Pages

Sunday, May 31, 2009

Tempatkan bilikku di neraka

Tempatkan Bilikku di Neraka

"Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek:
"Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. "Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undangi tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.

Sumber: Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Sumber: www.iLuvislam.com

Thursday, May 28, 2009

~ Cuti ~

Leganya!

Exam Pertengahan tahun dah habis!
Cuti sekolah dah bermula..

Setelah seminggu 2 hari tak boleh surf internet gara-gara exam menjelang akhirnya dan boleh pun... Huh~

Exam pertengahan tahun ni.. agak susah la!
( berbanding dengan OTI 1 dulu)..
Tapi.. tak semua susah! ade subjek yang berganda-ganda menjadi senang ,( bak kata Princess An )

Tapi.. rata-ratanya... susah kot!~ Susah sebab apa?
Entahlah... nama pun peperiksaan penggal...

Lagipun kita belajar ni bukan semata-mata kerana exam!

cuti 2 minggu ni saya nak buat apa ya?
tak tahu!
Homework>?
tak de.. sebab minggu last sekolah minggu exam.. jd, tak sempatlah cikgu nak kasi homework~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
31 th MaY 2009....~

HAPPY BIRTHDAY TO MY BRO,
AHMAD MUSLIM MAZLAN

--- 8th..
---MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS..
---SEMOGA JADI ANAK SOLEH..

~ CEPATNYA, MASA BERLALU!
DAH 8 TAHUN DAH UMUR ADIK SAYA!

rasa macam baru je ummie lahirkan dia~

Tuesday, May 19, 2009

19 May

19 May!~

phew!
Esok start exam~
Exam PAI and BAK....~ **~
Cuak!

Exam start 20- 28

Tawakkal saja pada Allah!
Insya Allah,.. Boleh~

Tu yang muallimah saya pesan masa sekolah rendah..:;

Masa exam, jangan cuak sangat!
Insya Allah, Allah tolong jika berusaha!
Tapi, kalau gagal, walaupun kita dah berusaha, jangan kecewa.
Jangan frust.. Sebab, setiap peristiwa ada hikmahnya.

Mungkin kalau Allah tak bagi kita berjaya sebab., mungkin kalau kita berjaya,
nanti kita akan riya' ataupun tidak bersyukur lagi kepada Allah!~

Jadi, janganlah kita bersangka buruk dengan Allah..~ ^^
Terimalah ujian Allah dengan redha!

Doakan saya dapat jawab exam dengan baik ya!
Doakan sekali.. agar saya kekal dpt No.1... ^^

Ok,
wassalam..
MutmainnahMazlan

Monday, May 18, 2009

!!---Selamat Hari IBU& GURU ---!!

10 Mei 2009~~

Happy Mother's day to my beloved mum..:

Walaupun agak lewat...

KAMARIAH SIDEK

I love you mum! No matter what!
Jasa ummie takkan saya lupakan!
Itu janji saya!
Jasa ummie yang memeberi makan pakai!
Jasa ummie yang bersengkang mata keranaku!
Jasa ummie yang mengeluarkan wang ringgit untukku!
Jasa ummie mengajarku Ilmu agama agar aku dpt menjadi seorang muslimah yang baik!
Dan semua jasamu!ku dpt menghitung segala jasamu kerana terlalu banyak jasamu padaku!
May Allah Bless U!

16 May 2009

Happy Teacher's Day to all my teachers!

Muallim/Muallimah di Al-amin (2003-noW)
Guru-guru semasaku Tadika Nurul Iman 2000-2002

and ..

TERUTAMA SEKALI UNTUK

PN. HAJJAH KAMARIAH BT SIDEK
--- GURU SEKOLAH MENENGAH SULTAN ISMAIL 2
( she is my mum)

TN.HJ MAZLAN AHMAD
--- PENGETUA SMK FELDA NERAM
( he is my father!)

Tanpa guru, siapalah bill gates
Tanpa guru, siapalah kita
Tanpa guru, siapalah PM
Tanpa guru, siapalah lawyer
Tanpa guru, siapalah GURU!

SEJARAHNYA dimulakan oleh seorang guru biasa~
Dengan rajin dan tekun melayan karenah kita!~

p/s: saya telah merosakkan sajak usman awang! :p

Friday, May 8, 2009

~ Rahsia mata.. ^^

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia:

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.

2. Jika renungannya matanya tajam macam renungan mata harimau ,orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian.

3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.

4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.

5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.

6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.

7.Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.
8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.

* Percaya atau tidak...terpulang. mungkin ada kebenarannya, dan juga mungkin tidak.

Monday, May 4, 2009

Sahabat!

SAHABAT

Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat???
a dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusi

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...

Alahai... masa!

Assalamualaikum!~

Sekarang! dah masuk bulan 5!

tup tap tup... dah bulan 5!
Rasa baru saja masuk tahun 2009!~
Bulan 5 exam pertengahan tahun!
Rasa baru je lepas exam! dah exam balik.. =D

alahai masa...
cepatnya berlalu!
Kalau masa belalu dengan pantas...
itu bermakna tanda-tanda kiamat hampir tiba!

sedetik masa berlalu, semakin dekat kita dengan KEMATIAN!
Ya! kematian.. semua orang akan laluinya nanti!

................................................................................................................................................

1/5
haritu,
sepupu saya kahwin!

2/5
saudara saya dan anak sepupu saya kahwin!~

Cuti Jumaat& sabtu dihabiskan dengan tolong2 siapkan persiapan org nak kahwin!
haila! kerja sekolah tak ciap.. ^^
buat last minit!

pas2, masa saya tengah gelabah sipkan kerja sekolah..
kawan saya cakap..

"awak selalu buat homework last minute
tapi bijak"

kata-kata kawan saya buat saya terfikir balik!
kata-kata dia bukan satu pujian! bahkan..,, agak sinis bunyinya...

kadang-kadang, ada orang usaha, tapi tak berjaya..
kadang-kadang ada org rajin sangat study, tapi, tak delah sebijak mana...
ada orang usaha dia taklah segigih mana, tapi dia berjaya!.. dapat score!
kadang-kadang org malas, tapi.. bijak juga!

kata-kata tu buat saya terfikir balik..
ya! saya akui..
saya bukanlah rajin sangat nak study!
kerja sekolah pun buat last minute kekadang.. <>..
pastu, kene marah dengan abg!

tapi, Allah maha pemurah..
alhamdulillah..
result saya OK>...

tapi,? sampai bila?
org cakap langit tak selalunya cerah...
tak mustahil saya akan dibawah nanti!
jadi, perlunya usaha untuk mencapai kejayaan!
dan org yg usaha lambat laun akan berjaya jugak!

oh..! saya rasa saya ni telah merapu yang ntah apa-apa..
sebelum saya merapu lebih banyak,
baik saya...

wassalam dulu!

MutmainnahMazlan..
^^

0ff9 message! off9 message!~ ^^

~sejak akhir-akhir ni, banyak betul off9 mesej sampai!
penat den nak bace =D
Nak delete, sayang plak!
so, letak jelah yang sayang nak delete kat bloG!~

------------------------------------------------------------------------------------------------
: Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa. Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka. Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya. ====== Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu. dan sy ingin meminta maaf jika ada melakukan kesalahan....sori.....(peace no war!)

Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillahirrahmanirrahim…Ya Allah, beriknlah kami ksmptn waktu untk memohon dariMu..anugerahknlah kjyaan dlm peperiksaan kami ini..anugerahknlah kejayaan kpd semua rakan2 kami..jgn ada antara kami yg sedihnya sendirian..andai telah tulis d luhmahfuz akan kegagalan kami maka ubhlah mnjd kjyaan..Engkau yg Maha Agung, mudah2 an kptsn fasa ini lbh cemerlang dr sebelumnya..Kejayaan mengiringi kami..berkatilah ilmuMu kpd kami agar dpt d manfaatkn ke jln Mu yg di redhai..aminn..sbr2 kn doa ini, mgkn ada di antara kta yg doanya d makbulkan Allah..insyaallah

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails