Pages

Saturday, January 31, 2009

~ nak masuk skolah rendah balik!!!~

nie.. mase lawatan thn lps,,.. ambik gambar candid...kitorg posing cam x ingat dunia!
fuadah plg poyo skali~ ana ngan hajar rilek er,, hehe

nie plak, hajar... kwn baik ana....

ana syg sngt gambar nie... nie mase year 6
salam..,,

uich... dh nk pukul 12 malam dah nie...
esok skolah... x tidur lg~ hehehe...
tak per... sat gi... ana tidur la yerk~~.. -_-...

bagi korg, alam mn plg best??

U?
sekolah menengah?
sekolah rendah?
or..
tadika?

hm,,,..

ana nie, bdk baru masuk skolah mngh!!
x sampai pon sebulan!!!
so, ana masih rase aura skolah rendah~
nk tulis nm kat buku pon, tersilap tulis, thn 2008 ngan kelas 6 usamah!!!

argh!!!
sadis...
klu igt balik...

uuuwww....,,,

rindunya zaman skolah rendah!!!!~~~
rindu sgt~
rase nk pergi blk ke zaman tu!!!

zaman yg penuh warna-warnie!!!!!
zaman yg melakar 1001 memori!!!
zaman ana menginjak ke alam remaja!!!~~~

i miss!!!!

tapi,,..
ana sedar..
mase x bleh diputar..
mase x leh diundur!!!

terimala reality!!!

i'm in form 1~~~!!!

bukan lagi drjh 6...
adeSS!!

teringat plak pd kekawan lame...

munirah
hidayu
najihah
wahidah
hajar ( i really miss her)
salsabila~

urgh!!!

to kekawanku...,,

andai kata,
antunna bace apa yg ana tulis nie...
ana harap..
antunna sume, jgn lupekn ana~
doakan ana disini~
uhuks!!!

zaman skolah rendah ni,
zaman x matured!!
ana igt lagi...
ana salu nangis2 mase skolah rendah...
klu dpt markah exam rendah...
masuk tandas, NANGIS

pastu, kluar tandas..
hidung merah..

kekawan tanyer," asal? awak nangis yer inah..."
ana jawab..
"tak lah mata masuk habuk... selsema!!"
kekawan diam.. mgg tulah alasan lapok ana...,,
bile mata merah, hidung merah..
cakap, selsema... mata masuk habuk!
diorg dah arif daa dgn prangai ana....

tapi, tu sume hanyalah kngn..
kenangan yg x leh diputar...

ana ingat lagi...

masatu,
ada, fuadah, hajar n ana

tiga kawan baik sejak dulu...
persahabatan yg bermula sejak tadika...

hajar said..

walau apapun yg berlaku... peliharalah persahabatan kita nie!! kita dh berkawan dah 8 tahun...

ana ngan fuadah angguk jer..
sedih sgt masatu...
hajar kene pindah skolah..

rasa cam nak nangis..
fuadah okey lg, sbb rumah die ngan hajar dekat...

i'll miss memories in year 6~

ana rasa,
sepanjang ana thn 6, ana pernah pon gaduh ngan kwn baik ana...
ana ingat lagi..
time exam..
buat study group sesama...
time makan...
makan sesama...
time solat..
solat sesama.....

tapi tu hanyalah KENANGAN!!!
kenangan yg x boleh diulang...

lepas ana dpt result UPSR, salah satu sbb ana x nk pindah skolah sbb,
ana x nk berpisah ngan kekawan ana...
lagi2 kawan baik ana...

sedehnyer,,..
ble ingat balik..
uhuhuh~

dulu, kitorg sesama kwn selalu bergaduh..
x nak kawan lah,...
pastu, buat 2 geng...
gaduh and tulis2 surat... sbb marah..
pas2, ngadu kat muallimah...
ade jugak yg nangis!! hehe
tp, bkn ana lah~!!

tp, ble masuk thp 2,
dh jadi matured sket..
dh x gadoh,,..
klu ade pon merajuk jer...,,
biasalah tu..
gaduh, pas2, kwn balik, gaduh, pas2, kwn balik...

ade jugak kekadang main cikgu2 mase muallim/ah x derk

kekadang,
banin dan banat gaduh...
klu mase muallimah mengajar, bising,
banat slalu kata banin yg buat bising...
padahal... banat pon bising jugak..
banin pon x puas hati...

tp, tu dulu jer..
zaman budak2
skarang dh berakhir
tu cume kenangan,...
skarang...
kite kene ukir kenangan baru~!!

ok, dh lwt malam nie,
ngantuk dah..
wassalam...

yg merindui,
INAH

Friday, January 30, 2009

panglima putih

http://static.flickr.com/29/52565688_c028b3f50f.jpg

Pagi hari itu bermula hening, angin daripada bukit bertiup perlahan walaupun nyata puncaknya kemas dilitup salji. Keadaan berbeza di dataran, 3 buah lori tentera bergerak keluar dari kem Abu Bakar. Beberapa orang tentera bersiap-siap untuk ke posisi masing-masing. Nyata selain alam sekeliling mereka, semuanya yang lain tampak pantas. Namun, nyata baki ketenangan masih bersisa dalam khemah hijau besar yang letaknya nun di hujung kem.
“Kakak, pesakit ini sudah ditukarkah pembalut lukanya?”
“Belum doktor, saya baru hendak buat waktu doktor datang tadi” Doktor Faizal senyum tanda memahami. Pesakit tadi diperiksanya semula, mencari kalau-kalau ada tanda-tanda nekrosis atau edema. Langsai sahaja pemeriksaan tersebut, dia beranjak pada pesakit yang lain pula. Prosedur yang sama diulang. Bermula dengan membaca kes sejarah pesakit tersebut hinggalah kemudian diikuti dengan penelitian penuh teliti dari satu sistem ke satu sistem yang lain, dari kepala hinggalah ke kaki.
“Kakak, askar ini yang baru masuk semalamkah?”
“Ya doktor, kalau saya tidak silap, dia bukan orang tempatan, cederanya agak serius saya fikir, setakat ini masih tidak sedarkan diri”
Dr. Faizal mengurut-ngurut dagunya, “Pastikan pemberian antibiotik, analgesic mengikut jadual ya,48 jam pertama ini penting. Berikan perhatian buat masa ini untuk pesakit-pesakit seperti ini. Orang luar lebih-lebih pada musim sejuk ini, kadar lawan penyakit dan immunitinya rendah berbanding askar tempatan”
Jururawat tersebut mengangguk. Akur lalu bingkas menjalankan tugas yang diarahkan. Sementara Dr. Faizal pula meneruskan lagi urusannya. Meski tidak tergesa-gesa namun tampak langkahnya cepat. Ada tuntutan supaya pusingan pemeriksaan ini dilangsaikan sebelum Zuhur.

****************

40 minit sebelum Zuhur, Dr. Faizal membantu pula pesakit mengambil wudhu’ mengunakan penyembur air. Kemudian dia menyusul pula untuk membantu pesakit solat mengikut kemampuan mereka. Kali itu, dia sendiri yang mengimamkan jemaah solat Zuhur. Tidak dilupakan juga, doa penuh tawadhu dan khusyuk untuk semua kemenangan tentera Islam.
“Dr, ada mesej untuk doktor daripada Dr. Aqmal”
“Panjang umur kau Aqmal. Oh, terima kasih ya” ujar Dr. Faizal ketika dia sedang berjalan untuk memeriksa depot simpanan darah sebaik sahaja langsai solat zuhur.
Dr. Aqmal merupakan kenalan baiknya sejak daripada universiti lagi, juga merangkap doktor perajuit sama sepertinya. Namun, Dr. Aqmal berkhidmat sebagai penyelia di kem tentera Umar 10 km daripada kemnya. Biasanya untuk penyelarasan ataupun sengaja bertanya-tanya khabar, mereka mengunakan mesej memandang telefon tentera hanya ada pada khemah-khemah utama sahaja

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Assalamualaikum Ya Akhi Bagaimana keadaan di sana? Kem kami sibuk sedikit. 2 hari lepas jumlah yang cedera lebih daripada biasa. Tentera musuh semakin licik, perajuit kita sampai di kejar hingga ke kawasan melawan arah angin, ramai yang cedera parah. Tapi jangan risau, semuanya masih dalam kawalan. Oh ya seperkara lagi, serangan mereka macam ada sedikit pelik kali ini, Macam ada percikan air selain peluru. Ada terfikir apa-apa? Sehingga lain masa,jangan lupa doakan kesejahteraan kami dan semoga Allah sentiasa memberkati kita semua”

Amin… sambil dalam hatinya mengucapkan doa keselamatan ke atas sahabatnya itu. Dr. Faizal melipat semua kertas mesej itu kemas-kemas, dimasukkan semula ke kocek bajunya itu. Sementalahan itu, dari jauh kedengaran sayup-sayup bunyi kenderaan tentera masuk semula ke dalam kem. Awal pula mereka balik hari ini, detik hatinya sambil melemparkan pandangannya pada pintu gerbang masuk ke kem.

http://www.defence.gov.au/optsunamiassist/images/gallery/210105a/JPAU20JAN05PC100_lo.jpg

Pada saat itu mukanya tiba-tiba berubah serius. Lansung hilang girang membaca surat tadi. Serentak dia berlari kencang terus ke arah khemah perubatan.
“Jururawat! Sediakan seberapa banyak tempat yang boleh! Keluar simpanan darah! Siap sedia untuk terima pesakit! Semua doktor, ikut saya!” teriak Dr. Faizal menarik perhatian semua staf di khemah.
“Dr. Faizal, batalion kami di serang hendap. Ramai yang cedera parah! Perlu tindakan segera!” laung Komander Nizam sebaik sahaja turun daripada trak tentera.
“Saya sedia maklum komander. Para doktor sekalian, periksa semua tentera satu persatu. Ikut prosedur kecemasan, bahagikan mereka mengikut kes teruk dan tidak. Siap sedia untuk hentikan pendarahan dan beri analgesic jika perlu” kata Dr. Faizal namun dengan nada yang lebih tenang kali ini.
‘Bismillahirahmanirahim…’ Semua doktor tidak menunggu lama sebaik sahaja arahan diberikan. Dengan lafaz mulia itu maka medan perang bagi mereka sudah pun bermula. Musuhnya, masa. Senjata mereka, ilmu dan kemahiran. Setiap detik tidak boleh dibazirkan, satu saat umpama satu denyut nadi nyawa seseorang.
Cekap. Itu sahaja yang dapat digambarkan pada ketika itu. Semuanya bergerak laju namun penuh etika dan sistematik. Suasana yang kicau bilau penuh dengan hiruk pikuk jeritan kesakitan hilang tiba-tiba bagaikan tergamam mengakui kehebatan yang ada pada setiap unit pasukan perubatan. 20 operasi pembedahan menyelamat berlaku sekaligus, masa setiap operasi di minimumkan sebanyak mungkin. Keutamaan diberikan bagi pengekalan homeostasis, penghentian pendarahan dan menghilangkan kesakitan trauma.

****************

Malam itu, suasana kembali bening semula seolah-olah tiada apa yang berlaku sepanjang petang tadi. Solat Isyak dilakukan dengan penuh khusyuk dan tawadhu. Sesudah kebanyakan ahli jemaah meninggalkan khemah solat, kelihatan Dr. Faizal duduk berteleku seorang diri di atas sejadah.
“Assalamualaikum” sapa Komander Nizam sambil menepuk bahu Dr. Faizal daripada belakang
“Waalaikumsalam, eh Komander rupanya. Terkejut saya di buatnya”
“Rasanya, bukannya biasa melihat doktor kita seorang ini hilang senyumnya. Apa yang kamu fikirkan” kata Komander Nizam sambil melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Dr. Faizal.
“Tak banyak komander, cuma fikir tentang situasi, keadaan dan kemampuan”kata Dr. Faizal dengan matanya tepat memandang ke bawah.
“Tak payah berkomander, kita bukan sedang bertugas sekarang. Kenapa dengan situasi sekarang? Ubat tidak mencukupi?”
Senyum sebentar, kemudian Dr. Faizal berkata “Betulkah komander, barangkali sekarang angka unit kita yang boleh berperang semakin sedikit bukan?" Komander Nizam terdiam, matanya di alihkan daripada pandangan Dr. Faizal.
“Kalau tak diberitahu, saya sedia maklum. Rakan saya Aqmal baru sahaja memberitahu yang unit mereka juga di serang hendap”
“Jadi apa yang kamu cuba katakan?”
“Saya rasa, saya ingin ke medan perang!”dipegangnya kedua-dua bahu Komander Faizal sedang matanya dibulatkan memandang terus pada Komander Nizam.
“Medan perang?”
“Ya! Medan perang…”Dr. Faizal berkata acuh tidak acuh, kemudian gengaman tangannya dilepaskan, dijatuhkan bahunya perlahan-perlahan. “ Tapi saya kurang yakin, satu ilmu bertempur pun saya tidak ada. Sejak kecil apa yang saya tahu buku, teori, ilmu, dan konsep itu sahaja. Namun, saya tak mahu andai apa berlaku pada tentera kita dan saya hanya boleh jadi tunggul kayu, ditinggal diam disepak tak melawan”kata Dr. Faizal dalam nada sayu. Giliran Komander pula tersenyum. Masya Allah besar harapan rupanya anak muda ini, bisik hatinya.
“Tapi saya rasa itu bukan masalahnya bukan? Sahabat Nabi dari kecil lagi sudah mula pergi berperang. Zaid sampai sanggup mengheret pedang yang lebih besar daripada. Ya, yang penting adalah keazaman!” hujah Dr. Faizal mengukuhkan kata-katanya. “Adakah kamu rasa yang kamu tak akan terpelanting waktu menembak? kamu tahu mensasar senapang? Saya bukanlah hendak menjatuhkan semangat tapi kamu sejak awal pendidikan dididik untuk menyelamatkan nyawa manusia, walaupun ini musuh agama kita, kamu rasa kamu ada tenaga yang kuat untuk membunuh?”
“Tapi…”
“Perancangan Allah penuh hikmah wahai Faizal, Ada yang tersirat bila jalan hidup kamu begitu aturannya. Malah kalau kamu nak tahu, sepanjang 20 tahun saya berkhidmat dalam tentera, belum pernah saya nampak satu batallion yang sebegitu cepat kadar sembuh penyakitnya”
“Terima kasih, namun itu semua atas izin Allah jua…”
“Ya, Allah Maha Berkuasa dan Dia juga Maha Mengetahui, Dia lebih tahu apakah kunci kejayaan untuk tentera ini menang. Malah perang yang kita nantikan hasilnya ini masih muda usianya dan saya menjangkakan ia bakal berlarutan. Maka kelansungan itu sangat mustahak. Terlalu awal untuk kita katakan apa-apa lagi dan yang paling penting, jangan sesekali kita berputus asa atas nikmat Allah” Perbualan itu ditamatkan begitu sahaja apabila Komander Nizam meminta diri meninggalkan Dr. Faizal berfikir.

The image “http://www.cbsnews.com/images/2006/07/12/imagefcfad2e4-8b9c-4dfd-82ac-e0074943960a.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Larut Malam itu juga, Dr. Faizal menulis surat untuk dilaporkan semula kepada sahabat di kem Umar.

“Assalamualaikum Aqmal Barangkali hari inilah, hari paling banyak perkara yang berlaku, Kem kami juga mengalami nasib yang sama, Tentera di serang hendap namun alhamdulillah semua dapat diselamatkan. Oh ya, saya ada satu soalan. Kalau berlaku perkara sebegini lagi, patutkah kita berlari ke medan perang membawa senapang atau kamu kekal di posisi kamu”

Surat itu lantas diberikan kepada askar betugas untuk dihantar melalui perangkai tanpa wayar bertugas. Namun, belum pun sempat beberapa langkah Dr. Faizal meninggalkan khemah perhubungan, dia di panggil menjawab telefon.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam, ini…”
“Faizal, kalau aku diberi pilihan masa ini, aku pilih untuk setia pada posisi !” ujar Dr. Aqmal memintas kata-kata Dr. Faizal
“Aqmal, ish tiba-tiba pula dia ini. Mengapa pula kamu gunakan telefon. Ini kan untuk tujuan kecemasan dan ketenteraan”
“Sudah pukul 3 pagi, kalau ada pun kecemasan bukan sekarang Insya Allah… Apapun Faizal, kamu ingat lagi bukan perang Uhud? Kamu tahu bukan antara sebab tentera Islam kalah?”
“Jelas lagi, tentera pemanah mengingkari arahan Rasullah meninggalkan bukit yang patut mereka jaga…” terkedu. Ayat Dr. Faizal tidak diteruskan, menunggu jawapan sahabatnya.
“Jadi, apa akan jadi kalau kita tinggal posisi kita?” Diam…kedengaran suara batuk-batuk beberapa orang di corong telefon.
“Mungkin ada benarnya juga apa kata kau Aqmal. Terima kasihlah. Aku fikir tentangnya. Eh Aqmal, kenapa pula ada orang yang batuk di kem Umar?”
“Tak tahulah, barangkali flu biasa-biasa sahaja” dibiarkan sahaja Dr. Faizal menukar topik. Arif benar Dr. Aqmal tentang sahabatnya itu, cakap sekali sahaja sudah lebih dari mencukupi.
“Flu? mana mungkin secepat ini! Semua perajuit kita sudah melalui proses vaksinisasi dan peningkatan tahap immuniti” ujar Dr. Faizal dengan nada penuh kehairanan.
“Astagfirullah, bila kau cakap baru aku teringat. Macam mana aku boleh lupa yang kita yang uruskan skim tersebut.”
“Flu ini tanda ada infeksi, ada yang telah meransang sel-sel epithelium dalam salur pernafasan menyebabkan sel-sel merembeskan lebih mukus, mungkin juga sudah ada inflamasi”
“Nauzubillah, apa kamu jangka pihak musuh sudah mengunakan senjata biologi?”
“Mungkin, tapi melalui apa. Mereka tidak ada medium” Kedua-dua senyap berfikir. Seluruh minda ligat berfikir, mengorek-gorek segala ilmu yang ada.
“Air!” serentak kedua-duanya berkata.
“Patutlah kau kata ada percikan air pada serangan musuh. Tambah pula askar kita cedera, memudahkan lagi infeksi. Cepat, isolasikan semua unit yang terlibat dalam serang hendap tadi!” gesa Dr. Faizal
“Buat juga untuk unit di kem Abu Bakar, aku dapatkan rasakan perkara yang sama berlaku pada askar-askar di sana” kata Dr. Aqmal sebelum mereka meletakkan gangang, mengakhiri perbualan mereka dan berlari dengan misi baru mereka.

****************

Keesokan harinya, sedang Dr. Faizal menolong menyuntik antibiotik kepada askar-askar dalam khemah isolasi khas. Dia menerima sepucuk surat lagi.

“Assalamualaikum Faizal. Fransicella Tularensis, tak sangka musush kita akan mengunakan bakteria ini. Seingat aku, kali terakhir mikroorganisma digunakan pada tahun 1950. Kadar infeksinya tinggi, lebih tinggi daripada anthrax. Kalau tak dirawat, kerugian besar kita. Musuh kita semakin licik, mereka hendak serang sistem dalam badan kita yang penuh dengan banyak kemungkinan. Kami gunakan Streptomycin sebagai ubat utama, mungkin berpindah pada alternatif seperti gentamycin Nampaknya tugas kita semakin beratlah! Sebab itu kita boleh lari dari posisi kita bukan?

Dr. Faizal memandang ke arah puncak bukit. Angin dingin bertiup, bertemu dengan mukanya. Sambil memejamkan mata, dikecap erat-erat baju labuh putihnya lambang dia seorang doktor. Kemudian dia menutup pintu khemah yang sedikit terbuka dengan surat terlipat kemas dalam gengaman tangan kanannya.

Dalam hatinya dia berkata; Ya Aqmal, tugas kita makin berat dan ia baru sahaja bermula...

cerita...

brownies

Hati kita mati sedikit demi sedikit pada satu masa disebabkan perbuatan kita. Beberapa tahun yang lepas, ketika saya masuk ke dalam pejabat saya seperti hari-hari yang biasa, seseorang telah meletak satu bekas berisi 3 ‘chocolate brownies’. Bersama dengan brownies itu terdapat sehelai kertas yang tertulis satu cerpen di atasnya. Sambil duduk menjamah brownies yang pertama, saya mula membaca kisah seperti yang tertulis di bawah.

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”

Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”

“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, “Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”

Ketika ini saya sudah pun habis memakan brownies pertama dan mula memakan yang kedua. Saya memikirkan, apakah kaitan antara brownies yang saya makan dan brownies di dalam kisah ini. Saya teruskan bacaan saya.

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

brownies

Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.

“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”

“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.

“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.

“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”

Saya terus berhenti menguyah brownies kedua dan saki-baki di dalam mulut saya luahkan di dalam bakul sampah di tepi meja saya. Saya teruskan membaca beberapa perenggan terakhir dari cerpen yang menakutkan itu.

Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”

“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”

“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

Saya terus membuang lebihan-lebihan dari brownies kedua, dan brownies ketiga yang masih lagi belum disentuh. Sesuatu yang tidak boleh ditahan beberapa minit yang lalu kini menjadi sesuatu yang tidak boleh diterima. Dan ini semua hanya kerana terdapat kebarangkalian yang kecil bahawa apa yang saya makan tadi terkandung bahan istimewa, seperti di dalam cerpen itu juga. (Memang laa dalam tu takde bahan istimewa itu… namun saya gagal meyakinkan diri saya. happy )

Sumber: http://www.paksi.net

Wednesday, January 28, 2009

~ coretan cuti ~

25 January...

kazen dtg umah....
abah ngan ummi ajak diorg gi pantai...
then, picnic same2 kat pantai...
buat BBQ~ pastu, mandi pantai...
air x bape jernih sgt kat pantai...
pastu, tertelan air pantai!!
uweek!!! masin seyh!!.. hingga muntah2
masa mandi ade terpijak bende tajam..,,
adoii...
luke taw kaki~
balik umah terus bilas... berpasir betul badan mandi air laut...
hingga nk demam.. tp, x kesah sgt pasal demam tu, sbb dpt mkn ayam,sotong dan udang bakar~ ..~ hingga batuk2 nyalakan api.. bile bali... pening lor~

kene bwat homework sbb esok kene gi KL~!!
x moo pergi!!!
homework bertambun stinggi gunung everest!!
tp, xkn nk duduk sorg2 kt umah..
dah la kpala dh berpusing~..
pas2, gi main komputer...
kononnya nk rilek kpala jab~

26 January....

kene bgn kol 4 lebih...
mandi2, kemas baju untuk gi KL nanti...
then solat~
kak long kene balik U awal~...
tiket ke KL daa habis,,..
jd, terpaksa hantar die..
bertolak kol 7 lebeh..
sampai KL kol 11 lebeh...
uwh~ baru igt... hari ni my befday~
abg yg ingatkn..
adeesss!!

pergi sungai pisang~
tp, x leh mandi...
sbb x bawa baju...
sedehnyer...
dengki tgk adik2 mandi..

27 january.....

gi sungai congkak...
mandi sungai ngan sepupu...
best~
airnya sejuk
pemandangannya cantik banget~
tp,... cume kotor sket..
org ske buang smph merata-rata...

then, bertolak balik... esok skolah!!! homework ade lg yg tak siap..!!!

sampai kt umah lebih kurang kol 5 lebih (petang)

balik...
smpt agi main komputer...

then, buat homework...
tidur lewat~
argh~~~....

28 january...

befday my cousin...
happy belated besday~

skolah...
homework dah siap...

fuhh!!
harini, hr last muallim anwar ajar maths,,..
die bagi sagu hati kat kitorg...
nak tahu aper???
test maths!!!
adoii...
kengkawan bising...
alahai...
omwek lagi...
kang putus fius kang~

inah said " rilek r... bukan banyak pon.. (kononnyer suke dpt homwek...)

kengkawan said " eleeh, tadi, die jugak yg x nak homwek... skarang kata rilek.."

inah said.. " manusia boleh berubah lah!!,.. (tersenyum sinis)

kengkawan said " err... nyampah (mencebik )

Sunday, January 25, 2009

~ my birthday ~

26 January 

salam!!! hi friends,...

buat entry kalini bkn ade pape pon....
cume nk bitaw~ skarang dah pukul 2 pagi...
maknanya..,,,

dah 26 january daa...
my birthday~
i'm 13 years old!!!
sekejab jer rasenyer mase berlalu..
kpd sesape yg rajin wish kat ana tuuu,,...
 thank you very much lerr...

doakan supaya ana panjang umur, murah rezeki... dan lain2 lagi...
doakan bende2 yg baik lah pd ana yerk...
tak caye rasenye ana dh 13 thn!!!

okeylah...
ana x nk menulis panjang2 niee...
banyak lagi homework yg x siap...

p/s: klu nk bagi hadiah silakan...,,, diterima dgn hati terbuka... hehehe

hadiah x pntg pon... yg pntg ,,, doa kalian buat ana di sini....
sepatutnya, mase befday kite, kita yg kene bagi hadiah kat emak kita sbb die yg bersusah payah lahirkn kita... bkn emak plak yg kene bagi hadiah kat kite...

wassalam...

INAH

Friday, January 23, 2009

nostalgia~ DeNdA

salam... setiap org ana rase, penah merasai kene denda ngan guru2 kn? kalau x pernah rase tu, kiranya, die lucky la tuhh....,,, actually, ana x taw nk buat ntry per... so, ana tulislah nostalgia kene denda... huhuh~ mungkin boleh jd pengajaran buat u all!!!

YEAR 4.... muallimah ade bagi kerja skolah.... subejek feveret ana a.k.a BM...~ tapi, ana tak siap... haritu, ramai tol org x siap omwerk... pas2., muallimah pown dende, suruh gi nyanyi lagu negaraku dan nasyid skolah kat tapak perhimpunan.... malu seh!! ana nyanyi sambil ketawa... kelakar + malu... pas2, adelah budak2 dr kelas lain ketawakan kitorang!! uich... malunyer~ lepas2, klu kerje BM gerenti ana siap... dh insaf daa....

YEAR 5
dende ni lagi sadis dari dende mase year 4~!!
haritu, muallim ade abgi homework Maths a.k.a subjek yg plg susah bagi ana (dulu jer)
ana pown buat la omwerk tu... tgh2 bwat.... .. icH!!! ngantuk... ana pon tido same2 ngan buku tu... esok tu!!!~~ alamak!!! kalut!!! x siap agi kerje maths... erm,,... ana pown malas nk amik pusing... takpe, baru first time tak siap..... pas2, tanpa disangka...,,, sape x siap...
dendenya.... huisy!!! x yah nk kabo r... sadis banget!!! kene pergi kat kelas ke kelas... cakap.... " SAYA TAK SIAP KERJA SKOLAH" sepuluh kali plak tu~.... banat 4 org tak siap... 2 org pengawas,,... malu btol mas2,... pengawas x siap homwerk... ish~... sejak haritu... mmg ana amik cakna r subjek nie...

YEAR 6..
.
year 6... nie, thn ana amik UPSR... xkn nak buat hal x siap kerje skolah kowt~ dh la jadi PKP... malu r klu x siap homework... tahun ni, tahun perubahan ana.... jadi budak rajin study cket... salu amik cakna pasal Homework... so, thn 6, x delah denda2 yg agak sadis seperti thn 4 & 5~

FORM 1...
thn ana jadi bdk skolah menengah... banyak homework... tak mng tangan.... tapi, alhamdulillah, still bwat~ ana harap, thn nie...,, ana xkan dikenakan denda yg sadis~
.....
oklah...,,, wassalam..,,,,

INAH

Monday, January 19, 2009

terpedaya dgn dua dinaR~

Align Center

Terpedaya Dengan Dua Dinar

Suatu ketika dahulu, ada seorang lelaki yang membawa kapak untuk menebang sebatang pokok yang disembah oleh penduduk. Lelaki itu berniat untuk menebang pokok itu lantaran marah kerana Allah. Lalu datang Iblis menyerupai seorang lelaki tua dan cuba menegahnya. “Jangan halang aku. Aku mahu menebang pokok ini kerana ramai yang menyembahnya,” kata lelaki itu. Iblis berkata, “Engkau sendiri tidak menyembahnya, apa perlu engkau peduli pada orang lain yang menyembahnya?” “Aku tetap akan menebangnya,” balas si lelaki. Lantas Iblis memujuk, “Mahu tak engkau pertimbangkan hasrat kau tu sekiranya aku mencadangkan sesuatu yang lebih baik?” “Apa?” soal lelaki itu. Goda Iblis “Jangan ditebang pokok ini dan aku akan beri dua dinar emas setiap hari.” Lelaki itu bertanya “Bagaimana aku dapat pastikan aku akan menerima dua dinar emas setiap hari?” Balas si Iblis yang menyamar sebagai orang tua, “Aku jamin engkau akan menerima dua dinar emas di bawah bantalmu pada setiap pagi.” Dengan itu, maka terpedayalah si lelaki itu. Dia pun tidak menebang pokok sembahan tadi dan pulang ke rumahnya. Keesokan pagi, dia mendapati di bawah bantalnya ada dua keping dinar emas.

Pada pagi kedua, tidak pula kelihatan dinar emas tersebut. Dengan perasaan marah,lelaki itu mengambil kapaknya untuk meneruskan niat menebang pokok sembahan. Kemudian, datang Iblis menegurnya, “Kenapa engkau datang kembali?” Bentak lelaki itu, “Aku nak tebang pokok sembahan itu, orang ramai menyembah selain Allah.” “Engkau bohong!” tingkah Iblis. “Niat engkau sudahpun berubah. Tidak ada jalan bagimu untuk menebang pokok itu.” Lelaki itu mengendahkan kata-kata Iblis lalu cuba merapati pokok tersebut. Tidak semena-mena tanah di sekitar menelannya hingga dia hampir tercekik. Iblis pun berkata, “Engkau tahu siapa aku? Akulah Iblis! Engkau datang pada mulanya memang tulus marah kerana Allah, oleh itu aku tidak dapat menghalangmu. Dan engkau dapat ditipu dengan dua dinar emas hingga membatalkan niat tulus menebang pokok yang disembah orang ramai. Kemudian engkau datang untuk menebang pokok itu kerana marah tidak dapat dua dinar emas, maka bumi dapat menelanmu!”

Ulasan editor 1 : Walaupun orang lain yang membuat kemungkaran menyembah pokok, kita tetap perlu berusaha mencegah perkara yang mungkar dan tidak berdiam diri.

Ulasan editor 2 : Sama-sama kita periksa niat kita dalam setiap tindakan yang dilakukan. Kerana apa kita bertindak? Emosi atau kerana kehendak syarak.

* Kisah dipetik dari Belitan Syaitan (terjemahan), hal 68

perkataan syukur yg dilupai

Perkataan Syukur Yang Dilupai

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia..negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:

"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!” Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..Ini juga peringatan buat saya hamba yang khilaf. Wallahu’alam..

Thursday, January 15, 2009

pening lor

salam.........
skoola menengah ni~
nak naik pening pown ader~
tp,,,... best la jugak~
macam2 bende baru yg ana pelajari..
actually,
x der paper pown nk tulesh~
and...
x der paper pown yg nk criter~
boshan shangat~
erm..,,
esok cuti~
yeeha~ Alhamdulillah~...
banyak tol omwerk~ * semenjak masuk skolah menengah...
erm...
pasal pelajaran tuh>>>....???
ntahlah,,,... tp, alhamdulillahlar~ stakat nie, masih okieh~

sehari dpt lebih kurang 3 kerja rumah,,,...
banyakkah??
sikit jer kn... tp, ntahlar~
ana rase cam banyak~ memule rase cam x biase sgt  kt skoola menengah~
rasa cam nak terjun balik jew kat skoolah rendah~
skolah rendah yg penuh warna-warni~~
tp, mase maneleh diundo kn??? autosaved 
trime jela...
insya Allah...
lame2 okeh la tur skolah menengah~

tp...
kelas ana kt tingkat 4~
letih tol nk naik tangga~
tp... blajar punye pasal... naek jele~
beg plak berat~
satu-satu buku tue...
pergh~ tebal~
galas beg, cam nak patah bahu... *hiper bola la plak~

tapi, x per~
x baik merungut~....okeylah~
xde pape yg best nk diceritakan..

cheers!
wassalam..,,

inah

Sunday, January 11, 2009

cinta vs suka

Cinta vs. Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.
p/s: cintailah ilahi... itu cinta hakiki~ 
cintakan bunga,
bungakan layu,
cintakan harta,
hartakan habis,
cintakan manusia,
manusiakan mati...

kate2 ni, amik dr lagu kowt~ (klu x silap)

ok,

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails