Pages

Tuesday, March 31, 2009

~ Palestin.. kami tetap bersama anda!~

.............
Salam..,,
Pada akhir bulan lepas,kita dikejutkan dengan berita Palestin diserang oleh Yahudi Laknatullah...
~ saban hari... berita memaparkan kisah-kisah yang menyayat hati berlaku di Palestin...
tetapi,.. apabila sudah hampir 3 bulan berita itu berlalu.. masihkah kita ingat lagi tentang is Palestinn...
kita sebagai umat islam.. sepatutnya, mengambil tahu tentang is semasa yang berlaku disekeliling kita!
terutama sekali isu tentang ummat islam!~

Cuba anda semua renungi~
Bantuan apakah yang telah anda sumbangkan untuk Palestin?
memang kita tidak mampu untuk pergi ke Palestin.. turut sama berperang dengan orang Yahudi..
tapi...,,~..
bantulah dari sudut kewangan@ tenaga@ masa....

Sekolah saya..
telah melancarkan tabung "kami bersamamu Palestin"
dan..
setiap kelas wajib mengumpul minima...
RM 250 ringgit sebulan!~
kelas di sekolah saya ada 8!
jadi... 250x8=???????
hmm..
tentu banyak bukan?

tapi, alhamdulillah..
setiap kelas berjaya mengumpul melebihi sasaran..

kelas saya berjaya mengumpul sebanyak RM 456 ringgit~
ada kelas.. sampai seribu lebih!~

pada bulan lepas...

sekolah saya berjaya mengumpul sebanyak RM 4 ribu lebih.....~
.....

~!!~!~!~!~!~!~!~!~~!!!~!...
Jadi ingatlah kalian..
jangan sesekali kita lupakan tentang palestin...
kerana...,, mereka disana adalah saudara seislam kita..
membantu mereka merupakan perkaran yang wajib!
bukan sunat!~ (kata pengetua sekolah saya ^^)
..
kalau tak mampu bantu dari sudut kewangan...,,

berdoalah untuk kesejahteraan saudara kita disana... ^^

^^
wassalam..
~ inah~~

Thursday, March 26, 2009

Will You Hate Me?

~ Dawud wharnsby Ali

Will You Hate Me lyrics

I have to block out thoughts of you, so I don't lose my head
They crawl in like a cockroach leaving babies in my bed
Dropping little reels of tape, to remind me that I'm alone
Playing movies in my head that make a porno feel like home
There's a burning in my pride, and a nervous bleeding in my brain
An ounce of peace is all I want for you, will you never call again?
And will you never say that you love me, just to put it in my face?
And will you never try to reach me, it is I that wanted space

Hate me today
Hate me tomorrow
Hate me for all the things I didn't do for you
Hate me in ways, yeah ways hard to swallow
Hate me so you can finally see what's good for you

I'm sober now for 3 whole months, it's one accomplishment that you helped me with
The one thing that always tore us apart is the one thing I won't touch again
In a sick way I want to thank you for holding my head up late at night
While I was busy waging wars on myself, you were trying to stop the fight
You never doubted my warped opinions on things like suicidal hate
You made me compliment myself when it was way too hard to take
So I'll drive so f*cking far away that I'll never cross your mind
And do whatever it takes in your heart to leave me behind

And with a sad heart I say bye to you and wave
Kicking shadows on the street for every mistake that I had made
And like a baby boy I never was a man
'Till I saw your blue eyes cry and I held your face in my hand
And then I fell down yelling, "Make it go away," just make a smile
Come back and shine just like it used to be
And then she whispered, "How can you do this to me?"

Hate me so you can finally see whats good for you.
For You x3

Send "Hate Me" Ringtone to your Cell Phone! Browse Other Blue October Ly

~ 3xam hampir berakhir~

salam..
hari ini, hari last exam bagi minggu nie..
esok dan lusa cuti..
lepas tu, minggu depan ada lagi exam..
dua paper lagi....

hmmm...~
so far..
4 paper dah diumumkan markahnya..
alhamdulillah..
ana boleh terima dengan markah tu~ :)
walaupun adela sedih skit2..

kegagalan megajar kita erti ketabahan dalam mengecapi kejayaan...~

betul x?
(walaupun tak gagal... :)..
so far..
x de lagi dapat c!
paling teruk B!~
kalau boleh..
mestilah kita nak skor semua A dalam setiap subjek kan?
tapi, apa yang kita nak tak semestinya kita dapat..
sebab, dunia ni bukan hak milik kita...

~ tak semua benda yang kita inginkan dapat kita kecapi.. :)
betul tak?

~jadi segai manusia hendaklah kita tabah dalam menghadapi setiap cabaran..

owh!~ rasanya sudah hampir seminggu ana tidak melayari internet gara-gara EXAM~
tapi,
sejujurnya, tak adalah rasa kehilangan pun~!
biasa ja!

--------------------------------------------------------

apa yang ana perhatikan, bila tiba sahaja waktu exam..
mesti orang sibuk berkepit dengan buku... (termasuk ana)

ada org hafal itu ini.. sampai ana tengok macam burung pipit pulak.. ..hehehe
tapi, ada org, die hafal tapi x faham apa yg die hafal..
hmm..

bagi pendapat analah...
study bukannya penting sangat untuk kita skor dalam exam..
tapi,., yang penting ialah..kita tumpukan perhatian masa guru2 mengajar
(macamlah ana tumpu sangat)
sebab, kalau masa guru mengjar, kita tak tumpukan perhatian...,
bila kita study.. kita tak akan berapa faham(tapi, x semua)

ana ingat lagi..,,
kakak ana pernah cakap..
sebenarnya, untuk mencapai kejayaan..

usahanya hanya 20%
80% pula bergantung kepada doa kita..
ataupun hubungan kita dgn Allah dan manusia..

tapi, kalau berdoa saja.. tapi, usahanya tidak! still tak boleh nak cemerlang lagi ~! betultak?

tapi.. kalau ilmu je ada.. tapi x manfaatkan.,,!!~ tiada GUNANYA!!~
meaningless!!~

jadi...,
kat sini ana nak nasihatkan pembaca yg budiman dan ingin mengingatkan diri ana sendiri yang mudah alpa ini..

" utuk mencapai kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah,... ada pahit manisnya...
dan..
untuk mencapai kejayaan juga..
hubungan sesama Allah
dan manusia juga memainkan peranan.."

oleh itu... tepuklah dada... tanyalah iman..

wassalam..~!

aku yang alpa..
Inah...

11;18 minit malam

Tuesday, March 17, 2009

~ GoodbyE, LaptOp,& IntErneT~

aSSalamualaikuM<<>>!!~~ ~ Saya rasa ini mungkin post saya yang terakhir sebelum exam.. Ya!! Minggu depan exam! EXAM!!! Kalau dengar perkataan tu! Saya rasa takut! EXAM EXAM EXAM EXAM ............................................................................................................................................................... satu perkataan yang mengerikan!~~!! Huhuh~ Jadi saya akan BERPUASA daripada membuka Laptop selama seminggu kerana exam.. lagipun, kene study! Tengok! harini udah hari selasa! hari Ahad minggu depan sudah exam! tapi?? Study pon x habis lagi... alahai... kalau fikirkan tentang exam... rasa cam pening jer... mmg la pening! sebab ni 1st time saya hadapi peperiksaan sepanjang bergelar pelajar sekolah menengah! ~(cheh,!! buat2 tension plak aku nih!) ~anyway.. kepada pembaca yg budiman lagi baik hati.. sudilah kiranya kamu semua mendoakan kejayaan saya..,,~ Oh, ya! hari ini, saya perlu pulang ke kampung~ Jadi.. mulai esok sehingga habis exam... ---- Saya Nekad---- ~ tak nak layan dah... FS BLOG EMAIL YM TAGGED FACEBOOK NOVEL ONLINE..... ok... selamat tinggal.. huhuhu~ wassalam..,,~! Inah...

Thursday, March 12, 2009

Waw~~~!! HoliDay daH berMuLa!!~~ exCiteD tahap maximUM!!

Assalamualaikum!!~
dengan ini diisytiharkan bahawa,
cuti sekolah telah bermula selama seminggu!!

daripada, 13 Mac 09- 22 Mac 09..
yekowt...
tak sure sgt tarikh!~
hehe~

excited dowh!
tapi, lepas bukak sekolah terus exam!!
chaiyok!!!
aja-aja fighting!~~!!

salam holiday.,
INaH

Tuesday, March 10, 2009

SALAM MAULIDURRASUL...~!

Salam Maulidurrasul..
Selamat Hari lahir Wahai Kekasih Allah......

Mawlaya - Muhammad al-Husyan

Nur itu turun menerangi, 
Membuka lipatan sejarah, 
Makkah bersinar memalapkan api majusi, 
Hamparan diri merendah sujud menghadap Ilahi, 
Di bahu-Mu hujan maha lebat membasahi, 
T
ugasan mendatang diiring sarat zikir malaikat, 
Cakerawala tersenyum lambang diri kami, 
Akulah kami penuh pengharapan. 

Nur itu turun menerangi lagi, 
Menyampaikan mukjizat kalam pertama, Iqra!!! 
Muhammad diam...bungkam dalam kelamnya hira’, 
Membalut lembar selimut meliputi tubuh, 
Khadijah menggunung sayang mengusapi peluh, 
Membuang segala makruh, 
Lalu iqra’ pun mengalir, 
Di bibir para sahabat, 
Di lidah membasahi hati para syuhada’, 
Dalam debu melingkar nurani anbia’, 
Semesta terang menembus langit dipasak sinar al-quran dan as-sunnah, 
Tumpah membasahi lautan ummah, 
Akulah ummah. 

Kini nur itu turun lagi menerangi, 
Menghampar masa membuka gapura cerita, 
Cerita sayu umatnya yang menderita, 
Akulah ummat Muhammad, 
Menghampakan Muhammad di sana yang menangis hiba.

Sunday, March 8, 2009

KeKaSiH yG dIrInDuI

Kekasih Yang Dirindui

Saya mengenali lagu ini pada penghujung tahun 2007. Ketika itu musim peperiksaan dan saya sering menghabiskan masa sambil mendengar lagu ini. Tatkala mendengar sambil menghayati, saya menyedari bahawa saya amat-amat merindui Nabi. Alangkah indahnya andai Rasulullah s.a.w. bersama kita dan dapat memipin umat kini yang sangat tenat.

Saya rindu kepimpinan Nabi, saya rindu cara Nabi berdakwah, saya rindu cara Nabi melayani sahabatnya dan saya rindu segalanya berkenaan Nabi junjungan saya. Ya Allah, semoga saya temui NAbi di akhirat nanti...Bersama syafaatnya..

Semoga lagu ini mampu menaikkan kerinduan kita kepada Nabi. Dengan kerinduaan itu, kita mampu hidup dengan lebih bersemangat, insyaAllah.

**Lirik**

Ya Rasul Ya Habib Salamun 'Alaik

Aku duduk sendirian merindu
Pemergian seorang kekasih
Walau lama penantianku ini
Aku yakin pasti bertemu

Aku tahu padanya tiada mungkir
Kerna itu bukanlah sifatnya
Di akhirat kan bersua lagi
Dengan mereka yang merinduinya

Kerna dia telah pun berjanji
Akan memberi syafaatnya nanti
Saat itu pasti kan terjadi
Pada umatnya yang bertakwa

Telah beribu tahun sudah berlalu
Keagungannya pernah berlaku
Sejarahnya akan berulang lagi
Sebelum tibanya kehancuran

Namun yang percaya hanyalah mereka
Yang rindukan kekasih
Namun yang merindu hanyalah mereka
Yang selalu berselawat

Ya Nabi Ya Rasul Salamun 'Alaik
Ya Habib Salamun 'Alaik

!~ ReHLaH!~~

salam..

TODAY,

dekat skolah ana ada buat rehlah!
rehlah maksudnya berkelah...

Tapi, yag ni bkn REHLAH ni!
tak layak dipanggil rehlah taw!

mencabar betul aktiviti!!
buat kat pantai chendor
1st...

kami semua kene berlari dalam air yang baunya sama taraf dengan air LONGKANG!!!
iyuuu........
werk!~
TOLONGLAH!

dah lah ana tak bawa pakaian spare untuk salin nnti!
kasut plak basah!
stokin plak basah!
seluar plak basah!

waw!
serba serbi basah!

dan ana tak bawa pakaian ganti!

ok...
tak pelah!
pengalaman mematangkan diri kita!
BETUL!!!
chaiyok!!

2nd

MAIN FUTSAL~~!!

uhu...

PEREMPUAN MAIN FUTSAL>>??

..

then, muallimah pon cakap pd kitorang, permainan kalini,KITA NAK MENANG!
BUKAN BENDA LAIN! HANYA NAKKAN KEMENANGAN~!!
permainan ni, tak de RULES...

so, kitorang bebas nak buat apapun dalam kitorang ni...!!

TheN..
setiap kumpulan buat slogan!

SLOGAN KUMPULAN KAMI,

" ukhuwwah is nothing! win is everything!~"

huhu~

jahatkan??
sebenarnya, slogan ni telah dirombak drpd perkataan

"win is nothing, ukhuwwah is everything"!!!!

yelah..
muallimah sendiri cakap..
permainan nie, jangan fikir soal lain...
yg fikir soal kemenangan..

dan..
ana lawan dengan kumpulan kawan baik ana!

then, ana cakap kat die.."Fuadah, kat padang ni, kita bukan kawan baik! tapi musuh!

" Ye!!! sekarang kita musuh jangan fikirkan soal kawan baik... ana nak tolak2 anti nanti masa main" Fuadah said... (lebih kurang gitu r ayatnye)

then, perlawanan pun bermulalah....

pergh!
penat seyh!..
mentang2 lah xde rules.. ade org siap kambus lagi lubang nk letak bola!
pastu, sng2 muallimah suruh letak besen!!!
tapi???

BESEN PULAK YG PECAH...
adusss...
sadisnya...
lelaki ke perempuan nie??

main2 rebut2 bola..
x yah nk cakap r camne...

hish...
ape2 pon..
best jugak lah...
pas2, masa main tu,
ade sorang hamba Allah nie...
die pergi tarik ana...

adess!
sakit tol..
pas2, ana tolak die balik...
hehehe...
habes, tak de rules kan skati kite la nak wat pape pon!
asalkan jgn la lbh2 sampai mati anak org!
simpang 44 lah!....

ok..
the last!

SEMBELIH AYAM!!!

uhuh!!!
seumur hidup ana, kena sembelih ayam!
tapi, bukan ana lah yg sembelih!
ana just pegang kaki ayam tu! tak nak bagi liar sangat!
kak syitah dan kak Qilah yg sembelih!
setiap kumpulan diberi, 2 ekor ayam!

masa sembelih tu...
ierr...
MEMERCIK DARAH...
iyuuuu....

lepas sembelih...
kene cabut bul ayam plak..
basuh2.. then, bakar!!~~

dah lah x disediakan garam, margerin... perencah adabi... dan ape2 lah....

just ayam seekor!
pas2, bakar!
bakar pon, hanya disediakan mancis saje!

......

tempat panggang ayam x der!
pandai2 la kene fikir....

kami pon same2 nyalakan api..
lepastu, cucuk dua ekor ayam tu dekat kayu,,,..
lepastu,
bakar atas api~!
ala-ala ayam pusing gitulah!

lepas bakar>>??
makan...

uhu,...

saya tak lalu nak makan...
tak biasa...
tapi, lapar punya hal..
makan jugak lah....

tapi, makan sikit jer!
best jugak ayam tu bila dicecah sos!

bila sampai skolah..
alamak baju!!
berpasir!!
nasib baik tak bau LONGKANG akibat kene berlari dalam air yang bau airnya setaraf dgn air longkang!sebab dah berendam dlm pantai.. untuk basuh2 badan,..

bila balik rumah tu...
alahai... laparnya!!!!
...
trus mandi..
then, solat asar..
rasa nak tidur...

tapi, x baik lah... tidur lepas asar.. i mean, tidur petang lah!
jadi... sambar lah laptop!
habis nak buat apa? tgk TV?
x best,,..
study?
x kene masa la...
oklah...
ana rasa..
dah pnjg berjela ana berceloteh nie..
ookkkkeyyy...

kesimpulannnya, drpd rehlah.. nie..
sikap ukhuwwah ,.kerjasama... kreatif.. sabar... berani.. dn lain2 dapat dipupuk dalam diri pelajar!
program tarbiyyah sebeginilah dpt mengertakan silaturrahim kami semua...

WASSALAM,,..
INAH

Thursday, March 5, 2009

bermimpikah saya? atau berangankah saya?...??

salam..,,

kalau kamu semua baca saya punya tajuk mesti pelik!~
apa yg saya berangankan? dan .... apa yang saya mimpikan??

mimpi saya menjadi puteri raja!??
oh!!!

tidak!
TIDAK!
tidak!

tidak sama sekali!~
saya tidak bermimpi dan berangan menjadi puteri raja!

tapi saya mendapat novel yang bertajuk, SAYALAH PUTERI RAJA!!

penulisnya??
AIZAM AIMAN a.k.a  LEEYA MYRA!..

OWH!
jikalah kamu semua minat novel PTS!, mesti kamu semua tahu! siapakah dia!

yang paling mengejutkan saya,,  PENULIS ITU SENDIRI YANG MEMBERI NOVEL ITU PADA SAYA!..

oh... terujanya! seronoknya!,,.. dan semualah! terharu!

ini first time saya dapat buku daripada penulis itu sendiri!~
mungkin ada yang tak percaya!
yalah!
 daripada penulis itu sendiri!
bukan calang-calang orang tau!

ok...
pada mulanya,
kak aizam hantar saya mesej di blog saya,

"inah, emelkan kak aizam alamat untuk penghantaran buku!
;P..."

saya?
terkejut jugak! apalagi! teruslah hantar emel dan beri alamat tu!

saya ialah, antara dua orang yang bertuah mendapat buku tu daripada kak aizam..

saya dan syifa!

ok..
saya cerita daripada awalnya,...

apabila saya pulang sahaja dari sekolah,..

saya melihat ada kotak pos laju di atas meja cermin rumah saya!
di situ tertera nama saya!
tidak tengok pengirim pun, saya sudah tahu! siapa pengirimnya!
ok..
saya rasa sangat teruja masatu!
hingga menjerit!
sangat terharu!
macam tak percaya...
lepas dapat jer, 

terus baca!
seronok jugak baca buku tu!

rugi tau kalau tak baca!

saya harap melalui pembacaan novel kak aizam,
cita-cita saya untuk menjadi penulis tercapai!
ya!

dalam novel tu, kak aizam ada tulis,

dear inah,
selamat membaca, hidup baik-baik!
wah! terharunya!!

dalam kotak  pos laju tu,
ada,

*petit novel, SAYALAH BODYGUARD PM!
*KEY-CHAIN WARNA UNGU YANG SANGAT CANTIK DAN LEMBUT
* NOVEL SAYALAH PUTERI RAJA...

..
OK, UCAPAN UNTUK KAK AIZAM,, (KALAU KAK AIZAM BACALAH POST NI)

~ SEMOGA BIDANG PENULISAN KAK AIZAM TERUS MAJU
~ SEMOGA KAK AIZAM PUNYA IDEA YANG MENCURAH-CURAH UNTUK SIAPKAN SIRI MY..

DAN..
~ SEMOGA MENJADI PENULIS YANG BERIMAN...

tq~~

P/S: KALAU KAK AIZAM BACA POST NI, BAGI KOMEN TAU~!

wassalam,
mutmainnah

Wednesday, March 4, 2009

mulianya hati seorang anak

MULIANYA HATI SEORANG ANAK

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini. 

“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi. “Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah. 

“Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya. 

“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah. 

“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,” 
cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri. 

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.” 

“Betullah Pah oii…….. saya ni baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.” 

“Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya. 

“Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.” 

Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

“Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik, boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei. 

“Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak-anak.” Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei. 

“Pah…. Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. 

“Tapi bang………..” 

“Dahlah…… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,” 

pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya. 

“Insya’Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis. 

“Ikut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak Uwei. 

Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan denga Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei. 

“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?” 

“Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat Abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan cuba membuat Abahnya faham. 

“Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!” 

“Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan, bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya. 

“Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.” 

“Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. 

Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu. 

“Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara.

“Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya. 

“Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya. 

“Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz. 

“Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.”

“Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.

“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya. 

“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz. 

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis. 

“Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis. 

“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.” 

“Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya. 

“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

“Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita sama-sama tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. 

Intan tahu Abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu. 

“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya. 

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. 

“Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap. 

“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar. 

“Nak ke mana Intan pagi-pagi dah bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.” 

“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah. 

“Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.” Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. 

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari. 

“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.” 

“Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedan membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya., kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

“Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.

“Abah ni…… ke situ pulak….”

“Habis tu?” 

“Ini….. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei. 

“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai tidak percaya. 

“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.” 

“Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pulak tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. 

“Terima kasih Intan. Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

“Sudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.” 

“Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. 

“Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran. 

“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba. 

“Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

“Dah rasanya…… ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?”

“Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.” 

“Hah! Awak dengan tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu.

“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu. 

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh. 

“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga. 

“Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.” 

“Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. 

“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju. 

“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. 

“Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.

“Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa. 

“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. 

“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu. 

“Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu. 

“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?” 

“Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman. 

“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

“Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.

“Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. 

“Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah. 

“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

“Az….. mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. 

“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“Kenapa Az…….. kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang. 

“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu. 

“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah. 

“Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak…….. tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz. Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. 

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..” 

“Islam pada mulanya terasing, dan ia akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing”

· Print

Tuesday, March 3, 2009

CARA-CARA MUDAH MENDAPAT HASANAH

 Cara mudah mendapat hasanah: 

1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah. 
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
 3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4.Bantu mendidik seorang anak.
 5.Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah.
 6.Berkongsi CD Quran atau Doa. 
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid. 
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum. 
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah. 
10.Hantarkan email ini dengan orang lain. 
Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah

( sumber...= COPY PASTE OFFLINE MESSAGE)

~!! KelaS??

salam!~

hurm...
minggu ni, Kelas ana mendapat tempat ke3!
uich!~
tak percaya taw!
drpd no.6!, terus naik jadi nombor 3!~
satu perubahan yg drastik..
(walaupun pd fikiran korang x drastik!~ ahaks!! hehehe)

bagi korang OK ke kalau dpt tempat ke3 tahap kebersihan dan keceriaannya drpd 8 kelas!~
mungkin pd fikiran korang... x delah bagus sgt!~
tapi, ana gembira jugak dgn pencapaian nie...
sekurang-kurangnya, kitorg telah bersusah payah menghias kls walaupun x adalah cantik sgt kls kami!~

oh, ya!
kalau ada masa, ana tunjukkan ya gambar kelas ana pd korang!

tapi, x janji tau!~

sebenarnya masa hari Ahad, 1 mac, masa diumumkan kedudukan kelas sy x dtg!
bila hari isnin tu, dtg skolah dpt tahu kls nombor 3, terkejut dowh!!

ok,lah..
wassalam!

Monday, March 2, 2009

Happy BirthdaY!!~~

Happy birthday to my beloved mum!!!

1 march.... birthday ke - 45!!

~ semoga ummi panjang umur selalu!
~ dimurahkan rezeki selalu!
~ semoga diredhai Allah selalu!

Then..

28 February...
birthday ke 13
Happy birthday to my "songeh" friend...

~ NUR ZAITY HARYANI...~
MaY God BleSS You!~

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails