Pages

Wednesday, April 21, 2010

tak nak tidur!

assalamualaikum~
post yang lepas pasal tidur.
yang ni pun pasal tidur!~

aha..~
tapi yang ni lebih kepada solution.

Ini tips-tips untuk mengelakkan daripada tidur pagi

  1. Melayari internet dengan membuat bacaan santapan rohani. Jika terus berzikir, duduk , membaca buku, mata cepat mengantuk. Tapi jika kita mengadap komputer dan melayari internet, sambil memasang bacaan quran, susah mata mahu mengatuk dan tidur semula.

  2. Jika tidak puasa, buat air minuman, mencuci pakaian, atau berkemas rumah. JIka hilang mengantuk, ingin membaca al'mathurat, bolehlah diteruskan. Selain melakukan sedikit senaman ringan. Apabila telah jadi kebiasaan tidak tidur selepas solat subuh, maka bolehlah kita membaca Al-Quran dan berzikir.

Cuba yang ini dahulu.
selamat mencuba!
jom cuba sama-sama!

Tuesday, April 20, 2010

Arr..Bestnyer tidur.!

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum w.b.t.~

Tetiba hari ini rasa rajin nak buat post baru ^^
_________________________________

Teringat pula..,,
Masa ummi dan abah pergi Indonesia dulu...,
ummi dan abah tinggal saya dan adik-adik di kampung..,
sebelum ummi pergi ke Indonesia..,
ummi ada pesan.

"Inah, jangan tidur pagi ye.. Jangan tidur lepas subuh"

(ummi takut anak ummi ambil kesempatan kot sebab ummi takde kat rumah..)

Ahah~Mungkin ummi dah masak dengan perangai anak daranya yang sorang ni.
Kata ummi,
kalau kita tidur pagi,
rezeki kita ibarat dipatuk ayam.
Mahal rezeki katanya.
Tapi,
tok pun tak suka juga cucu dia tidur lepas solat subuh.
saya tak pernah pun tengok tok tidur balik lepas solat subuh.
biasanya, tok tengok motivasi pagi...,
kalau tak motivasi pagi, bukak channel oasis..~

Teringat balik cerita KCB yang saya tengok..
Seorang ibu tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan seorang perempuan yang suka tidur pagi walaupun wanita tu solehah.

Ummi memang pantang kalau anak-anak ummi tidur lepas subuh.
Kalau sanggup nak tanggung risiko..
tidurlah lepas solah subuh.
Nanti tak-pasal-pasal dapat 2 benda
~cubitan istimewa
~tazkirah 'free' pagi-pagi.

Kadang-kadang, kami sekeluarga pergi jogging di astaka pagi-pagi.
Langkah nak mengelakkan dari tidur pagi la ~

Jujurnya.,
memanglah best tidur lepas subuh.
sejuknya,.. Tapi, terfikir tak.?
Ruginya masa kita.Dahla waktu tu waktu yang penuh barakah.

Samalah dengan tidur lepas asar.
2 waktu ni memang tak boleh tidur!
Jujurnya,.,
memanglah best tidur lepas asar,
dahla waktu tu kita penat..
baru balik sekolah...
angin pula bersepoi-sepoi seindah bahasa.

Tiba-tiba rasa rajin pula nak buat research kat internet pasal TIDO nie.
Tidur lepas subuh

_______________________________

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

__________________________________________________
Menyambung tidur selepas Subuh, sememangnya memang tidak digalakkan. Sahabat2 boleh baca petikan artikel di bawah untuk tambahan maklumat :

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'

Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'

Dan dalam hadith: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها' (Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].

Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb.

sumber:tekan sini

Tuesday, April 13, 2010

VERSUS.

oke.
bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Dah lama rasanya tak menulis blog.
Rindu pula rasanya. (eheh. suka berjiwang-jiwang)
Actually,
I've done reading versus~

~kedflop,Sun,AO,Nawal,EdSassin,Fudge,Min~

yeah.
VERSUS.
baru lepas habis baca versus.
sangat suka buku ni.

Mula-mula nak start buku nie,
terbaca coretan penulis yang berbunyi begini;

"Buat 'awak' yang mahu berubah,
berubahlah walaupun payah.
berubahlah ke arah hidup yang lebih indah
hidup dan masa muda sekali cuma
sanggup nak sia-siakan tanpa redhaNya?
May Allah bless.."

Bila saya baca buku ni,
baru saya sedar dan tahu,
nak jadi baik tu payah.
sangat payah.
yang penting kena ada mujahadah dan istiqamah.~

definisi baik tu bukan
tutup aurat, tak hisap dadah atau whatever.

DEFINISI BAIK...
orang yang baik ialah,
orang yang
mengikut segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.
senangje definisi baik. cuma, nak jadi baiklah yang susahnya..~
contohnyalah,
kalau ada seorang perempuan ni,
dia sopan sangat, suka tolong orang, aurat pun dijaga rapi,
tapi, malangnya dia tidak solat.
maka, dia BUKANLAH ORANG BAIK.

Sebab apa?
sebab, orang yang baik akan mengikut suruhan Allah
Tapi, yelah..
Kita ini manusia biasa sahaja.
Sering alpa.Kita bukan maksum.
Kadang-kadang, kita ada juga tersilap buat perkara yang membuatkan kita jadi
orang yang 'tak baik'..kan??

So.
Kesimpulan yang saya nak buat senang je.
Nak jadi baik itu SUSAH!
tapi, itu tak bermakna KITA TAK PERLU JADI BAIK.
saya bukan nak ajak antum jadi jahat, tak perlu jadi baik!
Tak! jangan salah fahaamm..~

Semua orang boleh jadi baik.
Yang penting mesti ada kuncinya.
2 kunci UTAMA.
MUJAHADAH dan ISTIQAMAH
memang susah nak buat dua benda tu..
lagi-lagi mujahadah.
amat payah.

Nak jadi BAIK kena ada keazaman yang tinggi.
kena kental dalam bermujahadah.
sebenarnya, susah juga nak VERSUS dengan diri kita.
Susah juga nak VERSUS dengan hawa nafsu kita yang sering mengikut kata hati.
Andai alpa. Andai terleka.
Hawa nafsu boleh MENANG.
_______________________

Oke.
berbalik pada buku yang saya baca.
Buku ni ditulis oleh seorang penulis yang ingin dikenali sebagai HLOVATE.
Buku ni,tebalnya, 432 ms.
hmm.~cetakan pertama, APRIL 2010.
(buku baru)..

buku ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama.
MINN EDINA. or. nama lainnya, EdSassin.(nama glomour, kononya,as a skater)
She is a skater!
lebih kurang macam budak street jugakla.
Then,
sebelum atuknya meninggal,
arwah atuknya tinggal wasiat.
Dia nak Minn Edina menjadi seorang gadis yang meninggalkan
skate, papan decknya..

"hikayat alam street. Memang orang pandang stylo coolio. Sungguh. Betul. Memang cool.
But, it comes with a price. Kalau nak berubah from what we were, it'll be hell to pay as a manner of speaking. Sebab segalanya dah terasa jadi darah daging, dan untuk mengubah hakikat itu bukan mudah."

then,
dengan penuh payah-susahnya.., Minn versus dengan dirinya.
versus dengan kata hatinya.
Minn tinggalkan papan deck, skate.. and..
Mulai hari itu, EdSassin dah mati.
yang tinggal hanya Minn Edina.

Minn jadi orang baru.
Menjadi gadis yang menutup aurat dengan sempurna.
Menjadi seorang gadis yang menunaikan kewajipan as a muslimah.

"Bukan mudah untuk berubah, dari tanpa arah, ke sejadah,
dari tepi jalan, ke tempat sujud menghadap tuhan"

dari tak kenal ma'thurat - jadi mengamalkan ma'thurat...,

Itu kisah Minn.
Kisah seorang gadis yang berpayah-susah VERSUS dengan dirinya.
Gadis yang bersusah payah bermujahadah.

ada lagi. kisah. lain.
tapi, kalau saya cerita., memanglah takkan habis.

entah betul entah tak apa yang saya cerita tadi.
tak berani la nak cerita lagi, takut lari dr cerita asalnya je.
sorry ek, kalau cerita ni lain dr buku.. kehkeh~

sebelum saya stop menulis,
ingat ayat ini,
"tak semestinya apa yang kita rasa baik tu, baik untuk kita.
Dan, tak semestinya, apa yang kita rasa tak baik tu, tak baik untuk kita"

Setiap takdir yang Allah tentukan.
Adalah yang terbaik buat kita.
Jom sama-sama kita jadi baik.
walau ..
ianya amatlah payah.!

JOM KITA renung kembali.
Baikkah kita ini?

Friday, April 2, 2010

senangnye mengeluh ~

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)
KISAH ANAK SINGA

"Kalian adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, kerana kalian menyuruh yang ma'ruf, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah." [AliImran;110]

Alkisah disebuah hutan belantara seekor singa betina telah melahirkan anak akan tetapi malang sungguh nasib si anak singa apabila ibunya mati setelah melahirkannya. Si anak singa yang lemah kini hidup tanpa perlindungan ibunya.
Seketika kemudian datang segerombolan kambing melintasi kawasan tersebut. Seekor ibu kambing tergerak hatinya untuk melihat si anak singa tersebut. Terbitlah naluri keibuan di hati ibu kambing tersebut untuk merawat dan melindungi anak singa itu.
Si ibu kambing membelai si anak singa itu dengan penuh rasa kasih dan sayang. Dek kerana rasa kasih dan sayang yang dirasai, si anak singa tidak mahu berpisah dengan ibu kambing tersebut dan anak singa ini terus mengikut ke mana saja si ibu kambing pergi. Maka, jadilah si anak singa sebahagian dari kawanan kambing tersebut.
Hari berganti hari, si anak singa kini tumbuh dan membesar dalam asuhan si ibu kambing dan hidup dalam komuniti kambing. Ia menyusu, makan, minum, bermain bersama anak-anak kambing lainnya. Tingkah lakunya juga persis seekor kambing malah ia juga mengeluarkan suara seperti kambing, mengembik bukan mengaum!!! Ia merasakan dirinya seekor kambing dan tidak pernah merasakan dirinya seekor singa!!!
Pada suatu hari, tragedi menimpa kawanan kambing tersebut. Seekor serigala yang buas datang untuk memburu kambing-kambing tersebut. Semua kambing-kambing ketakutan dan bertempiaran lari. Si ibu kambing yang ketakutan juga lari tetapi dia meminta si anak singa untuk berdepan dengan sang serigala.
"Kamu singa, cepat, berdepan dengan serigala itu! Cukup hanya dengan auman mu yang keras akan menakutkan serigala itu!", si ibu kambing berkata.
Tetapi anak singa itu juga turut ketakutan malah ia melindungkan dirinya di balik si ibu kambing. Ia berteriak sekuat-kuatnya tetapi yang keluar hanya suara embikan sama seperti kambing-kambing yang lain. Ia tidak mampu berbuat apa-apa ketika salah seekor anak kambing yang tak lain saudara sesusuannya di terkam dan dibawa lari oleh serigala. Si ibu kambing sedih mengenangkan anaknya tewas dimakan serigala. Ia menatap si anak singa itu dengan perasaan kecewa dan marah.
"Seharusnya kamu mampu membela kami! Seharusnya kamu mampu menyelamatkan saudaramu! seharusnya kamu mampu menghalau serigala yang jahat itu!"
Si anak singa hanya mampu menunduk dan sedih. Dia tidak faham akan kata-kata si ibu kambing. Dia sendiri takut akan serigala itu dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Hari berikutnya serigala jahat itu datang kembali memburu kambing-kambing tersebut. Kali ini si ibu kambing tertangkap dan tiada seekor kambing pun berani untk menolong si ibu kambing itu. Si anak singa itu tidak sanggup melihat si ibu kambing yang dianggap seperti ibunya ditangkap oleh serigala itu. Dia nekad berlari dan merodok serigala tersebut. Serigala itu ketakutan melihat anak singa itu dan melepaskan cengkamannya. Sang serigala ketakutan, dia merasakan itulah akhir hayatnya.
Dengan kemarahan yang luarbiasa, si anak singa berteriak keras, "Embiiikkk!"
Melihat tingkah si anak singa, serigala itu sedar bahawa dihadapannya cuma seekor singa bermental kambing, tiada bezanya dengan kambing yang lain. Ketakutannya hilang dan bersiap untuk memangsakan kambing bertubuh singa atau singa bermental kambing.
Ketika si anak singa cuba melawan serigala itu, sang serigala berjaya merobek wajah anak singa dengan cakarnya. Terjatuh dan mengaduh kesakitan si anak singa. Si ibu kambing cemas dan hairan kerana si anak singa tidak mampu melawan serigala. Bukankah singa raja hutan??? tanpa sedikit belas kasihan, serigala yang jahat itu siap untuk menghabisi nyawa si anak singa. Si ibu kambing yang tidak tega melihat keadaan itu berlaku segera berlari dan menendang si serigala. Maka terpelantinglah serigala itu.
.
Dan pada saat itu, seekor singa dewasa muncul dengan auman yang dahsyat!!!
Semua kambing lari ketakutan dan si anak singa juga turut lari dan merapat bersama saudara-saudaranya. Di saat singa dewasa itu ingin menerkam kambing-kambing itu, ia terlihat kelibat si anak singa di tengah-tengah kawanan kambing.
Bertempiaran kambing-kambing itu lari begitu juga si anak singa. Singa dewasa itu pelik dan hairan. Ia mengejar anak singa itu dan berkata,
"Hai, kamu jangan lari! Kamu anak singa bukan anak kambing! Aku tak akan memangsa anak singa!"
Namun anak singa terus berlari. Singa dewasa itu terus mengejar, ia tidak jadi mengejar kawanan kambing itu. Akhirnya anak singa itu tertangkap dalam ketakutan.
"Jangan bunuh aku, ampuunn!"
"Kau anak singa, bukan anak kambing. Aku tidak akan membunuh anak singa!"
Dengan meronta-ronta si anak singa berkata, "Tidak, aku anak kambing! Tolong lepaskan aku!" Si anak singa berteriak keras tetapi yang keluar bukan auman tetapi embikan, persis seekor kambing.
Singa dewasa itu hairan bagaimana mungkin ada singa yang bersuarakan kambing malah bermentalkan kambing. Dengan geram ia menyeret si anak singa ke tepian danau. Ia harus menunjukkan siapa diri si anak singa ini yang sebenar. Di tepian danau yang jernih itu singa dewasa meminta si anak singa melihat wajahnya sendiri dan membandingkan dengan diri singa dewasa. Setelah melihat bayangan dirinya, si anak singa terkejut, "Oh,rupaku seperti dirimu, sama seperti singa, si raja hutan!"
"Ya, kerana kamu sememangnya seekor singa, bukan anak kambing!", tegas singa dewasa.
"Jadi aku bukan kambing? Aku adalah seekor singa!"
"Ya, kamu seekor singa, raja hutan yang berwibawa dan ditakuti oleh seluruh isi hutan! mari, aku ajarkan bagaimana menjadi seekor raja hutan!", kata singa dewasa.
Singa dewasa itu mengangkat kepalanya dengan penuh wibawa dan mengaum dengan keras. Anak singa lalu meniru dan mengaum dengan keras persis singa dewasa. Ngaumannya menggentarkan seantero hutan. Serigala jahat yang masih berada disitu terus berlari ketakutan setelah mendengar ngauman si anak singa.
Anak singa itu berteriak kemenangan, "Aku adalah seekor singa! raja hutan yang gagah perkasa!"
Nah, apa kaitannya ayat Ali Imran;110 tersebut dengan kisah si anak singa ini??? Fikir-fikirkan. Mungkinkah hidup kita persis si anak singa itu? Sekian lama kita hidup tanpa mengetahui jati diri dan potensi terbaik yang dimiliki?
Betapa banyak manusia yang menjalani kehidupan apa adanya, biasa-biasa saja, ala kadar sahaja. Hidup dibelenggu dengan persoalan siapa diri kita sebenarnya. Hidup dalam rasa malas, melangkah dengan keraguan, berfikir tanpa keyakinan. Hidup tanpa semangat, tanpa kekuatan nyawa terbaik yang dimiliki ini.
Apabila ditanya,
"Siapa diri kamu?"
"Bagaimana kamu menjalani hidupmu?"
"Apakah prinsip hidupmu?"
Seringkali jawapannya meragukan, tiada keyakinan, malah ada juga yang menjawab ENTAH...jawapan sebegini melambangkan bahawa mereka belum mengenal diri mereka, tidak tahu bagaimana menjalani hidup mereka yang sebenarnya. Bisa jadi mereka sebenarnya 'seekor singa' tetapi tidak tahu bahawa mereka ini 'seekor singa'. Malah menganggap diri mereka 'seekor kambing'.
Inilah gaya hidup ummat islam kini, ummat terbaik yang dikurniakan Allah.
Kenapa tidak berubah? kerana mereka tidak mahu berubah...
Kenapa tidak mahu berubah? kerana mereka tidak tahu mereka mesti berubah, bahkan mereka tidak tahu bagaimana untuk berubah. Kehidupan mereka sudah terbiasa dengan hidup pasrah, hidup seperti yang diwariskan turun-temurun.
Islam tenggelam dalam bangsa lain sama seperti si anak singa yang tenggelam dalam kawanan kambing padahal...Ummat ini adalah ummat yang besar! Ummat yang persis seekor singa dewasa yang memiliki kekuatan dahsyat. Andai singa diibarat raja hutan, maka selayaknya kita ummat islam menjadi penguasa belantara dunia!!!
Marilah kita hayati diri kita seperti seekor singa. Allah telah memberikan kurniaan kepada kita sebagai ummat terbaik di muka bumi. Marilah kita bermentalkan ummat terbaik bukan yang terkebelakang.
Renung-renungkan coretan 'hijrah' dalam diri kita. Sudah terlaksanakah 'hijrah' itu? Adakah terus-terusan kita ingin menganggap diri seperti 'seekor kambing' sedangkan diri kita ibarat 'seekor singa'. Bermentalkanlah ummat terbaik untuk menjadi ummat terbaik, penguasa belantara dunia!!!

Thursday, April 1, 2010

sweet 16~

Assalamualaikum :)
28th March 2010..~
(harini dah 1st April dah..)

Selamat Hari Lahir Ahmad Mujahid Mazlan~ :p
___________________________________________________

Tarikh 28 Mac datang lagi menandakan setahun lagi usiamu bertambah ke 16 tahun. Alhamdulillah syukur kepada Maha Pencipta masih memanjangkan usiamu ini dengan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Semoga dengan usia yang dipinjamkan ini, awak akan terus berbakti dan menambah saham ke alam abadi nanti.

Ameen ~

Rasulullah bersabda Hadith Riwayat Tarmizi ” ada 4 perkara yang akan ditanya oleh Allah di Hari Akhirat ialah tentang Masa, Harta, Diri dan Usia”

Masa - Kemana kamu gunakan masa yang diberikan sepanjang kamu hidup ?

Harta - Kemana wang kamu belanjakan di dunia ini ?

Diri - Bagaimana kamu urus diri kamu sepanjang hidup ini ?

Usia – Apakah yang kamu lakukan semasa hidup didunia ?

Ingat!

Makin tua umur kita!

Makin dekat kita dengan kematian!

Semoga dapat menjadi insan yang berguna pada orang lain.
Semoga dipanjangkan umur .
Semoga dapat menjadi muslim yang soleh lagi musleh.

semoga awak dapat jadi abang yang baik pada kelima-lima adik awak yang 'baik' tu :)

p/s:
sape ade abg kt sini,
hargailah abang kamu:)
best tau klau ade abg!~ hehe
kak long,
malangnya awak tak de abg!

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails