Pages

Monday, August 24, 2009

-Ramadhan Datang Lagi!~

Selamat menaiki penerbangan Ramadhan Air,bernombor 1430H..kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar..para penumpang diWAJIBkan untuk memasang niat puasa dan menegakkan kerusi solat..penerbangan ini bebas asap perselisihan..kapal terbang dijangka berlepas sebelum subuh dan akan tiba di destinasi ketika maghrib…KAMI selaku anak-anak kapal yang bertugas mengucapkan selamat menempuh madrasah tarbiyah ramadhan,mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini…

_______________________________________________________________________________
Renungan Ramadhan: Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan. Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka) 23/8/09 at 10:21

Renungan Ramadhan: Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

__________________________________________________________________________________
Bulan Ramadhan dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut :
"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu"
(H.R. Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
_____________________________________________________________________________________

Alhamdulillah,..
Ramadhan datang lagi...
Setiap kali tiba bulan ramadhan, pasti saya rasa berdebar-debar..
dan tertanya-tanya pada diri saya sendiri..
Adakah ini Ramadhan saya yang terakhir>? Masih dapatkah saya merebut peluang Ramadhan lagi? Pertanyaan itu membuat saya berasa takut..

Dan.. Alhamdulillah, Ramadhan pada tahun lepas bukanlah Ramadhan yang terakhir buat diri saya.., saya masih lagi dapat merasai nikmat ramadhan pada tahun ini,,..
Tetapi...
Masih bolehkah saya merebut pahala pada ramadhan yang akan datang?
Entahlah.Saya pun tidak pasti.. Hanya Allah yang maha mengetahui..

Masih saya ingat..
Saya membina blog saya ketika saya berada di tahun 6...
Tahun lepas..
Pada bulan ramadhan...
Tika itu, hanya tinggal seminggu lagi saya akan menempuh peperiksaan UPSR...
Dan.. waktu itu ketika orang lain sedang cuak dan berkeluh kesah untuk UPSR,
saya dengan riang gumbiranya membina blog~ hehe..(cara nak release tension tu!)
Dan.. Pada Ramadhan tahun ini, genaplah setahun blog ini dibina..~!

Dan..
pada adik-adik yang akan menempuh UPSR..,,
Do the best!~
UPSR tu, tak delah susah sangat..Betultak? (sape2 yg adik amik UPSR mesti ckp betul)
....

Saya rasa batch saya agak beruntung lah sebab ambil UPSR masa bulan puasa..
Sebab..Pada bulan tu, do'a memang sangat mudah dimakbulkan....

Oklah..
Pada sesiapa yang baca n3 ini,
saya ucapkan..
Selamat menyambut Ramadhan Mubarak..
jadikan ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan2 sebelumnya..
AMEEN

p/s: Bukak sekolah nanti exam!~

Ramadhan Kareem Allahu Akram

Salam Ramadhan,
Mutmainnah Mazlan

Friday, August 14, 2009

ibarat tempayan retak

Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.

Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;

" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf. "

" Kenapa? " tanya si pengangkut air.

" Kenapa kamu berasa malu? "

" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.

Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;

" Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.

Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;

" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah ini. "

Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit kekuatan yang kita belum temui.

curahan rasa...

Assalamualaikum..
(^^)
Rasa-rasanya dah lama dah tak bukak blog..
alahai... sekarang ni penggunaan internet di rumah agak terbatas..
haila..

dulu-dulu, masa kat rumah guna streamyx sesuka hati je nak guna internet... internet pun laju jer..
sekarang, abah dah nak potong streamyx kat rumah... x nak guna streamyx da.. tukar kepada broadband... jadi penggunaan internet terbatas.. kalau nk guna internet mesti kene minta broadband.. broadband plak kadang-kadang buat hal.. itupun, hari cuti aje boleh guna internet,,..

tapi.. seriously la sy cakap,
macam ni lagi bagus dari dulu..
guna broadband lagi bagus dr guna streamyx.
kalau streamyx, kerjanya.. pagi petang siang malam lah.. on internet..
masa untuk study pun skit..
sekarang ni masa study sy lagi banyak la dr dulu..
ade r bertambah 00.01%..
hehe..

Minggu depan sepatutnya exam,,.. cuak gak r..
tengok2 cancel sebab banyak skolah tutup akibat kes H1N1 yang semakin menjadi-jadi
kes kematian pun meningkat sekarang..
face mask yang jual kat farmasi pun banyak dah habis...
sbb ramai sangat orang beli..
apakah hikmah disebalik H1N1 ini?

Mungkin tanda-tanda akhir zaman?

1:34 a.m
15 ogos 2009..

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails