Pages

Tuesday, December 28, 2010

Asrama tempat berdikari ke?

Bismillahirrahmaanirraheem.

Assalamualaikum..
sedar tak sedar..
dah nak habis dah tahun 2010.
Ya Allah, masa berlalu dengan begitu pantas kan..
Cuti sekolah pun dah nak habis..

masa terus berjalan..
dan kita semakin dekat dengan kematian.

Hidup adalah satu perjalanan masa.
Ya, Hidup tidak akan menemui titik noktahnya sehingga kita menemui mati.

Insya Allah..
tahnu depan saya akan tinggal di asrama..
sebetulnya, rumah saya dengan sekolah dekat je.
15 minit naik kereta je dah sampai *kalau tak traffic jammed la.

Tapi, saya nak duduk asrama juga memandangkan tahun depan ambil PMR.
mudah la sikit kalau ada kelas tambahan. tak payah ummi dan abah ulang- alik -ambil -hantar.

memudahkan kerja ummi dan abah.
lagipun, kalau duduk rumah ni sungguhla banyak sekali godaannya.

dengan TV
dengan LAPTOP
dengan NOVEL-NOVEL lagi.

Kalau duduk asrama masa lebih terancang.
ramai orang cakap.., 
'saya duduk asrama ni sebab nak berdikari'

mungkin betul kata-kata itu.
bila duduk asrama serba serbi kena buat sendiri,
basuh kain, gosok baju, jemur baju dan etc.
pendek kata, tak adalah orang gaji atau mak kita yang tolong buatkan.

tapi. bukan semua orang yang merasakan sebegitu.

sebenarnya, ummi tak berapa nak kasi saya tinggal di asrama
* ini first time saya dilepaskan untuk tinggal di asrama. seumur hidup saya, saya belum pernah tinggal di asrama.

kata ummi..,
kalau saya tinggal di asrama, tinggal sikit jelah orang dekat rumah.
yang tinggal pun yang kecil-kecil.

tahun ni 2 orang anak ummi yang ambil peperiksaan besar.
abang mujaheed ambil SPM
dan saya ambil PMR.
maka, abah pun suruh kami berdua tinggal di asrama.
senang kalau ada kelas tambahan.

anak ummi ada 9 orang,
tapi, yang tinggal dekat rumah hanya 6 orang.
3 orang dah belajar di universiti.

Bila kami berdua tinggal di asrama,
tinggal 4 orang jelah anak ummi yang duduk di rumah.
kalau orang yang adik beradik ramai, 4 orang di rumah tu dikira sikit.

ummi saya pernah serkap jarang juga.,

" Inah ni, nak duduk asrama sebab nak lari dari kerja rumah ye?"

bukan ummi je yang serkap jarang macam tu,
mak cik saudara dan kakak saudara saya juga.

yelah..  sebab saya ni anak perempuan yang paling tua di rumah.. :)

kalau saya tinggal di asrama..
saya hanya perlu siapkan keperluan saya semata-mata.
gosok baju sendiri. basuh baju sendiri..
segala-galanya kita buat untuk diri kita sendiri.
tak fikir pun untuk orang lain.. kiranya nafsi-nafsi la.

kalau duduk rumah kena juga fikir tentang adik-adik juga.
kena tolong ummi di dapur, kena buat ini, kena buat itu..
*walaupun kadang-kadang banyak kali suruh baru buat.

saya pun cakap kat ummi.

" ummi.. bolehlaa... kalau Inah takde nanti rajinlah sikit Muna tu.
(*adik perempuan saya. thn depan 13 tahun)
mentang-mentang ada kakak dekat rumah, dia pun tak-berapa-nak-rajin.
Mana tahu bila Inah duduk asrama nanti, dia jadi rajin pula."

ummi pun diam je.
ummi bagi lah tu.. Lagipun anak ummi sorang ni jadi tak-berapa-nak-rajin membaca buku kalau duduk rumah. Bila duduk asrama nanti bolehla nak gantung novel dan laptop.

berbalik soalan asal.
asrama ni tempat berdikari ke?
Mungkin YA mungkin TIDAK.
tengok orang juga.

Kalau saya, saya lebih berdikari kalau duduk di rumah berbanding asrama.
Tapi, jika di segi perasaan, perasaan saya lebih berdikari jika tinggal di asrama
* perasaan pun boleh berdikari ke? jangan tiru kalau salah
bila duduk asrama saya boleh tahan diri saya daripada membuat benda-benda yang tak berfaedah.
duduk asrama tak boleh suka-suki nak tidur tak kira waktu
tak boleh sesuka hati sesedap oren nak online FB sampai lewat malam ke.

bila duduk asrama.,
dah tak boleh dah nak update blog selalu.
duduk rumah pun tak update selalu.
mungkin blog ini akan bersawang pula nnti.
bila bersawang, maka banyak labah-labah.

Bila banyak labah-labah maka, orang pun tanya,
Inah bila nak cuci sawang ni?
*update blog
(SS)

nanti ummi akan kehilangan pembuang sampah tetap
*biasanya abang mujaheed la yang kena buang sampah kalau tong dah penuh.
dan, buang sisa makanan juga.
walaupun kadang-kadang dia merungut juga, kenapa asal kerja yang kotor je, dia yang kena buat.
saya bagi alasan. ,awakkan lelaki. dan dia balas, kalau kotor lelaki jelah yang kena buat..
dan perdebatan kami berhenti setakat itu sahaja.

""Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa"

mungkin bila saya dan abang saya tinggal di asrama nanti,
baru mereka bersyukur punya abang dan kakak seperti kami.
eheh. rasa macam syok sendiri pula.. (SS).

oke. berhenti di sini.
^_^
salam alayk.
doakan yang terbaik buat saya.

Saturday, December 25, 2010

Alhamdulillah. I got twin. *AGAIN =D

Assalamualaikum.

^_^

Bismillahirrahmaanirrahim.
Alhamdulillah.  Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Beberapa hari lepas, saya dapat sepupu kembar.
Alhamdulillah again!
sepasang kembar perempuan. Tapi, mereka masih di hospital, dan orang lain tak dibenarkan melawat kecuali ibunya.. T_T,, bayi-bayi tu lahir tak cukup bulan.. *baru 8 bulan lebih...

Jadi., tak boleh lah nak ambil gambar.. :D

dan..
beberapa bulan lepas.., saya dapat sepupu kembar juga.
Tapi, yang ni sepasang kembar lelaki. ^_^ 
kawaii. * rasa nak cubit-cubit!
mereka sedang tidur. 
comel je kan.. :D

bergambar dengan pengantin, ^_^

budak-budak ni suka ketawa.
geram betul tengok mereka ketawa.!

yang mana satu imran yang mana satu irfan?
tak reti nak bezakan. sampai sekarang!

muhammad imran syauqee

muhammad irfan syauqee

oke. yang ini sepupu saya juga.
Ammar Fayyadh. ^_^
pssstt. tahun depan ammar akan dapat adik. Insya Allah.. 

tahun ni tok dan tokki dapat 5 orang cucu!
alhamdulillah.

setiap kali balik kampung,
mesti berebut nak dukung baby..

walaupun saya ramai adik, 2 orang lelaki, 2 orang perempuan..,
saya belum pernah lagi rasa menjaga baby.
sebab masa adik-adik saya masih baby, saya kecil lagi masa tu.
Jadi, tak rasa apa-apa. sebab tulah kalau dapat sepupu baru, excited terlebih :)

sebab apa saya suka sangat dengan baby?
sebab mereka comel dan belum berdosa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” – (Hadis riwayat Bukhari)

semoga mereka menjadi anak yang soleh solehah dan agen perubahan ke arah kebaikan!
anasir taghyir. ameen. :)

p/s:
walaupun saya belum pernah lagi tengok sepupu kembar saya yang perempuan *baru lahir.
saya tengah agak-agak muka mereka..

er.. cuba tengok gambar abang si kembar yang baru lahir..
agak-agak macam mana ya muka kembar tu. ada iras-iras abang dia tak.
takpe-takpe, nanti nak snap gambar babies tu letak banyak2 dalam blog bila babies dah keluar hospital.. :) doakan yang terbaik buat mereka.

fawwaz hakimi

fawwaz dah dapat adik.. 2 orang sekaligus.. ^_^
:)

Wednesday, December 22, 2010

Letihla Terima Ujian.

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmaanirrahim. :)

"Letihla aku, asyik-asyik aku diuji. Bila agaknya aku akan mengecapi bahagia"
Keluh seorang pemuda. Fikirannya menjadi kacau. Sejak akhir-akhir ini kerap kali dirinya diuji.

Bulan lepas, dia ditimpa kemalangan. Habis kereta rosak.
Duit pun terbang nak baiki kerosakan kereta.
Minggu lepas, adiknya meninggal dunia.
Dan, hari ini, dia mendapat berita yang  ibunya sakit.
terlantar di hospital.

U.J.I.A.N

Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta. 

dalam kehidupan semua orang menerima ujian daripadaNya.
Percayalah! Sepanjang saya hidup selama 14 tahun lebih ni, saya belum jumpa lagi dengan orang yang tidak pernah ditimpa  UJIAN.

Tak kiralah sekaya manapun dia.
Tak hairanlah sebijak manapun dia.
Tak kisahlah secantik manapun dia.

Hidup kita tidak akan lengkap tanpa UJIAN.
Dalam hidup, pasti ada rasa kecewa
Dalam hidup,pasti ada rasa sedih

Saya suka berbicara soal hidup.
dan saya suka mengumpamakan hidup dengan sesuatu.

Alasan: Sebab saya masih hidup!

Bila sentuh sikit pasal ujian.,
mesti kita fikir perkara-perkara negatif je.
kan?

Contohnya,
 Bila kita miskin kita rasa diuji
....

Tapi, pernahkah kita terfikir?

Kenikmatan itu adalah UJIAN buat kita.

kekayaan itu ujian
kebijaksanaan itu ujian
kehebatan itu ujian
kesenangan itu ujian
kesihatan itu ujian

Tanpa kita sedar, sebenarnya semua nikmat itu menguji kita.
Allah memberi nikmat tersebut kepada kita untuk menguji kita ADAKAH KITA MENGGUNAKAN KENIKMATAN YANG ALLAH KURNIAKAN ITU KE JALAN YANG SEPATUTNTA?

Allah ta’ala berfirman dalam QS Ar Rahman
Fa-biayyi alaa’i Rabbi kuma tukadzdzi ban - Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

sedar-tak-sedar,
begitu banyak nikmat Allah yang kita DUSTAKAN.

Mulai hari ini mari kita ubah persepsi kita.
Jangan ingat bila UJIAN itu bila kita susah!
KESENANGAN juga UJIAN!
Ujian itu sentiasa datang dalam diri kita.

Bila dapat result exam cantik sikit,
ingat, ALLAH menguji aku.
ALLAH menguji adakah kita menjadi hamba yang bersyukur atau sebaliknya?

Bila kaya sikit,
tanamkan dalam hati,
ini ujian dalam kenikmatan.
Aku diuji adakah aku akan menggunakan kekayaanku dijalanNya atau berfoya-foya?

Kadang- kadang,
diuji dengan kenikmatan itu lebih mencabar daripada diuji dengan kesusahan.

Bila kita diuji dengan kesusahan, hati kita akan sentiasa mengingati Allah.
Tapi, apabila manusia diuji dengan kenikmatan,
ramai yang jadi LUPA DIRI.
Begitulah manusia, BILA SUSAH baru ingat ALLAH.
BILA SENANG ALLAH DILUPAKAN
walau bagaimanapun, bukan semua manusia begitu.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (surah al-Baqarah:155-157).

Oleh itu, bersabarlah dalam menghadapi UJIAN daripadaNya.!
Perintah supaya bersabar :

* Surah Al-Baqarah, Ayat 35
* Surah Ali-Imran, Ayat 200

Larangan daripada tidak bersabar :

* Surah Al-Ahqaf, Ayat 35
* Suran Al-Anfal, Ayat 15

Allah memuji & kasih orang yang sabar:

* Surah Ali-Imran, Ayat 17
* Surah Al-Baqarah, Ayat 177
* Surah Al-Baqarah, Ayat 146

Contoh-contoh yang lain....

* Allah menyertai orang yang sabar
* Kebaikan orang yang sabar
* Balasan amal yang paling baik
* Berita gembira bagi orang yang bersabar
* Jaminan kemenangan bagi orang yang sabar
* Balasan Allah tanpa batas bagi orang yang sabar

Tanpa senjata sabar dalam kehidupan...Seseorang itu tidak akan tenang & damai...Perjalanan kehidupan tidak selalu consistant, ada kalanya mendaki dan kadang- kadang jatuh.

Teringat pula, seorang kawan saya pernah mempersoalkan tentang UJIAN ALLAH.

Katanya;
" Inah, ana dah tak larat lagi nak tanggung ujian ni.Dari dulu sampai sekarang,
ana tak pernah rasa bahagia."

Saya kasihan dengan kisah hidupnya.
Ya. Umur 14 tahun, tapi sudah memikul ujian yang sangat berat.

Tapi,
Ingatlah dengan firman Allah,

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (286

Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned. "Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people."

 Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Dulu,
saya pernah diuji sehingga saya rasa benar-benar DOWN.
rasa jatuh sampai tak boleh bangun.
Tapi, Alhamdulillah, ada tangan yang mengangkat saya dengan ayat-ayat dariNya.

Bila saya diuji bermakna saya boleh mengahadapinya!
THINK POSTIVE.

Jangan jadikan ujian sebagai penghalang dalam hidup kita!
Jangan biarkan ujian melemahkan diri kita!

HIDUP MEMANG BEGITU!
DIPENUHI DENGAN UJIAN!

Semakin meningkat iman seseorang,
semakin meningkatlah tahap ujian yang diturunkan kepadanya.

PERINGKAT UJIAN
Ujian yang datang ada tiga peringkat atau untuk tiga golongan manusia.
Peringkat pertama:
Untuk peningkatan darjat.
Allah berikan ujian adalah kerana hendak naikkan darjat seseorang di sisi-Nya di Akhirat kelak. Ketinggian darjat di sisi Tuhan ini adalah untuk orang-orang yang taat dengan Tuhan ketika di dunia lagi. Di dunia dia banyak berbuat amal soleh, amal kebajikan tapi masih lagi Allah beri ujian yang berat kepadanya. Ini tidak lain tidak bukan ialah untuk meninggikan darjatnya di Akhirat kerana ketabahannya dan kesabarannya menghadapi ujian. Ujian seperti ini adalah untuk para rasul, para nabi, para wali dan paling rendah ialah orang soleh. Ujian paling berat kita lihat dalam sejarah seperti yang ditanggung oleh para nabi dan rasul yang mana ia sangat bersesuaian sekali dengan tingginya darjat mereka.

Peringkat kedua:

Untuk penghapusan dosa dan didikan langsung dari Tuhan.
Ujian yang diberi untuk orang-orang Islam yang berdosa. Semua orang ada membuat dosa tidak kira dosa besar atau kecil. Ini adalah kerana manusia biasa bukannya maksum iaitu terpelihara dari dosa seperti para rasul. Jika kita merasakan diri kita tidak berdosa, itu juga merupakan satu dosa.

Jadi segala ujian ini Allah berikan tidak sia-sia dan ia ada dua tujuan:

1. Penghapusan dosa Allah Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. 2. Untuk ‘post-moterm’ diri
Peringkat ketiga:
Bala atau hukuman dari Tuhan
Diperingkat ini ujian terbahagi pula kepada dua:

1. Untuk orang-orang kafir 
Ujian diturunkan untuk semua peringkat manusia bukan untuk orang Islam sahaja bahkan termasuk juga orang-orang bukan Islam. Mereka juga menghadapi musibah kesusahan, kesedihan, mala petaka seperti gempa bumi, kebakaran, kematian dan sebagainya. Tetapi oleh kerana mereka itu orang-orang yang tidak beriman maka segala ujian yang ditimpakan ke atas mereka itu tidak boleh meningkatkan diri mereka itu menjadi baik. Malah mereka menjadi semakin jahat, semakin jauh dari Tuhan. Jika mereka boleh bersabar sekalipun dengan ujian tersebut, tiada pahala dan apa-apa kebaikan Akhirat untuk mereka.

2. Untuk orang Islam

Iaitu orang-orang Islam yang sudah terlalu jahat atau terlalu zalim dan sudah tidak boleh diinsafkan lagi. Tujuan didatangkan ujian di dunia ialah kerana Tuhan hendak hukum dia di dunia lagi sebelum di Akhirat. Jika ujian yang Allah berikan di dunia itu dapat menyedarkannya, maka selamatlah dia di Akhirat kelak. Itu pun jika dia faham akan hikmah yang tersirat dalam ujian itu. Kesimpulannya jika kita diuji oleh Allah, lebih baik kita anggap diri kita dalam golongan peringkat kedua kerana golongan dalam peringkat yang pertama hanya untuk orang yang luar biasa iaitu para nabi dan rasul.. Kita anggap diri kita golongan yang banyak berdosa kepada Tuhan dan layaklah kita dihukum. Manakala

3. Untuk orang yang jahat.
Kalau selepas diuji dia bertaubat, betulkan sembahyang, berpuasa, bermaaf-maafan, bertolong bantu, insya-Allah di samping Allah mengampunkan dosa kita, Tuhan juga akan selesaikan masalah kita.

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

So,
Mulai hari ini, jangan sebut lagi 
LETIHLA TERIMA UJIAN!
sebab MEMANG BEGITU.
Jom jadikan ujian sebagai batu loncatan untuk kita mendekatkan diri kepadaNya 

^_^

Nota Hati :
Saya bukanlah manusia yang sempurna.
Saya hanyalah manusia yang terlalu banyak kekurangannya,
post ini ditulis untuk diri sendiri.
memperingati diri sendiri! kredit to encik google kerana sedikit sebanyak membantu saya
menyelesaikan post ini. Maklumlah, lama tak menulis, maka nak habiskan satu post mengambil masa yang lama. Menulis post ini memerlukan rujukan dahulu. Maaf andai ada yang silap.
Betulkan segala yang salah. :)
Tambah kalau perlu.. ^_^

setiap takdir yang Allah tentukan, adalah yang terbaik buat hambaNya, 
Have faith in Allah.

MutmainnahMazlan

Thursday, December 16, 2010

Cerpen : Hati Zana

HATI ZANA

“Diam tu tanda setujulah,” kata abah.
“Tak abah ... Zana tak mau, Zana tak suka.”
Air mata Zana bergenang dalam matanya yang bening.
“Kenapa ni, Annas tu budak baik. Abah kenal hati budinya,” lembut aja suara abah memujuk.

Abah terus bercerita mengenai Annas, berulang-ulang kali. Jemu Zana mendengarnya. Briyani kambing ditolak ke tepi. Kulfi yang menjadi kegemarannya, dibiarkan cair tak tersentuh. Selera makannya susut tiba-tiba.

Ibu memandang dengan sayu tapi penuh harap. Abah pun begitu. Zana yang jadi serba salah. Apa kena dengan Zana ni, umur sudah meningkat... perangai macam budak-budak lagi.
“Habis, Zana macam mana... Zana dah ada sapa-sapa, ke?” tanya ibu lembut.
Zana menggeleng.

Doktor Zainordin menuju ke kaunter dan membayar harga makanan. Mereka bertiga meninggalkan ‘Restoran Insaf’ di Jalan Tunku Abdul Rahman tu. Mereka segera ke tempat letak kereta dekat Sogo. Dalam kereta tak ada seorang pun yang terasa untuk berbual seperti selalu. Esok pula ada ujian pula, buku pun belum disentuh... tiba-tiba abah datang dengan cerita baru... masalah baru.

“Abah dah tak lama lagi nak pencen, Zana. Abah pula dapat peluang melancong ke Eropah dengan ibu. Masalah kami, macam mana nak tinggalkan Zana seorang diri di KL ni.” Kata abah tiba-tiba.
“Abah, apa nak susah... Zana beranilah tinggal seorang. Dulu tu pun masa abah, ibu... buat haji kan Zana duduk sendiri juga.”
“Dulu lain, Zana... Abang Zahar pun masih tinggal kat sini. Abang Zainal pun sering jenguk Zana... sekarang kan mereka dah tak ada di sini. Abah bimbang.” Doktor Zainordin memandang anak kesayangannya semula.

Abah memang sengaja. Benda yang mudah sengaja hendak diperbesar-besarkan, rungut hati Zana. Mereka yang pernah terhutang budi dengan Nenek Hendon dan kini Zana pula yang menjadi korban untuk membalas budi tu.

Kalau abah dan ibu hendak ke luar negara bercuti pun, apa salahnya tinggalkan Zana seorang. Macamlah Zana tak biasa dengan KL ni. Zana dilahirkan dan dibesarkan di sini, bah. Betullah dulu Abang Zahar ada menemani Zana, tetapi dia kerap 'outstation' dan Zana kena tinggal seorang diri juga... Zana tak takut pun! Sengaja. Abah dan ibu sengaja nak atur hidup Zana. Ada ke patut hendak paksa Zana kahwin dengan orang yang Zana tak pernah kenal, tak pernah Zana sayang. Ini bukannya zaman Perang Dunia Kedua, bah. Anak-anak dikahwinkan kerana takut Jepun nak datang! Kini dah masuk abad 21. Dah di alaf baru... bah!

Abah dan ibu dulu pun bercinta. Abah kenal ibu (anak diplomat dari Indonesia) semasa menuntut di Australia. Ibu ketika itu baru di tahun pertama Kesusasteraan Inggeris sementara abah pula sedang menyiapkan 'housemanship'-nya di Sydney.

Hmmm, dari dulu abah dan ibu suka mengatur hidupnya. Dulu apabila Zana dapat tawaran belajar ke Kolej Tunku Kursiah, abah larang. Kata abah, kasihan ibu... tentu ibu kesunyian tanpa Zana. Sekolah kat mana-mana pun sama. Zana ikut cakap abah belajar di sekolah dekat rumah saja di KL ni. Selepas itu Zana dapat tawaran biasiswa lanjutkan pelajaran dalam bidang guaman di Lincoln’s Inn, abah tak kasi pergi. Padahal bukan calang-calang orang yang terpilih belajar kat tempat berprestij macam tu. Kata abah, UM pun apa kurangnya. Zana ikut nasihat abah. Tapi tidak untuk kali ni, bah. Ini masa depan Zana! Soal hidup dan mati. Amboi, Zana, garangnya dia... hati kecil memperingatinya semula. Astagfirullah il azim.

“Zana, fikirlah dulu hasrat Nenek Hendon tu. Mereka bukannya nak jawapan malam ni,” kata abah, sebelum Zana keluar dari perut Honda hitam tu. Zana masuk tanpa menghiraukan abah. Sebelum ini mana pernah dia membantah cakap abah! Tetapi tidak untuk kali ini. Zana hendak pilih sendiri pasangan hidup Zana. Biarpun sampai saat ini dia tak pernah ada sesiapa pun! Biarlah! Biarlah! Biarlah!

Menyesal... menyesal... Zana menyesal sungguh ikut ibu ke One Utama kelmarin. Di situlah ibu terserempak dengan Nenek Hendon dan cucunya, Annas. Mereka masih ada hubungan keluarga dengan kami kononnya. Mereka tu orang Alor Setar. Dulu-dulu, abah dan ibu pernah menumpang tinggal di rumah mereka. Ya, tiga puluh lima tahun yang lalu, ketika abah mula-mula ‘posting’ bekerja di Hospital Besar Alor Setar. Logik ke, hanya kerana pernah menumpang... aku kena jadi isteri Nanas opss si Annas tu!

Pertemuan semalam mengganggu Zana lagi.
“Subhanalah, Dewi Ratna ka ni?” kata Nenek Hendon dalam loghat utara yang pekat.

Ibu tergamam dan tanpa malu-malu lagi dia memeluk Nenek Hendon di depan orang ramai. Mulai saat itu, mereka bercerita tidak berhenti-henti, tanpa menghiraukan Zana sehinggalah di pintu keluar One Utama.
“Oh, lupa Dewi nak kenalkan, ini yang bongsu ... Zanariyah,” kata ibu, apabila mulai sedar Zana mengikutinya dengan beg plastik sarat di kedua-dua belah tangan. Zana meletakkan beg dan bersalaman. Memanglah dari tadi dia ingin bersalaman, tetapi Nenek Hendon tidak pun mengendahkan kehadirannya. Ibu lagilah, macam dah lupa pada anak sendiri... kerana asyik berbual.

“Dah besar pun, tapi mukanya tak macam Zuraini pun. Kalau jumpa tentu tak kenal... tak perasan.”

Aku senyum tawar. Aku memang tidak serupa Kak Zura yang jelita dan pernah jadi pramugari tu. Wajahnya secantik ibu. Aku macam abah aja – rupa orang Melayu. Sedangkan Abang Zainal dan Abang Zahar segak... terbias dengan kecantikan ibu. Ibu kan keturunan ningrat dari Kota Yogjakarta. Hukh, tapi aku tidak memiliki sedikit pun daripada kecantikan itu. Tak terbias pun!

“Chek, dah kerja, ka?” tanya Nenek Hendon.
“Masih sekolah makcik.” Balas Zana.
“Makcik apa? Ni dah pangkat tok,” katanya sambil ketawa dan memandang ibu.

Mereka berkongsi ketawa. Aku cuma tersenyum. Dalam hati, aku cuma berdoa. Lekaslah balik ibu, Zana tak siapkan ‘assignment’ lagi ni... esok dah nak ‘pass up’. Tetapi ibu masih berborak. Zana meninjau-ninjau teksi, tapi ibu buat-buat tak faham pula. Masih asyik berbual... bercerita dari zaman burung merak belum berwarna sampailah ke cerita burung merak dah cantik dan rupawan. ‘Tension’-nya! Hati berbisik berkali-kali.

“Balik dengan apa?” tanya Nenek Hendon apabila melihat Zana tertinjau-tinjau macam burung bangau. Dia mungkin dah mula faham ‘body language’ aku tu, bisik hati Zana.
Ingat nak ‘phone’ abah Zana, tapi rasanya... waktu-waktu macam ni jalan kat UH tu ‘jam’ teruk. Kesian pula. Nak naik teksi ajalah.” Balas ibu.
Hahh, leganya, Zana melemparkan senyum.

“Jomlah balik sekali. Boleh suruh Annas hantarkan.” Kata nenek tu tiba-tiba.
“Annas?” tanya ibu.
“Satu-satunya cucu makcik. Dah tak ingat? Dia dah jadi doktor, Dewi!”
“Ia? Alhamdulillah.” Balas ibu.
SILA TEKAN READ MORE

Buat Lelaki Yang Merasakan Dirinya Handsome.

Wajah Tampan? Sia-sia lah wei!
Sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum.
Hey Readers.
Jalan-jalan di Facebook, terbaca NOTE ni dekat wall kawan. Bila baca, wow, BEST juga NOTE ni, maka. dengan rajinnya, saya copy dan paste di BLOG ini.
Mengapa saya letak post ini?
sebab, zaman sekarang, orang suka memandang rupa paras.
sedangkan, Allah tidak menilai rupa paras seseorang! Allah menilai ketaqwaan hambaNya.

Dan, berapa ramai orang yang mempunyai wajah yang 'tampan' dan 'cantik' menggunakan kenikmatan yang Allah beri itu di jalan yang salah. Saya harap, post ini dapat membuka mata kita bahawa, KECANTIKAN FIZIKAL itu bukan segalanya!

Wajah Tampan? Sia-Sia!! Jika tanpa keimanan

Wajah Tampan? Sia-Sia!! Jika kelak dilaknat Tuhan

Wajah Tampan? Sia-Sia!! Jika tiap-tiap hari tanpa sebarang amal ibadat

Wajah Tampan? Sia-Sia!! Jika tak ada Al Qur’an yang lekat dalam ingatan

Wajah Tampan? Sia-Sia!! Jika tidak memburu keredhaanNYA

Wajah Tampan? Sia-Sia!! Jika hanya melakukan perkara yang sia-sia

Wajah Tampan? Sia-Sia!! Jika hatinya dikotori sifat bangga dan riak

Wajah Tampan? Sia-Sia!!! Jika tak punya maruah dan kehormatan

Wajah Tampan? Sia-Sia!! Jika matanya masih menjelajah pada susuk tubuh wanita ajnabi dan tak juga mampu tundukkan pandangan

Wajah Tampan? Sia-Sia!! Jika tak berdaya mengendalikan hawa nafsunya

Wajah Tampan? Sia-Sia!! Jika hanya untuk syok sendiri dan memikat wanita

Wajah Tampan? Sia-Sia!! Jika enggan mematuhi yang Hak dan malah bangga dengan dosa-dosa

Wajah Tampan? Sia-Sia!! Jika akhirnya nanti mendapat seksa di neraka jahanam!!

Sekadar gambar hiasan

Ketampananmu tidak bermakna kerana tak menjamin kamu akan diredhai..

Ketampananmu tak berguna,kerana seseorang masuk syurga bukan kerana tampannya rupa..

Ketampananmu pasti akan mereput dan hilang seiring waktu yang berjalan. Sedang apa-apa yang engkau lakukan akan abadi dan pasti dimintai pertanggungjawaban oleh Ilahi..

Ketampananmu tak akan boleh menjadi pembela saat engkau dihadapkan pada pengadilan Yang Maha Kuasa...

Ketampananmu tidak akan pernah boleh menjadi pemberat amal-amal kebaikan di mizan. Tak juga boleh meringankan azab yang ditimpakan di hari kemudian..

Ketampananmu hanya pemberian sementara… hanya pajangan yang tidak akan memberi pengaruh di dalam alam keabadian....

Cuba lihatlah Bilal bin Rabbah dengan kulitnya yang hitam, lihat pula Amr bin Jamuh dengan kakinya yang pincang, lihatlah juga Abdullah bin Ummi Maktum dengan buta penglihatannya. Mereka mulia di sisi Robb mereka, Rasulullah mengakui keutamaan mereka. Bukan kerana tampannya rupa, bukan pula kerana sempurna anggota badannya. Namun semuanya kerana kesetiaan pada ikrar syahadat yang diucap, kepatuhan pada aturan syariat, melaksanakan kewajiban tanpa keengganan, dan ketaqwaan yang menghunjam sanubari tanpa lekang...

Sekadar gambar hiasan

Tidakkah kau belajar pada Yusuf ‘alaihissalam ketika dia digoda untuk berzina ia menolak seraya berkata, “Aku berlindung kepada Allah…” Dan ketika wajah tampannya menarik kaum wanita dia sampai berdoa, “Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai dari pada memenuhi ajakan mereka kepadaku…”

Tidakkah kau mengambil sesuatu dari Mush’ab bin Umeir? Pemuda tampan pujaan gadis Makkah di masa jahiliyah? Ia tanggalkan segala kemewahan dan memilih Islam, hingga ketika dia di Uhud  dianugerahi kesyahidan Rasulullah berkata tentangnya, “Ketika di Mekkah dulu tak seorang pun aku lihat yang lebih halus pakaiannya dan lebih rapi rambutnya dari padamu. Tetapi sekarang ini, dengan rambutmu yang kusut masai hanya dibalut sehelai burdah.” Ya, Mush’ab pemuda tampan itu, duta pertama Rasulullah itu hanya berkafan selembar kain burdah yang jika ditutupkan kepalanya maka terbukalah kakinya, dan saat ditutupkan ke kakinya terbukalah kepalanya. Namun dia telah mendapat kemuliaan yang tiada tandingnya.

Tidakkah kau perhatikan perkataan Umar bin Abdul Aziz saat seorang sahabat lamanya -Muhammad bin Ka’ab Al qardhi- menyatakan keheranannya atas penampilan Umar yang berubah setelah menjadi khalifah. Padahal saat Umar menjadi gubernur Madinah tubuhnya indah dan subur, dan setelah menjadi amirul mukminin Umar menjadi kurus, sederhana dan bersahaja. Umar berkata menjawab keheranan Ka’ab, “Bagaimana kalau kau lihat aku di kuburku tiga hari setelah kematianku, saat kedua mataku tanggal pada pipiku, dari hidung dan mulutku mengalir cacing dan nanah. Tentu saat itu engkau akan sangat ingkari aku lebih dari pengingkaran dan keherananmu saat ini.”

Sekadar gambar hiasan

Wahai pemuda yang bangga dengan ketampanannya…
Wahai pemuda yang sibuk dengan penampilan zahirnya…
Wahai pemuda yang terlena dengan pandangan dan pujian manusia…

Jangan lagi tertipu akan kefanaan dan kenikmatan tanpa keabadian. Bersegeralah menuju penghambaan yang akan memberi keuntungan. Apa yang akan kau banggakan saat kematian telah menjelang, apa yang akan kau persembahkan di hadapan Rabb semesta Alam? Apakah kau tak sadari setiap saat kematian boleh mendatangi? Apakah kau tak ingin terpuji di hadapan pencipta langit dan bumi?

Dan cukuplah nasihat Fudhoil bin Iyadh sebagai renungan, “Wahai si wajah tampan, adalah orang yang akan ditanyakan oleh Allah tentang penciptaan (ketampanan) ini. Bila anda mampu menjaga wajah yang tampan ini dari api neraka, maka lakukanlah…”

Nukilan : Ardhi El Mahmudi
Editor   : Abu Hanifah

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails