Pages

Saturday, June 26, 2010

nota cinta

Nota Cinta
www.iluvislam.com
Oleh: mushroom16
Editor: fazly_90

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.

Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!

Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.

Telefon hafiz berdering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.

“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”

“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.

“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”

“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…

Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.

Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL

Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…

Hijab. err.. tak panas ke?

bismillah.
salam.

pernah ada orang tanya kepada saya sambil tersenyum sinis..

"err.. awak tak panas ke pakai baju labuh-labuh ni.., pakai tudung macam tu..,aku yang pakai baju kecik dan ketat ni pun panas tahu"

kalau ikutkan hati.,
mulut ingin melaser jawab..,
"kalau dah panas sangat pakai baju kecil dan ketat, tak payah pakai baju la"

tapi.., takkan nak jawab macam tukan?
tak baik sungguhla kalau jawab macamtu.

saya pun senyum je,
"err,, tak panas lah.. kalau dah biasa tak panas lah.. er.. api neraka lagi panas kan?"

dan perbualan kami berhenti setakat itu sahaja.
semoga dia mendapat hidayah.

panas kat dunia bukan apa sangat kalau nak dibanding dengan panas di akhiratkan?

serius saya cakap!
kadang-kadang..,
(bukan kadang-kadang tapi selalu jugaklah..)

bila kita pakai pakaian yang tutup aurat.,
contohnya.., tudung labuh..,
orang pandang semacam je.
pandang sinis.

tapi., saya tak kisahla orang lain nak pandang atau nak fikir apa.
terpulang. masing-masing punya hak nak berfikir.

tapi. saya tetap saya.
Ya Allah. Tetapkanlah rasa IZZAH terhadap islam di hati saya.
Ameen. :)

renung.fikir.zikir.

bismillah.
salam.

pernah suatu ketika kawan saya mengomel.,

"inah.., blog anti ni panjang sangatlah post. malaslah nak baca. cuba buat pendek-pendek sikit"

dan tiba-tiba..,

saya rasa nak buat post yang ringkas dan pendek.

ini terjemahan ayat al-Qur'an.
saya cuma mengajak kita menghayati maksud disebalik ayat ini.

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? (al-Baqarah : 44)

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.

(Ash- Saff : 2-3)

p/s:

tiba-tiba rasa gerun dengan ayat ini. Ya Allah.

Jom kita muhasabah diri kita.! kita ni tergolong dalam orang yang mengatakan apa yang tidak kita lakukan ke? Kita ni tergolong dalam golongan yang dibenci Allahkah? Ya Allah. Bersihkan hati hambamu yang penuh noda dan dosa ini.

:)

click sini;

http://ymukti.multiply.com/journal/item/4

Jangan promosi DOSA!

Bismillah.
salam.

sekadar ingin berkongsi apa yang dibaca.,
post yang sangat bermakna buat kita.

JOM kita muhasabah balik lepas baca post itu :)
actually., saya malas nak copy and paste.,

so,.
saya cuma tulis link,
bacalah dekat blog penulis sendiri.

http://www.zaharuddin.net/content/view/937/32/

bacalah!
rugi tak baca. post ni beri kesedaran pada kita.
tanpa sedar, kadang-kadang, kita buat dosa kecil sampai melarat jadi dosa besar.

nak baca atau tak nak ,, terpulang. :)
saya cuma promosi agar kita sama-sama mendapat manfaat!

wallahua'lam.

PMR dimansuhkan?

Selasa Jun 22, 2010
Pemuda Umno Setuju PMR Dimansuhkan, Tetapi Mahu UPSR Kekal

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno hari ini menyambut baik cadangan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan namun berharap kerajaan mempertimbangkan semula cadangan menghapuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu berpandangan UPSR perludikekalkan kerana peperiksaan tersebut penting bagi mengukur kebolehan muridpada peringkat sekolah rendah selepas enam tahun pembelajaran.

"PMR pula tidak perlu dikekalkan kerana ia bertindih dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang turut digunakan bagi mengukur tahap pencapaian pelajar di sekolah menengah.

"Langkah ini adalah selaras dengan amalan sistem pendidikan di negara-negara asing yang hanya mempunyai dua peperiksaan bagi peringkat sekolah rendah dan menengah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lepas yang membayangkan kemungkinan kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan bagi memberi pendidikan yang lebih holistik dan tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata, bagaimanapun kerajaan perlu merangka semula UPSR dan SPM termasuk meningkatkan kualiti bentuk soalan yang dikemuka.

"Cara soalan ditanya harus ditukar dengan tumpuan diberikan bagi melatih pelajar supaya berfikir dan bukan sekadar menghafal fakta sejarah dan perangkaan semata-mata," katanya.

Selain itu, Khairy juga berkata, sudah sampai masanya sistem pendidikan di negara ini dirombak secara menyeluruh dan bukan sekadar merombak perkara-perkara tertentu seperti memansuhkan UPSR dan PMR.

"Kita tidak boleh membuat rombakan sedikit demi sedikit atau sekadar untuk menampal lubang sahaja," katanya. - BERNAMA

p/s:
berharap sangat PMR dimansuhkan.
ameen! tahun depan tak payah ambil PMR.
Lagipun, mana best kalau terlalu mengorientasikan peperiksaan..
kan..kan?..

nak tahu lagi?
click bawah..~

http://www.omar.my/2010/06/upsr-dan-spm-dimansuhkan/
http://www.bharian.com.my/articles/RamaisetujuUPSR_PMRdimansuhkan/Article/
http://www.google.com.my/search?q=PMR+dimansuhkan&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=com.yahoo:en-US:official&client=firefox
http://ligakampung.com/blog/upsr-dan-pmr-dimansuhkan/

Thursday, June 24, 2010

Tunduk! Tunduk! Lower your GAZE

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan."
(an-Nur: 30)

Bukan lelaki sahaja yang diperintahkan menundukkan pandangan. Ayat seterusnya (an-Nur: 31) menyusul, memerintahkan wanita yang beriman juga agar menundukkan pandangan mereka.

Kenapa perlu tundukkan pandangan? Sudah tentu pertamanya kerana terang-terangan itu adalah perintah daripada Allah SWT kepada hamba-Nya seperti dalam ayat di atas. Juga disertai dengan hadis Nabi s.a.w.:

Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai Ali! Jangan engkau ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua. Sesungguhnya milikmu adalah yang pertama dan yang kedua bukan milikmu."
(Riwayat Ahmad)

Apa rasionalnya? Pandangan mata adalah perkara pertama yang perlu dijaga dan dikawal untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk dan besar dosanya, iaitu zina. Siapa yang boleh menafikan kata-kata "Dari mata turun ke hati"? Apabila mata sudah seronok melihat, hati yang tidak dikawal juga mudah merelakan walaupun sebenarnya sudah membawa mudharat pada hati.

Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., baginda bersabda: Telah dituliskan (ditentukan Qadar) bahagian seorang manusia daripada penzinaan. Dia pasti mendapati ketentuannya itu, tanpa dielakkan lagi; zian kedua mata ialah memandang (perkara yang haram). Zina kedua telinga ialah mendengar (perkara yang haram). Zina lidah ialah bercakap (perkara yang haram). Zina tangan ialah memegang atau mengambil (secara tidak benar). Zina kaki ialah melangkah (ke tempat maksiat). Hati berkeinginan dan bercita-cita. Dan kemaluan akan membenarkan (melakukan zina) atau mendustakannnya (tidak melakukannya).
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah bahayanya pandangan mata yang tak terjaga. Siapa yang boleh menjamin kita terhindar daripada zina-zina yang disebutkan andai kita tidak menutup pintu masuk pertama ke arah penzinaan?

Salah seorang orang soleh pernah ditanya: Bagaimana caranya saya nak menundukkan pandangan? Beliau berkata: Caranya ialah dengan engkau mengetahui bahawa pandangan Allah kepada engkau lebih cepat daripada pandangan engkau kepada apa yang dipandang.

Sentiasalah merasai bahawa Allah sentiasa mengawasi kita walaupun pandangan kita hanya sekilas kepada apa yang dipandang. Hanya apabila memiliki perasaan ini, dan juga rasa takut kepada Allah SWT, kita tidak akan memandang kepada perkara yang diharamkan walaupun ketika kita bersendirian.

Ibnu Abbas berkata: "Seorang lelaki berada dalam kumpulan orang ramai. Lalu seorang perempuan melintas berhampiran mereka. Lelaki itu memperlihatkan kepada mereka kononnya dia telah menundukkan pandangannya daripada perempuan itu. Jika lelaki itu merasa bahawa mereka sedang leka, dia pun memandang perempuan itu. Jika dia bimbang mereka mengetahui gelagatnya, dia pun menundukkan pandangannya. Sedang Allah sebenarnya melihat hatinya bahawa dia telah memandang kepada aurat perempuan tersebut."

Pernahkah terjadi situasi begini kepada kita?

Dalam usaha dan mujahadah kita untuk menjaga pandangan, saya melihat kepada dua perkara yang utama. Pertama, menundukkan pandangan daripada melihat perkara yang haram, dan kedua menundukkan hati di hadapan Allah SWT, lantaran merasakan kehadiran dan pengawasan Allah bersama kita sama ada ketika bersendirian ataupun di kalangan orang ramai. Apabila kedua-duanya digabungkan, menundukkan pandangan bukan lagi menjadi kesusahan pada kita tetapi menjadi suatu kebiasaan dan tindakan semulajadi tanpa perlu kepada paksaan.

Jagalah pandangan kita daripada meliar tidak tentu hala. Kita hanya akan merasa penat dan lelah saja di akhirnya andai pandangan tidak dijaga, kerana mata kita tidak akan terjangkau untuk melihat semua 'keindahan' yang ada di sekeliling kita. Dan sudah tentu dosa percuma saja yang kita dapat!

Thursday, June 17, 2010

jom couple.. ?

Umur masih muda,
Takkan tak mahu merasa?
Nikmat dunia yang sementara?
Jomlah couple..kita masih muda!

Maaf. Ajal datang tak kira umur,
Muda atau tua, belakang kira.
Hidup ini sementara sahaja,
Hidup akhirat untuk selama-lamanya.
Relakah diri dibakar demi nafsu yang tidak ke mana?

Semua orang dah buat,
Bercouple sini dan sana.
Mengapa tidak pula kita?
Kan kita manusia, perlukan cinta?

Bercouple sini dan sana, bukti cinta apa?
Kalau bukan cinta dunia?
Jikalau cinta manusia dikejar, Cinta Tuhan dilupa,
Tidakkah diri ini bagaikan hina?

Bukankah cinta sesuatu yang mulia?
Bukankah cinta itu fitrah manusia?

Ya, memang cinta fitrah manusia,
Memang cinta itu mulia,
Tapi, kalau couple hanya akan membuat Allah murka,
Mulia lagikah cinta itu?
Jangan menyamarkan nafsu dengan nama cinta.!

Maksudnya?
Tak boleh bercouple untuk membuktikan cinta?

Perkahwinan - satu langkah membuktikan cinta.

Umur masih muda, macam mana?

Sedar diri muda, nak bercinta kenapa?

ahlan wa sahlan ya rejab :)

Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Sumber Disediakan oleh:
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka
www.al-azim.com

izzah, bila kamu nak besar..?!!

munzir..

abang muaz dan abang mujahid.

muslim.

izzah.
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum.

....................................
Izzah, bila kamu nak besar??!!

tiba-tiba rasa tak sabar nak tunggu Izzah besar!
Wahai Izzahku sayang.! Cepatlah besar.

Petang tadi.,

masa tengah syok melayari internet,
ummi panggil..,

"Inah.., tolong tengok -tengokkan Muslim, Munzir dan Izzah main kat luar tu"

seperti biasa.
Mesti ummi bimbangkan budak-budak tu.
Main kat luar, entah apa-apa mereka buat.

Izzah pun satu..,
suka je main kat luar dengan abang-abang dia tu.

Izzah suka main permainan lelaki.
Izzah suka main dengan budak lelaki.

Mungkin sebab Izzah lagi rapat dengan dua orang abangnya yang hyperactive tu daripada kakak-kakak dan abang-abangnya yang lain.

Yelah
Umur Izzah dengan kakak-kakaknya memang jauh.
Jadi, Muslim dan Munzir je lah jadi kawan Izzah.

Petang tadi..
saya nampak Izzah main tepi longkang dengan kawan-kawannya.
dan..
kawan-kawan Izzah mestilah lelaki. (kawan muslim dan munzir)

kawan-kawan Izzah pun pergi masuk dalam longkang tu.
Air longkang tu takde lah kotor sangat. Dalam longkang tu,
ada banyak ikan kecil-kecil. Kata abang mujahid, itu ikan guppy.

Bila Izzah tengok kawan-kawannya masuk dalam longkang, Izzah pun nak masuk juga.

"Izzah, janganlah masuk dalam longkang.."

"kenapa? longkang kotor ye Kak Inah?"

"Yelah Izzah. Lagipun Izzah kan perempuan..."

"Alahh.. orang lain masuk dalam longkang takpe.. Izzah nak musuk juga"

"IZZAH!!!!"
suara aura membunuh saya dah keluar. Izzah buat tak kisah.
Dia nak masuk juga dalam longkang! Sungguhla! Kesabaran dah makin menipis.

"Oke., takpe. Izzah masuklah dalam longkang tu. Kalau Izzah masuk., Kak Inah bagitau abah.."

dan..
Izzah pun keluar dari longkang.
(saya yang keluarkan ia dari longkang)

Tiba-tiba teringat pula zaman kecil-kecil dulu.
Saya pun macam Izzah juga kecil-kecil dulu.
Kecil-kecil dulu, saya pun tak rapat juga dengan kakak saya.
Kalau saya 6 tahun, kakak-kakak saya dah darjah 6 dan tingkatan 2.
Umur kami memang jaraknya jauh. Saya pun macam Izzah.,
suka main dengan abang-abang waktu kecil.

Umur saya dengan abang atas saya cuma beza 2 tahun je.

Dulu, kakak saya macam saya juga.,
bila saya main kat luar, kakak-kakak saya kena panggil saya suruh masuk rumah.
Baru saya rasa..,
"ohh.. macam ini rupanya perasaan kakak-kakak saya bila saya nakal macam Izzah. "
"Macam ni rasanya rasa bila adik-adik main tak pandai simpan balik mainan sampai menyepahkan rumah."

Apa yang kakak-kakak saya rasa, semua saya dah rasa.

Kalau diikutkan.,
saya, abang muaz dan abang mujahid lagi nakal daripada izzah, muslim dan munzir.

Yelah.
Dulu.., zaman kecil-kecil., internet tak kenal lagi.
jadi., kerjanya main kat luar jelah.
Tapi, sekarang teknologi dah berkembang.
adik-adik saya dah pandai main games online kat Y8, Y3, miniclip dan apa-apa jelah.
Kalau tak main ..mall tycoon, fish tycoon, zoo tycoon dan macam-macam la.

Jadi.., masa diorang main kat luar takdela sebanyak masa saya main kat luar dulu masa kecil-kecil.

masa kecil-kecil.,
saya suka ikut abang muaz dan abang mujahid main .
Kadang-kadang, main dalam longkang, masuk longkang..
tangkap ikan guppy. Nasib baik Izzah tak tahu kakaknya yang sorang ni lagi lasak dari dia.

Saya ambil penapis teh ummi kat dapur, buat tangkap ikan guppy yang kecil-kecil dalam longkang.., lepas tu bela..

balik rumah.., habis kotor baju. baunya.. masha Allah.
Tak payah cakapla. Dan kami pun kena marah dengan abah dan ummi.

kalau ingat balik.
Nakalnya saya dulu-dulu.
kasihan ummi dan abah..

Tapi., itu semua pengalaman zaman kecil-kecil.
Bukan semua orang ada pengalaman macam ni masa kecil-kecil.

Dulu,
rumah saya katil dua tingkat, saya dan abang mujahid suka sangat main lompat-lompat terjun katil. (dekat bawah tu ada tilam).., jadi kalau terjun tu, takdelah sakit sangat.
Dan..,
ummi pernah cerita, (tapi saya tak ingat)
saya pernah tolak abang mujahid dari katil tingkat atas sehingga jatuh sampai dagunya kena jahit.

Saya pun pernah jugak tolak abang mujahid sampai jatuh longkang. Saya tahu saya buat perkara"zalim" tu pun sebab orang cerita.

zaman kanak-kanak..,
manalah saya ingat sepenuhnya...

kalau tak main kat luar,
kami main dalam rumah.
kalau duduk dalam rumah.., alamatnya dinding rumah kena conteng hasil seni kami.
kalau cantik tak apalah juga.
Dan.. kasihan kat abah, kena beli cat baru.. cat balik dinding rumah kami.
________________

Tapi.
Serius!
Sekarang saya tak sabar nak tunggu Izzah dan abang-abangnya besar!
Bila dah besar, tak delah hyperactive sangat.

Kakak saya pernah cakap.,

"Inah.,., jangan kongkong saya adik awak kalau dia nak main kat luar atau buat selerak rumah.. biarkan jelaa.. lepas dia selerakkan, ajarlah dia kemas balik.. mereka semua kan tengah membesar. sedang membesar. kadang-kadang, aktiviti macam ni, buat mereka lebih kreatif. Biarlah mereka nikmati zaman kanak-kanak mereka dulu.. awak masa kecil macam dia juga"

dan saya cuma tersengih. bila famili kumpul ramai-ramai kat rumah, kadang-kadang flashback balik cerita-cerita zaman kanak-kanak. ummi cerita kisah ummi. abah cerita kisah abah. dan kami sama-sama ulangtayang peristiwa masa zaman kanak-kanak. Zaman kanak-kanak memang indah. rindu zaman kanak-kanak..~

Tuesday, June 15, 2010

Sanah Helwah Ya Abi !

abah yang setia dengan tugasnya mendidik anak bangsa..

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum.

Selamat Hari Lahir Abah.
sekarang, umur abah dah 49!
Dah hampir setengah abad.

dan..,
anak-anak abah pun ramai yang besar.
kak long dah 22.
kak rah dah 20.
abang muaz dah 19.
abang mujahid dah 16.
inah dah 14.
muna dah 12.
muslim dah 9.
munzir dah 7.
'izzah dah 5.

abah..,
tanpa abah.,
kami semua takkan dapat melihat dunia.

Tipulah kalau kami cakap..,
kami takde buat salah dengan abah dan tak pernah kecewakan abah.
kami semua insan biasa abah. tak lari dari itu semua.

abah.
maafkan anak-anak mu.,
andai kami berSEMBILAN ada menyakiti sekeping hati abah..

Ya Allah.
Panjangkanlah umur abahku..
rahmatilah abahku..

semoga abah terus menjadi...

abang yang baik buat adik-adik.
suami yang penyayang buat ummi.
abah yang sabar buat anak-anak.
pengetua yang berdedikasi buat anak didikmu.

Abah.,
terima kasih kerana menjadi abah yang baik buat kami!
terima kasih kerana sabar melayan karenah 9 orang anak abah :)

Pantun Untuk Abah

Tidur lelaki di tepi perigi,
Di dalam rumah susah nak lena;
Mencari rezeki di pagi hari,
Buat bekalan kami sekeluarga.

Sarang lebah besar sekali,
Takut termakan burung tempua;
Marah abah setiap hari,
Buat pedoman kami semua.

Burung enggang di dalam hutan,
Cari makan sampai tak dapat;
Tali pinggang menjadi rotan,
Buat ingatan sepanjang hayat.

Jatuh kolam tangan terkulai,
Bawa hospital sampai ke pekan;
Tiada kalam lebih bernilai,
Hanya sayang kami tuturkan.

Buat tempe dengan ragi,
Hanya guna air segelas;
Penat abah kami rasai,
Hanya Allah akan membalas.

ikhlas dari,
5 puteri dan 4 putera abah yang sentiasa
mendoakan abah dan menyayangi abah setiap detik dan saat!
Insya Allah.

Murshidah Mazlan
Munirah Mazlan
Muaz Mazlan
Mujahid Mazlan
Mutmainnah Mazlan
Muna Majdina Mazlan
Muslim Mazlan
Munzir Mazlan
Muizzatul Husna Mazlan

Sunday, June 13, 2010

~ Palestin Jantung Hatiku~

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah,
Hari ini saya masih berpeluang mencoret di blog ini.

Sebenarnya.
Sudah lama saya ingin menulis tentang isu ini.
Sudah lama saya ingin mencoret tentang perkara ini.

Dan..
Sudah lama juga saya ingin memberikan pendapat dan meluahkan perasaan saya tentang isu ini!

Tapi.
malangnya.,
saya tidak tahu bagaimana caranya. i'm not good in words. i do admit it.

Tambahan pula.
Ini bukan isu JALANAN
Bukan juga isu MAINAN
akan tetapi.

isu ini melibatkan isu
KEMANUSIAAN.
UMMAH.
KEADILAN.
KEAGAMAAN.

apa yang saya cakapkan sekarang?
saya sedang bercakap soal PALESTIN.
dan..
saya juga sedang bercakap soal TANGGUNGJAWAB kita terhadap isu PALESTIN.!

Mungkin juga saya ketinggalan.
di blog orang lain, sudah penuh dan sarat dengan isu PALESTIN ini.
sudah ramai orang yang memuatkan blog mereka dengan isu ini.

er.
tetapi. saya.?
Baru sibuk hendak menaip tentang isu ini.. ^_^.

Sungguh la saya panas telinga apabila dengar orang cakap begini..,

" Eh, poyolah! Apa ni sibuk-sibuk 'care' pasal Palestin. Negara sendiri pun tonggang-terbalik
..nak sibuk tentang negara orang. negara dia, biar dia yang selesaikan. ! Tak payah la kita sibuk-sibuk nak masuk campur. Buang masa! "

atau.
" Eh, apa ni, mintak-mintak derma untuk tabung Palestin. Negara kita berlonggok orang miskin.
Lagipun, entah sampai entah tak duit yang kita sumbangkan ni. Eii.. banyak benda lagi yang boleh kita buat dengan duit ni..".

Sahabat-sahabat yang saya sayangi.,

Pernah tak kita sedar.
Kadang-kadang, kita ni kan..,,
(tak semua macam ni)
Bila keluarkan 50 ringgit untuk sumbangan derma ..
Kita rasa, banyak sangat duit yang mengalir keluar dari dompet kita..

tapi.
Bila 50 ringgit keluar untuk membeli baju berjenama yang mahal-mahal..
beli itu, beli ini.. kita tak rasa pun banyak.

kenapa ya?
kita tilik balik diri kita.
walau bagaimanapun,

Allah tak melihat jumlah yang kita sumbangkan.
Tapi.,
Allah melihat nilai keikhlasan kita!.

saya masih ingat lagi,
kata-kata seorang akh di sekolah saya.

"sebenarnya.., wang yang kita sumbangkan untuk Palestin tu
bukanlah sumbangan!!!.
Tapi. Apa yang kita sumbangkan tu adalah bayar HUTANG!
Hutang kita terhadap saudara seislam kita di Palestin.

Selama ni, kita bergoyang kaki.
Tetapi., mereka semua.. mengorbankan tenaga, nyawa, dan hidup mereka untuk mempertahankan bumi Palestin. Untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

KIBLAT PERTAMA kita!
Ayuhlah!
Kita bangkit dari lena kita!
Kita bangkit dari tidur siang kita!
Kita bangkit dari angan-angan kita!

CELIKKAN MATA HATI KITA>!

Masjid Al-Aqsa itu, milik kita juga.! Milik semua umat islam!
Jadi.

Anggaplah sumbangan kita itu sebagai bayar hutang atas keringat dan jasa mereka mempertahankan Al-Aqsa yang mulia.!

Rakyat Palestin telah berusaha lebih daripada 60 tahun untuk kiblat pertama kita!

Yusuf Al-Qardhawi telah mengeluarkan fatwa.

"adalah menjadi kewajipan bagi umat islam untuk membantu umat islam di Palestin untuk membebaskan masjid al-Aqsa."

oke.
cakap pasal tanggungjawab!
apa ye.?

takkanlah kita nak pergi Palestin berperang dengan orang Yahudi.
..???
er, itu tak PERLU.

Cuma..
1.Istiqamahlah dalam MEMBOIKOT PRODUK ISRAEL!

kawal nafsu kita!

2. Berilah sumbangan dari segi material kepada mereka!
Mereka sangat memerlukannya!

3. Berdo'a untuk kesejahteraan mereka. Baca Qunut Nazilah!

Alhamdulillah,.
Baru -baru ini saya menghadiri demostrasi membantah kebinatangan YAHUDI yang menyekat bantuan misi LL4G!
LifeLife4Gaza!

eii.. kalau ikut hati, rasa mau tibai je yahudi tuh.
ramai jugaklah yang datang masa demo tu. :)
Alhamdulillah.
Family saya semua datang.

seluruh dunia mengutuk tindakan biadap yahudi.!
Bukan hanya orang islam!
orang bukan Islam pun!

sebab.
isu kekejaman yahudi ni., isu KEMANUSIAAN!

dan..,
baru-baru ini..,
11 jun 2010.

saya menghadiri majlis,

"GAZA... kami bersamamu. "

di resort yang terletak di Kuala Ibai.
*tak ingat la nama resort tu..

saya mendengar perkongsian daripada UST HASANUDDIN, - sukarelawan yang menyertai misi LL4G, dan merupakan pengerusi Aqsa Syarif.

saya mendengar perkongsian beliau semasa menghadapi serangan yahudi ke atas kapal MAVI MARMARA dan lain-lain..
banyak perkara yang saya dapat daripada perkongsian beliau.

dan..
perkongsian beliau membangkitakan kembali hamasah saya!
perkongsian beliau juga mencelikkan mata hati saya mengenai tanggungjawab saya sebagai seorang muslim..
*rugi kalau tak dengar.*

Ayuh.!
Sahabat!
Apa tunggu lagi! Tunaikan tanggungjawab kita!

Ingat hadis nabi..
"tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri."

Wallahua'lam.

Written with all my heart.
dedicated to me, myself and I..

also U!
13 Jun 2010.
4:58 petang.
AHAD.

Thursday, June 10, 2010

MillatFacebook VS Facebook :)

2010/05/29
Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com , awal minggu ini. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam. “Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MillatfacebookcabarFacebook/Article/

p/s: inilah yang kita inginkan. professional-professional muslim ini mampu memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya dalam membela islam tercinta.

tahniah kepada professional pakistan.

buat professional malaysia, semoga usaha mereka ini mampu membuka mata kita utk sentiasa kreatif dalam mengajak manusia kpd Allah.

hah! apa tunggu lagi JOM LA DAFTAR~ :)

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails