Pages

Thursday, April 23, 2009

SuKaN oH sUkAn...!!!

Assalamualaikum...,,

Hari ini berakhirlah hari sukan sekolah yang memenatkan itu!~
Tahun lepas merentas desa., dapat no.3,..... tahun ni?
tak yah bitaw lah! buat malu saja!

Setelah 2 minggu berpenat lelah berlatih.. alhamdulillah!
Walaupun ada yang tak menang, tak apa! asalkan kita sudah usaha!
Ya!~
No. 1 kumpulan kuning!

no. 2 kumpulan Hijau!
no.3 kumpulan Biru!
no. 4 kumpulan merah!
saya kumpulan merah! dapat nombor 4! haha! sedih betul <>!
tahun lepas, saya kumpulan merah jugak! tapi, dapat no.1! Alah, tak kisahlah nombor apa-apa pon! asalkan kita dah usaha! Seperti tema sukan,..
BERSUKAN SIHATKAN BADAN, BERAKHLAK SIHATKAN IMAN

Sebenarnya, saya tak tahu apa nak cerita! nak letak gambar sukan.. tapi gambar belum ditransfer ke dalam PC lagi! so, nanti- natilah! Oh, ya! perbarisan! biru, 1 hijau, 2 kuning, 3 merah, 4! aduyai! merah no. 4 lagi! hahaha! tapi, tak kisah pun nombor 4 sebab orang cakap, perbarisan rumah kami dah OK!

<>

lepas sukan, saya dengar suara masing-masing dah bertukar jadi sura penyanyi ROCKERS!
Tapi, tak semua lar! Muka pun dah jadi gelap! <> waa!~

#$%^&*(()__+++|)*&%%#@!#$#%%^&*(()_

OK!
CHEERS, WASSALAM!

MutmainnahMazlan

Friday, April 17, 2009

Keredhaan Allah terletak diatas keredhaan ibu bapa.. :)

Assalamualaikum..,,

pernah dengar tak ayat ni..:

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.."

sebenarnya, saya tulis n3 ni, lebih kepada ingin berkongsi cerita..

my mum pernah cerita kat saya,
ada seorang anak murid ummi saya , guy la..
headboy sekolah... and beststudent sekolah...
dia dapat straight A's 1 dalam SPM...

Pastu,
mak dia pernah cerita pada cikgu sekolah,
yang anak dia tak pernah buat dia rasa sakit hati
anak dia juga selalu ikut suruhan dia...

that's why la,
anak dia tu berjaya dan boleh dpt straight A's one dalam SPM...
sebab dia dengar cakap mak dia...

dia juga patuh pada ibu bapa dia..
Kalau dalam kelas tu, dia tumpukan perhatian pada cikgu yang mengajar sampai terlopong mulut...

saya tulis n3 ni juga untuk mengingatkan diri saya sendiri..
:)

Kadang-kadang, tanpa kita sedari kita pernah menyakiti hati ibu bapa kita..
:(
Jadi, berbuat baiklah terhadap ibu bapa,..
sebab keredhaan ibu bapa tu, amat penting..
sebab, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa... :)

Jadi, kalau nk berjaya,
JAGALAH hubungan kita dengan ibu bapa!~

Semoga berjaya menjadi anak yang soleh wa solehah..

Wassalam...!!!

MutmainnahMazlan

Friday, April 10, 2009

Teman.. aku ingin...,,,~

Teman tersayang,
aku ingin kita seperti Abu Bakar As-SiddiQ,
Persahabatan terjalin kerana Al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit..,

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Dibumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai penjaga..

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana..

Serta senyuman Syed Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Aqidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut,..

Aku ingin kita seteguh Ibn Zubbair
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga

Marilah kita menyemai benih Hassan Al Banna
Fikrahnya jernih, Menggegar Dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul..

Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Mogakan lahir lagi di abad ini..,,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.,

Aku ingin sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya.,
Walaupun dihimbun ke perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya...,,~

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya pusaka Masyitah,
semerbak harum kasturi

Aku ingin persahabatan nan indah ini,
Bisa menjadi syafaat di mahkamah mahsyar nanti....~~

MutmainnahMazlan
Tautan Hati
8:28 a.m

Indahnya Ukhuwwah Fillah...~

~
~~~~~
Assalamualaikum..,,
waaH~
penatnya!
baru balik dari Mukhaiyyam Dakhili..
sungguh2 penat...

Tapi,
pengalaman berharga yang dapat menghilangkan rasa penat..
Ini pertama saya menghadiri Mukhaiyyam sekolah (sekolah menengah)
sebelum ni, saya hanya pernah menghadiri mukhaiyyam sekolah rendah...,,,~!

Dan...
Mukhaiyyam SR dan SM berbeza...
Kalau sekolah rendah dulu..
semua guru yang tolong buat...
tolong uruskan...
tapi,
bila sekolah menengah..
kena belajar berdiri di atas kaki sendiri~

Macam-macam pengalaman yang saya dapat dari Mukhaiyyam..,,

Termasuklah..,, tentang ukhuwwah..
Alangkah Indahnya Ukhuwwah Fillah itu.. kalau kita faham..,dan mengahayatinya

# Dapat belajar kerjasama..,,
# Dapat memupuk sikap kepimpinan dalam diri
# Dapat muhasabah diri sendiri
# Belajar mengenali erti SABAR 
# Dapat mendisiplinkan diri...
# Belajar bersyukur dengan nikmat Allah

Kesimpulannya..
Banyak pengalaman yang saya dapat dari Mukhaiyyam ni...
Selain dapat memantapkan rohani ..,,

Pengalaman ni amat berguna dalam diri saya...

Lepas balik mukhaiyyam...,, baru saya sedar...
sebenarnya... kelemahan yang ada dalam diri saya terlalu banyak dan perlu diperbaiki..
kata pak cik Muzahar..,,
"Nobody is perfect"

Setiap orang ada kekurangan dan kelemahan diri masing-masing,,..,,...

Wednesday, April 8, 2009

Pencarian seorang aku...~

Puas sudah,
Kucari kebahagiaan,
Disisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,

Kucari lagi,
dihati seorang kekasih,
kudapat hanya kekecewaan..,,
dan..
ku terus mencari dalam meniti hari..,
yang penuh kekosongan..,

Oh..~!
dimana lagi harusku mencari?
membawa sekeping hati,
yang sarat kerinduan,
rindu yang tiada haluan..

Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari?
Apa yang kuperlukan?
Aku tak bisa mengerti,
...

Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi
...

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang mirindukan,
Hakikat kebenaran..,
cahaya yang membelah kegelapan..,
melimpah cemerlang,
mengisi kekosongan..,

Kusedar,
Destinasi pencarianku disini,
Ku mencariMu Tuhan..,
Mengharap kebahagiaan,
Dari sinar cahaya Iman..,,

____-----Monolog sang pencari----____

*MutmainnahMazlan
--Tautan Hati...**

Tuesday, April 7, 2009

Contohi Luqman Al- Haqim

ARTIKEL INI BUKAN DARIPADA ANA..,,
HANYA UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA..
----- DIAMBIL DARI EMEL------

SEORANG Muslim sewajarnya menjadikan kampung akhirat sebagai matlamat utama. Jangan kita hanya meletakkan dunia dan gemerlapannya di lubuk hati.
 
Dunia hanya sebagai batu loncatan untuk mencapai nikmat syurga yang abadi. Justeru, janganlah kita hanya duduk bersantai menanti waktu berlalu apalagi ditipu ilusi dunia.
 
Firman Allah yang bermaksud: Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (al-Hadid: 20)
 
Ibnu Kathir berkata, Allah membuat misalan di dunia sebagai keindahan yang fana dan nikmat yang akan sirna, iaitu seperti tanaman yang disiram hujan selepas kemarau panjang sehingga tumbuhlah tanaman yang menakjubkan petani, seperti takjubnya orang kafir terhadap dunia. Namun tidak lama kemudian tanaman-tanaman tersebut menguning dan akhirnya kering dan hancur.
 
Perbandingan ini mengisyaratkan bahawa dunia akan hancur dan digantikan oleh akhirat. Lalu Allah mengingatkan tentangnya dan menganjurkan kita berbuat baik.
 
Sesungguhnya pendidikan anak-anak termasuk salah satu daripada unsur keluarga. Pendidikan dapat menyelamatkan diri kita di dunia dan akhirat. Anak-anak bagi ibu bapa adalah penyeri rumah tangga yang amat menyenangkan.
 
Selain itu, anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa. Sebab itu, mereka tidak boleh disia-siakan. Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Wajib bagi orang tua menentukan supaya mereka tidak menyimpang daripada jalan lurus di dalam Islam. Selain itu, anak yang soleh menjadi pelaburan kepada para ibu bapa.
 
Tuntutan ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Hai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu...(at-Tahrim: 6)
 
Oleh yang demikian, hendaknya para ibu bapa jangan mensia-siakan umur muda anak-anak mereka. Sebaliknya, berusaha ke arah menjadikan mereka hamba Allah yang taat. Bak kata pepatah, 'melentur buluh biar dari rebungnya'.
 
Pengawasan
 
Jangan biarkan anak-anak tanpa pengawasan terhadap bacaan yang mereka gemar, apa saya yang suka mereka saksikan dan aktiviti yang mereka sertai. Kelalaian dalam hal ini bererti mensia-siakan amanah Allah.
 
Ingatlah akibat yang akan menimpa kita dan keluarga jika mensia-siakan agama. Nerakalah balasan bagi orang yang lalai menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa. Ini mungkin menimpa anak kita yang malang.
 
Balasan seksa neraka Allah dinyatakan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti kulit mereka dengan yang lain supaya mereka merasakan azabnya. (an-Nisa': 56)
 
Azab neraka yang paling ringan pun amat menyakitkan. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Penduduk negara yang paling azabnya ialah Abu Talib. Dia memakai dua terompah dari api neraka (yang akibatnya) otak mendidih kerananya. (riwayat muttafaqun alaih)
 
Menyedari hakikat ini, berikanlah perhatian terhadap tarbiyatul aulad iaitu proses pendidikan anak kita. Al-Quran telah mengulas hal ini menerusi kisah Luqman yang menasihati anaknya. Ia boleh kita teliti dalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman.
 
Dalam surah tersebut, Luqman mula mengajar anaknya dengan menanam kalimat tauhid yang hakikatnya memurnikan ibadat hanya untuk Allah SWT sahaja. Ini dilanjutkan dengan kewajipan berbakti dan taat kepada ibu bapa selama mana ia tidak menyalahi syariat.
 
Wasiat berikutnya adalah berkaitan penyemaian keyakinan tentang hari pembalasan, kewajipan menegakkan solat. Seterusnya, amar makruf nahi munkar yang berperanan sebagai faktor penting untuk memperbaiki umat.
 
Luqman juga menyentuh tentang sikap sabar dalam pelaksanannya dan mengalih perhatian kepada adab-adab seharian yang tinggi. Antaranya, larangan memalingkan muka ketika berkomunikasi dengan orang lain kerana ia mencerminkan sikap takbur.
 
Beliau turut melarang anaknya berjalan dengan bongkak dan sewenang-wenangnya di muka bumi. Sebabnya, Allah tidak menyukai orang yang sombong.
 
Sebaliknya, anaknya diajar berjalan dengan sedang- tidak terlalu lambat atau terlalu cepat. Nasihat Luqman yang terakhir pula berkait erat dengan perintah merendahkan suara dan tidak berlebih-lebihan dalam berbicara.
 
Kisah di atas dapat dijadikan tauladan kepada semua pemimpin keluarga. Sesungguhnya keperluan seorang anak terdapat ilmu dan pengetahuan adalah lebih mustahak berbanding yang lain.
 
Jangan pula ibu bapa hanya sekadar mencurahkan kemewahan fizikal semata-mata tanpa diseimbangkan dengan keperluan ukhrawi. Ini bagi menentukan anak-anak menjadi orang yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat.
 
illyana_amani. .

Sunday, April 5, 2009

Renungan bersama...

~ Sebenarnya, serasa saya...
sudah lama tak buat apa-apa dengan blog..
tak buat post baru..
ntahlah..
rasa macam,,.. tak ada apa-apa yg perlu nak dikongsikan bersama..

=)...

Jadi.. saya kongsikanlah offline messege yang saya dapat daripada kawan saya.. :)

Untuk iktibar buat semua.. =)

Renungan bersama.. Andai kita mengetahui betapa besarnya pahala memikir,merancang,menyusun dan membantu Islam..... nescaya kita takkan tinggalkan tugas ini walau sesaat..andaikata kita mengetahui betapa azabnya meninggalkan amar ma'aruf nahi mungkar,merancang utk membantu Islam,melaksanakan amanah,nescaya kita menghargai sesaat pemberian Allah..andaikata kita mengetahui betapa tingginya nilai persahabatan di ats dasar aqidah Islamiah..nescaya kita akn menutup lubang2 yg akan merosakkan mahabbah dan mengundang darah..andaikata jasad kita menongkah arus,menggerak tarbiah,memelihara agama maka biarlah hati kita bersama menempuhnya..tinggi harapan agar Allah mempertemukan kita yg berada di ats jalan Allah di sana nanti..

0h, ya~

sebelum tu..
saya nk cerita sikit...
masa hari Khamis...
saya rasa perut saya meragam..
bila check kat hospital..
saya KERACUNAN MAKANAN...

hanya Allah yang tahu macam mana sakitnya rasa KERACUNAN MAKANAN
saya pun tak tahu kenapa boleh keracunan makanan...
saya sudah bosan telan bermacam-macam ubat-ubatan..
tapi, demi kesihatan saya!~
saya dah tak tahan minum air garam...

Lepastu,
baru saya inga
t 5 perkara,
sebelum 5 perkara..
sihat sebelum sakit (salah satunya)..

masa kita sakit barulah kita menghargai rasa sihat..
^^

"Allah tidak membebaniseseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..,,. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan)"
Al-Baqarah..

abang saya pernah cakap..
ujian dari Allah tu, dan sakit yang kita tanggung, dapat meringankan dosa-dosa kita...
mungkin ada hikmahnya.. dan mungkin kerana Allah sayangkan kita... ^^~

Bila kita sakit.. kita mula mengingati Allah..~

^_^

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails