Pages

Wednesday, March 31, 2010

itulah manusia!

Sesejuk Maaf dikalbu

Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum w.b.t..

oke.

ITULAH MANUSIA!
aih.
apesal tiba-tiba cakap macam ni?

ITU tu macam mana?
______________________
itu tu macam ni,

' manusia ni, mudah je lupa salah dia pada orang,
tapi, salah orang pada dia, lekat je di hati'

Cuba kita muhasabah balik diri kita.
Kita koreksi diri kita.
Adakah kita tergolong dalam golongan "ITU"?

Saya tak cakap, semua macam tu.
Mungkin segelintir sahaja.

"manusia ni, mudah je buat salah pd org,
tp, bila nk maafkn org lain, susah pula"

Ya. Itulah manusia.

Cuba kita renung balik.
kenapa ya kadang-kadang kita ni,
susah sangat nak maafkan orang?
kenapa ya kita ni susah sangat nak lupakan kesalahan orang?
kenapa ya kita ni susah sangat nak bertolak ansur?
kenapa ya senang sangat kita lupakan budi orang?
kenapa ya senang sangat kita kita ingat budi kita pada orang?
kenapa ya senang sangat kita menunding jari pada orang lain?

Kenapa ya?
Takkanlah jawapan semudah ini;
"kerana kita manusia. kita tak lari dari buat salah"

Itu sebenarnya.,
alasan yang sudah lapok daa.
buat salah itu memang fitrah.
memang lah kita bukan maksum.
tapi,
boleh ke jawapan itu lesen untuk kita membuat salah?

Contohlah:

Kita mencuri duit orang.
Then, bila orang tanya kenapa, kita jawap,
"manusia, mana lari dari buat silap"

semudah itukah.?
ya.
memang betul manusia tak lari dari buat silap.
tapi, manusia boleh cuba untuk "CUBA TAK BUAT SILAP"

Sebenarnya.,
bukan itu jawapannya,
sebenarnya,

ada something wrong somewhere dalam hati kita.

kalau kita seperti yang dinyatakan di atas,
bermakna;
kita ni ada satu penyakit.

bukan penyakit cancer.
bukan penyakit diabetis.
bukan juga darah tinggi.

tapi,
penyakit HATI.
Penyakit Hati ini sangat berbahaya.
Penyakit Hati adalah racun buat diri kita.

Bila kita renung balik diri.,
Bagus sangatkah kita sampaikah susah sangat kita mahu melupakan kesalahan orang lain?
Bagus sangatkah kita sampaikan susah sangat kita mahu memaafkan orang lain?
Mulia sangatkah kita sampaikan kita tak boleh memaafkan orang lain.

Ingat.
Kita ni insan biasa jelah.
..........................................
cuba kita ingat balik,
Allah memaafkan hambaNya.,
Rasulullah memaafkan ummatnya.

kenapa tidak kita?
kenapa ya hati kita batu sangat?

Kalau diikutkan perjuangan Rasulullah,
lagilah jerih dan payah.
Lagilah banyak kesalahan ummatnya kepadanya.
Tapi,
Rasulullah pemaaf.
sebesar mana pun kesalahan ummatnya.
Rasulullah maafkan.
kenapa ya, kita ni...,
kesalahan kawan sekecil hama pun susah sangat nak dimaafkan?
kerana syaitan telah merajai hati kita.
kerana kita ego.

Tapi,
sebelum tu,
kita kena renung balik.,
kita ni,
banyak buat salah pada orang,
tapi, kalau orang buat salah pada kita,
kita marah-marah.
kita berdendam.

wajarkah begitu?
BUAT salah PANDAI.
Tapi, kalau orang buat salah pada dia,
TIADA KEMAAFAN BAGIMU.

Itu apa kes?
Itu kes EGO.
Perasaan ego itu datangnya dari syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan kita.
So,
Kalau kita ada sikap EGO tu,
Cepat-cepatlah buang.
takut ia berbekas di ruang hati dan menjadi racun yang berbisa.
umi saya pernah cakap kat saya,

Api itu boleh disejukkan dengan, sejuknya air.
Tapi, marah itu boleh disejukkan dengan sejuknya kemaafan.

Oke.
Mulai hari ini,
apakata,
kita maafkan je kesalahan orang pada kita!
apakata,
kita lupakan je salah orang lain pada kita!
Belajar menjadi seorang pemaaf.
Belajar buang ego dari diri kita!

Kata orang, lelaki itu ego!
Tapi, betultak kalau saya cakap,
bukan lelaki je ego, perempuan pun ego juga.

Tapi,
kalau ego tu,
biarlah betempat.
Jangan sampai.,
ego itu memakan diri kita!

Perlukah kita memahalkan nilai sebuah kemaafan.?
Mulai hari ini,

Cubalah kita untuk belajar membersihkan hati kita.
clorox hati kita dengan taubat.
buang virus-virus yang melekat di dinding hati kita.

Belajar menjadi insan yang lembut hatinya.
Insan yang mudah melupakan silap orang lain.
insan yang mudah memaafkan orang lain.
insan yang tidak suka mengungkit akan budinya terhadap orang lain.

Ya.
Cuba kita jadi seperti itu.
Jom kita Renovate balik diri kita yang penuh cacat cela ni.
JOM sama sama KITA BELAJAR!

Kadang-kadang,
pahit juga untuk memaafkan orang lain.
tapi.
kalau nak lembutkan hati kita,
kita ingat.
kesalahan kita pada Allah lagi banyak.
Tapi, kesalahan manusia pada kita, kita tak nak maafkan.
kalau kita nak Allah maafkan dosa kita,
kita maafkan jugaklah dosa manusia pada kita.

Kan hidup lagi seronok dan enjoy kalau tanpa,
dendam kesumat!

Thursday, March 25, 2010

10 muwassafat Tarbiyyah

10 muwassafat tarbiyyah.

kalau dekat sekolah selalu terbaca muwassafat tarbiyah yang digantung di sekolah.

muwassafat tarbiyyah ni jugak ada dalam lagu sekolah.

tapi, masih ramai lagi orang yang tak tahu muwassafat tarbiyyah.

so, tiba-tiba rasa nak kongsi :)

______________________________________

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain.Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Cepat!Pegang Tangan Saya!

Hold My Hand

Video : Autoplay

Saya suka lagu ini kerana lagu ini sedap didengar. setiap lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain dan Sami Yusuf telah dikaji terlebih dahulu lirik dan muziknya. Kajian adalah untuk memastikan bahawa setiap lagu yang mereka nyanyikan mempunyai impak besar kepada emosi pendengar. Hebat bukan? Allah Maha Hebat.

Lagu 'Hold My Hand' sangat 'best' kerana liriknya mengajak kita untuk bersatu .
Selain itu, lagu ini mengatakan bahawa kita berkongsi matahari yang sama, maka, mengapa kita tak boleh berkongsi cinta yang sama? Pastinya cinta kepada Maha Pencipta dan cinta sesama manusia terutamanya jiran tetangga kita.

Lirik

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what we have left behind

Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Now we share the same bright sun,

No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbour
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbour

We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbours
You’re neighbour, my neighbour
We’re neighbours

So hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what have left behind

*****

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Bilal Hajji
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Copyright: Awakening Records 2009

Buat Teman Seperjuangan..!

Assalamualaikum~
Moga entry ni dapat menutup mulut dari bertanya
"inah, nape lama tak post..??Inah! mane post baru!"
Daripada saya hantar post mengarut, baik saya tak hantar post teruskan?

____________________________________________

Teman,
tangan yang menghayun buaian
bisa menggegar dunia
namun, biarlah gegaran itu bisa mengejutkan
insan yang alpa,terlena
diulit mimpi duniawi.

Teman,
masa itu ibarat pedang,
kalungi dirimu dengan kalungan puspa ilmu
kukuhkan benteng jiwa
dengan iman dan taqwa

Sedarlah!!!
Islammu kini GERSANG!!!!
dari hujan pembelaan
ternanti-nanti MUJAHID baru!
mengangkat islam ke persada buana

Sahabat!
Teladanilah sebingkas kisah muslimat silam
secebis ketabahan SITI KHADIJAH
secangkir keluhuran SITI FATIMAH
selautan ilmu SITI AISYAH
sekudus taqwa RABIATUL ADAWIYAH

Bangkitlah!
Bangkitlah sebelum roh jihad ternoktah MATI!
Sebelum kejahilan beraja di buana
sebelum jasad dan rohmu dijemput
menuju ke alam bagai destinasi abadi.

Teman!
Andai menang,
KITA BINA EMPAYAR DI BUMI ISLAM!
andai GUGUR,
kita bertemu di hadapanNya sebagai SYUHADA!
Ameen!

Salam perjuang sahabat!!

Thursday, March 11, 2010

a sweet memoir

babai..nak bertolak ke pupuk semangat!

slot..slot..

tak tahu kenapa diorang tiba-tiba kena solat.
pemandangan pantaii..~ kawaii
waa.kenangan paling lawak dalam lipatan sejarah hidupku!

Bismillahirrahmanirrahiim.~
Assalamualaikum.
Entah mengapa tiba-tiba rasa nak menulis sikit dekat blog yang dah bersawang ni.
Huh~ Lama betul tak post!

Nak post pasal kem kepimpinan.
Sebenarnya, dah lama dah kem kepimpinan ni.
Tapi, baru nak tulis kat blog.
Kalau dekat blog orang lain.., dah jadi cerita basi dah.
Tapi.Takpe.

Kalau nak baca, teruskan membaca.
Kalau tak nak, just stop here!~ :p.

Oke.
Tahun ni merupakan tahun ke 5 saya pergi kem kepimpinan
First time pergi masa darjah 3.
(tak ingat apa2 masa ni, sebab diri masih kecil lagi.Tak sesuai langsung
pergi kem pengawas masa nie)
Kali ke2 masa darjah 4.
Kali ke3, masa darjah 5.
Kali ke4, masa darjah 6.
and.
kali ke 5 masa form 2.
Masa form 1, saya tak pergi~

5 kali saya pergi,
5 kali juga pengalaman berharga yang saya dapat.

Tapi,
Tahun ni., kem kepimpinan tak sama macam kem kepimpinan yang saya pergi sebelumni.
Mungkin sebab., kem kepimpinan yang saya pergi tahun ni, kem kepimpinan versi sekolah menengah.

Banyak jurang antara sekolah rendah dan menengah.

Masa saya sekolah rendah,
kem kepimpinannya sangat simple!
Mungkin sesuai untuk jiwa kanaak-kanak kot!
Cabaran tidak sama seperti sekolah menengah.

Kem kepimpinan sekolah rendah biasa hanya memerlukan mata , telinga dan tangan.
mata, nak tengok penceramah. telinga, nak dengar ceramah/motivasi. tangan, nak catat nota.

Tapi,
kem kepimpinan sekolah menengah lain.
Ianya memerlukan persiapan mental dan fizikal.

Tapi, kata kakak-kakak yang pergi kem kepimpinan tahun, lepas, kem kepimpinan tahun ni tak mencabar seperti tahun lepas.
Kalau tahun lepas, dengar cerita, kena cili mulut la..
macam2 lagila.. (dah lupe da!)

Oke.
Kem kepimpinan tahun ni limit 50 peserta je.
26 banat.
24 banin.
(kalau tak silap)

Orang terlibat cuma.,
pengawas,
wakil tingkatan, AMT, AJK asrama dan beberapa org librarian.

Oke.
Dipedekkan cerita,
Kem ni diadakan di pupuk semangat, selama 2 hari 1 malam.
dekat je dengan pantai...
Biasanya, aktiviti outdoor, buat tepi pantai.
Kalau aktiviti indoor,
dalam dewan berair cond~

Masa kem ni,
muallimah Ann,
kasi belon sebagai barang amanah.,
kami kena jaga barang amanah tu baik-baik dan sentiasa berjaga-jaga kalau
ada muallim/muallimah berhampiran dengan kami.

Sebab,
Muallimah selalu cari peluang untuk pecahkan belon kami.
ada juga rasa geram.
letih-letih jaga,
tiba-tiba muallimah datang secara mengejut, then rampas belon kami!~
kemudian, apalagi, PECAHKANLAH.

Ish!
belon saya awal-awl lagi dh kena culik dgn muallimah.
Lepas tu, kalau buat apa-apa salah, mesti kena denda berguling-guling tepi pantai
(nak suruh baju basah)

Penghulu/penghuluwati selalu kena denda.
Kadang-kadang kena denda tanpa sebab.
Kadang-kadang kena denda kalau ada anak buah buat salah.

pernah jugak penghuluwati kena denda berguling di persisiran pantai sebanyak 70 kali!
Kesian pula rasanya tengak penghuluwati!

Sebenarnya,
muallimah nak uji ukhuwwah kami.
Muallimah nak tgk, kami tolong berguling-guling juga ke takuntuk ringan denda penghuluwati.

Dalam kem ni, aspek ukhuwwah..,
sangat ditekankan oleh muallimah.
sebab, kalau pemimpin berpecah belah, macam mana nak handle orang bawah?

kem ni bukan uji mental je.
tapi. uji fizikal juga.

warh!
kena berlari tepi pantai!
kena ketuk ketampi.
pumping~
guling-guling!

kalau uji mental pula,
kena makan bawang putih.
tidak.!
Muallimah pandai.,
Muallimah balut bawang putih dengan plastik gula-gula.
Bila dapat., rasa tertipu.!
Tapi. semua orang wajib makan! no excuse!
kalau orang yang dapat gula-gula betulpun,
gula-gula tu , muallimah pergi letak garam sampai rasanya masin tak dapat nak cakap tahap apa!

Lepas tu..,

air teh pula,
muallimah bancuh dengan air laut.
mati-mati saya ingat itu air teh!
bila rasa.! mak aih. masinnya!
Roti pula, krimnya muallimah campur garam dan bawang putih.
dan..
semua makanan yang muallimah kasi, mesti dihabiskan.
kami pun kongsi sama.
makan sikit sorang walaupun tekak keberatan nak telan!

Tapi,
Inilah namanya Tarbiyyah.
Mula-mula memang rasa tak suka.
Memang rasa germa sikit. Sikit je!
Tapi, bila kita berfikir secara positif, ada hikmah disebaliknya.
Muallimah nak uji kekentalan pemimpin.
Muallimah nak uji penerimaan pemimpin dengan 'ujian' yang muallimah bagi.

Malamnya,
ada aktiviti indoor.,
dalam dewan.
dengar slot-slot yang dibentangkan oleh penceramah.
dan ada sikit perbincangan.
Malam tu juga saya kena denda!
Maaf.saya tak buat kesalahan.
Tapi, macam biasalah., kena denda tanpa sebab.

Tiba-tiba muallimah panggil saya.
"mana mutmainnah?"

saya angkat tangan. ''
"ye saya! kenapa?'"

"anti, pergi depan, berdiri kekududa separuh tiang!"

Nak tak nak.
Berdiri juga.
Tiba-tiba je kena berdiri depan dewan. berdiri depan orang ramai.
Safura (penghuluwati) pula, kena ketuk ketampi kat depan!
NON STOP.

Banin pun ada jugak yang kena.

Waa.
Kena berdiri separuh tiang kat depan!
penat.! sakit bebenar kaki.
Rasa macam nak jatuh.!

Muallimah pun cakap kat orang lain.,
"kalau awak nak sahabat awak dibebaskan, bagi barang amanah awak kat muallimah!"

Semua orang dilema.
Muallimah guna caru halus nak rampas barang amanah kami.
Muallimah.. sampai hati.. huhu~

Saya dan Safura yang kena denda kat depan ni rasa macam nak nangis je!
rasa macam nak jatuh.
Tapi, bila muallimah tak perasan, saya luruskan kaki saya sekejap.
tak tahan sangat berdiri separuh tiang lama-lama (sebab tak biasa)
Lepas tu muallimah cakap,
"biar kawan awak kat depan menangis, muallimah tak kan bagi duduk kalau tak de orang yang nak serahkan barang amanah."

Finally,
Kak Zubaidah sanggup serahkan barang amanah.
Masa tu rasa terima kasih sangat kat dia.

Tapi,
ada jugak rasa bersalah.
kerana kami berdua,
dia kehilangan barang amanah.

Malam tu pula,
muallimah suruh bagi barang amanah.
kalau tak pukul 2 pagi (kalau tak silap)
kena gi joging tepi pantai.
akhirnya, kami pilih nak joging daripada serahkan barang amanah!
tapi, tak joging pun. Muallimah dah penat dah kot denda kami.

Oke.
Disingkatkan cerita.
esoknya.,
ada aktiviti lagi di pantai.

hari ini kena denda lagi.
seperti biasa, denda tanpa sebab.

sesiapa yang ada adik beradik dalam kem kepimpinan kena gendong adiknya
(bagi yang sama jantina)
abang gendong adik atas bahu,
kakak gendong adik atas bahu.
Kalau ada pertalian darah seperti sepupu pun kena juga.

tapi,
kalau sepupu yang tak sama jantina,
kena tukar sebelah kasut.

Tapi,.
sesiapa yang ada adik beradik berlainan jantina,
kena berpengangan tangan berlari tepi pantai.
Haa!!
Tak suka betul denda ni!
saya dan abang saya je satu-satunya pasangan adik beradik yang berlainan jantina.!
Tak pernah dibuat sebelum ni,
kena berlari berpegangan tangan di tepi pantai.
Hisy! Takpe.fikir positf. muallimah nak eratkan hubungan silaturrahim kot sesama adik beradik.

Lepastu, tgh kalut berlari, ada muallim snap gambar pula.
gambar tu.~actually, saya nak letak dalam FB.
tapi,
ditegah oleh abang Mujahid.
Katanya, malu la kalau orang nampak.
(ek elleh, bukan buat dosa pun, adik beradiklah~)
sebab,
sejak kejadian tu,.
selalu jugak kena perli
" dating berpegangan tangan tepi pantai"
kalau diikutkan,
memang abang mujahid tak bagi letak gambar ni kat mana-mana.
alasan; malulaa..

Ish,~ :p.
Tapi,.
serious.
lawaklah pulak rasa denda tu~
sementara kami kena denda,
budak-budak lain ada yang kena ketuk ketampi, pumping,~

Lepas tu,
ada aktiviti bina kubu dengan straw pula
lepas tu.
ada slot lain pula.
petang jumaat., baru balik.
seriously.
penat tahap TERA kowt!
Tapi,
Inilah namanya pengalaman.
Pengalaman tak boleh dibeli.
Pengalaman itu amat berharga untuk bekalan perjalan.

Ini juga namanya TARBIYYAH buat kami.
Akhirnya.,
kumpulan saya dapat nombor 1 bagi kumpulan banat
(rasa-rasanya nombor 1 sebab hamper kami paling besar :p)
yeah. kumpulan IMANICONS~.. wa.. happy jugak as ketua kumpulan~

Masa hari last kem.
wah.demam. cuaca terik sangat pada waktu tengah hari.

Konklusinya.,
Kem kepimpinan tahun ni sangat best!
Banyak benda yang dapat saya kutip!
Banyak pengalaman yang dapat saya ambil.

Banyak juga air mata yang mengalir ketika kem ni.
Bukan saya je yang tak dapat membendung air mata dari menitis.
orang lain pun! bahkan, orang yang tak pernah saya tengok dia menangis pun, jadi menangis.

p/s:
akhirnya beberapa orang je yang berjaya jaga barang amanah sampai habis kem.

Tuesday, March 2, 2010

Selamat Hari Lahir Ummi.

Assalamualaikum

1st march 2010.

Sudah genap usia ummi mencecah 46 tahun!

Barakallah ummiku tersayang,,,

Selamat hari lahir,

Semoga ummi diredhai Allah.

"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh." (An-Naml:19)

Terima kasih telah melahirkan, merawat, menjaga, dan mendoakanku senantiasa hingga saat ini, sehingga aku tumbuh menjadi pemudi yang senantiasa akan menjadi kebanggaanmu, insyaAllah...

Tidak terbayang segala pengorbananmu kepadaku, tidak kan terbalas dengan apapun jua segala kasih sayangmu kepada kami semua, anak-anak ummi

Maafkan segala kesalahanku, ummi..

"....Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Al-Ahqaaf:15)

'Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (Luqman:14)

Saya sayang ummi.
Ini puisi khas buat ummi tercinta :)

Selamat Hari Lahir Ummi

Hidup ini terlengkap dengan hadirmu

Terima kasih Allah yang mendatangkan ummi

Kufikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu

Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku

Kulihat kau amat sederhana ummi

Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku

Kadangkala berjejesan air mata membaca bicaramu

Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu

Hari ini hari lahirmu

Di pagi negeriku berdoa

Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus

Buatmu ummi yang berhati mulus

Orang lain sibuk dengan dunia mereka

Tetapi aku hanya mengingati ini tarikh lahirmu

Dengan tembakan-tembakan doa

Aku sujud kepada Tuhan

Yang memberikanku dikau wahai ummi

Selamat hari lahir

Semoga Allah mencintaimu

Melebihi luas cintaku

Kepadamu wahai ummi.

~khas untuk ummi tercinta~

with love,

anakmu,

MutmainnahMazlan

Sahabat,

Andai ibumu masih lagi bernafas di dunia ini,

hargailah segala pengorbanan beliau dan penat lelah mereka mendewasakan kamu.

Curahkanlah kasih sayang kamu kepada ibumu.

Berbaktilah kepadanya selagi ibumu masih bernafas.

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails