat yang
nyata. manusia-manusia begini dimurkai oleh
Allah, tuhan orang muslim...oleh itu apakah kita
yang Muslim ini, jika telah mengkhianati Allah,
tidak terasa setinta takut kepadanya?

Allah ciptakan syurga, di dalamnya manusia
bersenang lenang dan ditemani pasangan cantik-
cantik, air sungai yang mengalir tenang, syurga
yang amat indah terlebih indah sehingga tidak
terfikirkan untuk orang-orang yang ikhlas
menyerahkan dirinya dan takwa kepada Allah.

Dunia ini kata Muhammad, umpama setitis air dari
selautan, dan selautan itu adalah
akhirat...bayangkanlah, jika yang setitis nih pon
kita telah tergoda oleh cantik dan
indahnya..bagaimana pula yang selautan itu?
dapatkah kita gambarkan?

Manusia-manusia yang menyerahkan diri pada
agama Allah tidak akan rugi
, kemenangan
manusia di dunia ini adalah dalam
agamanya...jadilah manusia yang hebat di dunia
dan di akhirat!

Bacalah al-quran, dekatkan lah minda kepada
hadis...teguhkan ukhuwah sesama Muslim..kita
perlu kuat untuk menentang segala pengaruh yang
melemahkan kita
. bersederhanalah dalam
berhibur...bersederhanalah memenuhkan jiwa
dengan keseronokan, kita kini dipermainkan
musuh-musuh Allah. mari kita kuatkan diri kita,
kuatkan masyarakat kita, kuatkan negara
kita..dalam memperjuangkan agama..takbir!!

..dengan mengingati Allah...hati akan menjadi tenang..

HIKMAH PENGHARAMAN BABI

Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir

http://www.wvdhhr.org/labservices/shared/images/virology/influenza_projections.jpg

Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.

Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.
(source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalam babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang.
(source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1)

Betulkah Virus Boleh Berubah Dalam Bentuk Yang Lebih Bahaya Di dalam Khinzir?

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.

The image “http://www.healthytomorrow.com/Parasi7.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.The image “http://www.ars.usda.gov/is/graphics/photos/aug00/k4702-6i.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard.
(source : Washington Post , 31 Mei 1952)

Virus-Virus Daripada Khinzir

Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.

Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'.
(source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997)

Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi.

Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.

Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918.
(source: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000)

dipetik dari: http://www.myilmu.net/mymedia/modules.php?name=News&file=print&sid=113

B3 P0S!T!V3

If anyone talks to me badly I will stay away and try to be calm

If anyone tells me the truth I will accept and do not ever regret

If anyone hurts my heart I will stay calm and pray

If anyone gives me hope I will hold and do not keep it at bay

If anyone looks down on me I will take it easy and strengthen my heart

If anyone loses their temper I will take a deep breath and be quite

And

if anyone needs my help I will lend my hand and do the best
I care for everyone's feeling and desire.

~KAYA HARTA DAN KAYA ILMU~

Kaya Harta & Kaya Ilmu

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:

“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :" Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya.

Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: "Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya." Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Sunday, November 23, 2008

cerpen- impian terakhir leha~

impian terakhir Leha~

Aku duduk bersendirian di mejaku sambil memikirkan isi karangan yang diminta oleh duru sasteraku. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Suasana begitu sunyi. Aku hanya ditemani oleh cahaya lilin yang berdiri di hadapanku. Cahayanya meliuk-liuk mengikut arah
angin. In dan Ira sudah lama tidur. Mereka mungkin keletihan setelah sepanjang hari bermain. Sambil itu, aku terus memikirkan isi karanganku
Akhirnya aku mendapat ilham dan terus kucurahkan ke atas kertas putih yang ada di hadapanku. Entah mengapa idea datang mencurah-curah sehingga tanganku penat menulisnya. Suasana yang sunyi ini mungkin membantu. Karangan itu siap juga akhirnya. Setelah mengemaskan segala kelengakapan sekolah untuk hari esok, aku pun meniup lilin yang sudah pendek itu. Lalu, aku merebahkan diri di sebalah Ira, adik bongsuku. Keesokan harinya, aku bangun seawal jam lima pagi. Mataku begitu liat untuk dibuka namun aku gagahkan juga.
Setelah itu, aku menjengah ke dapur. Aku melihat ibu sedang menyediakan air milo dan cucur manis sebagai sarapan. Aku menjamah makanan itu sambil berkata kepada ibu, “Ibu, duit yuran Ina bila nak bayar? Cikgu kata semua pelajar mesti menjelaskan pembayaran minggu ini juga. Jika tidak, senarai nama akan dihantar kepada pengetua.”
“Ibu tengah nak cari duit la ni. Hujung minggu nanti dapatlah duit daripada Kak Sal kau tu,” balas ibuku.
“Baiklah kalau macam tu ibu,” kataku. Kak Sal merupakan jiran sebelah rumahku. Ibuku menjaga anaknya yang baru berusia dua tahun. Selain itu, ibuku juga mengambil upah menjahit baju. Itulah antara mata pencarian ibuku sejak ayah pergi tiga tahun yang lalu.
Jam tanganku sudah menunjukkan jam enam setengah pagi. Aku perlu pergi ke sekolah sekarang. Aku bersalaman dengan ibuku seraya berkata, “Ibu, Ina pergi dulu. Hari ni tak tahu balik pukul berapa sebab Ina nak singgah rumah Leha kejap.”
“Ya lah. Jangan lama-lama sangat. Banyak lagi kerja kat rumah ni. Elok-elok jalan,” pesan ibuku.
Aku mencapai basikalku yang telah uzur. Hampir enam tahun basikal itu menjadi pengangkutanku ke sekolah. Rantai basikalnya sering tercabut walaupun sudah beberapa kali kuhantar ke kedai unutuk dibaiki. Apa lagi yang boleh kubuat. Kalau naik bas sekolah, tambang pula menjadi bebanan. Aku hanya mampu bersyukur dengan apa yang ada.
Aku tidak sedar bahawa aku sudah sampai ke perkarangan sekolah. Aku meletakkan basikalku di tempatnya. Kemudian aku berjalan ke dewan besar iaitu tempat perhimpunan para pelajar. Aku nampak Leha duduk di suatu sudut sambil membaca novel. Aku berjalan perlahan-lahan lalu menyergahnya.
“Opocot, kau ni buat aku terkejut sahaja,” Leha melatah.
“Sorry la, kau baca buku apa tu? Mesti novel cinta kan.”
“Merepek la kau ni. Aku baca buku sastera la. Apa lagi. Kau patut bersyukur sebab ada kawan macam aku ni. Sekarang mana ada anak-anak muda yang minat baca benda-benda macam ni. Betul tak? Pengarang novel ni namanya Faisal Tehrani.Kau pernah dengar tak nama dia. Hasil-hasil karya dia semuanya menarik dan ada mesej tertentu. Kau pun patut baca. Nanti aku bagi kau pinjam buku-buku aku. ” celoteh Leha panjang.
“ Betul, betul kata kau tu.” Aku baru teringat bahawa Leha memang minat baca buku-buku sastera seperti itu. Kami terus berbual-bual sambil menunggu loceng berbunyi. Dialah satu-satunya teman karibku. Kami telah berkawan sejak sekolah rendah lagi dan kami selalu kemana-mana bersama ibarat belangkas.
“Kringg…..,” kami dikejutkan dengan bunyi loceng yang menandakan waktu perhimpunan bermula. Semua pelajar pun beratur mengikut kelas masing-masing.

* * *
Selesai persekolahan, aku dan Leha menuju ke tempat letak basikal. Kami mengambil basikal masing-masing dan pulang bersama-sama. Seperti yang telah dirancang, aku menuju ke rumah Leha. Dia memang anak orang kaya. Rumahnya memang jauh lebih besar dan cantik jika dibandingklan denganku. Namun, dia dan keluarganya memang baik hati dan sering membantuku sekiranya dalam kesusahan.
Sebenarnya, aku ke rumah Leha unutuk mengulangkaji bersamanya. Sambil itu, Leha juga ingin menunjukkan kepadaku telefon bimbit yang baru dibelikan oleh ayahnya. Dalam hatiku berkata, Leha sungguh bertuah kerana dihujani kemewahan hidup walaupun dalam usia yang masih muda. Aku bercita-cita untuk meningkatkan taraf hidup keluargaku suatu hari nanti.
Jauh di sudut hatiku aku bersyukur kerana aku masih mampu menerima pendidkan yang secukupnya walaupun aku bukanlah dari kalangan keluarga yang senang seperti Leha.
“Berapa harga handphone ni Leha?” aku bertanya kepadanya.
“Entahlah Ina. Aku sendiri tak tahu berapa harganya.”
“Mesti mahal kan? Aku tengok pun dah tahu.”
“ Ye la tu. Ina, aku ada something nak bagi dekat kau ni.”
“Something? Hadiah apa pulak ni. Birthday aku pun lambat lagi.”
“Bukan pasal birthday la Ina. Hadiah ni aku bagi dekat kau sebagai tanda terima kasih sebab kau banyak tolong aku masa final exam tahun lepas. Kalau tidak tak tahulah apa jadi dengan result aku. Kau dah banyak tolong aku.”
“Kau ni macam tak biasa pulak dengan aku. Kau pun banyak tolong aku. Tak payah la nak berkira sangat.”
“Kau nak ke tak nak,”
“Mestilah nak,” aku menjawab pantas sambil tersipi-sipu malu. Leha ketawa kecil.
“Ni dia,” kata Leha sambil menghulurkan sebuah bungkusan.
Aku menerimanya sambil mengucapkan terima kasih. Aku terus membuka bungkusan itu dengan cermat kerana Leha telah membalutnya dengan sangat cantik. Kemudian, di dalamnya aku melihat sebuah telefon bimbit yang sama dengan Leha. Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan. Bagiku, pemberian itu sungguh bermakna kerana sepanjang hidupku, aku tidak pernah terbayang untuk memiliki sebuah telefon bimbit yang mahal dan canggih.
Aku memandang wajah Leha dan dia terus berkata, “Dah, dah, dah Ina. Kau ambillah pemberianku itu. Mari aku ajar kau macam mana nak guna. Lepas tu, boleh la kau telefon abang kau yang belajar di Pulau Pinang tu. Lagipun, senanglah aku nak telefon kau kalau ada apa-apa nak tanya especially subjek sains dengan matemaitk. Maklumlah, sekarang semuanya dalam bahasa Inggeris. Aku pun pening kadang-kadang. Mujur kau pandai dalam bab-bab ni. Rumah kita kan jauh. Kalau guna ni, lagi cepat. Betul tak?”
Aku mengiyakan sahaja kata-kata Leha. Ulangkaji kami pada hari itu tergendala kerana aku begitu asyik melayan telefon bimbit baruku.

* * *
Aku pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Telefon bimbit pemberian Leha aku tunjukkan pada ibu. Aku menjelaskan kepada ibu tujuan Leha memberikan telefon bimbit itu, Ibu pun tumpang gembira.
Kesokan harinya, aku ke sekolah seperti biasa. Aku mengayuh basikal burukku sehingga tiba di sekolah. Aku menuju ke dewan dan mencari Leha di tempat biasa tetapi dia tiada. Aku terus menunggunya namun Leha tidak juga sampai.
Di dalam kelas, aku duduk keseorangan. Jika Leha ada, sudah tentu dia menjadi teman celotehku. Subjek Biologi kegemaranku yang diajar oleh Puan Musliza seakan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Ketiadaan Leha disisiku menghilangkan semangatku untuk balajar. Setelah tamat kelas, aku pulang ke rumah seperti biasa. Selesai makan sajian yang disediakan oleh ibu, aku masuk ke dalam bilik dan segera membereskan semua kerja-kerja sekolahku pada hari itu. Tiba-tiba, aku teringat kepada Leha. Hatiku kurang senang bila mengenangkannya.
Mengapa dia tidak datang ke sekolah? Adakah dia sakit? Mengapa Leha tak beritahu aku kalau dia pergi kemana-mana? Apa yang cuba disembunyikan oleh Leha? Soalan-soalan itu berlegar-legar dalam fikiran ku. Aku mengambil kesempatan itu untuk menggunakan telefon bimbitku. Aku mendail nombor Leha. Hampa. Panggilanku tidak berjawab. Aku meneruskan lagi kerja sekolahku yang menimbun. Namun, ingatanku masih kepada Leha.
Aku membuat keputusan untuk menjenguknya di rumah. Setelah meminta kebenaran ibu, aku pun mengayuh basikal dan terus menuju ke rumah Leha. Setibanya di rumah Leha, aku memberi salam. Tidak lama selepas itu, ibu Leha pun menjawab salamku.
“Eh, Ina. Jemputlah masuk,” kata ibu Leha.
“Leha ada Mak Cik?” aku bertanya. “ Kenapa dia tak datang ke sekolah tadi?” aku terus bertanya sambil melangkah masuk ke rumah Leha.
“Leha..,” suara ibu Leha tiba-tiba menjadi sayu. “Leha…,Leha sakit. Penyakit lamanya berulang semula. Dia ada di biliknya. Mari ikut mak cik. Dia pun memeang nak jumpa dengan Ina.
Aku tergamam dengan apa yang dikatakan oleh ibu Leha. Aku terkejut sungguh dengan berita itu. Aku tahu Leha ada barah otak. Tapi itu penyakitnya sepuluh tahun yang lalu. Aku sangka bahawa penyakitnya itu telah pulih setelah dia mendapat rawatan di luar negara suatu ketika dahulu. Malang tidak berbau. Penyakit itu datang menyerangnya sekali lagi.
Aku masih ingat lagi, sewaktu kami berada di Tingkatan 1,penyakit itu nyaris-nyaris meragut nyawanya. Namun, berkat ketabahan dan kecekalan yang ada pada dirinya, Leha mampu bertahan sehingga hari ini. Tapi kali ini, aku tidak dapat melihat bayang-bayang kekuatan dalam diri Leha. Adakah ini bermakna Leha akan pergi buat selamanya? Aku cemas. Aku berdoa agar perkara itu tidak akan berlaku.
“Marilah dekat sini Ina,” kata ibu Leha apabila dia melihat aku berdiri tercegat di pintu masuk bilik Leha sekaligus melenyapkan segala khayalanku.
Aku melihat wajah Leha lesu. Berbeza sungguh dengan wajahnya yang riang petang semalam. Aku duduk di sisi katil Leha. Ibunya hanya berdiri sambil memerhatikan kami dikaki katil. Aku mencapai tangan Leha lalu menggenggamnya. Sejuk. Aku senyum kepadanya. Leha membalas senyumanku.
“ Kau sakit Leha? aku memulakan bicara.
“Ya Ina, sakit lamaku datang semula. Aku dapat rasa yang aku dah tak lama dah…”
“Leha apa kau cakap ni “ pantas Ina memintas percakapan Leha. Ina tidak sanggup untuk mendengar Leha berkata sedemikian. “Kau mesti boleh pulih,” kataku sekadar menabur benih-benih harapan walaupun aku sedar aku bakal kehilangan satu-satunya teman akrabku.
“Tidak. Penyakitku ini dah sampai ke tahap yang paling kritikal. Aku hanya menunggu masa untuk pergi. Aku tak nak kau sedih bila aku dah tiada nanti, “ rintih Leha dengan suara yang lemah.
Air mataku mula menitis. Semakin lama semakin deras. Aku tidak dapat menggambarkan jika aku kehilangan Leha. Teman sejak kecilku.
“Ina, aku ada dua impian . Tapi, aku tahu aku dah kesuntukan masa. Boleh tak kau tolong aku? Aku nak dapat 10 A dalam SPM dan aku nak jadi seorang doctor. Kau pun tahu itulah cita-citaku sejak kecil lagi. Kau bantulah orang-orang yang sakit macam aku ni Ina. Kau jangan biarkan mereka meninggalkan ornag-orang yang tersayang. Boleh tak Ina? Ina?”
Aku membisu seketika mendengar rintihan Leha. Hatiku sungguh sayu. Akhirnya aku mengangguk tanda setuju. Aku tidak sanggup menolak permintaan terakhirnya padaku. Leha tersenyum dan itulah senyuman termanis yang pernah terukir di wajah Leha.
Kemudian, tiba-tiba Leha sesak nafas. Aku cemas. Begitu juga dengan ibu Leha yang kini berada di sisinya. “Mama, maafkan segala salah silap Leha. Ina, maafkan aku’” suara Leha tersekat-sekat.
“Mengucap Leha. Mengucap,” kata ibu Leha dengan nada yang sedih. Setelah itu, Leha tidak lagi bersuara. Matanya tertutup. Setitis air mengalir di pipinya. Aku tahu, Leha sudah tiada lagi. Pemergiannya membawa makna yang besar dalam hidupku. Aku berjanji pada diriku untuk menunaikan impian terakhir Leha.

* * *
“Akak, cepatlah datang ambil Din dekat KMB ni. Kawan-kawan din yang lain semuanya dah balik,” lamunanku tiba-tiba terhenti apabila telefon bimbitku berdering.
“Okay.Kejap lagi akak datang.” aku menjawab ringkas. Aku baru teringat bahawa aku telah berjanji untuk mengambil adikku yang mengikuti program International Baccalaureate di Kolej Mara Banting dalam bidang perubatan. Nampaknya, dia juga ingin mengikut jejak langkahku.
“Akak dah nak keluar dah ni. Akak suruh naik bas kamu tak nak. Bila akak lambat kamu
merungut pulak. Hish kamu ni. Kamu tunggulah kat situ sambil baca buku. Takdelah buang masa.”
Aku beceloteh kepada adikku sambil menasihatinya.
“Ada-ada je lah akak ni. Ye la. Din nak baca la ni. Akak datang sekarang tau. Bye.” Perbualan
kami terhenti di situ.
Aku terkenangkan Leha kembali. Hari ini genap sepuluh tahun Leha pergi. Aku gembira kerana impian Leha berjaya aku penuhi. Aku berjaya mendapat 10A dan kini aku bergelar seorang doktor. Alangkah baiknya jika aku dapat berkongsi kejayaan ini bersamanya. Leha merupakan pendorongku selama ini. Gambarnya ku letakkan di atas meja sebagai tanda ingatanku kepadanya Buku-buku karya Faisal Tehrani kemas tersusun di atas mejaku. Hatiku tenang apabila teringatkan Leha.
Telefon bimbit pemberian Leha sehari sebelum pemegiannya masihku gunakan sehingga hari ini. Jika rosak, aku hantar ke kedai untuk dibaiki. Aku akan menggunakannya selama ynag mungkin .Leha, kau akan terus kukenang.

~the end~

cerpen- andai aku jadi mahasiswa~

aku adalah anak yang baru berumur 16 tahun. aku adalah orang yang sederhana dan tidak kaya. aku hanya makan jika ada uang dan aku sekolah jika aku ada masa luang. aku bukanlah anak biasa karena aku sudah dibebani pekerjaan sebagai penjual newspaper. walaupun begitu aku tetap semangat belajar untuk menggapai cita-citaku. Dan setelah aku tamat belajar, aku tidak tahu harus melakukan apalagi. Aku tidak ada uang untuk melanjutkan ke university. Dan tiada orang yang mau memberikan beasiswa. Andai saja ada dermawan yang mau menolongku aku pasti tidak akan sesedih ini. Karena kalau aku hanya mengandalkan lulusan smk saja aku pasti tidak akan mendapatkan pekerjaan yang dapat merubah nasibku.

Aku masih memimpikan menjadi orang yang punya keahlian/skill. Aku ingin menjadi kebanggan orang tua dengan menjadi mahasiswa. Aku ingin berprestasi seperti pemuda yang lain. Aku ingin dinilai hebat oleh orang-orang di sekitarku. Aku ingin mengangkat derajat diriku dengan menuntut ilmu. Aku ingin mempunyai pengetahuan luas tidak hanya sampai di tingkat smk saja. Karena itu, sebelum semuanya tercapai aku membuat sebuah target dan perkara-perkara yang diperlukan untuk menggapai semua impianku. Tentunya aku tidak melupakan Islam. Aku tidak mau jika aku berhasil karena menggunakan cara yang tidak terpuji. Nanti aku harus berkata apa, jika aku ditanya di hari kiamat nanti…
Sekarang aku mulai beranjak dewasa. Tidak ada lagi fikiran untuk bersenang-senang tanpa batas. Tidak ada lagi waktu untuk bergurau bersama teman setiap waktu. Tidak ada lagi waktu untuk menengok acara televisi yang setiap hari aku tonton. Tapi aku hanya boleh berfikir untuk masa depanku nanti. Untuk mencapai hal tersebut, aku membutuhkan keridhoan dari Allah, sokongan dari keluarga dan kerabat. Juga semangat dari dalam diriku. Aku harus yakin akan kemampuanku dalam membangun cita-cita. Tidak ada rasa khawatir untuk gagal. Tidak ada keraguan dalam hati.

Aku ingin menjadi seperti kakakku. Kakak adalah seorang pengusaha sukses di luar negeri. Dia menjadi seperti itu karena perjuangannya yang tak kenal lelah dan kegigihannya dalam bekerja. Dia mempunyai ide kreatif/creative idea. Aku melupakan ide itu tapi setelah dia sukses dia lupa akan keluarganya. Dia meninggalkan kami dalam keadaan serba kekurangan. Aku hanya bisa berdoa, suatu saat dia akan sadar dan bisa kembali ke keluargaku. Insya Allah kami akan memaafkannya. Aku tidak ingin menjadi seperti kakakku. Aku ingin menjadi orang yang ahli syukur. Orang yang selalu ingat ada Allah disaat suka maupun duka.

Setiap hari yang aku lakukan adalah bekerja menjual koran dan sambil berkeliling kota mencari sebuah keajaiban. Misalnya mendapat uang di tepi jalan atau traveler chequecard sebanyak 1 billion-dollar. Jika saja mereka mengetahui perkara ini, pasti aku akan malu. Malu karena hanya menunggu keberuntungan. Aku pernah mendengar ceramah di suatu masjid yaitu sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu qoum kecuali dia mau berusaha merubah nasibnya sendiri. Setelah mendengar itu aku tersadar bahwa selama ini aku hanya meminta pada Allah tanpa mau berusaha untuk mencapainya sendiri. Aku hanya duduk manis di saat orang lain bekerja. Ternyata itulah kelemahanku selama ini.

mari kita ketawa!!!

Koleksi lawak pendek

Cerita 1

Asari melihat rakannya, Ajoi.. sedang membuat kopi...kemudian
memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari
bertanya kepada Ajoi...
Asari: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Ajoi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."

Cerita 2

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia
tak sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu
bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah
singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku.."
Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

Cerita 3

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat
punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu,
dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Cerita 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing...

Cerita 5

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Cerita 7

3 org Asli menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut
tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Hahaha, gelak gelak juga,solat jangan dilupa!....

Saturday, November 22, 2008

b e t a p a h i n a n y a n i l a i s e o r a n g hamba

Betapa Hinanya Nilai Seorang Hamba!
www.iLuvislam.com
cahayatermasyhur
editor : kasihsayang

Sedar atau tidak, pasti terkadang jiwa insani itu dihimpit naluri untuk bermegah-megah dengan setiap kelebihan yang dimiliki. Tatkala iman mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Waktu itu, insani juga bisa terlupa bahawa tiap-tiap satu nikmat yang dikecapinya itu hadir hanya dengan izin Allah s.w.t. Lihatlah, betapa liciknya sang iblis! Sehinggakan, terkadang itu, di dalam jalan dakwah yang mulia ini, mampu terbitnya fitnah yang merugikan. Walhal, amal palsu menampakkan cerminan bahawa kita seolah-olah berada di atas jalan yang benar. Alangkah ruginya jika selama ini segala amal ibadah kita tidak diterima Khaliq! Maha Suci Allah yang tiap-tiap jiwa berada dalam genggamanNya! Kami mohon berlindung daripada melakukan amal yang sia-sia!

Apakah itu amal yang sia-sia?

Itulah amal yang didasari rasa 'ujub, riak dan takabbur. Bilamana landasan keikhlasan sudah mulai robek, diri lantas mendabik dada! Amal ibadah yang sepatutnya dilaksanakan berteraskan ketaatan kepada Ar-Rahman, mula mengintai pengiktirafan manusia lain. Harapan kepada pujian ramai mula berbunga-bunga. Saat ada pula yang lebih berjaya, hasad dengki mula mengambil tempatnya! Saat ada yang tersungkur, dia bersyukur! Betapa, manusia ini hamba yang hina dina. Waras akalnya tidak bersatu dengan kata hati, lalu pantas sahaja mendabik dada tanpa sedikit pun rasa malu. Betapa, dia hampir sahaja terlupa bahawa setiap denyut nadinya itu berada di bawah pengawalan Tuhan Yang Satu.

Pernahkah kita berfikir, sebaik sahaja usai solat fardhu yang kita lakukan; Adakah solatku ini diterima? Masih wujudkah lagi pandangan kasih Allah kepadaku? - Jika ya, teruskanlah istiqamah dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini. " Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri di dalam solatnya. Para sahabat bertanya, siapakah orang itu? Maka Rasulullah s.a.w menjawab; orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya" -H.R Ahmad. Mengapa penulis mengaitkan soal hina hamba dengan solat? Kerana, solat adalah asas dan merupakan tiang kepada agama seseorang muslim. Malah, amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak juga merupakan solat fardhu seseorang hamba itu. Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya. Justeru, marilah kita kembali menilai khabar iman dan amal kita. Adakah solat kita mampu mengawal diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar seperti apa yang terkandung dalam kalamullah itu? Ikhlaskah kita dalam menunaikan solat, atau hanya atas dasar tidak tahan mendengar leteran ibu ayah? Atau hanya atas alasan amalan ikut-ikutan sahaja? Tanpa sekelumit pun rasa untuk berusaha mengkaji hikmah sebenar solat terhadap diri manusia? Barangkali juga ada di antara kita yang bersolat hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk. Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penerima taubat, ampunkanlah dosa kami dan terimalah taubat kami..

Kasih sayang Allah s.w.t meliputi seluruh kerajaan lagit dan bumiNya. Kerana itulah setiap makhluk yang bernyawa mendapat bahagian rezeki mereka masing-masing. Betapa hebatnya rencana Al-Manan dan betapa hinanya nilai seorang hamba! Masakan dengan sedikit tempias nikmat Allah itu dia bisa merasakan diri cukup sempurna? Mengaku diri dengan kemuliaan, mengangkat diri dengan ilmu pengetahuan yang masih cetek pada hakikatnya, memanjangkan mata pada keindahan dunia, dan menghambakan diri kepada nafsu yang menggila, semua ini sifat tercela yang harus dibuang jauh-jauh dengan hanya satu cara. Yakni penyucian nurani hati dengan hiasan sifat tawaddhuk dan semaikanlah rasa jiwa kehambaan kerana sesungguhnya manusia itu tiada daya dalam melawan kekuasaan Allah s.w.t. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang mulia; " Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? " Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran"-(H.R Baihaqy)

Pertolongan yang tidak disangka-sangka

Tanpa kita ketahui, sebenarnya pertolongan Allah itu sering sahaja berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Bagi yang sentiasa meletakkan diri dalam keindahan tawakkal kepadaNya, saat pertolongan dan bantuan Allah itu lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa keinsafan. Lidahnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air matanya turut sama menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih mendapat pandangan kasih Ar-Rahman. Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah rasa kehambaan. Keimanannya bahawa dengan mengingati Allah dikala senang, pasti mendapat perhatian Allah di kala susah semakin menebal. Alangkah indahnya saat jiwa berada dalam dakapan iman!

Bagi jiwa yang sakit, pasti pertolongan yang hadir itu dirasakan dengan berkat usahanya sendiri dengan menafikan bahawa tiap-tiap yang berlaku itu hanya terjadi dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Inilah realiti kehidupan yang terjadi pada umat baginda rasul, Muhammad s.a.w yang diuji dengan pangkat dan harta kekayaan. Begitu juga dengan konteks pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Masih wujud sebilangan besar pelajar yang terlupa untuk mensyukuri nikmat kejayaan yang diberikan Tuhan kepada mereka. Mengapa hal ini terjadi, berbalik kepada jawapan yang sama. Kerana lunturnya rasa dan jiwa kehambaan.

Justeru, bagi orang-orang yang beriman, jangan pernah dirisaukan dengan perihal balasan Allah s.w.t kepada mereka. Sesungguhnya karunia Allah sangat luas. Masakan Allah tidak mengetahui penat lelah hamba-hambanYa yang soleh? Sehinggakan dunia dan seluruh isinya tidak layak diberikan sebagai ganjaran kepada mereka. Yang menanti pasti singgahsana nan indah di syurga kelak. Jangan pernah membiarkan penyakit ujub, riak dan takabbur merebak di hati. Juga jangan pernah menyesal andai segala apa yang kita kecapi tidak kita perolehi. Tiada satu makhluk pun yang bisa menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Pasti, bagi mereka yang terlibat di dalam jalan dakwah ini, persoalan mengenai himpitan-himpitan masalah menebal di benak fikiran. Barangkali pernah juga terlintas " Benarkah apa yang aku lakukan ini? Jika Allah meredhai apa yang aku lakukan, masakan aku diuji sebegini rupa?" Ingatlah, berjuang memang pahit! Kerana syurga itu manis. Masakan, jalanan perjuangan dihampar permaidani merah? Bersyukurlah bagi mereka yang diuji dengan kesusahan sedangkan ujian berupa kesenangan itu sememangnya lebih payah.

Jiwa Hamba

Semaikanlah jiwa hamba dan hindarkanlah diri dari mendabik dada dengan kemuliaan dan harta benda. Sucikanlah hati dengan memperbanyak amalan zikir dan bacaan Al-Quran kerana Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kita; di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi ibnu Abbas; " Seseorang yang tidak ada sedikitpun Al-Quran di dalam hatinya adalah seperti rumah yang kosong," (H.R Tarmizi) Nauzubillahi minzaalik. Bagi mereka yang sedang merawat hati, jangan pernah khuatir dengan persoalan berupa " Mengapa semakin aku cuba merawat hati, semakin aku menemui kebuntuan, semakin aku menyedari kekotoran yang berlumut-lumut?" Inilah tanda bahawa hati itu sedang dirawat. Demikian jualah yang berlaku kepada tubuh badan kita saat para doktor menjalankan diagnosis. Jasad yang dirasakan sihat rupa-rupanya menghidap pelbagai penyakit-penyakit merbahaya. Oleh itu, nilailah kembali betapa kita ini sebenarnya mampu mengecapi nikmat kehidupan hanya dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Beristighfarlah dengan ibu segala istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita..

Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..

Wallahu'alam

4 syarat hidupkan hati dgn al-quran

4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran

HATI yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan. Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.

Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.

Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).” (Surah al-Isra’, ayat 9).

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud: “Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?” (Surah Taha, ayat 1-4).

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat.” (Surah al-Isra’, ayat 78).

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?” (Surah Muhammad, ayat 24).

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan (’ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

“Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.” (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

usRah meetiNg,proG dan ??

Usrah, Meeting, Program dan...?

Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."

"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.

Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.

erharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belaj
Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum.

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."
(Pepatah Arab)

Thursday, November 20, 2008

kisah raja afrika

Pada zaman dahulu kala di negeri Afrika, terdapat seorang raja yang memerintah dengan adil dan saksama. Raja Afrika tersebut mempunyai seorang sahabat rapat bernama Koami. Koami mempunyai satu sifat yang sungguh unik iaitu Koami suka melihat setiap perkara yang berlaku (positif mahupun negatif) dalam hidupnya sebagai sesuatu yang baik dengan mengucapkan, “Ini sungguh bagus”.

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Raja Afrika mengajak Koami pergi memburu di dalam hutan. Sepertimana kebiasaan, Koami menyediakan peralatan untuk memburu seperti senapang, peluru, makanan dan lain-lain. Entah bagaimana, Koami terlupa untuk memeriksa senapang tersebut samada masih elok atau tidak.

Ketika di dalam hutan, Raja Afrika melihat kelibat seekor rusa jantan di celah-celah semak, dengan pantas Raja Afrika menembak menggunakan senapang yang dibawa oleh Koami. “Pom!!”, senapang tersebut meletup dengan sangat kuat apabila picunya ditekan. Akibatnya Raja Afrika kehilangan ibu jari kanan kerana letupan senapang tersebut dan menjerit-jerit menahan kesakitan. Tiba-tiba terkeluar daripada mulut Koami, “Ini sungguh bagus”. Bagaikan terbakar telinga Raja Afrika apabila mendengar kata-kata Koami itu dan berkata dengan marahnya, “Bodoh!!!, Ini tidak bagus. Pengawal!, kurung Koami di dalam penjara seumur hidup…”.

Setelah setahun berlalu, pada suatu hari Raja Afrika bersama beberapa orang pengawal keluar memburu di dalam hutan. Alangkah malangnya nasib Raja Afrika tersebut kerana terserempak dengan Puak Madura yang suka memakan daging manusia. Raja Afrika dan pengawal-pengawal ditangkap dan diperiksa seorang demi seorang bagi memastikan manusia buruannya sempurna tubuh badan.

Apabila melihat Raja Afrika tidak memiliki ibu jari kanan, Puak Madura tersebut melepaskan Raja Afrika tersebut kerana pada kepercayaan Puak Madura, manusia yang tidak sempurna tubuh badan akan menjadi sumpahan jika dimakan. Betapa bersyukurnya Raja Afrika tersebut kerana selamat daripada dimakan oleh Puak Madura itu.

Barulah Raja Afrika sedar bahawa benarlah kata-kata sahabat rapatnya Koami, “Ini sungguh bagus”, ketika peristiwa Raja Afrika kehilangan ibu jarinya setahun yang dulu. Raja Afrika memerintahkan supaya Koami dilepaskan dan Raja Afrika dengan rendah diri memohon maat diatas tindakannya mengurungkan Koami di dalam penjara. Tetapi Koami tiba-tiba berkata, “Ini sungguh bagus”. Terkejutnya Raja Afrika mendengar kata-kata itu dan bertanya, “Mengapa pula sungguh bagus?”. Dengan selamba Koami menjawab, “Jika Tuanku tidak mengurung patik, sudah tentu patik bersama-sama Tuanku pergi memburu dan bertemu dengan Puak Madura itu dan akhirnya patik akan mati di makan Puak Madura itu”. Raja Afrika hanya duduk terpaku memikirkan kebenaran kata-kata Koami tersebut. Tamat.

Sahabat-sahabatku sekalian, terlalu banyak perkara yang baik mahupun buruk berlaku dalam hidup kita selama ini. Terpulanglah kepada kita bagaimana kita melihat perkara tersebut. Bukan semua perkara yang baik itu nikmat dan bukan semua perkara yang buruk itu bala. Yang pasti, di sebalik setiap perkara yang berlaku terkandung seribu hikmah yang perlu dicungkil dan difikirkan. Betul tak?

nilai RM 5~

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!"

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"

" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik
kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah
bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.
Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" .

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak,
berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

" Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.

Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails