Pages

Sunday, September 26, 2010

cinta itu segalanyakah?

Bismillahirrahmanirrahim.~

wah. tak tahu kenapa tiba-tiba terlebih rajin menulis entri tentang CINTA.
mungkin sebab tadi, ada dapat tazkirah pasal cinta daripada muallim.

C.I.N.T.A.

rumitkan perkataan ini?
macam-macam definisi diberikan untuk perkataan yang mengandungi lima HURUF ini.
Terpulang kepada individu mahu menafsirkan apa itu CINTA.

kata orang, CINTA itu segalanya?
betulkah begitu...??

bila disebut soal cinta..,
apa yang kita fikirkan?

saya yakin dan pasti.
mesti ramai orang yang memikirkan

CINTA antara lelaki dan perempuan. FULL STOP!

cuba kita ingat balik., lagu-lagu pun kebanyakannya menceritakan tentang cinta
antara lelaki dan perempuan! kebanyakan lagu begitu! tak kiralah lagu melayu ke, indonesia ke, jepun ke.., balik-balik, cinta antara lelaki dan perempuan., lagi-lagi, cinta antara pasangan kekasih. Bukan lagi sahaja begitu, kebanyakan novel, filem dan drama juga menceritakan tentang CINTA antara pasangan kekasih. tak percaya?

kalau tak percaya, kaji sendiri!
---> kalau cerita brutal sekalipun, terselit juga kisah CINTA antara pasangan kekasih.

sebenarnya., cinta itu mempunyai makna yang dalam.
cuma, kadang-kadang kita ni mengecilkan skop CINTA.

Teringat satu TAGLINE yang saya terbaca dulu,

"Hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku, tanpa dirimu kuhanya manusia tanpa CINTA".

sorry to SAY.
bagi saya, sesiapa yang menuturkan kata-kata sebegini adalah insan yang bodoh.
teramat bodoh barangkali.,

"tanpa dirimu kuhanya manusia tanpa CINTA," kononlah...!!
habis tu, CINTA kepada ALLAH nak letak kat mana?

CINTA itu ada 3.

CINTA kepada ALLAH
CINTA kepada MAKHLUK ALLAH
CINTA kepada HARTA BENDA/ PANGKAT dan lain

Kata orang.,
CINTA itu sesuatu yang amat rumit.
kerana apa?

kerana CINTA, ada yang sanggup memilih jalan HITAM.
kerana CINTA juga, ada yang sanggup memilih jalan yang LURUS.

CINTA membuat manusia menjadi alpa.
hilang pedoman.

CINTA juga dapat meruntuhkan ego seseorang.

senang cerita., CINTA boleh mengubah apa saja.
CINTA itu satu kuasa yang susah untuk dirungkai.

betulkah begitu?.
terpulang kepada sesiapa mahu membenarkan atau pun tidak.

Walau bagaimanapun.., dalam mengejar cinta makhluk Allah dan dalam mengejar harta.,
seringkali manusia kecundang.! mereka memperlekehkan CINTA yang utama!
mereka mengetepikan hukum-hukum ALLAH.

berapa kali kita dengar,. kerana mengejar harta. (cintakan harta), manusia sanggup merasuah dan meninggalkan Allah.

dan. kerana cintakan makhluk Allah juga, ramai yang meninggalkan hukum-hukum Allah.
Nauzubillah.

Bagaimana kita nak tahu kita mencintai Allah atau tidak?

Benar., kata orang, kita tidak layak untuk menilai perasaan orang lain.
hanya empunya diri sahaja yang tahu.!

tapi.,
apabila kita mencintai Allah., kita akan MELAKUKAN SEGALA SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA.,

yelah., kata CINTA, mestilah kita ikut sahaja suruhannya!

kalau kita cakap di bibir., "saya mencintai Allah.., Allah itu segala-galanya bagi saya. Allah itu cinta utama saya "

tapi., tidak menutup aurat dengan sempurna., bersentuhan bukan muhrim, meninggalkan solat dengan sengaja., tidak menjaga hubungan dengan manusia dan menyakiti hati orang lain.

Cintakah kita kepada Allah andai kita masih begitu.?.

orang yang cintakan Allah benar-benar cuba menjaga dirinya daripada melakukan kemaksiatan.

kata orang, CINTA itu FITRAH.

benar. tepat sekali. betul. ya.

tetapi, jangan kita rosakkannya.
berbalik kepada soalan asal..,

ADAKAH cinta itu segalanya?

jawapannya., YA!
CINTA itu segalanya.,

untuk mengenali ALLAH.,
kita harus cintakanNya
untuk cintakanNya,
kita harus mengenaliNya.

tanpa CINTA.,
kita tidak akan cintakan ibubapa kita!
tanpa CINTA..,
kita tidak akan cintakan negara kita!
tanpa CINTA..,
kita tidak cintakan ILMU.

untuk meraih syurga,
kita harus, mentaatiNya. melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
untuk itu, kita harus mencintaiNya terlebih dahulu!

Letakkanlah CINTA kepadaNya di tangga yang teratas!
CintakanNya adalah cinta yang HAKIKI.
kekal abadi.!~

Cintakan manusia itu tidak
mewujudkan kebahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal
abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal,
merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan
kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri. ~ Rabiatul Adawiyah.
Jika engkau mencintai bunga, sedarlah bunga itu akan layu...
Jika kau cintakan manusia, sedarlah suatu hari dia akan pergi....
Jika engkau mencintai harta, harta itu nanti kau akan tinggalkan....
Jika engkau cintakan Ilahi, hanyalah dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi .

oke. saya rasa. setakat itu sahaja saya menulis tentang CINTA.
Saya hanya berkongsi rasa., berkongsi pengalaman dan berkongsi pembacaan.

Ini pandangan cinta daripada seorang insan yang baru 14 tahun menghirup nikmat hidup.
Maafkan andai ada yang silap.

(ceh, sampai sekarang tak percaya. kelakarnya. muda-muda dah nak tulis pasal cinta.
eh, 14 tahun itu muda lagi ke?)

cubit pipi. betullah. i'm writing about love!
*post ini juga untuk mengingatkan diri saya sendiri.
semoga post ini memberi manfaat! walaupun sedikit!

Wednesday, September 22, 2010

syawal terakhir?

a big family. KLIA

my family. kampung
Assalamualaykum. :)

hari ini dah masuk 13 syawal..
dah lama rupanya syawal berlalu.
hampir satu pertiga, tapi., saya baru nak post tentang raya.

"tahun ni, mungkin syawal yang terakhir kita cukup korum dalam tempoh beberapa tahun akan datang" kata abah di pagi raya yang hening.

saya terdiam. membenarkan kata-kata abah. sebelum puasa lagi saya fikir tentang tu!
ye, tahun ni mungkin syawal yang terakhir kami kumpul satu famili, cukup korum dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
beberapa tahun akan datang,
bukan terakhir buat selamanya!
semoga ini bukan syawal yang terakhir buat selamanya!

sepanjang hidup saya, belum pernah lagi sambut raya tak cukup korum.

tiba-tiba kak rah tanya..,

"aik, kenapa?... ohh. oke faham. Tahun depan kemungkinan, dah tak dapat sambut raya sama-sama."

seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini beraya di KT.
(seumur hidup, tak pernah lagi beraya kat lain kot!)
mood raya tahun ni, tak adalah seteruja tahun-tahun sebelumnya.
persiapan raya tahun ini biasa-biasa sahaja.!
tiada yang menarik untuk membuat orang lain tertarik!

tetamu yang bertandang raya pun tak seramai tahun-tahun sebelum ini.
sebab apa?
sebab sibuk sangat dengan majlis perkahwinan yang berlangsung pada hari raya ke3.
jadi, tetamu pun tak ramai, mungkin sebab tak nak ganggu tuan rumah yang sibuk.
Jadi, mereka pakat datang beraya pada hari raya ke3.! =[

oh, berbalik kepada topik asal.,
mengapa ya saya cakap syawal ini syawal terakhir yang cukup korum dalam tempoh beberapa tahun ni?

sebab. , tahun depan abang muaz dah tak balik raya.!

5 tahun abang Muaz akan meninggalkan bumi Malaysia..,
tak tahulah, dalam masa 5 tahun abang Muaz balik setiap tahun atau tak.

wah~ studi elok-eloklah kat sana.,
kalau result cantik.. duit biasiswa melimpah ruah.
bolehlah balik setahun sekali kan?

dalam tempoh beberapa tahun akan datang ni,
mungkin macam-macam yang terjadi.,
mungkin nanti kak long pula ke yang kahwin kan.
(kaklong, saya cakap mungkin sahaja. jangan marah!)
lagi susah nak kumpul ramai-ramai.

dan. semakin lama, semakin susah nak cukup semua famili kat rumah.
biasa., hari raya jelah dapat kumpul ramai-ramai dekat kampung.

sabtu lepas.,
hantar abang Muaz ke KLIA.
dia pergi sambung belajar di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

masa bersalam-salaman dengan abang Muaz dekat KLIA.,
wah.., rasa sedih sangat. T_T,,,
lepas ni, tiada dah la driver yang setia menghantar kami nak pergi jalan-jalan.
hantar dan ambil kami dari sekolah.

masa ummi dan abah bagi kata-kata terakhir dekat abang Muaz sebelum berlepas.,
saya nampak., muka abang muaz merah.
mungkin menahan tangisan!
lelaki memang begitu, suka menahan air mata dari gugur.
suka simpan racun dalam badan

selamat juga buat senior-senior yang selamat menjejakkan kaki di tanah anbiya';

Akh Munzir. , Ulum Islami
Kak Humaira'., Ulum Islami
Kak Afifah., Medic

belajar elok-elok di sana.!
semoga pergi dengan matlamat, balik dengan manfaat.!
Jangan lupakan junior-junior antum di al-amin.

p/s:

boleh jadi je kalau syawal ni adalah syawal terakhir kami berkumpul ramai-ramai buat selama-lamanya.
kita tak tahu apa yang berlaku pada hari mendatang.,
mana tahu kalau-kalau salah seorang dari kami pergi meninggalkan kami buat selamanya.
takdir Allah. siapa tahu kan?

apa-apa pun.,
saya berdoa agar,. kali ini bukanlah syawal terakhir buat buat kami semua..
semoga Allah panjangkan umur kami sekeluarga. amin..
^_^

Sunday, September 19, 2010

aku ingin mencintaimu..

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia

Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Reff:

Aku ingin mencintaiMU setulusnya,

Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a

Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Thursday, September 16, 2010

Sedihnya...

s
Salam AidilFitri buat semua.

bila congak-congak balik.
dah lama dah ramadhan berlalu.

dan harini..,

dah 8 syawal 1431.

wahh..
cepatnya masa berlalu.. ^^
rasa macam baru diambang ramadhan jek.

selamat tinggal ramadhan.
sedihkan ramadhan dah pergi.
entah berpeluang tau tak untuk kita bertemu dengan ramadhan yang akan datang.

semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan yang sebelumnya.
(ayat yang sangat familiar ditelinga kita bila tiba ramadhan tiba.
tapi, tak kisah la. sebab memang ini yang kita inginkan.

Bukan begitu?

cuba kita fikir.
ingat balik.
ade tak perubahan antara bulan ramadhan dengan bulan lain?

dan.
saya pasti 100%, ramai yang akan jawab YA!

yelah.,
bila ramadhan datang,
orang yang malas baca qur'an pun jadi rajin baca qur'an bila tibanya bulan ramadhan.
orang yang suka mengumpat pada bulan ramadhan pun akan mengurangkan aktiviti rutinnya.,
alah.. maklumlah. takut pahala puasa jadi sia-sia.. kan?
(semoga kita tak tergolong dalam golongan yang suka menyanyam ketupat neehh..)
orang yang malas berqiamullail pun jadi rajin.

yelah. bulan ramadhankan bulan berkat.
pahala jadi berganda-ganda gitu!

semoga madrasah ramadhan kali ini memberi sinar baru buat kita.
semoga kita menjadi hamba yang lebih tawadhu' menyembahNya.

ameen.

walau bagaimanapun.,

teringat tazkirah yang abah bagi haritu dekat surau.
(sebenarnya, lepas terawikh, nak balik terus.. tapi, bila dengar je suara abah yang bagi tazkirah,
terus semangat nak dengar. yelah. ayah sendirikan? bukan senang nak dengar.)

sebenarnya
berjayanya ramadhan kita dan memberi impaknya ramadhan kita.,

tidak dilihat pada APA YANG KITA LAKUKAN masa bulan ramadhan.
akan tetapi,

DILIHAT pada SIAPA KITA SELEPAS bulan ramadhan.
adakan kita terus tinggalkan amalan yang kita buat pada bulan ramadhan.?
contohnya.,

masa bulan ramadhan tiga kali khatam.
solat sunat tak tinggal. bibir menuturkan alunan zikrullah je.

tapi, bila dah habis ramadhan., perangai lama buat balik.
satu muka quran pun tak habis baca. solat sunat apatah lagi.
mulut pula dok potpetpotpet je mengata orang?

kalau macamtulah kita, nampak sangat, ramadhan kita ni tak berjaya untuk mendidik jiwa kita.
madrasah ramadhan yang tidak memberi IMPAK !

tapi,
andai kata, lepas ramadhan berlalu,
akhlak kita makin baik.
masih beristiQamah dengan amalan kita semasa ramadhan.
(even takdelah serancak di bulan ramadhan.., at least, istiQamah jugakkan?

nampaklah kat situ, ramadhan yang kita lalui itu memberi kesan.

takpelah, kalau sikit2, asalkan kita tak tinggal terus dengan amalan kita.

apa-apa pun,

dikesempatan ini,

saya ucapkan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN.

ha.! dah tahu dah. lewat bebenor ucap.
tapi, takpelahkan?

maafkan salah silap.
andai ada terkasar bahasa.
tersepak terajang.
terpukul mana-mana
tergurau lebih-lebih

dan segala macam TER lah.
manusia.
LUMRAHnya, tak lari dari kesilapan.

minta maaf sangat-sangat.! :)~

salam,
Mutmainnah Mazlan
8 syawal 1431 H.

moga, kita dapat jumpa lagi dengan ramadhan akan datang..!
ammmmmmeeeen..!

Monday, September 6, 2010

kalau lelaki hensem...??

PEREMPUAN VS LELAKI

Assalamualaikum..

sekadar untuk mencuci sawang-sawang di blog sebab lama tak update.. ^^
ahah,~
bila tengok dua orang lelaki korea, jangan salah faham
najihah,
saya bukanlah peminat cerita-ceriti korea nihh..
cuma nak sesuaikan denga tajuk..
(yeaa.., kata orang, mereka ini hensem, kata saya.. entahlah!)

Lelaki hensem dengan lelaki tak hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata:nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja
luarannya)…

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap:matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap:
pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak
mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan
akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome
menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu,memang begitu….

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

,kecantikan luaran tidak menjanjikan ape-ape... hiasilah diri anda dengan sifat mahmudah kerana yang luaran terpancar dari dalam.... kecatikan dan kehenseman dalaman yang kekal...maaf pada yang terasa... hanya gurauan senda menceriakan hidup...

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:woow,ciri-ciri isteri idaman..
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap:eh,tak reti berkomunikasi betul..

Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap:mesti ade krisis dalaman nih..kesian..
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata:dah la tak lawa,perangai pulak huduh..

Kalau perempuan lawa menolong lelaki yang diganggu..
Lelaki akan cakap:heroin sejati...!
Kalau perempuan tak lawa menolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan cakap:taktik ngorat laa tue..

Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap:perasaannya halus..
Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap:sesama keluarga memang harus saling menyayangi...

Kalau perempuan lawa tak mahu bergambar
Lelaki akan cakap:pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mahu bergambar
Lelaki akan cakap:sedar pun diri
...

ok.
dari post diatas..,
saya nak buat kesimpulan sikit .

dulu., saya juga dalam golongan perempuan yang merasakan dirinya tak cantik..
^^. yeaa.. bila kita rasa kita tak cantik.., perasan tak yakin pada diri mula timbul. kan?

kat sini saya nak tekankan.
cantik ke, atau tak.. itu semua ciptaan Allah.
kalau kita hina orang yang tak cantik., maksudnya., kita hina ciptaan Allah jugakkan.
siapa kat sini yang merasakan dirinya tak cantik.., buanglah sikap tu.
bersyukur je dengan apa yang Allah berikan kepada kita.
tak perlulah kita cemburukan orang lain.
kecantikan itu, bukanlah segalanya.
tetapi, AKHLAK yang dinilai oleh orang lain..

ada je orang cantik, tapi.., perangai, tak cantik pun.
ada je orang kurang cantik.., tapi perangai, cantik. sejuk mata memandang.

so., janganlah kita menilai luaran semata-mata.. dan jangan nak bersangka buruk dengan orang
lain..

setiap takdir yang Allah tentukan, adalah yang terbaik buat kita!
Yakin dengan kata-kata tu!

mungkin kalau kita cantik atau hensem, kita akan gunakan kelebihan itu ke jalan yang salah kan?
siapa tahu..

cantik rupa paras ni, hanya sementara..
tua nanti, hodoh jugakkan? berkedut jugakkan?.

ok. post ini sampai disini sahaja.
post ini tiada niat untuk memerli sesiapa sahaja.
jadi, maafkan andai ada yang terasa.

end. ^^

MutmainnahMazlan.
27 Ramadhan 1431 H

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails