Pages

Friday, October 30, 2009

Wanita itu... -Zinnirah

Mukhayyam...
Selepas Final Exam, ada mukhayyam.
Kumpulan mukhayyam telah pun dibahagikan...

Tak sabar rasanya ingin mukhayyam..
setiap kumpulan MESTI memberi nama kepada kumpulan masing-masing..

nama kumpulan saya,
ZINNIRAH...

Nanti,
masa Mukhayyam, ada perbentangan tentang nama kumpulan masing..

so,,
saya pun rancak mencari kisah seorang wanita bernama zinnirah..

kisahnya amat mengagumkan saya..
Tak salahkan kalau berkongsi...

Begini kisahnya............

Zinnirah adalah seorang gadis yangberasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalamkeadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome ,Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang.

Sejak itudia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.

Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan.

Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkanZinnirah di situ.

Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa. “Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramaiorang Quraisy memeluk Islam.

p/s:
dicopy paste dr,
www.dinulislam.wordpress.com

Salam Perjuangan,
Inah~

Wednesday, October 28, 2009

Kawan, sahabat, teman?

ANUGERAH BUAT TEMAN

-ERTI KAWAN:
-SAHABAT(TEMAN)
-BERSAUDARA
-PENASIHAT
-SUSAH SENANG BERSAMA
-PENDORONG
-SANGGUP BERPISAH KERANA KEBENARAN

2 PERKARA YANG MESTI KITA LUPAKAN
*KEBAIKAN KITA PADA ORANG LAIN
*KEBURUKAN ORANG LAIN PADA KITA

2 PERKARA YANG MESTI KITA INGAT
*KEBURUKAN KITA PADA ORANG LAIN
*KEBAIKAN ORANG LAIN PADA KITA

MUTIARA KATA SEORANG SUFI
HAK SEORANG KAWAN
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMBERI BANTUAN KEPADANYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MEMBERI KESUSAHAN KEPADANYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MENGGEMBIRAKANNYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENDUKACITAKANNYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMUJINYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENGEJINYA...

CINTAILAH orang yang engkau cintai sekadarnya saja,
siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau benci pula
BENCILAH orang yang engkau benci sekadarnya saja,
siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau cintai pula
-saidina Ali Abi Talib-

Ikhlaskah?

Ilmu Ikhlas

“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

Sumber: Majalah solusi isu 10

Kenalkah ?

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera
Salam mahabbah
Salam ukhuwwah..

Hannah Montana.
Jason Mraz.
Rihanna.
Beyonce.
Akon.
Seon Kingston.
Taylor Swift.

Kalau sebut nama ini,,..
mesti korang kenal kan?
yelah.. lagu2 mereka sering berkumandang di corong2 radio.
Kalau siapa yang tak kenal tu... @#%^&*()

Tetapi,
Kenalkah kita pada
DAWUD WARNSBY ALI.
Siapa dia>?
Kalau saya tanya classmate saya,
semua org menjongketkan kening..
huh? siapaa tu??

Walaupun dia tidaklah sepopular
penyanyi2 seperti yang saya tulis diatas,,.

saya amat meminati lagunya!
Bila kita memerhati lirik lagunya..
Kita dapat menghayati maksud disebalik lirik lagunya..

Lagu seperti itulah yang patut kita dengari..
Lagu yang bermesej.. Yang bermanfaat.
Bukan lagu yang bertemakan cinta sesama manusia semata-mata.

The Veil.
Dawud Warnsby Ali

They say, "Oh, poor girl, you're so beautiful you know
It's a shame that you cover up your beauty so."
She just smiles and graciously responds reassuringly,
"This beauty that I have is just one simple part of me.
This body that I have, no stranger has the right to see.
These long clothes, this shawl I wear, ensure my modesty.
Faith is more essential than fashion, wouldn't you agree?"
This hijab, This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol, For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.

They tell her, "Girl, don't you know this is the West and you are free?
You don't need to be oppressed, ashamed of your femininity."
She just shakes her head and she speaks so assuredly,
"See the bill-boards and the magazines that line the check-out isles,
with their phony painted faces and their air-brushed smiles?
Well their sheer clothes and low cut gowns they are really not for me.
You call it freedom, I call it anarchy."

Lift the veil from your heart and seek the heart of purity.

Sunday, October 25, 2009

Doakanku!~

--riak muka stress--

Assalamualaikum..,
Fuh! Next week FINAL EXAM!!!
EXAM AKHIR TAHUN TU!!!!!!!!

Doakanku!
Doakan saya dapat result yg OK!
Kalau boleh nak dapat full A's!
..........!!!
Semoga doa dari kalian mendapat ganjaran daripada Allah

Sebenarnya,
aura nak exam tak datang lagi pun..
kesungguhan nak revise balik chapter2 lame belum datang..
cume aura berdebar nak final je ade!
haila! susah betul macam ni! Kalau esoknya exam baru terkocoh-kocoh nak study sampai tak cukup tidur!
esoknya..,,
mata macam panda!
Tidur masa exam..
---
sebenarnya.., saya kurang suka study apabila exam menjelang saja!
seolah-olah kita belajar kerana nak exam..
itu pendapat sayalah.., mungkin bagi korang lain..

(bagus ke macam tu? :p)

Macam mana ya nak buang tabiat suka buat kerja last minute??..
Muallimah cakap..
sikap ni dinamakan sebagai taraddud..
hmm.. sifat mazmumah!!!

YA ALLAH!!!!
Tolonglah saya!

sebenarnya kawan-kawan seangkatan saya pun 2x5 je..
ramai jugak org suka study last minute..
sebenarnye,,..

berkesan je study last minute ni.. (org cakap)
bila exam.. macam2 keluar.. sbb baru je study..
Tapi, lepas exam terus BLANK!!!
kosong!

Tapi kalau study awal-awal,..
maybe tak dapat sangat jawab masa exam sebb ingat2 lupe
(dh lame study)

Tp, lepas EXAM takde la BLANK!!

---fakta tu org cakap!

So, korg pilih2 la yg mane bagus ye!

Tapi, kita mesti INGAT!
Kita belajar bukan kerana EXAM!
Kita belajar kerana ingin menuntut ilmu!
Kita belajar untuk mendapat redha Allah!

Pengajaran: Janganlah suka bermalas-malasan dalam menuntut ilmu

Friday, October 23, 2009

perempuan cantik VS perempuan tak cantik

Assalamualaikum..,,
Haha..
N3 ni, saje2 je...
Tak de kaitan antara yang hidup dengan yang mati..
artikel ni bukan ana buat tau! Kalau tak berkenan, jangan salahkan ana!
sumber: kawan

Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Woow, ciri-ciri isteri idaman…

Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Eh, tak reti berkomunikasi betul…

Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata :- Mesti ada krisis nih.. kesiannye..

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan cakap :- Dah la tak lawa, perangai pulak hodoh…

Kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu,,
Lelaki akan cakap :- Woow!Heroin sejati…!

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,,
Lelaki akan kata :- Hm.. Taktik nak ngorat le tu…

Kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem,,
Lelaki akan kata :- Ok la…. Bagai pinang di belah dua..

Kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem,,
Lelaki akan kata :- Kesian.. mesti dah kena bomoh lelaki tu!

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Buta kayu betul mamat tu….

Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih,,,
Lelaki akan kata :- Patut pun kena reject…

Kalau perempuan cantik penyayang dgn binatang,,,
Lelaki akan cakap :- Perasaannya halus…penuh dgn kasih sayang..

Kalau perempuan tak cantik penyayang dgn binatang,,,
Lelaki akan cakap :- Sesama makhluk harus saling menyayangi…

Kalau perempuan cantik tak mau bergambar,,,
Lelaki akan cakap :- Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar..

Kalau perempuan tak cantik tak mau bergambar,,,
Lelaki akan kata :- Sedar pun diri tu…

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki,,,
Lelaki akan cakap :- Wah.. caring sungguh….

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki,,,
Lelaki akan cakap :- Eleh, nak tunjuk caring le tu….

Kalau perempuan cantik bersedih hati,
Lelaki akan cakap :- Don't worry, i will make u happy forever..

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata :- Sikit2 nak nangis!! Gembeng! mengada2…

kalau perempuan cantik masak,
Lelaki akan kata :- Dah la lawa, pandai masak pulak tu…

Kalau perempuan tak cantik masak,
Lelaki akan cakap :- Ntah sedap ke tak masakan dia tu…

Kalau perempuan cantik main2 miss call,
Lelaki akan kata :- Takpe, rindu la tu…

Kalau perempuan tak cantik main2 miss call,
Lelaki akan cakap :- Ko ni takde keja lain ke…? sibuk ni tau tak..?

Kalau perempuan cantik hantar2 email,
Lelaki akan kata :- Sukenya….

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email,
Lelaki akan cakap :- Asyik2 email dia… boring!!

Thursday, October 22, 2009

Kedekut ke?

Keutamaan SedeQah

Hadith Nabi Saw: "Tidak berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu kezaliman melainkan Allah swt menambah kemuliaan, dan tiada seorang yang tawadhuk (merendah) kerana Allah swt, melainkan Allah swt menaikkan darjatnya." (Abu Hurairah r.anhu)

Hadith Nabi Saw: "Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke syurga. Kedekut (kikir) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka."
(Aishah r.anha)

Sedekah mengandungi 10 kebaikan:

Kebaikan di dunia

1) Membersihkan harta kekayaan
2) Membersihkan badan daripada dosa-dosa
3) Menolak bala dan penyakit
4) Menyenangkan hati orang miskin
5) Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezeki

Kebaikan di Akhirat

1) Sedekah itu menjadi naungan baginya
2) Sedekah meringankan hisab amalnya
3) Memberatkan timbangan amal kebaikannya
4) Memudahkan melintasi sirat
5) Bertambah darjat di syurga

Barangsiapa yang menolak lima pekara, maka Allah akan menolak lima pekara daripadanya iaitu:

1) Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya
2) Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya
3) Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah swt akan menolak berkat tanahnya
4) Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya
5) Barangsiapa yang meringan-ringankan solatnya, Allah swt akan menolak
dari kalimah syahadah ketika matinya

Sucinya Hati Mereka

Assalamualaikum..

Minggu lepas, saya sekeluarga balik kampung sebab dah nak dekat sebulan tak balik.... sambil2 tu ziarah skali moyang saya yg duduk depan rumah tok n tokki saya

Alkisahnya, saya boleh dikira bertuah kan.. still dpt jumpa tok nyang n tokki nyang (moyang)saya.. umur mereka pun dah hampir mencecah 100 agaknya, entah2 dah lebih..

Satu yang saya kagum dengan pasangan bahagia nie, mereka tak pernah tinggalkan al-quran walaupun dengan mata yang dah rabun2 ayam. Tok nyang saya mengadu la pada saya, sedih sebab dah tak dapat baca al-quran banyak2 sebab mata dah rabun. So, dia duk reverse surah2 yg dh terhafal dlm kepala la.. masyaallah, saya pun tak semantap mereka.. bahkan, dah beberapa kali moyang saya ni khatam al-quran dgn cara bce ayat diselangi ngn bce maksudnya.. kita, generasi muda semakin jauh ngn al-quran, sdang ajal maut x mengira usia,, yakinkah kita usia kita akan panjang? Sempatkah kita bertaubat saat dijemput oleh yg maha esa?

Ntahlah! Kadang2 saya rasa sedih jugak mengenangkan kekhilafan diri saya..
moyang saya tu, kalau solat mesti lama.. bacaan penuh tartil walaupun dah tak larat!
sebenarnya, moyang saya mempunyai ramai anak dan semua anak-anaknya telah menjadi nenek.. dan.. sekarang, ramai anak2nya telah meninggal dunia tetapi, Allah masih panjangkan umur mereka! Masya- Allah!

Ya Allah! Kurniakanlah aku hati yang bersih!
Ameen!

p/s: baca al-Quran ni insyaallah dpt mengelakkan kita dr penyakit nyanyuk.. buktinya, moyang ana ni masih dpt ingat semua anak, cucu, cicit diorg (walaupun kadang-kadang selalu lupa siapa nama ana!).. hmm, rindu la plak kt diorg..^_~

Wassalam..~

Thursday, October 15, 2009

Sunday, October 11, 2009

Mengumpat Lagi?

Nak Elak Mengumpat...

Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini

Dalam hidup seharian,kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..

Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan..dikalangan lelaki pun apa kurangnya?

Maaf kaum lelaki,inilah kebenaran.Tapi cuba kita renungkan bersama..Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat,tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...

Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu..bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.

Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati..Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan???

Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni,tapi cerita..orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula..tapi kita sedar tak,perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.

Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri.MasyaAllah,sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!

Walaubagaimanapun pun,kita adalah hambaNya yang lemah.Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan.

Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya,siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1)Bila berkumpul dengan kawan-kawan..

dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.

Masa tu,kalau dah bersama,mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.

Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.

Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.

Masing-masing ada kekurangan.Cepat-cepat istighfar,sambil tu tegurlah kawan sama..Kalau tak dapat juga..sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

2)Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri..

Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?

Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.

Tak payah lah cerita semuanya,tapi cuba fikir..rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga,lebih dari sepuluh?dua puluh?..jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang,sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3)Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita..

tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?

Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.

.sambil dia lafaz bait-bait mengata tu,kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.

Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas,supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya.InsyaAllah!

4)Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..

dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,Jom ambil wudhu secara Tertib.

Masa nak kumur2 tu,bacalah doa.Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa..InsyaAllah.

Semoga dengan itu,segala niat buruk tu terbatal sendiri.

5)Kalau kita selalu terlupa tentangNya,apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat.Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?

Jadi..sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya..dengar bacaan alQuran ke..nasyid ke.

Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak..dah koyak ke..atau tersangkut kat mana-mana..

Sebab tu kita ada dua telinga..sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

6)Bila nak mengata orang tu..cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu..agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..

Bila diumpat, boleh pula beri hadiah..siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan,paling tidak pun..mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.

Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita..bila kita diumpat,tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat..ada yang nak bagi pendapat.supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.

Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...

7)Terakhir,Minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.Semoga dengan nikmat air tu,kita akan ringan untuk memujinya.

Banyak lagi tips yang ada..tapi semuanya bergantung pada niat.Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur..setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi. Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..

sumber:
www.iluvislam.com

Saturday, October 10, 2009

Angan-angan seorang aku...

Bila Bulan Ramadhan dan Bulan Syawaal datang mesti saya gembira!
Kenapa?
satu,
sebab boleh menyambut kedatangan ramadhan.. satu lagi boleh raya?
sebab apa saya suka raya>?
sebab boleh jumpa sepupu sepapat saya dari jauh..
nun di KL, MELAKA, KLANG, SARAWAK, JOHOR...
Bila kumpul ramai-ramai mesti best kan?
Klau kat rumah nenek tu.. mesti penuh..
rumah nenek 2 tingkat..
tingkat atas jadi pengkalan sepupu lelaki saya main games..
hah! bawak laptop.. main ramai2 kat atas..
pagi2 raya pun main games jugak..
..

Adake...
Pagi2 raya.. hari first raya, saya bangun pagi nak solat subuh ...
kluar bilik.. tengok sorang sepupu saya ni tgh main games! pagi2 buta macam tu..
hei.. sabar jelah..gamesholic betul..
Nasib baik dia budak bijak.

Sebenarnya...saya buat entry ni bukan nak membebel cerita pasal raya yang dah lepas..

Satu lagi sebab saya suka dua bulan tu menjelma sebab saya suka baca ruangan SALAM PERANTAU dekat paper..

Kalau abah beli paper.., ruangan first sekali saya bukak mesti salam perantau..
bestnyer tengok diorang merantau..

Family saya pelik dgn saya.. kenapa tiba2 je bersemangat nak baca paper ni?
Saya selalu berangan..
Bila saya besar nanti.. saya plak yang akan hantar gambar saya dekat ruangan salam perantau..
yeah!Kalau nak belajar kat rantau orang,.. kenalah sungguh2..!

Saya ni, baru form 1..
tapi.. dah fikir dah..
nak belajar kat mana yea bila besar nanti..
??
Dekat negara barat ke? Timur tengah ke?
kadang2 rasa nak belajar kat negara mesir ke, jordan ke..
tapi,
kadang2 rasa
nak belajar kat Jepun ke, UK ke, Korea ke..

Bila fikir balik..
Inah oiii... adeh! banyaknyer awak berangan! PMR pun tak pass la..
SPM pun tak ambil lagi.. Dah terfikir nak sambung belajar peringkat Universiti kat mana,,, awak confirm ke boleh belajar kat sana nanti?

Tapi, Ummi pernah cakap, tak salah kalau kita dah fikirkan benda macamtu...
Mungkin angan-angan kita ni menjadi batu loncatan untuk kita berjaya..
Kadang-kadang saya ni suka berangan lebih-lebih..
tapi okey juga.. boleh buat novel..hehe

Tak hairanlah kalau Paper BM 2 tu paper yang paling saya suka jawab..

Tapi,,
berangan-berangan juga..
saya akan cuba merealisasikan apa yang saya angankan!
orang cakap sebelum berjaya, mesti ada angan-angan dulu..,,

Macam Bill Gates,,
sebelum dia jadi jutawan..
dia selalu tampal gambar kereta ferrari dilik dalam dia..
Kerta ferrari yg dia angankan tu, menjadi satu batu loncatan untuk dia berjaya..

CITA-CITA...
OK.Cakap pasal cita-cita..
Cita-cita korang ape?
Dari dulu, sampai sekarang saya tak tahu nak jadi apa...

Dulu,
saya pernah cakap nak jadi cikgu,,.
sebab nak ikut ummi dan abah..
pastu..,
tiba-tiba rasa macam nak jadi PAKAR BEDAH sebab bila tengok biodata abg jahid, dia selalu tulis dia nk jd PAKAR BEDAH..
so, saya pun ikut dia.. bila guru kelas saya masa darjah 4 tanya saya nak jadi apa,
saya pun jawab nak jadi PAKAR BEDAH!
BIla saya masuk darjah 5..
saya rasa x nak jadi pakar bedah sebb saya tak minat..
saya pun nak jadi pensyarah sebab sepupu saya cakap dia nak jd pensyarah...
tapi, tiba2 sy rasa, tak best jd pensyarah..
saya nak jd LAWYER sebab classmate saya masa darjah 6 dulu, cakap kat saya dia nak jd LAWYER...
Tapi..
saya rasa macam bosan jer... saya pun tukar cita2 saya..
nak jadi bisnes woman la...
tapi.. rasa cam nak jadi diplomat plak..
bila org tanya sy nk jd apa.. saya jawab diplomat..sebab apa?
sebab kakak saya cakap, kakak saya nak jd diplomat---(sebenarnya dia main2 je)

Jadi saya fikir..haila..
saya ni ikut org je..
satu je cita2 yg datang dr hati saya.. bukn sebab ikut org..
saya nak jadi NOVELIS..
banyak sungguh cita2 saya ni!
tapi, bila saya fikir...nanti buku sy x laku sbb saya selalu merapa dalam penulisan!
jadi saya nak jd apa bila besar nanti..
kalau sy kusut fikrkan benda remeh mcamni..
mesti saya cakap..
TAK PE! BARU FORM 1..BANYAK LAGI MASA NAK FIKIR~~!!!!!!!!!!!!
TAPI.. SAMPAI SEKARANG SAYA TAK TAHU CITA-CITA SAYA..
TAPI, KALAU ORANG TANYA,,..

SAYA JAWAB JE
DIPLOMAT..~!

tapi..tak tahu lah kalau lepas ni koleksi cita-cita saya bertambah..

ok,
cheers,
Inah

Tuesday, October 6, 2009

MedaN pEraNgg~!!

Esok PMR..
so.. DO THE BEST YA..

terutamanya untuk..,,

My Beloved Bro..
AHMAD MUJAHID MAZLAN..
I KNOW YOU CAN DO IT! CHAIYO!

My Cousins:
FATIN AMERAH ARIPIN..
HASNUL HADI ZAKARIA..

I KNOW U GUYS CAN DO IT..
RESULT TRIAL PON DA CEMERLANG..
HAVE FAITH.. INSYA ALLAH..

Kakak2 form 3..
Kak Biah, err.. letihla nk tlis seme.. and so on..
Abg2 form 3..

And sesaper ajer yg bakal menduduki PMR..

Sunday, October 4, 2009

Haila..Haila.. Exam Lagi?

Lagi 3 weeks exam bakal datang

EXAM AROUND THE CORNER..
wah..
tak perasan plak..
dah akhir thn dah ye..
rasa2 baru je saya jadi budak sekolah menengah

FINAL EXAM PON DAH TAK LAME..
huu.. x kesahlah pasal exam tu...

kita study untuk belajar..
bukan untuk exam..

kadang2 xbest la EXAM ORIENTED..,
walaupun sy x ske exam..
tp...
saya suka bila dpt nombor.

happy birthday

Happy Birthday to my special friends,
Salsabila M.Sabri a.k.a temanku yg ~!@#$%^&*&^%$
( awak decide sendiri ye, salsa,,..jgn marah)

4 OKTOBER

Najihah a.k.a teman yang ....err..
ntah r~

28 SEPTEMBER

anyway..
May Allah Bless U all.!

p/s: Lame betul x jumpe korang lepas skolh rendah dulu..
hampir setahun kot.. tula, perjumpaan thn 6 x dtg..
hhehe.. tp, saya tahu,, korang adehalkn mase tu?
Dah besar ye korg sume ni.. 13 tahun tu..
(bajetla sy lg besar)

Friday, October 2, 2009

gambar2 aidil fitri 2009~ -__-

1st ReUnIoN~!!!

~Riang Ria di Hari Reunion..

Wah! Rindunya zaman muda-mudi dulu..zaman sekolah rendah(bajet tua)
Teringat plak 1st reunion yang kitorang buat kat rumah Muallimah Mazlina.
Tapi, sayangnya ramai yang tak dapat datang reunion ni.. Lagipun, kitorang tahu pasal reunion ni last minute.. Tambahan pula, masa hari raya ke7 tu, ramai geng2 kitorang tak habis raya lagi.. Masih ada kat kampung! Beraya sakanlah katakan. Daripada 29 rakyat ,,, yang datang hanyalah 13! Haru betul! 4 orang je banat yang datang~!

Kalau ada budak ex-usamahian 08 bace..,,
pikir2lah ye camne nk buat reunion lg ye!
ok!
BYE!

Thursday, October 1, 2009

merenung..>

Assalamualaikum..

Sedar-tak-sedar dah masuk bulan oktober..
bulan 10..

Sepanjang btahun ini telah ramai insan terdekat dengan saya menemui Allah..
Bila saya renung kembali kedalam diri saya..
hati saya selalu tertanya-tanya..

Bila ya saat kematian saya?
Bagaimana ya saya mati nanti?
Adakah kerana sakit, kecuaian atau sebagainya?

Soalan-soalan tu.., hanya Allah Ta'ala sahaja yang dapat jawab..

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails