Pages

Wednesday, February 25, 2009

Lawatan...

salam..,,

today,
adelah beberapa org drpd Indon dtg ke sekolah ana untuk membuat lawatan
mmg kalutlah kitorg buat persiapan..
harini, ana hanya belajar 2 subjek sahaja...
masa yg lain2 tu digunakan untuk menghias kelas dan macam2 lagilah!
oh, ya!

Lupa plak beritahu!
tentang kelas,...

adalah dengan ini ana mengumumkan bahawa...,,

jeng... jeng.. jeng...

kelas ana mendapat tempat ke...

nak tahu ker?
....???

ok.. ana beritahu!
dpt tmpt ke 6 drpd 8 kelas!
adess!!~~

Baguskah itu>?

korang rasa?
bagusker??

hmmm...
ana tak tahu apa nk cakap...

tp, sejujurnya,
bersyukur jugaklah sebab x dinobatkan sebagai kelas yg tercorot tahap kebersihannya!

markah kelas ana dgn pemenang tempat ke5 tak banyak beza pun!!

hanya 00.05 sahaja!

dan,
beza markah kelas sy dgn kelas yg tempat ke7 bnyak bangat!
insya Allah masih ada masa lagi untuk kami menghias kelas!

Oh, ya!

berbalik kpd tajuk asal..
tentang lawatan org indon ke sekolah sy!
smbtnnya sgt meriah sekali!

ada buat perbarisan kawad
based
dan..

lain2 lagi!~~

lagi satu..
diumumkan bahawa

peperiksaan akan dibuat selepas cuti panjang!!!bukan sebelum cuti panjang
leganya hati!

boleh juga study2 sket!~

wassalam.,
INAH

Tuesday, February 24, 2009

SAMSONS_kenangan terindah

Kenangan Terindah

Artist: Samsons

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu

Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku... Kau lah cinta sejati

Ooh...
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi

Sebagai kenangan yang terindah

Ooh....

UNGU_ andai ku tahu...

Andai Ku Tahu
Album : Surga-Mu
Munsyid : Ungu
http://liriknasyid.com

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan
Tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan
Jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga

aku, ibu dan diari merah 1981

salam...,,
maaflah, sebab dh lama x hantar post dlm bloG ni.. oleh krn, "kebizian" yg melanda..
hehehe,,... ade keh ayat tu?..ok, nevermine lah!~
oleh sbb ana x de post..
jadi...,
ana post jelah cerpen yg ana dpt dr sahabat2 ana..
untuk dikongsikan bersama..
semoga, dpt manfaat drpd cerpen tu...
ana rasa mungkin dah ramai dah yg baca cerpen nie yg dihantar drpd sape2

SELAMAT MEMBACA!~

Aku, Ibu dan diari merah 1981

7 Januari 2008 Ku termenung kembali ke luar tingkap. Gelap gelita. Sunyi sepi. Hanya kadang-kala terdengar desiran angin. Tiada kata yang terucap dari bibirku. Hanya air mata yang saban hari menjadi penemanku di bumi asing ini yang terus berbicara. Ku hela nafas panjang. Ku seka air mata. “Ya Allah, Ifa, kuatkan hatimu..”monologku sendirian. Pantas ku capai diari dan terus ku luahkan perasaanku menerusi bait-bait puisi. Terus ku peluk diari merah itu. Diari usang 1981. Ikatan pertama aku dan ibuku.

* * * 24 Mei 2003 “Ifa, nanti lepas sekolah balik ngan mak ye.Tak payah naik bas.Beg besar kan,”ajak ibuku yang hanya ku balas dengan anggukan.

Sepanjang perjalanan pulang ibuku terus berbicara mengenai rancangan masa depanku. Harapannya. Namun, sepatah kata pun tidak terlahir dari bibirku. Seperti biasa aku dengan dunia ku sendiri. Terasa begitu janggal bila hanya berdua dengan ibuku. Memang hubungan kami begini dari dulu lagi. Tiada mungkin kan berubah. Itulah kata hatiku.

“Kak Ifa!!”

Kepulanganku disambut riang adikku,Azim. Senyumanku terukir. Aku terus mengangkat beg dan berlari ke dalam rumah. Rindu terubat apabila berjumpa adikku. Petang nanti, adik-adikku yang lain juga akan pulang dari asrama. Aku mula membuat rancangan untuk aktiviti waktu cuti. Inginku luangkan masa sepenuhnya untuk adik-adikku. Merekalah tempat ku bermanja.Tak ku sangka kakak ku jua akan pulang bercuti. Setahu aku, dia perlu menghadiri kursus untuk SPM yang bakal menjelang. Aku cuma berharap pertemuan singkat kami dalam cuti ini takkan berakhir dengan pertengkaran lagi. Malam itu kami berlapan makan bersama. Gelak tawa mewarnai suasana. Masing-masing sibuk menceritakan kisah masing-masing. Entah siapa yang bercakap,entah siapa yang mendengar, aku pun tidak pasti. Tapi aku rindu suasana itu. Kadang kala bersua muka, pasti banyak mahu diceritakan.

Tiba-tiba ibuku yang selalunya hanya mendengar bersuara , “Ifa, markah add-math dah turun. Kenapa dapat B ja? Nak malukan mak ke? Ifa kena ingat,Ifa bawa nama mak kat sekolah tu.”Aku terpana. Yang lain terus diam membisu. Cuba kusuapkan butir-butir nasi walau terasa amat payah. “Ina, mak dengar Ina punya markah add-math dah naik ye. Takpela dapat C. Usaha pelan-pelan. Nanti bolehla dapat A. Yang penting peningkatan. Nanti mak belanja KFC,” sambung mak. Praaangg..Berkecai pinggan nasiku natijah dihempap. Ku terus berlari ke atas dan menutup pintu sekuat-kuat hati. Ku jatuhkan badan ke atas tilam. Namun, tidak menitis walau setitis air mata. Tidak akan ku biarkan air mata ini jatuh. Keegoanku terlalu tinggi.

* * * 1 Mei 2001 “Kak Ifa, bangun. Tok wan dah tak dak kat dunia. Tok wan dah meninggal,”aku yang mula-mulanya mamai terus segar. Tiada kata yang mampu ku luahkan. Cuma langkah aku cepatkan ke pejabat warden dan memohon kebenaran pulang bermalam. Sepanjang perjalanan, bibirku terus menghadiahkan surah Yaasin buat arwah Tokwan. Namun, buat pertama kali jugalah sejak aku bergelar remaja aku membiarkan air mataku mengalir. Setibanya aku di kampung, Tok terus menyambutku dan mententeramkanku. Semua di situ mengerti betapa pentingnya Tokwan kepadaku. Dialah satu-satunya orang yang ku rasa begitu tulus menyayangiku. Kain batik lepas yang menutupi wajahnya kubuka.

Gelap.

Rebah aku menyembah bumi. Terlalu berat untuk ku terima pemergianmu. Aku mengerti, kau juga manusia yang akan mati. Namun, aku belum bersedia. Aku tiada siapa lagi di dunia. Sepanjang pengurusan jenazah arwah Tokwan, aku susuli. Kukucup dahimu buat kali terakhir. Ku cuba pasrahkan hati. Ayahku menarikku ke dalam dakapannya. Inilah ku rasa kali pertama aku merasa belaian seorang ayah. Aku biarkan saja.

* * * Zaman kanak-kanakku Terlalu hitam masa silamku. Sukar untuk dicoretkan dengan kata-kata. Mungkin kerana kurang perhatian aku mula menjadi degil. Terlalu degil dan keras hati. Segala apa yang ku lakukan semata-mata menyakitkan hati kedua orang tuaku. Dari memukul teman di sekolah hingga memecahkan pinggan mangkuk sesuka hati.

“Pukul la lagi. Tak sakit pun. Pukul la lagi,” itulah ucapan yang sering ku ucapkan untuk membakar bara marah ibu dan ayahku.

Bila marah mula menguasai, maka akal pasti tunduk kalah. Aku akan dipukul sehingga sesak nafas. Namun, sekalipun aku tidak pernah menangis. Bagiku tangisan itu hanya menunjukkan kelemahanku. Kerna kurang perhatian dari ibu bapalah aku menghargai adik-adikku. Tidak pernah ku biarkan walau satu cubitan hinggap ke badan mereka. Aku akan mengaku bahawa setiap kesalahan mereka berpunca dariku. Akhirnya berbirat dan kadangkala menitis merah darah dari belakang badanku yang kecil. Namun tidak pernah terasa sakit itu kerana pasti ada tangan adik-adikku yang akan datang dan menyapu minyak. Betapa aku sayang adik-adikku. Zaman remajaku Aku terkenal sebagai seorang yang periang namun kasar. Kadang kala menyerupai lelaki. Panas baran.

Namun,segalanya berubah selepas pemergian arwah Tokwan. Masih segar kata-katanya pada perbualan terakhir kami. “Ifa, Ifa lembut sebenarnya. Tak payah pura-pura jadi lelaki. Ifa kuat walau Ifa perempuan. Tak salah jadi lembut. Ifa, lagi satu. Ifa dah besar. Kena belajar kawal marah tu. Nanti orang tak nak dekat. Ifa kankan?” ku renung dalam anak matanya. Sayang Tokwan. Ifa boleh buat.

Tokwan berbicara lagi, “Tokwan teringin Ifa jadi doktor. Ifa boleh rawat Tokwan bila Tokwan sakit macam sekarang ni.” Aku hanya tersenyum. Sejak itu,aku mula berubah. Mula belajar mengawal marah. Mula belajar erti kelembutan. Perjalanan menjadi mudah bila punya teman di sisi yang senantiasa ringan menghulurkan bantuan. Tidak terdengar lagi tempikanku. Dan aku mula dikenali sebagai gadis yang ayu. Namun, aku masih aku. Hubungan aku dan ibuku masih renggang. Aku masih tidak membenarkan air mata tumpah ke bumi. Egoku masih melangit. Entah bila bisa ku robohkan.

* * * 23 September 2007 Aku sedang mengemas baju-baju untuk ku bawa ke bumi asing itu. Aku akan meneruskan pelajaran ke negara orang dalam bidang perubatan. Akan cuba kulunaskan impianmu, Tokwan. Kotak memoriku mula memainkan tayangan setiap peristiwa yang bakal jauh dariku. Pintu bilikku dikuak dari luar. Lamunanku terhenti. Ibuku datang dengan membawa diari merah usangnya. Ku kenal diari itu. Diari milik dia tika bergelar pelajar di perantauan dulu. Juga diari yang menyimpan rahsia kisah pertemuan ibu dan ayahku. Namun, aku masih membisu. Cuma pandanganku berkata-kata dengan mengikut setiap pergerakannya. Akhirnya ibuku bersimpuh di sisiku. Diari merah itu diselitkan ke dalam beg bajuku. “Jaga diri di negara orang. Ifa masih anak mak. Luahkan perasaan Ifa dalam diari tu,”katanya ringkas lalu terus bangun dan keluar dari bilik. Aku terkesima dengan rasa yang aku sendiri tak mengerti.

* * * 7 Januari 2008 Ku pandang lagi takwim tahun ini. 6 bulan lagi aku akan kembali ke tanah airku untuk cuti summer. Aku terus memeluk erat diari itu. Aku bertekad untuk menurunkan egoku dan berusaha untuk memperbaiki hubungan aku dan ibuku. Ku baca berulang kali SMS yang ku taip. 'Ifa sayang mak.' Lalu kutekan butang ‘send’. Ku pejam mataku. Moga sinar kebahagiaan menanti kami di sana.

Friday, February 20, 2009

~ d0nT gIve UP!!!~

usah putus asa

kadang kala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia dan kadang kala kita berlu gembira bagi setitis air mata

Ketahuilah olehmu sahabatku...
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...

Allah SWT TAHU

Thursday, February 19, 2009

~BORING!!!!~

salam..,,
Hmm,,... BORING?
perkataan nie kerap kita dengar dr mulut2 org!~
yetak!!??
kekadang mulut ana pon mengeluarkan kata-kata itu!~

ana pernah baca artikel...,
sebenarnya,
PERKATAN BOSAN tu, sepatutnya tak ada dlm kamus hidup kita sebagai seorang muslim!!
kenapa?
nani?
why?

sebab,
sebenarnya, TANGGUNGJAWAB kita sebagai seorang muslim lg banyk drpd masa...
jadi?
masa yg boring tu sebenarnya,
wajarlahkita isikan dengan menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim!~

e.g:

TOLONG UMMI/AYAH
MEMBUAT AMAL KEBAJIKAN
DAN LAIN2 LAGILAH!~

ana buat entri ni, krn, ingin mengingatkan diri ana sendiri juga :P

ana tgh bosan tahap maximum~!
ana tgh bosan tahap serius!
ana tgh bosan tahap Giga!
ana tgh bosan tahap??? Tahap Gawat!

padahal!, kerja skolah banyak lagi..
adoii...
okeylah...,
nak buat lu..
nanti x siap...,, kalut plak..

OK...
ana tak nak merapu panjang2 ni...
wassalam..,,

CHEERS!~
INAH

pisang dan hati....

Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Ceria-ceria selalu :)

Wednesday, February 18, 2009

my friend about..

" FRIENDS ARE FRIENDS NO MATTER IN WHAT PACKAGING THEY CAME IN"

~salam..,,
Hmm,,, ana suka ayat tue... ayat tue, membawa maksud yg mendalam dlm kehidupan seseorang termasuk ana!
YA!!
kawan tu sgt penting....
ok...
meh ana crite sserba sedikit ttg sahabat ana...

mulakan dengan ..,,

FUADAH...
~dia ni,,, kepoh sket...,, sket jer tak bnyk
~ suka subjek maths! ahaks!!
~dia?? pendek jer! hahaha.. just kidding keyh!!
~dia duduk sebelah ana.. dia nie? x lah cool sgt! biasa2 jer!!
kalau dia ketawa... macam hantu ketawa
~dia..,, sporting... x mudah terasa hati...

NURIN
~owh.. budak nie>?
~ samela ngan Fuadah, sporting jerk
~ tak suke merajuk
~ die.. comeii!!
~ suke menjerit! adoi! sakit telinga!
~ die??? lah.. yg lain tu, biarlah rahsia antara kami...

FATIN
~ budak kepoh.., kepoh banyak
~ suke tgk TV..hahaha
~ baik.. sporting? sket2 jer..

ZAITY
~ sensitive
~baik jer...
~ suke sgt warna hijau :)...
~rajin buat homework..

SAFURA
~suke sgt makan coklat!
~penolong kelas
~ 5A UPSR.. wOw!!
~terror Ennglish
~MinaT sesangat Drama Korea!!..>

AYUNI
~minat drma Jepun
~berani
~Lagi??
~ntah!

MAIZA
~sporting
~tak bnyk soal
~kekadang terlepas menjerit
~?? comeii....

AULIA
~emosional
~bendahari
~suke bace Novel
~kawan baik Shasha
~??? x tahu....

SHASHA
~terror BI
~pakai spec... muke ngan spec sama2 bulat..hehehe
~suke melukis
~ suke mengalah
~kekadang, mudah terasa

AIN
~peminat Drama Jepun (same like me! owh)
~suke perasan... haha.. org kate.. not me!
~tinggi
~ kekadang die ni x betul sket

FARHAH
~ baik jer
~ banyak soal, kadang2(hahaha, jgn marah...)
~pakai spec...
~lagi??
~salah seorang ketua subjek
~ and... uwh.. no idea

SYAFIQAH
~ ???
~????
~???
i've no idea

ELI
~baik
~pendiam sket...
~???
~???
~???

FIDZAH
~sensetive...
~???
~??? kekadang okey jer
~kalau tension, mengamuk.. (die kate, bkn ana!)
~kekadang ske menyakat sket!! hahaha

SOFIA
~ kekadang temper
~jaguh berlari
~???
??
no idea la... tgh buntu nie...

Thursday, February 12, 2009

iNNaLiLLaH~*

salam...,,,

hm.. harini, 13 January...
...-----
my family balik kampung~
ana??
kene duduk rumah...
coz, harini, ana kene pergi skolah!!!
ade hal kat skolah...
kene hias2 kelas..
maklumlah... nanti ada pertandingan kelas tercantik,...>>
nak rasa jugak pegang title tu.. :P....

uWh!!!~~
kalau boleh..,,
mgg ana rasa malas sgt nak perghi skolah!!!
ana nak balik kampunG!!!!
rindunyer kat kampunG!!!
lamedaa... x balik...
tp, nk wat camne...
dah ade kerje kat skolah..
terpaksa r duk kat rumah..

diorang sumer tu balik kampung coz,
my uncle masuk hospital..
innalillah..
accident,,..
kalau boleh, nk mlwt gak!
tp, nk wat camner!!
mungkin ade hikmahnya disebalik kemalangan tu...
Allah maha mengetahui...
hhuhhuuuuuuuu...
shedehnyer,,..
kene dok umah sensorg...(walaupun ade sepupu teman)

oklah...

wassalam..,
INAH

Sunday, February 8, 2009

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula 
punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Motivasi

~ bisnes aiskrim ~

salam...,,

dekat skolah ana,  ada buat kutipan tabung untuk Palestin~
dan...

dan sekolah mencari kelas

1) mengumpul duit paling banyak untuk kutipan tabung Palestin/kelas terbaik
2)kelas yg kutipannya paling sedikit/kurang memuaskan...

so, kitorangtak nak lah jadi kelas yg kurang memuaskan...
dan untuk mengumpul wang untuk tabung Palestin..,,

kitorang buat bisnes aiskrimm

actually, bukan bisnes pon...
jual aiskrim jer...
untuk kumpul duit...
modal kitorg nk buat aiskrim adelahtu banyak mane~
manaleh bitaw~ hehehe...

tapi, 
bile kitorg jual aiskrim,
untungnya, berlipat kali ganda taw~~!!
stakat ni, kelas kitorg dpt kumpul sebanyak RM 70 lebih...
dalam masa 1 hari!!! satu hari jerk!!!! dgn jual aiskrim and derma bebudak dlm kelas~
sebatang aiskrim jual RM 0.30 sen~!!
skolah buat sasaran setiap kelas sekurang-kurangnya RM 250 sebulan!!
Insya Allah...
kami boleh buat~!! walaupun kami JUNIOR jer kat skolah~

so, korang...
belilah aiskrim yg kami buat erk!!~~??...
uhuh~!!

nak gi buat homwek lu~
banyak agi yg tak settle...
homwek?? huh~
bertingkat-tingkat!
tinggi cam KLCC!!~~

ok.. cheers!!
wassalam..,,
INAH 

Thursday, February 5, 2009

~ skaranG ni BulaN braPe eH?? ~

assalamualaykum~~......

skarang ni bln berapa eh??

of course la korang sumer jawab ...

skarang ni BULAN 2!!!

yetak???

actually, lunar calendar~

i'm ask 4 qomari calendar lah~

bulan dlm islam!!!
skarang ni, bulan SAFAR~
ramai sebenanye org melupakan tarikh dlm islam....

harini berapa haribulan eh..(tarikh hijri)???

erk... cakap kat org!!!
saya pon luper... hehehe...
tapi, yg tahunyer, skarng nie, bulan safar!!!

BULAN SAFAR..

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya: 

"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.

 Safar

* http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Safar.html

Sunday, February 1, 2009

warkah ibu buat anak di kampus...

Warkah Ibu Buat Anak Tersayang di Kampus

Seorang ibu sentiasa mendoakan anaknya

Sambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang masih di peringkat matrikulasi UIA.

"Mak......test fizik tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap."

Begitulah bunyi SMS daripada Salman. Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.

******

Bismillahirrahmanirrahim.

Man yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan Man. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar? Semoga Man berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.

Man masih ada test lagi? Mak harap Man terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang Man akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.

Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.

Man yang dikasihi, mak harap Man jelas akan matlamat ini, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Mak tahu memang payah...memang susah belajar di sana... tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, mak nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun Man sibuk kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.

Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.

Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.

Begitulah hakikat diri kita Man..terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada dua sifat ini yang mengiringi perjalanan hidupnya iaitu, sifat raji' dan sifat taqwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada dalam hatinya, barulah menjadi manusia yang sentiasa menharap redha Allah dan takut amal-amalnya tidak diterima. Sebenarnya, Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa puas hati dengan prestasi kita walaupun telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah SAW sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka. Keberkatan dan rahmat Allah mengiringi mereka sehingga muncul generasi unggul yang tiada tolok bandingnya hingga kini.

Tiada apa yang kita boleh banggakan dan berhak tuntut selain hanya boleh beerusaha sekaligus memulangkan hasilnya kepada Allah SWT. Mak teringat ujian fizik Man yang Man beritahu baru-baru ini. Tak apalah..tak boleh jawab sepenuhnya pun..usaha lain kali. Tapi ingat! Iringilah dengan ibadah yang kuat kepadaNya. Insya-Allah, Dia akan lebih dekat dengan kita.

Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat dan beristighfar kepada Nya. Itulah orang mukmin yang cerdik dalam erti kata sebenarnya. Cukup disini dulu Man. Insya-Allah, Mak akan menulis lagi. Salam juga dari Ayah dan adik-adik di kampung. Mak harap Allah mengurniakan kekuatan dan kesihatan kepada Man untuk terus berjuang. Mak doakan agar Man sentiasa diberi rahmat oleh Allah SWT.

Wassalam

Salam sayang,
Emak

Anak Soleh - AeMan

Dipetik dari Haluan edisi Nov/Dis 2007

~ rahsia jari kita ~

ada apa dgn jari?

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

jari

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

*sumber di petik dari www.virtualfriends.net, penulis DilaDellila

...!!!@#$%^

happy befday

........

happy birthday to all my frenz~

~ eli, 6 january
~ sofia, 1 Feburuari
~ muallimah shidah , 29 January
~ mak Nor, 30 January
~ hana sofea, 27 January
~ cikgu Mustaza

and...
sesaper laa...
yg befdeynyer bln Jan and Feb

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails