Pages

Sunday, February 21, 2010

MaUTaDi~

kakak-kakak fasi~ yang susah payah buat program ni-- tudung hitam -muallimah Ann, tudung purple, pengetua.
(saya, barisan paling depan, tudung peach, baju merah)
Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum.

MaUTaDi.
Nak berkongsi sedikit pengalaman sepanjang saya ke program MaUTaDi.
MaUTaDi tu singkatan kepada

Manisnya Ukhuwwah Tarbiyyah Diserap.
Program MaUTaDi ni dianjurkan beberapa orang kakak form 4.

Program ni khas untuk banat form 1 and 2 sahaja.
Program ni dibuat tunjuannya nak mengeratkan silaturrahim dan ukhuwwah antara kami.
Program ni wajib dihadiri sebab ni program tarbiyyah.

Program ni dibuat sebab ada dalam kalangan kami yang tak settled lagi pasal ukhuwwah.
contohnya, ada yang gaduh-gaduh dengan kawan dia, simpan rasa tak puas hati ke atau apa-apa sifat mazmumah.

so, kakak-kakak form 4 pun bimbang lah dengan situasi ni,
Kata mereka, kami adalah penerus perjuang mereka.
Kalau kakak-kakak senior dah tak de nanti, kamilah yang akan jaga bi'ah solehah di sekolah.
Kamilah yang akan jadi senior dan contoh pada adik-adik-adik junior nanti.

Tapi,
kalau masalah ukhuwwah pun tak settled, ,, tak tau la nak cakap apa.

Kami rasa terharu sangat.
kakak-kakak form 4 sanggup balik lewat sekolah disebabkan sibuk nak meeting untuk menjayakan program untuk kami.
kakak-kakak form 4 sanggup perpenat lelah untuk kami...
________________
Sepanjang program ni,
setiap perserta ada kumpulan dan fasi masing-masing.
Fasi saya kak Marsha :).

Setiap kumpulan mesti ada form 1 n form 2.
Mungkin sebab suruh hubungan kami erat :)

setiap kumpulan ada 5 or 6 org.
dalam kumpulan saya ada 3 orang f1.
seriously, dulu saya memang tak rapat sangat dengan mereka,
tapi, bila kumpulan sama, macam-macam kami share cerita.
even umur kami tak sama.

Rasa sangat kemanisan ukhuwwah di situ :)

Lepas dapat kumpulan,
fasi kami ajak kami jalan-jalan.
sambil-sambil tu kami diberi sedikit pengisian untuk jiwa kami.

Lepas tu,
Mak Cik Fadilah bentangkan kami SLOT yang bertajuk
"KEINDAHANMU SANG PUTERI"
slot ni sangat bermakna

Lepas tu,
Pak Cik Zameran pula bentang tentang hala tuju kita di al-amin.

Lepas tu,
ada SLOT last.
slot yang paling mengesankan.

Muallimah Ann yang handle.
Muallimah cakap pasal KEMATIAN
Tanggungjawab kita sebagai ANAK.
Pasal harga diri seorang wanita.
Pasal UKHUWWAH.

Semasa slot tu ramai orang yang menangis..,
Bukan ramai..
tapi hampir semua.
masing-masing sedar kesilapan diri masing-masing.
masing-masing insaf dan berazam nak berubah.
Alhamdulillah, masing-masing menerima teguran dengan hati terbuka.

Masing-masing saling memaafi.
Alhamdulillah,
Antara kami semua, tiada lagi sengketa.

Kami luahkan apa yang terpendam di hati.
masing-masing perpegangan tangan dengan erat.
mencari kekuatan.

Pada malam yang hening dan lebat dengan hujan itu,
kami semua menanam azam menjadi manusia yang baru.
membina HIDUP BARU.
Hidup yang lebih diberkati Allah.

Alhamdulillah,
kami sudah melupakan kesalahan masing-masing.
Malam itu menjadi saksi yang ukhuwwah kami erat terjalin.

Malam tu jugak kami pergi jumpa dengan insan yang kami pernah buat salah untuk minta maaf.
Minta maaf sehingga air mata keluar bercucuran.

Ya.
Malam tu kami sedar,
banyaknya kesalahan kami pada Allah, pada kawan-kawan, pada guru-guru dan pada ibu bapa.
tidak terhitung.

Tapi,
kami yakin, Allah itu maha pengampun.

Mulai malam tu,
kami berazam dan menanam tekad,

NO MORE UMPAT-UMPAT.
NO MORE RAJUK-RAJUK.
NO MORE GADUH-GADUH.

Alhamdulillah,
sejak malam tu,
tak de lagi yang gaduh-gaduh .
tak de lagi yang umpat-umpat.
tak de lagi yang rajuk-rajuk.

Ukhuwwah kami sudah pulih.
Alhamdulillah.
Hubungan form 1 dan form 2 dah erat.
adik-adik senior dah tak malu-malu nak tegur kakak-kakak senior.
kakak-kakak form 2 dah ambil berat sikit pasal adik-adik form 1.

Insya Allah,
Kalau dipanjangkan umur,
Bila saya form 4 nanti, saya pula yang akan buat program ni untuk form1 dan 2.

Sebenarnya..,
masa awal tahun hari tu,
saya dok fikir nak buat program khas untuk form 2 sahaja.
tujuannya sama je. Tapi, bila kakak-kakak form 4 dah buat program ni, terbatal lah hasrat.
(makin senang kerja)
program ni dah cukup. :)
Program ni dapat sokongan padu dari pengetua.

Terima kasih untuk;
Kak Marsha
Kak Mardhiyyah
Kak HaziQah
Kak Fatimah
Kak Aliyana (pengarah)~ selaku MPP F4.
Kak Syaza
Kak Wafaa'
Kak Robiatul.

Kami terhutang budi dengan antunna semua.
Terima kasih kerana memulihkan ukhuwwah kami yang dulunya sedikit huru-hara.
Alhamdulillah.
Semoga Allah membalas budi antunna semua.

Tidak dilupakan.,
Kak Zubaidah yang memberikan agar cadangan program ni dibuat,
yang selalu memikirkan tentang kami semua dan memberi nasihat pada kami semua.
yang mengambil berat tentang tarbiyyah kami semua.

Tidak ketinggalan pihak MPP /AMT/WT SMIAAK.
Dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Terima kasih atas segala.

semoga Allah memberkati usaha kalian.

Ingat.,
Allah akan membantu sesiapa yang membantu agama Allah.

Wassalam:)

Saturday, February 13, 2010

Rehlah

Oke.
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum w.b.t.

Semoga berada di bawah naungan Allah.
(entry dikala kebosanan)
........................................................................

Masa hari Khamis lepas,
11 Februari 2010..,
Sekolah mengadakan rehlah di Pantai Chendor.
semua student terlibat.
Dari F1 sampai F5.

Kalau rehlah,
macam biasalah,
tak lari dari kena sembelih ayam.
.
Kumpulan diberi mengikut rumah sukan.
saya rumah MERAH :)
Mula-mula sampai warming up dulu
Then,
Muallimah beri tugas pada setiap kumpulan, buat WAU!
ahaha. Nasib baik ada jugak kakak2 senior yang pandai buat WAU!.

Lepas buat WAU,
kena main galah panjang.
adeh.
susah betul main galah panjang.
sebab, masa main, peraturan dia, tak boleh berdiri.
kena merangkak.

tapi,
masa nilah kita dapat merasai kemanisan ukhuwwah.
masa nilah kita dapat kenal perangai seseorang.

Lepas main galah panjang,
muallimah kasi kitorang mandi manda kejap kat pantai.
alhamdulillah.
jernihnya air.
tak macam tahun lepas.

lepas mandi kena sembelih ayam.
seriusla!
saya memang tak berani nak pegang ayam.
nasib baik dalam kumpula saya,
ada beberapa orang yang berani pegang.

bau ayam tu..
alahai..,
tak tahu la nak cakap apa. :)

setiap kumpulan, dapat 4 ekor ayam.
alhamdulillah,
saya berjaya sembelih seekor ayam.
aha.
first time tau sembelih ayam.
ada yang lebih sadis, sembelih ayam sampai putus kepala.
lepas sembelih kena cabut bulu plak.
lepas cabut bulu dan basuh2 kena bakar ayam.

alhmadulillah,
akhirnya, masak jugak ayam.
(walaupun ayam hangus).
eheh. tapi, lapar punya pasal,
semua makan.
makan ayam + roti.

Masa nilah kami rasa erti "kesabaran"
kesabaran dalam menanti ayam tu nak masak.

Lepas balik rehlah,
muka jadi gelap.
ramai orang tegur.
badan pun sakit-sakit.

Nasib baik tahun ni banat tak main rugbi.
Bahaya betullah kalau kami main rugbi.

banin je main rugbi.
main rugbi dalam air.
mesti penat+ letih.

Abang Mujahid balik,
sampai demam-demam.
tiga hari baru demam kebah....

Lepas makan siap makan tengah hari (makan ayam yang kitorang bakar la)
Kena solat zohor.
solat kat pantai je.
solat atas pasir.
tak de kanvas yang dilapik.

Tapi,
best jugak solat kat pantai..,
berangin je. :)

Lepas solat,
terus balik sekolah..,
tapi,
lama jugak lah nak tunggu sampai sekolah.
kena tunggu trip lama sangat.
Lepas hantar banin ke sekolah, barulah, ambil banat.
akhirnya,
pukul 4 lebih baru sampai sekolah.

Tapi,
serius ah.
best lah rehlah tahun ni.
even penat tak tahu nak cakap tahap apa.
even rasa sakit sendi.
^^.
Sebab.,
daripada rehlah nilah,
saya dapat kenal perangai kawan-kawan.,
rasa semangat berkumpulan..
rasa semangat setia kawan.
rasa kemanisan ukhuwwah :)

TARBIYYAH itu mengajar kami banyak perkaran.
Kata ustaz idris,
rehlah tu bukan buat saja-saja.
bukan buat suka-suka.

Tapi,
dibuat untuk menTARBIYYAH diri kami dan menguji ketahanan FIZIKAL.

"Allah lebih menyayangi mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah"

Friday, February 5, 2010

Cita-cita

Bismillahirrahmaanirrahiim...~

assalamualaikum~

p/s: INI ENTRY MENGARUT. baca jela.

well, mesti pelikkan tengok banyak sangat gambar-gambar IIUM kat sini.
Buat tabiat ke tiba-tiba post gambar IIUM ni

Awal-awal lagi nak pesan..
Saya bukan pelajar IIUM oke.

Hari tu, (walaupun dah lama)
saya pergi melawat kakak sulong saya a.k.a Murshidah di IIUM.
Kakak saya ambil LAW di IIUM. Undang-undang syariah kot..
Sambil tu, pergi la cuci-cuci mata tengok IIUM.
Snap gambar.
Erm., besar jugaklah IIUM tu.

Kebetulan, masa pergi sana, IIUM cuti. So, tak ramailah student kat situ.
Nak cari student Malaysia punyalah payah sebab diorang cuti.
Nampak student dari negara luar aje.

Dalam family saya,
dah tiga orang dah yang masuk universiti.

Kak Long di IIUM~ Law
Kak Rah di USIM ~ science technology
Abang Muaz pun di USIM jugak..~ perakaunan dan muamalat

Bila tengok abang ngan kakak-kakak dah masuk U..
saya pun nak masuk U juga..
Kalau nak masuk U result kena OK.
.................

Ahah.
Bila saya fikir pasal universiti,
mesti saya ingat akan CITA_CITA.

Ya. cita-cita!
sampai sekarang tak tahu nak jadi apa.
SERIUS!

Mutmainnah Mazlan belum ada cita-cita lagi.

Tapi,
bila tanya..,
"Mutmainnah, awak nak jadi apa ye bila besar?"

Dengan konfirmnya saya jawab..

DUTA.

ek.elleh. nak jadi DUTA . Sebenarnya, itu hanyalah penyedap ayat.
Sebab orang lain semua ada cita-cita. Saya pun nak ada jugak.

Jadi DUTA macam best.
Bila orang tanya, kenapa nak jadi DUTA?
jawapannya;
"sebab saya suka melancong"
erk?

entah la serius atau tidak cita-cita saya nak jadi DUTA.

Tiba-tiba hari ini,
rasa nak tukar cita-cita.
tahu tak apa?
uhuh.jangan gelak.!

Saya nak jadi ENGINEER!
er.. a.k.a JURUTERA.

Pelikkah perempuan jadi JURUTERA?
Takkan.
Uhuh. Jadi JURUTERA dapat title IR. kat depan.
Kalau tak dapat title DR., dapat title IR. pun oke.

Oke.
Sebenarnya.., tak serius pun nak jadi engineer.
bak kata orang, hanya penyedap di bibir.
erk..
hailah..

Mutmainnah...,
sampai bila awak nak serius dalam menentukan cita-cita??

Tapikan..,
kalau ummi dengan abah..,
nak sangat anak-anak ikut jejak langkah mereka.
Jadi PENDIDIK. Jadi MURABBI.

Abah cakap.,
besar sahamnya di akhirat.
Masa untuk family pun cukup.
Walaupun gaji tak delah mahal sangat, tapi, lebih dari cukup untuk keperluan hidup.

Itu kata abah.
Ummi dan abah, nak sangat tengok anak mereka menceburi jurusan agama.
ummi dan abah dulu amik couse pengajian Islam di UKM.
Bila kerja, dua- dua jadi cikgu.
sorang ustaz, sorang ustazah.
....
Tapi,
dalam family saya.,
kak long macam minat nak jadi peguam or PTD (pegawai tadbir diplomat).. errk?
Kak Rah pula, sah-sah cakap tak mo jadi cikgu.
Abang Muaz pula cakap nk jadi accountant or bussinesman.

Abang Mujahid amik sains tulen.
minat nak jadi surgeon.

aduhh..
siapakah nak jadi guru?
Tapi..
MUNA kata dia nak jadi..!

Tapi..,
ummi cakap, muna tu lambat lagi nak masuk u.

Tiba-tiba pula rasa nak ambil STAM nanti.,
pergi jurusan agama.
Jadi lecturer ke.
Ahah.
Banyaknya berangan wahai Mutmainnah.
Nak jadi ini, nak jadi itu.

Adeh.
Agaknya., sebelum ni pun saya dah pernah post pasal cita-cita kan/
Tapi, sampai sekarang tak de cita-cita,.
susahnya menetapkan cita-cita.

Susah lagi nak raih cita-cita.
Tapi, satu je..,
Cita-cita utama saya.,
cita-cita kekal saya..,

Saya ingin menjadi seperti Khadijah R.A.
Saya ingin menjadi penghuna jannahNya.
Ameen.
Kalau cita-cita dunia saya tak termakbul.,
saya harap sangat cita-cita utama saya termakbul.

oke.
kita sambung balik pasal cita-cita.
NAK JADI APA???

kalau doktor..
er..
awal-awal lagi saya kirim salam banyak-banyak.
sebelum ni pernah pasang cita-cita nak jadi doktor, tapi, itupun sebab ikut abang Mujahid.
Konon sehati sejiwa la.. tapi, itu dulu. zaman kecil-kecil. zaman hingusan.

Tapi,
sekarang,
zaman muda remaja pun tak ada lagi cita-cita.
pegangan hidup, of course ada.
tapi,
CITA_CITA tak da!
Inah! Awak nak jadi apa?

Hmm.
Entah.
saya rasa, saya patut berhenti dulu.
kepala akan menjadi pusing 90 darjah kalau fikir pasal cita-cita.

Tapi, kalau orang tanya,
rasa macam, nak jawab jurutera pula.
elleh.setiap tahun lain.
ish!
tak boleh.
kena kekal DUTA lagi ni.
oke.
post ini dah terlebih panjang.
berhenti di sini dahulu.

Ok, wassalam.
p/s: doakan saya ketemu cita-cita yang cocok sama saya ya!
Ameen.

Monday, February 1, 2010

Umur itu amanah

Assalamualaikum.
Mencuri sedikit masa untuk menulis sedikit ucapan buat sahabat dan murabbi yang berdedikasi.

Mlmh Norashidah -29th Jan
Mlmh Nurul- 29th Jan
Auntie Nor -30th Jan
Nur Ain Sofia- 1st Feb
Safura Hashim- 6th Feb

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat Hari Lahir buat antunna semua.
semoga diberkahi Allah.

Sedar tak sedar.

Umur Mlmh Norashidah sudah menginjak ke angka 31
Mlmh Nurul sudah 23 tahun
Auntie Nor sudah 27 tahun
Sofia dan Safura sudah 14 tahun.

Alahai.
Sudah lama Allah memberi nikmat hidup kepada antunna semua.
Termasuk ana juga :)

P/s: Tiba-tiba nak budayakan penggunaan "ana, anti, antunna."

Besarnya nikmat yang Allah kurniakan buat kita ye.
Alhamdulillah. :)

Tiba-tiba teringat tazkirah yang pernah ana baca.

NIKMAT ALLAH ITU ADA DIMANA-MANA.
Ya.
Memang betul.
Semasa sesat pun kita masih merasai nikmat Allah.
Semasa sakit juga Allah masih memberi nikmat pada kita.

Tapi.
Nikmat yang paling berharga buat kita ialah nikmat
IMAN
ISLAM
KEHIDUPAN.

Teringat pula kata-kata seorang sahabat ana.,
semakin panjang umur kita.
semakin pendek masa kita untuk hidup.

Ya.
Sesaat masa yang berjalan mendekatkan kita dengan kematian.
Bila tiba hari lahir kita.,
mesti seronokkan?
sampai ada yang habis beribu ringgit buat parti besar-besaran.
Gembira dengan ulangtahun kelahiran.

Tapi.,
Jangan kita lupa.,
Sebenarnya..,
kematian semakin dekat dengan diri kita.
Kematian itu datang entah bila.
Kita pun tak tahu.
Semua itu tercatat di Loh Mahfuz.

Tapi.,
Bila kita renungkan kembali.,
sudah cukupkah semua amalan kita untuk menempuh kematian.

Apapapun
ana ucapakan
* semoga antunna semua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Gunakan nikmat kehidupan yang kita kecapi dengan sebaiknya.
Ingat!
Kehidupan itu hanyalah persinggahan sementara.
Amal kita semasa hidup penentu ke mana arah tuju kita selepas ini.

SYURGA yang penuh nikmat itu

ataupun

NERAKA yang penuh azab itu.
Nauzubillah min zalik.

Ingat!
Umur itu AMANAH dari Allah buat hambaNya.

"sebaik-baik kamu ialah orang yang panjang umur dan baik amalannya.
Seburuk-buruk kamu ialah orang yang panjang umur tapi buruk amalannya. :)"

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

(peringatan buat diri ana juga yg sering alpa)

uhibbukum fillah
moga ukhuwwah kita kekal sampai akhirat.
Ameen

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails