Pages

Thursday, December 31, 2009

sebuah pengorbanan..

Assalamualaikum :)

.........................

Okeyh.
Tahun ni, 5 orang adik beradik saya sekolah di Sekolah Al-Amin.
2 orang di sekolah menegah. 3 orang di sekolah rendah.

1 orang di tadika Nurul Iman. -adik bongsu
Izzah dah masuk angka 5 tahun!

Abang Mujahid dah masuk form 4 dah - dah tua rupanya!
Mutmainnah dah masuk form 2
Muna plak dah year 6! -UPSR tahun nie!
Muslim dah darjah 3! - rajin-rajin la sikit
Munzir dah darjah 1.- pejam celik- pejam celik dah masuk sekolah rendah da adikku sorang ni.

Bila saya tengok resit pendaftaran kami semua..
Er,,..beribu-ribu jugaklah abah habiskan untuk kami semua.
Itu tak termasuk lagi beli buku-buku sekolah dan keperluan yang lain.

Jika difikirkan,
telah banyak pengorbanan umi dan abah taburkan untuk kami 9 beradik.
Jadi,
Saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh.
Mencari ilmu itu memerlukan pengorbanan.
Sungguh mahal nilai Ilmu itu.

Dulu,
sewaktu saya darjah 6,
selepas saya dapat result UPSR,
Hati saya terdetik untuk ke MRSM, SBPI..
Tapi bila memikirkan sedalam-dalamnya.,
Saya rasa amat sayang untuk meninggalkan bumi Al-Amin yang tercinta.

Di sinilah tempat pertama saya ditarbiyyah
Di sinilah tempat saya mengetahui apa itu erti DAKWAH
Di sinilah tempat saya menimba ilmu agama
Di sinilah tempat saya belajar erti persahabatan
Di sinilah tempat saya belajar erti kegagalan
Di sinilah tempat saya dipimpin dan memimpin
Di sinilah tempat saya bertemu dengan insan yang berpenat lelah demi mencurahkan ilmu buat saya..

Disini..
Tercipta jutaan kenangan dalam lipatan memori kehidupan saya.

Dan bila saya merenung kembali,
Sungguh BODOH andai saya mengsia-siakan pengorbanan ayah saya menyekolahkan saya di sini. Sungguh DUNGU andai saya tidak menimba secukupnya pengalaman berharga di sini.
Sepanjang 7 tahun lebih saya di al-amin, telah banyak pengalaman berharga yang telah saya kutip.

Saya belajar di bumi al-amin bukan hanya untuk menuntut ilmu dunia.
Tetapi,
untuk ilmu akhirat.

Ilmu akhirat yang menjadi bekalan perjalanan untuk mengharungi ranjau hidup yang penuh liku-liku.

2010- mutmainnah vs Najihah!

Assalamualaikum.
Apabila saya melihat ramai orang buat post tentang 2010,
rasa nak buat jugak.
Sebenarnya..,
dah buat dah post 'january datang lagi'..

Tapi, saja-saja nak buat lagi.
Mulai hari ini saya dah F2!
Yeah! f2!
Teruja tak?
Rasa-rasanya, tak boleh jawab lagi soalan tu :)

F2 nanti.,
kelas campur.
campur banin banat.
Kalau tahun lepas asing.

Ukhuwwah jadi eratlah sebab semua kelas sama.
Tapi, kalau kelas sama, senang jugak nak gaduh :)

Teringat balik,
zaman-zaman f1 dulu
(padahal baru sehari jadi f2. x skolah pun lagi)

F1 ada 2 kelas.
satu kelas banin, satu kelas banat :)
kelas kami ada 16 orang pelajar je.
Sikit sangat.

Disebabkan kelas besar,
pelajar sikit.
Macam-macam benda pelik kami buat.
Kata ustaz. , kelas kami ni pelajarnya hyperaktif.

Biasanya kalau kelas semuanya perempuan,
kelas bersih.
Tapi, kelas kami bersih ikut mood penghuninya.
Kalau rajin kemas
Kalau tak rajin.. faham-faham jela.

Sampai ustaz cakap kat depan perhimpunan,
kelas perempuan bersepah, tak layak dibuat menantu.

Kelas perempuan ada 2.
satu f1 punya
satu f2 punya.

Jadi., tak tahu la ustaz cakap kelas sape.
Tapi, faham-faham sendiri jelah!

Bila teringat balik zaman f1..
adehh...
rindunya!

Okey
Bila 2010 datang,
maknanya battle dah bermula.
Mutmainnah VS Najihah!

Okey.
Jangan salah faham.
Kami battle benda-benda yang sihat.
Bukan perlawanan smackdown, judo atau apa!

Kami berlawan markah exam sapa yang paling lawa.. :)
Kami berlawan untuk exam pertengahan tahun dan akhir tahun jek.
Sebenarnya,
objektif perlawanan persahabatan ni,
bukan untuk tentukan siapa bijak lagi.
Tapi, nak menyuntik semangat rajin belajar!'
Kalau buat permainan macam ni, baru ada semangat sikit!

Moga-moga perangai kaki komputer kami akan terhakis dengan berlangsungnya pertandingan ini!

p/s:
Najihah, awak kaki komputer jugak ke?
atau.. kaki drama korea?
Kalau statement kaki komputer tu salah,
ampun banyak-banyak!

Ramai orang tulis azam tahun baru.
Er, saya pun nak tulis jugak ke?

tengok orang tulis, nak tulis jugaklaa..
okeyh. Tapi, sebelum tu, tak pasti azm ni dapat ditunaikan atau tak.
Ini azam! Bukan JANJI.

  • Nak jadi pelajar yang rajin :)
  • Nak jadi anak yang solehah :)
  • Nak jadi orang yang cool :) -susah sket ni..~
  • Nak dapat no.1 selalu! Paling teruk pun, sasarkan no.3! Kalau tak mampu. No.5 paling teruk! Insya Allah boleh!Ameen.
  • Nak jadi pengawas yang baik.
  • Nak jadi MPP yang bertanggungjawab.
  • Nak tingkatkan IMAN.
  • Tak nak buat hilang HP lagi. - dalam masa 5 bulan, dah 2 kali hilang
Okeyh?
Lagi?
Tak nak list banyak-banyak. Cukup lah.
Takut tak tercapai pula.

Wassalam.

hipokritnya...

Oke.~

Bismillahirrahmanirrahiim.
Dengan Nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang
Assalamualaikum semua..~

Harap-harap sihat walafiat~..
Oke.~

Tengok tajuk tu..
agak-agak apa eh saya nak taip kat post ni?

Sebenarnya,
masa saya tengah tulis post ni, perasaan saya sedih bangat deh..
sedih + kecewa.. marah pun ada.
oke.
straight to the point~

Dunia dah maju. Teknologi semakin canggih.
Manusia sewenang-wenangnya menyalahgunakan teknologi yang ada.

Mengkufuri nikmat yang ada..
wajarkah begitu.?

Oke.
Kalau saya pergi blog-blog orang,
mesti ada shoutmix kat blog masing2..
majority la.
Memang bukan semua.
Tapi kebanyakannya letak la shoutmix.
Mungkin untuk mengeratkan ukhuwwah or etc la.
Nevermind.

Tengok blog saya.
Tak de pun. Memang dah lama dah tak de.
Adalah dekat 2 minggu.
Sebenarnya..,
saya membuang shoutmix yang ada di blog saya kerana ada hamba Allah
dengan baik hati dan berbudi bahasanya sudi menghina, mengutuk dan macam2 lagi di shoutmix saya.

Sebenarnya,
Dah lama peristiwa ni berlaku.
Tapi, saya baru je ungkitkan.
Sebab apa?
sebab bukan di shoutmix saya je.
Shoutmix di blog2 orang lain pun saya selalu nampak ada orang menuturkan kata-kata kesat, menghina, mengeji, mengata .. ada jugak yang sudi menaburkan fitnah.
Benda-benda macam ni seolah-olah makin berleluasa.
So, kalau dibiarkan, mungkin menjadi-jadi pula..

eh.! Apakah?
Dia ingat shoutmix ni tempat buat dosa ke?
Menghina orang lain dengan sewenang-wenangnya.

Tidakkah tuan punya badan yang sudi menaip perkataan-perkataan macam tu tidak memirkan maruah orang lain?

Tahukah anda bahawa..,
menjatuhkan maruah orang lain itu merupakan perkara yang dibenci oleh Allah?

as example la..,

oke.contohnya, ana pergi blog sorang hamba Allah nie.,
dekat shoutmix dia,
ada orang tulis
"kau ni bodoh, belagak pandai, pura-pura baik, sombong, manja, tak berkepimpinan ,gedik, mengada, gatal... etc.."
-contoh je ek!

blog inikan laman umum,
jadi sape-sape yang masuk di blog tu boleh baca.
Bukankah perkara tu menjatuhkan maruah dan air muka tuan punya blog.
Sejahat-jahat pun orang tu, janganlah kita mengaibkan dan menjatuhkan maruahnya.

Lebih sadis lagi,
Dia menggunakan nama yang tidak boleh dikesan
contohnya,
guest, ........, ***** dan etc.

Lagi dahsyat lagi,
dengan sesuka hati kuku kaki dia je menggunakan nama orang lain.

Ok .! FINE!
Kalau manusia tak tahu,
Allah Tahu!
Allah tak pernah tidur!
Allah itu Maha MELIHAT!

Kenapa mesti HIPOKRIT?
kenapa mesti berpura-pura?
okelah.
contohnya ada orang cakap,

"saya buat dengan niat yang baik tau.
saya ikhlas nak tegur dia dari hati sanubari saya paling dalam.
Kang, kalau saya tegur dia masih dengan perangai ngada-ngada dia.
Lagi satu, saya tak guna nama saya sebab, saya ni kawan dia, nanti dia terasa hati pula."

EH?!!
Tak de cara lain ke kalau nak menegur?
Mestikah menegur dekat tempat public macamtu?
Heh! Kalau nak tegur,
tegurlah dengan cara yang berhikmah.
Cara yang bijaksana.

Bukan main redah aje sehinggan menjatuhkan air muka orang lain.

Sekali lagi saya tanya, kenapa mesti HIPOKRIT?
Kalau nak menegur, face to face lah.
Paling-paling kurang pun, tegur melalui surat ke, emel ke, perbuatan ke.
Bukan dengan cara macamtu.~

Bukankah sikap hipokrit itu amat dibenci?
Sukakah kita kalau kita mengamalkan sikap yang dibenci oleh orang lain?

Bahagiakah kita kalau kita mengkhianati orang lain?
Bahagiakah kita menjatuhkan air muka orang lain?
Dapat pahalakah jika kita menghina orang lain?
Beruntungkah kita menabur fitnah kepada orang lain.

Sekali lagi,
Tepuklah Dada Tanyalah Iman,
Renungkan kembali.
Kalau kita ada buat macamtu, baik cepat-cepat minta maaf dengan orang tu!
Sebelum dia masih hidup, Sebelum anda masih bernafas,.
Sebelum pintu taubat tertutup. Sebelum kiamat belum tiba.

Kerana,
ini melibatkan habluminannas.
Hubungan kita dengan manusia.

Kalau hubungan kita buat salah dengan manusia,
kita kena minta maaf dengan manusia dulu. Baru dengan Allah..~
Kita semua dikurniakan akal.
Jangan sia-siakan pemberian Allah
Berfikirlah dengan bijaksana sebelum bertindak.
Akhir kata,
Siapa yang makan gula, dialah yang terasa manisnya.

Wallahua'lam.

Maafkan andai terkasar bahasa.
Maafkan segalanya.
~Mutmainnah Mazlan

Sunday, December 27, 2009

januari datang lagi.

Bismillahirrahmanirrahiim..

Assalamualaikum semua.

Oke. Januari Datang Lagi.
e, ada apa dengan Januari tuh?

Setiap kali Januari datang.
Ada dua perasaan yang datang.
Perasaan apakah yang bertandang?

Kalau dua perasaan tuh, semestinya sedih dan gumbira
Heh! Tahun baru menjelang! Buat apa sedih-sedih.

Oke.
Sedih sebab cuti dah HABES!

Gumbira pula sebab dah boleh sekolah balik.
I miss my friends, my teachers..
lagi satu sebab birthdate saya bulan Januari tau..
hehe.
Capub sket..~

Okeyh 2009~
Good bye.!
I'll never miss you!!!!

Welcome 2010.
Semoga dengan kehadiran 2010 akan melakar rahmat buat diri saya dan awak semua.
2010.
Here! I come.
Amanah berat menanti.

Ah!
One more,
biasanyalah..,
Malam tahun baru mesti banyak kes gejala sosial berlaku kan.?
Erm. Pentingkah kita meraikan tahun baru>?
Pentingkah buat konsert-konsert segala?

Baca doa tahun baru dan buat solat-solat sunat sudah cukup.
Saya tak kata salah kalau nak sambut tahun baru.
Tapi berpada-padalah.

Saya baca paper,,
Macam-macam kes sosial berlaku malam tahun baru.
Berzina, minum arak.. macam-macam lagi,,
Ish!
Astaghfirullah.

Ya Allah! Tetapkanlah kami diatas jalan-jalan yang benar.
Jalan-jalan yang engkau redhai! Bukan jalan yang Engkau mungkari.
Ameen.

Selamat tahun baru!

p/s: 2009..
Gue nngak akan ketemui sama lho lagi sampai kapan pun.
Lho pergi ninggalin gue buat selamanya.

jadi tak speaking Indon?
huhu..

Wassalam. :)

Tuesday, December 22, 2009

Terima Kasih!

Salam buat semua...

Masih saya ingat kata-kata
"masa itu emas!"

Saya akui kata-kata itu. Bahkan masa itu lebih berharga daripada emas.
Kadang-kadang terasa rugi pula kerana tidak menggunakan masa dengan sebaiknya.
Orang yang bijak itu adalah orang yang menggunakan masa baik.

Selepas saya balik M.A.P,
semangat saya terkobar-kobar untuk berubah.
Sehingga saya menulis entri tentang pengalaman saya di M.A.P.

Saya tahu,
perubahan saya selepas pulang dari M.A.P tidak begitu ketara.
Mungkin seperti hangat-hangat tahi ayam.
Mula-mula sahaja semangat saya terkobar-kobar.
Lama kelamaan sudah kendur.

Jadi, saya tidak mahu hanyut.
Saya perlukan perubahan dalam diri saya,.
Saya perlu mengubah sikap saya yang terlalu ikut 'mood' apabila ingin belajar.

Saya perlu mengikis segala sikap negatif dalam diri saya.
Saya pun teringat, saya pernah membaca buku 'Catatan Hati Nik Nur Madihah'

Kalian pasti kenal bukan Nik Nur Madihah?
Selepas saya berfikir sejenak. Saya bertekad untuk meminta sedikit nasihat daripadanya.
Terkadang, saya rasa serba salah kerana mencuri masanya.

Saya pun menghantar emel kepadanya.
Esoknya, masa saya tengah buka YM!, kak Madihah sapa saya.
Dia memberi sedikit nasihat kepada saya.
Ya! Nasihat.
Sebenarnya,
Kalau kita mahu berubah tu,
Segalanya datang daripda diri kita sendiri. Bukan pada motivasi semata-mata.

Saya berasa sungguh terharu.
Kak Madihah masih sudi meluangkan masanya walaupun sibuk.

Apabila saya renung kembali motivasi yang saya dapat dari M.A.P,
Nasihat Kak Madihah..,
Kata-kata nasihat daripada keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya..,
Kata-kata perangsang daripada kawan-kawan yang sentiasa prihatin..,

Saya sedar.
Saya perlu bangkit.

Terima kasih kak Madihah kerana memberi sedikit motivasi untuk diri saya.
Terima kasih kepada semua yang sudi meniupkan semangat kepada saya.
Semangat untk terus bangkit menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Saya sangat terharu kerana masih ada insan sekeliling saya yang prihatin kepada saya.
Alhamdulillah..

Sempena tahun baru hijrah yang baru menjelang
saya bertekad dan berazam untuk menjadi seorang pelajar yang berdedikasi dan berhijrah ke arah yang yang lebih baik. Insya Allah.

Terima Kasih sekali lagi.

Doakan saya selalu!~

Monday, December 21, 2009

Pencari JalanMu

Pencari Jalan-Mu

Telah Banyak Yang Kulewati
Jalan Hitam Di Dunia
Tak Terhitung Selama Nodai
Masih Adakah Kesempatan
Bagiku Mendekatkan
Hati Dan Cinta KasihMu

Kuingin Bersihkan Diriku
Dari Segala Dosa
Yang Telah Kuperbuat Hingga Kini

Kuingin Bersihkan Jiwaku
Terangilah Dengan Segala
Petunjuk JalanMu

Tiada Yang Ada SelainMu
Yang Selalu Menjagaku
Meski Kadang TinggalkanMu
Aku Yang Hanyalah Manusia
Yang Mencari JalanMu
Yang Pasti Kembali PadaMu

muslimah memang TAK GUNA

Muslimah Memang Tak Guna

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A

Friday, December 18, 2009

Salam Muharram.

Jumaat.
18 Dec 09.

Salam Muharram.
Selamat Tahun Baru.
Semoga Tahun Baru Ini Memberi Rahmat.
Insya Allah

Wednesday, December 16, 2009

Mujahid Kecil

Kisah Anak kecil di Palestin.

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

http://www.atlastours.net/holyland/al_aqsa_mosque.jpg

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain- lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul- betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

http://wasalaam.files.wordpress.com/2006/07/bebek_namaz.jpg

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut.

Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.

http://www.mpjc.org/images/palestine.jpg

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.

Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja.

Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali- kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" Tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata.

http://www.schnews.org.uk/sotw/images_sotw/palestine-boy-tank.jpg

Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad s.a.w. pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad s.a.w. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad s.a.w. Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang- kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al- Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh- sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.

"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid" muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

"Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar. Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil. Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang. Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain.

Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut.

Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus- putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba- tiba... .. "Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.

Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

Wassalam.

Sumber: Majalah I Tahun 2007.

Monday, December 14, 2009

Semangat Baru!

Assalamualaikum.

~M.A.P~
Pada 12-13 haribulan 12.. Ayah saya hantar saya dan adik saya ke M.A.P. Alah.., Motivasi Alihan Pelajar yang dikendalikan oleh Dr.Tg.Asmadi. Macam pengalaman yang saya dapat.
Dan tentunya..,
semua pengalaman itu..
adalah pengalaman yang manis untuk dikenang.
Pengalaman berguna buat insan seperti saya.
Kerdil dan Lemah.

SEBELUM.
sebelum pergi..
perasaan saya..
NOTHING!
Nak cakap cuak.
saya tak cuak!
alah.. biasa-biasa aje.
Dan.. pada masa itu,. saya tak yakin yang saya boleh berubah!

12/12
hari pertama motivasi.

saya duduk di barisan no.3.
Untuk memudahkan saya memberi perhatian ketika MOTIVATOR sedang memberi motivasi.

Slot pertama dikendalikan oleh Cikgu Rosidi!
Masa mula-mula Cikgu Rosidi bercakap..,
Ya Allah!
Rasa mahu gugur jantung ..
Saya tak berani langsung nak mengukir senyum..
walaupun masa itu saya rasa mahu tersenyum..,
Suara Cikgu kuat bagai bergegar dewan.
Semua hadirin dalam dewan senyap!
Tak berani nak berkata-kata.

Cikgu Rosidi bercakap soal disiplin dan tips-tips belajar.!~
sebelum motivasi bermula..,
cikgu minta semua org yg bawa benda2 mengarut masuk ke dalam serahkan sekarang jugak!

WoW~! Arahan cikgu Rosidi sangat tegas sampai orang yang merokok pon menyerahkan rokok.

Cikgu Rosidi pijak-pijak rokok tu depan kami semua!
..

Oke.
saya tak nak cerita tentang itu semua.
Saya mahu cerita apa yang saya dapat!

Oke.
Bila berbicara tentang Markah Exam kita..,
sebenarnya,

50% itu terletak pada tumpuan kita dalam kelas
20% kerja sekolah
30% ulangkaji..

kesimpulannya ..
tumpuan adalah ibu kecemerlangan kita..

PETUA MEMBERI TUMPUAN.
  • jangan alih MATA
  • dengar dan fahamkan
  • awasi minda
  • awasi diri
  • buat catatan.
Dan..
saya juga belajar tentang tujuan hidup kita..,,

mafhum dari FIRMAN ALLAH " Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka itu beribadat kepadaku" surah az-dzariyat:56

HiDuP SeBagaI 1 IbadaH!~
  • niat ikhlas kerana Allah
  • Ikut syariat
  • Tidak melalaikan
  • Tiada unsur maksiat
  • Membawa natijah/ kesan yg baik.
  • Lakukan yg terbaik.!!!
DO MY BEST! DO MY VERY BEST!

Bercakap soal matematik kehidupan.,
+ ilmu - lemah (bahagi) masa x usaha = HASIL!

Do Whatever It Takes!

bila
saya masuk motivasi ini,
barulah saya tahu!
belajar itu mudah!

Belajar bukanlah susah! Cuma STRATEGI kita salah.,
dan kita tidak memberikan cukup MASA untuk menjadikannya mudah!

SEBENARNYA,
Masalah utama malas belajar ialah.,
  • sikap
  • tumpuan
  • disiplin
  • pergaulan
  • pengurusan masa
  • tiada/salah strategi
...

Oke,.
mengatasi MALAS>!

Emotion Is Created By Motion
Perasaan Dicipta Melalui Gerakan!

so,.

MAKE A MOVE~!!!

Selain itu,
saya juga belajar PRINSIP MEMORI.
Tentang memori jangka pendek., memori jangka panjang.

Saya belajar SPA~!

sistem pembelajaran aktif!
KONSEP JINGSAW PUZZLE!!
"belajar umpama jingsaw puzzle.Anda pasti sukar menyelesaikannya tanpa melihat gambar penuhnya dahulu."
.

minda umpama sebidang tanah.
apa yg disemai. Itulah yang dituai.
Man jadda wa jada wa man zara'a hasada
YOU REAP WHAT YOU SOW
...
Mulai hari ini juga..
saya perlu berpegang pada kata-kata
"Kalau orang Lain Boleh! Aku juga Boleh!!"..

Motivasi Alihan Pelajar tak bosan sebab MOTIVATOR nya pandai buat lawak.
Mula-mula saya ingat cikgu rosidi serius 24 jam. Rupa-rupanya okey je.
Boleh buat lawak.
______________________________________

Dr.Asmadi berkongsi cerita hatinya sewaktu kecil. Hidup dalam kemelut kemiskinan. Kehilangan ayah sewaktu kecil. Cerita Dr.Asmadi membuatkan saya merenung diri saya sejenak. Orang miskin boleh berjaya! Anak yatim boleh cemerlang! Kenapa aku tidak?

Ust.Hakimin berkongsi kisah sewaktu kecil.
Dirinya pernah dipukul dengan besi akibat nakal.
Orang yang nakal boleh berubah.
Boleh menjadi mahasiswa Al-Azhar.
Boleh menyambung peringkat master di IPTA.
Orang yang nakal boleh berubah.
Kenapa tidak aku?

Cikgu Rosidi berkongsi pengalamannya mengajar ayahnya mengucap syahadah di saat ajal mahu menjemput. Ayahnya meninggal di depan matanya sendiri. Ayahnya pergi sebelum sempat melihat anak sulongnya (cg.rosidi.) menggenggam segulung ijazah.
Padahal, tinggal 2 bulan lagi!

Cerita ketiga-tiga motivator itu mencelikkan mata saya. membuka mata hati saya.
saya yang masih punya ayah. saya yang masih punya ibu. saya yang tidak dihimpit dengan kemelut kemiskinan.

Peluang untuk saya berjaya masih terbentang luas.!!
hanya perlukan usaha yang gigih, kerajinan yang tinggi.. keyakinan terhadap Allah.

Alangkah bodohnya saya jika saya masih bermalas- malasan.
Alangkah dungunya saya jika saya tidak menghargai kehadiran ayah dan ibu saya.

Mutiara Kata
"the best way to predict the future is to invent it"

Pada hari pertama juga ditayangkan slide tentang PALESTINE..~

Hari Kedua
Hari yang mengusik naluri saya.
Hari yang mengajar saya menghargai.
Hari yang mengajar saya erti persahabatan.
Hari yang mengajar saya erti keberanian.

Hari ini kami diberi tazkirah..
er. bolehla dikatakan tazkirah~
oleh Dr.Asmadi.

Tazkirah Tentang Jasa Ibu Bapa..
Memang mengesankan.
Ramai orang menangis.
Bukan ramai, tapi hampir kesemua.
Tembok ego masing-masing jatuh.

Then, kami tengok video tentang saat2 getir ibu melahirkan kita.
Cara normal.. Cara bedah.
Ya Allah!
Tak sanggup rasanya nak tengok.

Lepas solat zohor pula.
Kami belajar teknik pidato.
Then, dalam masa 4 minit, kena rangka teks pidato.
and.. pidatolah kat depan.~!

Orang yang pertama pidato., perempuan.
Dari sekolah IMTIAZ KT.
Masa dia pidato, selamba derk je orang lain terkekeh-kekeh, tergelak-gelak.
Pastu.. Kena marah dengan Ustz.Hakimin.
Ustaz Hakimin cakap,
At least, dia berani kehapan.Dia berani jadi orang first! Dia bernai menyahut cabaran.

Ustz.Hakimin cabar kami untuk pidato juga kat depan.
Kebetulan, duduk barisan ke3, area depan-depan jugaklah.
Saya pun datang depan.., naik pentas pergi pidato..
Jadi peserta no 2..

Heh.Tak tahu lah kalau pidato saya gayanya macam orang bagi ucapan.
Rata-ratanya orang yang pidato kat depan macam bagi ucapan.
Tapi, okeylah. At least, berani jugak kan?

Dekat MAP ni, ramai jugak dapat kawan.
kawan dari MRSM Kota Putra UlulAlbab
Imtiaz KT
SMAP Labu
SMAP Kajang..

Kalau nak list jadi banyak sangat.

Tapi lepas balik MAP ni..
Rasa juga perubahannya.
Sikap malas belajar, Insya Allah dapat dikikis.

Sebab, Cikgu Rosidi ada suruh renung,
ade tak kita jumpa , orang malas jadi,
JUTAWAN!
orang yang malas jadi
PEMIMPIN TINGGI
orang malas jadi
ILMUAN!
orang malas jadi
DERMAWAN.

kalau nak difikrkan,
kalau nak jadi dermawan tu, kena kaya.
kalau nak kaya tu, kena berjaya.
kalau nak berjaya tu, kena RAJIN!

Monday, December 7, 2009

BloG meDaN naK MeNgUmpaT keR cik adik?!

Assalamualaikum.

Blog+Gossips+Mengumpat.

Sinonimkah>>?

Oke.
Sebenarnya saya tak delah nak menulis panjang dalam entry ni.
Jauh sekali nak berleter panjang-panjang.
Cuma., mahu melahirkan rasa terkilan.

Terkilan?
Kerana kadang-kadang ada yang menyalahgunakan blog.
kalau tak puas hati dengan seseorang dia pun tulis di blog.
Kalau benci dengan orang, dia kutuk di blog
Kalau menyampah dengan orang , dia mengeji org tu di blog dia!
macam-macamlah.
"benci betul saya dengan dia", " eh, saya rasa nak lempang je dia" , "muka dia tu buruklah" "budak tu bajet hensemla." ,"gediknya dia"."menyampahnya aku dengan dia".

dan macam-macam lagilah.
Persoalannya disini.,
wajarkah kita sebagai seorang mukmin, seorang muslim, seorang manusia buat macamtu?

Memburukkan orang lain , mengeji, mengata ataupun sebagainya kepada orang lain?
Oke.Cuba kita fikirkan kembali.
apa yang kita dapat kalau kita berbuat sedemikian.. ?????
dapat duit?
dapat pahala?
dapat pujian?

fikirkan balik!
tak dapatnya kita benda-benda macamtu!
bahkan kita dapat dosa pulak!
sebab?
Mengumpat, mengata, mengeji.

Tahu tak perumpaan dosa bagi orang yang mengumpat tu ibarat memakan daging saudaranya sendiri!

oke.
Contohnya, bila kita mengata orang dalam blog kita.
Then, kawan kita pun komen,.. mengiakan apa yang kita tulis.
contoh: "a'ahla.betul ckp u, die tu gedik", "eh, gatalnye die.nasib baik u crita kt blog" "ee...hodohnya die.baruku tau" and yg sewaktu dengannyalah!
Maka berlakulah "slender buffet".
~medan mengumpat..
asalnya siapa yang memulakannya?

Tepuklah Dada Tanyalah Iman ..
Agak-agaklah kalau nak melempiaskan rasa marah.

Tak bolehkah kalau kita menggunakan blog ini sebagai tempat untuk kita berdakwah
ataupun blog yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.???
-susah sangat ke? berdosa ke kalau kita beri manfaat kepada orang lain?

Oke.Misalnyalah., kalau kita post entry yang bermanfaat.
Then, ada orang baca.. Lepas dia baca tu, dia ceritakan pada kawan-kawan dia yang lain.
(-untuk memberi manfaat.)Kawan-kawan dia yang lain pula kongsikan dengan orang lain.Akhirnya berterusan.

Tak ke besar pahalanya itu?
Renung-renungkanlah~!
Allah dah kurniakan kita akal untuk berfikir!

Artikel ini sekadar perkongsian dan luahan di kalbu~
Kalau ada salah, mohon beribu kemaafan.
* siapa yang terasa.,
Minta maaf.Tiada niat dihati untuk menyindir.
Diulangi, tiada niat di hati untuk menyindir.
entry ini saya tujukan kepada umum.Bukan khusus untuk seseorang~

'sama-samalah kita berpesan -pesan kearah kebaikan'..~
Kerana kita hanya manusia biasa yang tak lari dari dosa-dosa..

Regards,
MutmainnahMazlan~

Sunday, December 6, 2009

eh, ko cantikke?

~Pesanan Untuk Orang Cantik..

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Thursday, December 3, 2009

bro, aku gurau jerk..hehe

Assalamualaikum.
Sebenarnya..
saya tidak berapa suka mengCOPY PASTE artikel dari blog-blog
ataupun laman web..
Tapi, saya sedar saya masih belum mampu untuk membuat artikel2 yang menarik dan
bermanfaat.Saya rasa artikel ini amatlah bermanfaat kerana.. artikel ini seolah-olah menegur diri saya sendiri~.Ya.Kita manusia yang banyak khilaf.Moga-moga artikel ini memberi pengajaran kepada anda..~Insya Allah..~

Gurau Senda

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.

Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, Hidup mesti ceria”.

Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.

Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.

Betulkah persepsi macam ni?

Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?

Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.

Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,

Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.[1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!

Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,

Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela, sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.[2]

Kita biasa dengar,

Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!

Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.

Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.[3]

Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.

Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut?

Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.

Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?

Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.

Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

Aku main-main je la…

Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]

Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.[5]

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.

Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.[6]

Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.[7]

Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.

Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.

Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab:Tidak!

Maka Umar r.a. menjawab:
Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.

Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~

Nota kaki:
[1] Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali, Jilid 4, Bab Bahaya Lidah.
[2] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[3] Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan 'Aisyah r.a.
[4] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[5] Riwayat at-Tirmizi.
[6] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[7] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih
.

* Blog Penulis: dari HATI ke HATI
sumber: www.iluvislam.com

conteng-conteng~

Assalamualaikum..,~
Lama benar rasanya saya tak updated BLOG ni.
sebab, kat kampung LINE internet memang lambat.

Cuti sekolah ini.,
agak bosan juga..~
tak pergi jalan-jalan.
cuma duduk di kampung..

saya bercuti dikampung dr 26 November- 6 December.
Agak lama jugalah.
Sebenarnya,
abah nak pendekkan masa berada di kampung.
sebab,
kata abah.. kalau duduk di kampung, kami tak jadi macam orang..
..jadi MALAS..
Kalau duduk rumah, terancang sikit masa cuti.
No malas-malas.

Biasanya kalau cuti..,
kena belajar memasak.
Tapi.,
kalau duduk kampung boleh cuti dr buat kerja rumah dan memasak.

Kadang-kadang rasa rindu jugak dekat rumah.
Tapi..,
disebabkan 2 orang adik lelaki saya BERKHATAN.,.

so,
ummi cakap, tunggu diorang sembuh sikit baru boleh balik rumah.
yela,, perjalan dari kampung ke rumah jauh jugak.

p/s:
pada kawan-kawan saya yg pelik sebab saya x reply sms awak,
sorry ye.HP saya hilang.xtahu taruk dimana.

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails