Pages

Tuesday, August 31, 2010

BUMI CINTA =)

Assalamualaikum. ^^
Bismillahirrahmaanirrahiim. =)

Alhamdulillah.,
beberapa minggu yang lalu.,
saya berjaya khatamkan novel BUMI CINTA , karya HABIBURRAHMAN ELSHIRAZY.
sebuah novel pembangun JIWA.

novel ni versi Indonesia.
tapi., alhamdulillah.., mudah je nak hadam.

macam mana hati ni tergerak nk baca novel ni..,,?

alkisah.,

Mr.M : Wah.., bestnya novel 9 nyawa ni. Suka lah novel Ramlee Awang Murshid. thriller!
Saya : Oh, yeke? Alah, novel HLOVATE pun best jugak! Saya lagi suka novel hlovate lagi dari
novel Ramlee.
Mr.M : Tak best la novel hlovate.., banyak sangat bahasa inggeris dalam tu. tak suka ah.
Saya : Alah.., kalau awak tak suka novel hlovate pun.., awak cubalah baca novel habiburrahman
elshirazy. Novel dia pun best jugak. Banyak ibrah yang kita boleh ambil. banyak mesej.
Mr.M : Tak sukalah novel jiwang.
Saya : Eh, bukan jiwang sangat pun. Novel tu bagus apa. Banyak mesej Islam yang boleh kita
dapat., awak trylah baca dulu.

(tak tahu kenapa, hari tu tetiba rajin jadi promoter novel.)
Mr.M : tak suka jugak! saya suka novel ramlee je.

* dalam hati : ceh. penat je promote!

beberapa bulan selepas itu...

Mr.M: Inah, kat ruma kita ada tak novel BUMI CINTA?
Saya : novel habiburrahman el-shirazy tu ea? ada.. kenapa?
Mr.M : a'ah.. nak..!
Saya : eh..,? sejak bila pulak ni? bukan awak tak suka ke novel dia?
haritu cakap jiwanglah.
Mr.M : Alah.., bagi jelah.
Saya : Eh, novel tu macam bosan ah. sad ending. tak payah ah. saya pun tak baca lagi, padahal
dah lama dah ummi beli.
Mr.M : biarlah., nak baca jugak. kasi jelah.

beberapa hari lepas tu...

Mr.M : Inah.., best sangat novel BUMI CINTA. Banyak mesej dari novel tu. Awak bacalah.
Saya : Haha, No thanks. Tak nak. sad ending. i don't like sad ending.
Mr.M : Baca je.. best la. banyak tau input yang awak boleh dapat. awak tahu tak apa persepsi
orang kafir terhadap orang islam? oke.. kalau orang kafir cakap., orang islam ni sama je
macam diorang. diorang sembah berhala. kita sembah kaabah. apa yang awak nak jawab
kalau orang kafir kata kita sembah objek. ---> kaabah.?
Saya : Apa? nak jawab apa. bagitahulah.
Mr.M : saya tak nak beritahu. awak bacalah sendiri novel tu.
Saya : ek,alla,,.dulu masa saya promote dulu cakap., tak nak bacalah. jiwanglah.apelah.
bila kawan awak promote., beria-ria plak nak baca.
Mr.M : Awak promote tak best. awak tak reti promote.

*dalam hati :ek,ennaa..suka hati.

dan..
akhirnya. saya berjaya habiskan BUMI CINTA.
*serius!banyak betul ibrah yang saya dapat dari novel ni.

tiba-tiba rasa excited nak berkongsi tentang novel ni..

serba-sedikit tentang BUMI CINTA. (versi Indonesia)
copy dlm blog org indonesia

CERITA

Apa jadinya, jika seorang santri salaf bernama Muhammad Ayyas, hidup di negeri paling menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Rusia ???
Akankah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi nonik-nonik Moscow, yang kecantikannya tiada tara ?

seorang pemuda Indonesia bernama Muhammad Ayyas, seorang mahasiswa pasca sarjana di Delhi, India yang juga seorang santri. Muhammad Ayyas yang sebelumnya kuliah di Madinah ini berniat ingin mengerjakan tugas penelitian dari Dosen pembimbingnya yaitu mengenai Kehidupan Umat Islam di Rusia pada masa pemerintahan Stallin.

Tibalah ia di Rusia dengan disambut oleh teman lamanya David. David inilah yang mencarikan apartemen tempat tinggal untuk Ayyas. Dengan alasan keterbatasan budget yang dimiliki Ayyas dan lokasi apartemen yang strategis ternyata David hanya bisa mendapatkan sebuah apartemen yang berbagi dengan orang lain. Parahnya teman seapartemennya itu adalah dua orang wanita Rusia yang jelita. Serangkaian masalah bagi Ayyas pun bermula dari sini.

Yelena seorang pelacur kelas atas dan Linor seorang pemain biola yang akhirnya diketahui sebagai agen rahasia Mossad adalah 2 wanita yang menjadi teman seapartemen Ayyas. Apartemen yang memiliki 3 kamar ini mengharuskan Ayyas harus selalu berinteraksi dengan keduanya di ruang tamu, dapur, dan ruang keluarga. Sungguh ini merupakan godaan keimanan yang dahsyat bagi Ayyas yang mencoba menjaga kesucian dirinya sebagai muslim.

Godaan bagi Ayyas tidak hanya sampai di situ, dosen pembimbing yang dirujuk oleh dosennya di Delhi tidak bisa melakukan bimbingan ke Ayyas karena sesuatu hal, dia menyerahkan tugas bimbingan ini kepada asistennya. Dan ternyata sang asisten adalah seorang gadis muda jelita bernama Anastasia, seorang penganut kristen ortodoks yang sangat taat.

Interaksi yang intens sang asisten dengan Ayyas menimbulkan rasa simpati yang lebih di hati Anastasia kepada Ayyas. Ketertarikan itu pun kian hari kian menguat. Di lain pihak Yelena tengah dilanda konflik dengan sang mucikari dan Linor sang agen Mossad tengah menyiapkan rencana jahat kepada Ayyas, yaitu menyiapkan rekayasa fitnah sebuah pengeboman yang diarahkan agar Ayyas sebagai pelakunya.

Tiga wanita inilah yang mendominasi jalannya kisah dalam Bumi Cinta. Tidak ada konflik yang sedemikian hebat dalam kisah ini sebagaimana kita temui pada sosok Fahri yang sempat masuk penjara di Mesir, atau tokoh Furqon yang sempat terkena virus HIV. Di sini tokoh Ayyas hanya "nyaris" dipenjara karena difitnah melakukan pengeboman di Hotel Metropole oleh Linor.

Kisah ini juga dilengkapi dengan peristiwa pembantaian Zionis terhadap muslim Palestina di Sabra dan Sathila. Nuansa romansa memang terasa sangat kental di sini.

KEINDAHAN KOTA MOSKOW

Beberapa lokasi yang menjadi latarbelakang novel BUMI CINTA =)
Sheremetyevo Airport, bumi Rusia yang pertama dijejak Ayyas

Apartemen Kwartina, tempat tinggal Ayyas bersama Yelena dan Linor

MGU, Universitas kebanggaan masyarakat Moskow

KBRI di Moskow

Stasiun Metro Smoleskaya, lihat kemegahannya

Stasiun Metro Kievskaya, sebuah keanggunan yang berkelas

Stasiun Metro Komsomolskaya, ini stasiun atau istana ya?

Blue Mosque, satu dari 5 buah masjid di Moskow

Gereja St. Basil di Red Square (lapangan merah)

Hotel Metropole yang menjadi sasaran pemboman dalam novel ini

KESIMPULAN

Bumi Cinta sebagaimana novel Kang Abik sebelumnya memang menawarkan sebuah kisah romansa yang sangat indah dengan tetap dibalut nilai-nilai Islami. Novel ini mampu membangunkan jiwa-jiwa terlelap akan kelalaian mensyukuri nikmat Tuhan. Sangat layak dibaca dan dikoleksi :)

p/s:
saya tak reti nak menceritakan balik jalan cerita novel BUMI CINTA.
ya. saya takut nanti tiba-tiba mengarut.. tambah jalan cerita sendiri.
jadi saya copy dari blog orang lain.. ^^
dicopy dari,
http://imanmenulis.blogspot.com/2010/03/review-novel-bumi-cinta-karya.html
untuk maklumat lanjut,
http://lelakianeh.blogspot.com/2010/03/bumi-cinta.html

atau., tekan sini

Monday, August 30, 2010

Jom Menangis!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Assalamualaikum.

sebelum nak mula menulis panjang-panjang.

nak tanya?
sapa kat sini suka menangis?

saya ada terbaca dalam satu buku., ada artikel tentang penawar melalui tangisan.

lepas baca., terus excited nak berkongsi dengan pembaca-pembaca blog ! :)

Adalah tak normal manusia tidak pernah menangis seumur hidupnya!
paling kurang pun mesti sekali ----> sewaktu dilahirkan!
Doktor di wad bersalin pun pasti akan risau kalau bayi yang baru dilahirkan tidak menangis!

Alkisah.,
saya ada seorang kawan perempuan.., tapi hatinya sangat keras untuk menangis!
baginya., menangis adalah satu perkara yang menunjukkan kelemahan!
sesedih mana pun kawan saya tu, dia akan tahan dari menangis! dia takkan tumpahkan air matanya di hadapan orang lain! Kalau menangis pun.., dalam diam!

kadang-kadang saya respek! Ya! Dia boleh tahan perasaannya sampai begitu sekali!
Walau bagaimanapun., saya tidak pasti. adakah dia bahagia dengan menahan air mata dari tumpah?

tak semestinya menangis itu menunjukkan kita lemah.
siapa cakap? menangis tak semestinya apabila kita sedih!
kadang-kadang, ada je kita menangis sebab gembira.. :) !~

LELAKI VS AIR MATA

Biasanya golongan LELAKI berpendapat., menangis itu tanda lemah emosi dan sesuatu yang mengaibkan bagi mereka. kebanyakan lelaki berkata begitu! saya tak kata semua.. ~

Tapi., bila difikirkan., betul juga. lelaki merupakan insan yang sangat susah mengeluarkan air mata. Lelaki lebih cenderung untuk menahan air mata mereka.
bak kata orang, nanti tercalar ego beb!

Harus diingati,
lelaki juga makhluk HIDUP yang perlu mengungkapkan perasaan dan isi hatinya untuk menghilangkan kesedihan. Justeru itu, tangisan lelaki bukanlah menandakan kelemahannya kerana, jika mereka tidak menangis.. tentu banyak beban yang tersimpan dalam batinnya..

Lelaki, setujukah anda??

MENANGIS

Allah telah menyebut dalam Qur'an, perihal menangis banyak tempat..,
Allah SWT memuji orang yang menangis kerana mencapai tahap ma'rifatullah dan takutkan Allah.

Firman Allah,
mafhumnya
"Dan mereka menyungkur diatas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'"

Surah Al-Isra' 17:109

Menangis juga ada disebutkan didalam hadis..,

Dari Abu Raihanah katanya; "Kami keluar bersama Rasulullah dalam sebuah peperangan dan aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud, : Diharamkan neraka bagi mata yang selalu menangis kerana takutkan Allah. (Riwayat Al-Hakim)

MERINGANKAN TEKANA JIWA.
Mengikut kajian,
tangisan dapat meringankan tekanan jiwa yang dihadapi oleh seseorang!
Pakar Psikiatri juga berpendapat tangisan dapat mengubati tekanan saraf yang kerap dialami oleh manusia zaman moden,.

Kajian mendapati 85% wanita dan 73% lelaki berasa lega selepas menangis..!!~ ^^
Maka, ini membuktikan, air mata dapat membebaskan tubuh daripada bahan-bahan kimia yang memberi tekanan jiwa..

MEMBEBASKAN RACUN DARI BADAN.

Arthur Frank, seorang ilmuan Amerika berkata, "Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan racun dari dalam tubuh., maka menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan.

Secara fitrahnya, perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding lelaki, maka secara umumnya., HIDUP PEREMPUAN LEBIH PANJANG DARI LELAKI kerana perempuan banyak membebaskan racun dalam tubuh melalui tangisan..

sape nak bangkang fakta ni?
Fakta ini saya baca dari sebuah majalah dan fakta ini dikeluarkan oleh doktor yang mempunyai pengalaman membuat kajian.~

Selain itu, tahukah anda..??
AIR MATA MENGANDUNGI 25% PROTEIN dan satu bahagian daripada zat terutamanya., magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia.
Ianya dapat dibebaskan melalui tangisan.

* Menangis juga penting untuk kesihatan mata.. ^^

KESIMPULAN
saya menulis post ini bukanlah untuk mengajak pembaca agar ramai-ramai menangis dan berpesta air mata. saya menulis post ini untuk berkongsi secebis pengetahuan. err.. walaupun tajuk post ini macam nak ajak menangis.

Post ini bukan juga ditulis untuk membela golongan yang suka 'berhingus'..
atau lebih tepat golongan yang selalu menangis.

Walau bagaimanapun..,
kalau menangis tu..,
berpada-pada. tak salah nak menangis. Tapi.., janganlah terlalu mengada-ngada,
contohnya.., kalau orang cubit sikit, (tak sakit pun).., tiba-tiba menangis bagai nak rak.
itu namanya, err.. sorry to say.,, ---> menggedik!~ :P

Allah melarang umatnya yang menangis sehingga meraung-raung macam orang yang tiada iman.
so.., tak salah pun menangis.,
kalau itu cara untuk kita tenang, just cry!

i'll be your crying shoulder.. chewaah..~
(ayat jiwang yang biasa dituturkan oleh sang kekasih kepada kekasihnya)...
kononnya lahh.. ^^

so. ubahlah persepsi kita tentang menangis..
er., tapi., kalau kerap menangis. org lain pun boleh menyampah..kan?

Wallahua'lam.

Saya hanya berkongsi secebis rasa.
Mutmainnah Mazlan :)

"saya budak baru belajar kalau salah, pinta ajarkan..!

Saturday, August 28, 2010

tak payah pakai tudung la.

Bismillah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Masih diberi peluang untuk mencoret.

Assalamualaikum.

teringat peristiwa yang berlaku beberapa bulan dulu..,

imbas kembali..
____________

S : Menyampah betullah tengok dia tu. Baju kecik macam hapa. seluar pulak ketat. Baik tak payah pakai tudung! Tudung pun tak lepas dada, dah la nampak leher.
err.., mana? saya mencari-cari orang yang dimaksudkan oleh si S.
ooh.. orang itu. memang cantik. tapi, cuma sayang., pakaiannya tak cantik di mata saya walaupun up to date, kata orang..

dan. Si S pun terus mengata si perempuan yang dimaksudkannya itu.
kalau diikutkan, bukan si perempuan tu je yang berpakaian macam tu. ramai lagi yang berpakaian macam. Tak hairanlah. itu satu pemandangan yang biasa!

oke.
kalau awak berada di tempat saya., apa yang akan awak buat?
adakah back up si S mengata si perempuan itu, atau mendiamlan diri?

saya pernah tanya soalan ini kepada kawan saya yang lain.

" oh.. kalau saya, saya nak back up! Yelah! ape kes pakai macam tu! Baik tak payah pakai tudung"
dan. saya terdiam.

reaksi kedua-dua kawan saya ni.,
baik. benci kepada kemungkaran..,

teringat kepada hadis yang saya belajar awal tahun lalu.,
Dari Abu Said Al-Khudri ra: Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman. (HR Muslim)

Tapi.
saya langsung tidak bersetuju bila dia mengata perempuan itu belakang-belakang.
Ya. Benci kepada kemungkaran itu baik. Tapi., bila kita benci terhadap sesuatu kemungkaran tu., tak perlulah kita pergi mengumpat dan mengata pula si pembuat kemungkaran itu.

dan.
saya sungguh benci dengan ayat ini.,

BAIK TAK PAYAH PAKAI TUDUNG.

pernah tak kita fikir apa perasaan dia kalau dia dengar perkataan ni.,
perkataan ni mungkin boleh menyebabkan dia buka terus tudung dia.!

bagi saya.,
sekurang-kurangnya dia memakai tudung!
yelah., daripada tak pakai tudung terus!

Tapi.
seperti kita tahu., kalau menutup aurat tu,
tutuplah dengan sepenuhnya! Tutup dengan sempurna.
jangan separuh-separuh!

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana." (Al Baqarah: 208-209)

Bila kita melihat kemungkran.,
er. atau sesuatu yang tak betul.

tak perlulah kita asyik dok mengumpat dan mengata aje si pelaku tu!
salah!

Sebenarnya.,
kita patut renung balik.!

Adakah kita melaksanakan tugas kita sebagai DA'IE!

haa.. pikir..pikir!
adakah kita dah tegur mereka?

“Kalian adalah sebaik-baik umat yang diutus kepada manusia untuk mengajak kepada perbuatan malruf dan melarang dari pada perbuatan mungkar, dan (mengajak) beriman kepada Allah.” (Q.S. Âli ‘Imrân: 110)
daripada kita mengata belakang yang langsung tak membawa sebarang pahala bahkan menambahkan saham dosa kita., baik lah kita tegur dia elok-elok.
dengan cara yang berhikmah.

kan?kan?

kalau kita tak mampu nak tegur.,
sekadar benci dalam hatilah.
tak payah hebah kat seluruh dunia.

mengata si pelaku.

kadang-kadang., (selalu!)
kita kena muhasabah diri.!

bila kita tengok kemungkaran.,
tengok diri. adakah kita melaksanakan tugas kita sebagai DAIE.

ya. kita seharusnya bersyukur kalau kita diberi hidayah oleh Allah.
mendapat pendidikan yang baik di sekolah.
mendapat ibu bapa yang ambil cakna tentang agama.

mungkin kalau seseorang tu buat sesuatu kemungkaran.

contoh;
*tak tutup aurat dengan sempurna
* berpegangan tangan antara bukan muhrim

sebab mereka tak tahu.
sebab mereka tidak mendapat didikan yang cukup!

Ya. Kita seharusnya bersyukur kalau kita tergolong dalam insan yang mendapat didikan agama yang cukup daripada ibu bapa. daripada sekolah.

kenapa? sebab, ramai orang yang melakukan kemungkaran.., salah satu faktornya adalah sebab tak mendapat didikan agama yang sempurna.

Jadi., tanya diri kita sendiri,
perlukah kita mengata orang melakukan kemungkaran padahal., dia melakukan hal itu kerana tidak mendapat hidayah.

kes ini lain dengan, orang yang dah tahu benda tu salah! Tapi nak buat juga! membetulkan sesuatu yang salah! ape kes?

Jangan sampai hidayah yang kita dapat ditarik balik oleh ALLAH kerana keangkuhan kita.

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami setelah Engkau berikan hidayah kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau. Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Pemberi Kurnia"

"Dua golongan di antara penghuni neraka yang belum aku lihat keduanya: suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang-orang; perempuan yang berpakaian, tetapi telanjang yang cenderung dan mencenderungkan orang lain, rambut mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka ini tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium aroma surga. Sesungguhnya aroma surga itu bisa tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (HR Muslim)

Imam Muslim meriwayatkannya dari Zuhair bin Harb, dari Jarir, dari Suhail dari bapaknya (yakni Abu Shalih), dari Abu Hurairah. 1 Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Shahîh-nya dan Imam Ahmad dalam Musnad-nya.2

Adapun makna sabda Nabi SAW, "Berpakaian tapi telanjang," yakni wanita-wanita tersebut memakai pakaian, akan tetapi pakaian mereka tidak tertutup rapat (menutup seluruh tubuhnya atau auratnya).

Para ulama berpendapat bahwa di antara yang termasuk berpakaian tapi telanjang, yaitu pakian tipis, sehingga terlihat kulit yang terbungkus di belakangnya, sehingga secara lahiriyah pemakainya terlihat berpakaian, tetapi pada hakikatnya telanjang. Juga termasuk pakaian transparan, yaitu pakaian yang tebal, tetapi pendek (mini), pakaian yang ketat sehingga menempel pada kulit dan memperlihatkan lekuk tubuh pemakainya, sehingga seakan-akan tidak berpakaian. Semua pakaian tersebut termasuk jenis pakaian telanjang.

Kita perasan tak?
kadang-kadang kan kita ni asyik je kutuk orang yang buat salah., padahal salah kita lagi banyakkan>?

Wallahua'lam

Friday, August 27, 2010

Wanita : Dimana hilangnya malu?

Bismillah.
Alhamdulillah.

terjumpa satu POST yang sangat menarik dalam blog seorang hamba Allah masa tengah buat blog walking.

Post ini khas untuk kaum hawa.
Tapi., kaum adam pun disarankan baca jugak. ^^

- post ni, saya copy dari blog kaum adam jugak ! :)
baca sampai habis.

SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.

Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.

Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.

Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar.

Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua.
Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.

Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.

Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.

Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.

Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.

Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”

Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.

Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden.

Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.

Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.

p/s:
dunia itu perhiasan.,
dan.., seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah :)

Ramadhan datang lagi..~

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Terima kasih diucapkan kepada sahabat saya yang sudi mengirim sajak ini.

RAMADHAN. -----> sajak yang sungguh indah :) !

Ramadhan datang lagi,

Membawa seribu erti,

Menguji jati diri,

Sejauhmana cinta pada Ilahi

Ramadhan datang lagi,

Mengusir segala sunyi sepi diri,

Dinihariku yang malap kini kian berseri,

Dengan tasbih,cselawat dan tahmid suci.

Ramadhan,

Datangmu memang kunanti,

Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,

Segar mengharum di bingkai rohani,

Menjadi inspirasi pengabdian diri ,

Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,

Allah Rabbbul’alamin.

Ramadhan,

Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,

Walaupun kau pasti akan pergi lagi,

Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,

Dan hanya akan datang menjengah kembali,

Dengan membawa malam seribu erti,

Pada tahun hadapan nanti.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,

Wa Marhaban Minkum

Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,

Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,

Melaksanakan Sunnatullah,

Menjauhi mungkar dan larangan Allah,

Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,

Laksana bayi yang suci bersih,

Tanpa noda dan dosa.

Friday, August 13, 2010

Marhaban Ya Ramadhan :)

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmaanirrahim :)

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183

terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan

1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya

Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana? Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui nanti. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.

“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

Bulan Islam

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.

Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Inilah puasa yang hakiki..

Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

Glosari:

1) syuruk: waktu terbit matahari

2) ghurub: waktu terbenam matahari

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

keputusan pilihanraya MPP 10-11

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmaanirrahim :)
Alhamdulillah.,
keputusan pilihanraya dah diumumkan semalam.. :)

daripada 27 calon yang tersenarai,
6 orang calon banin dan 6 orang calon banat yang layak bertanding dan berkempen untuk mendapatkan kerusi AMT. 4 untk banin, 3 untk banat.

12 calon-calon Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (AMTMPP)

BANIN.

Ahmad Mujahid, f4
Izzat Anuar, f4
Syafiq Akram, f4
Syahiran, f4
Ikmal Haziq, f3
Anas, f3

BANAT.

Marsha, f4
Fatimah, f4
Mardhiyyah, f4
Robiatul Adawiyah, f4
Wafaa', f4
Mutmainnah, f2.

dan.,
akhirnya.., setelah berkempen dan buang undi.,
akhirnya nama-nama tersebut berjaya mendapat kerusi AMT.

Banin.

Ahmad Mujahid, f4
Izzat Anuar, f4
Syahiran, f4
Anas, f3

Banat.
Marsha, f4
Fatimah, f4
Robiatul Adawiyah, f4.

Takziah kepada yang menang.
(---- Muallimah Rashidah cakap, kalau dapat amanah, cakap takziah sebab amanah tu sesuatu yang berat----)

la yukallifullahu nafsan illa wus'aha.
" Allah takkan membebankan hambanya dengan bebanan yang tak mampu dipikul oleh hambaNya..,"

ana yakin, antum semua mampu memimpin dan melakukan anjakan paradigma di sekolah dengan baik! lakukan yang terbaik.

Keputusan wakil tingkatan.

Tingkatan 1

Abang Ahmad
Farhanim

Tingkatan 2

Ahmad Nuruddin
Safura Hashim

(safura.., ganti tugas ana elok-elok ye.. ^^)

Tingkatan 3

Naufal
Dalia

Tingkatan 4
Mus'ab
Afif Aliyana

(tahniah kak Aliyana,, menang lagi pilihanraya tahun ni!)

Tingkatan 5
Hanif
Mawaddah Lokman

p/s:
kini status saya cuma tinggal pengawas sahaja.
hamdallah! bahu terasa ringan sikit dari dulu :)

Thursday, August 12, 2010

letak jawatan!

Bismillahirrahmanirrahiim.,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah., hari ini saya masih diberi kesempatan untuk kembali mencoret dan membersihkan blog yang penuh dengan debu-debu dan sawang labah-labah ini :)

Alhamdulillah.,
Hari Ahad lepas..,
semua MPP sesi 2009-2010 dibubarkan jawatan sebagai MPP,.

Pilihanraya pula menyusul.

Alhamdulillah.,
rasa lega sangat bila dah meletakkan jawatan sebagai wakil tingkatan.
akhirnya.., amanah yang berat tu dah terlepas dari pikulan.

menjadi seorang wakil tingkatan itu bukan kerja mudah.
sebab..,itu bukan amanah main-main.,

itu bukan amanah picisan.
amanah itu memerlukan pengorbanan.. ^^

teringat hadis ini.,
“Tiap-Tiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertangung jawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan, bertanggungjawab kepada majikannya, setiap kamu adalah pemimpin, dan bertanggungjawab kepada apa yang dipimpinnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

wakil tingkatan tu lebih kurang macam ketua batch la.

ramai orang tanya.,
jadi wakil tingkatan tu best tak?

tapi., sebelum ana menjawab soalan itu.,
mari kita ingat kembali teka-teki imam al-ghazali..,

yang paling tajam itu LIDAH.
yang paling berat itu AMANAH.
yang paling ringan itu MENINGGALKAN SOLAT.
yang paling jauh itu MASA LAMPAU.
dann... yang paling dekat itu MATI.

daripada teka-teki ini.,
kita tahu..,
amanah itu sangatlah berat..

dalam surah alAhzab, ayat 72.
mafhumnya..,

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.

[*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Memegang amanah menjadi pemimpin bukanlah tugas yang enteng dan mudah.
tetapi.., itu tak bermakna kita tidak boleh menjadi pemimpin.

oke.berbalik kepada soalan tadi.,
best ke jadi wakil tingkatan.,

kadang-kadang saya merasakan., menjadi wakil tingkatan itu sesuatu yang tidak menyeronokkan kerana banyak benda perlu kita fikir.,

dan banyak benda juga yang perlu kita ambil cakna.

walau bagaimanapun..,
di satu sudut yang lain.,
saya merasakan., menjadi seorang wakil tingkatan itu perkara yang amat menyeronokkan.!

serius! sangat best jadi wakil tingkatan.
dan alhmadulillah.., saya rasa sangat bersyukur kerana berpeluang menjadi wakil tingkatan.,

menjadi wakil tingkatan tu merupakan salah satu kenangan terindah dalam hidup saya.

dari situlah..,

saya belajar erti kepimpinan.
belajar erti tanggungjawab.
belajar tentang pentingnya qudwah hasanah dalam memimpin.
belajar conduct program.

sungguh banyak yang saya belajar sepanjang saya menjadi wakil tingkatan..,

tapi..,
apa yang paling saya terkesan semasa menjadi wakil tingkatan apabila saya mendengar tazkirah salah seorang senior saya..,

katanya..,,

menjadi seorang pemimpin ni bukanlah kerja yang mudah.
banyak benda yg perlu kita korbankan termasuk masa lapang kita.
---(sibuk dengan meeting)---
dan.., seorang pemimpin juga perlu ada tarbiyyah zatiah
*tarbiyyah untuk diri sendiri dan perlu jadi tauladan untuk orang lain.

beratkan tanggungjawab itu.,?

dan sejak haritu itu saya berazam nak jadi orang yang baik walaupun sampai hari ini saya masih belum baik-baik lagi.. ^^
menjadi baik itu bukanlah senang.
susah nak jadi baik.

saya definisikan baik ni..,

mengikut SEGALA suruhan Allah.
meninggalkan SEGALA larangan Allah.

kadang-kadang..,
ada je kita terTINGGAL suruhan Allah.
dan.. ada je TERBUAT larangan Allah.

so.., baikkah kita?

saya pegang kata-kata.,

kita tak boleh jadi baik.
tapi., kita boleh berusaha jadi baik.

terpulang kepada korang nak definisikan baik macam mana.
tapi., itu definisi baik bagi saya!
^^ =)

dan.,
saya juga teringat kata-kata ini..,

" Allah maha melihat.. apa yang kita buat semua Dia nampak..,
jangan ingat.,
bila kita jadi pemimpin kita boleh sembunyikan kesalahan kita.,
orang tahu.., sebab, bila-bila masa je Allah boleh buka hijab kesalahan yang kita buat tu.
dan.., bila Allah buka hijab itu, jangan kita ingat, Allah tak sayang kita..,
sebab Allah sayang kitalah Allah buka hijab itu.., agar bila orang lain tahu kita buat kesalahan..,
kita akan rasa malu dan kembali ke pangkal jalan.."

pegang ayat-ayat ini..,

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kalian mengatakan sesuatu yang tidak kalian kerjakan? Sangat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” [As-Saff : 2-3].

Allah juga berfirman ketika mencela orang-orang Yahudi, kerana mereka memerintahkan orang lain untuk berbuat baik namun mereka melupakan diri mereka sendiri, “Mengapa kalian menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, namun kalian melupakan diri (kewajiban) kalian sendiri, padahal kalian membaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kalian berfikir?
[Al-Baqarah : 44]

ya..,,
kadang-kadang kita suruh orang buat buat baik.
tapi., kita tak buat pun. sadiskan?
semoga kita tidak tergolong dalam kalangan ayat-ayat diatas! :)
ameen!

maka.,
bubarlah organisasi MPP 09-10

MPP 09-10(majlis perwakilan pelajar)
_______

AMT (ahli majlis tertinggi)

Hafizuddin, f5
Nazifi, f5
Azzrul, f5
Ahmad Mujahid, f4

Zubaidah, f5
Shaidatul, f5
Marsha, f4

WT( wakil tingkatan)

Tingkatan 2
Afiq Nasrullah
Mutmainnah

Tingkatan 3
Syamil
Fathin Fathiah

Tingkatan 4
Afif Aliyana
Fathi Yakan

Tingkatan 5
Solihah
Ridhwan Hanif.

Jawatan kita dah dibubarkan., tapi., perjuangan kita sebagai da'ie tetap diteruskan :)

semoga MPP sesi 10-11 menjalankan tugas antum dengan baik.

p/s:
teringat kenangan masa jadi WT dulu..,
bila buat program., selalu meeting :)
dan yang tak boleh lupa., meeting tgh2 malam.
(lebih kurang pukul 12 malam.. ^^ gara-gara untuk pastikan program yg dibuat berjalan lancar)

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails