Pages

Wednesday, October 20, 2010

syaitan itu kreatif?

Oleh: Pahrol Mohd Juoi

Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya.
Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.

“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.

“Hidayah bang…” jawabnya si dia pendek.

“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.

“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”

“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.

“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

“Betul ke ni?”

“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”

Saya terdiam. Kaku.

“Mana pergi tudungnya?”

“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

“Itu tudung?”

“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”

“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

“Bang saya insaf bang…“

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

“Syaitan terlalu kreatif…” Kreatif? Bisik hati saya.

Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.” Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-was’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”

“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”

“Lantas?”

“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”

“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”

“Jadi kebenaran menolak keindahan?”

“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

“Transisi? Apa maksud mu?”

“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”

“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”

“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.

“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?.”

“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”

“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!

Sumber: http://genta-rasa.com/2010/07/26/syaitan-itu-kreatif/#more-1088

notatangan:
salam. post ini sekadar perkongsian apa yang saya baca.
ramai orang suruh saya update blog., tapi.. asif jiddan. sangat tidak sempat.
maaf ye!post ini bertujuan untuk membersihkan sawang-sawang di blog ini.. ^_^
Tapi, ambillah manfaat dan iktibar dari artikel diatas..

Wednesday, October 13, 2010

macam orang masuk meminang je!

Bismillah. Arrahman. Arraheem.
Salam Alayk..

ketika sedang sibuk bersembang di dalam kelas..,
tiba-tiba, ada seorang banin kelas saya panggil.

"Mutmainnah, anti kena pergi bilik meeting sekarang..
err.. Fuadah sekali!"

err. tiba-tiba rasa pelik. kenapa tiba-tiba dipanggil ni?
confused betul.

masa masuk bilik meeting tu,

Ustaz Azman ada kat dalam.
Puan Pengetua pun ada.
dan beberapa orang pelajar-pelajar lain.

"Tahniah.., antum terpilih untuk program pertukaran pelajar ke Indonesia.!"

Alhamdulillah. Alhamdullah. Alhamdulillah.

gembira sangat terpilih.
TAPI!

masalahnya sekarang..,
pertukaran pelajar ni, berlangsung pada 23-30 okt.!
perkara yang menyesakkan dada saya sekarang.,

program pertukaran pelajar tu pada minggu persekolahan!
maknanya kat sini,seminggu lah skip kelas.
dah la exam dah nak dekat sangat-sangat dah.
banyak benda lagi yang tak cover.
tak habis lagi buat revison.. (bukan belum start lagi ke?)
banyak benda lagi yang perlu difahamkan dan study balik.

Ini FINAL EXAM.
Kalau test biasa boleh lagi nak bertolak ansur.
sudahlah sejak akhir-akhir ini., markah test dah makin tak-berapa-nak-hensem!

dah serik dah skip kelas! dulu, hampir dua minggu juga skip kelas gara-gara latihan debat.

dah lah pernah kena tegur dengan muallim.
"Mutmainnah, anti ni selalu tak masuk kelas muallim kan. Kalau tak masuk kelas, tapi buat ulangkaji tak apa juga"

errk..!
otak dah bercelaru. hati dah berbolak balik.
nak pergi ke tak nak? nak? taknak?

kemungkinan, tarikh exam tu ketika program pertukaran pelajar!
atau beberapa hari selepas program tu.

tapi. takkanlah tak nak pergi Indonesia!
Tak nak lah lepaskan peluang!
Rugi! Bukan semua orang boleh pergi!
daripada ramai-ramai pelajar tingkatan 2,3, dan 4..
hanya 14 orang yang terpilih. 7 banin, 7 banat.

takkan tak nak pergi.! Rugilah. orang lain nak sangat pergi.
kita senang-senang tak nak.

bila dah fikir masak-masak.
matang-matang.
(sampai ada orang cakap.., Fikir macam orang masuk meminang je!)

"Ummi, abah! Inah nak pergi!!"

takpelah. Ini baru FINAL EXAM kan?
bukan PMR lagi..
tiap-tiap tahun kita hadapi FINAL EXAM.
tapi, bukan tiap-tiap tahun kita dapat peluang macam nikan?

Kalau result FINAL EXAM ni tak-berapa-nak-hensem,
tak jejas result PMR pun kan. (eh, yeke? yelah!)

so. bila dah buat keputusan macam ni., dah kena terima awal-awal lagi macam mana markah exam nanti.

dan. tinggal beberapa hari je lagi.
passport dah siap segala.
tak boleh gedik-gedik nak tukar FIKIRAN.
hati sudah nekad.

tetapi.
tetiba terfikir, wajarkah keputusanku ini?

kalau anda berada di tempat saya.
apa yang anda lakukan.

A. Pegilah!Takkan tak nak! Peluang ni bukan datang setiap hari!

atau

B. Tak payah mengada! Tumpukan pada FINAL EXAM dah nak dekat sangat!

yang mana pilihan anda.

p/s:
jangan marah! entri ni langsung tiada kaitan dengan
tajuk meminang. sengaja buat tajuk entri macam tu.
alah, bila tajuk macam tu baru nak baca entri orang kan?
kidding!

Saturday, October 2, 2010

Aku akan dakwa kau!

Kisah yang dipetik dari blog sahabat. Moga mendapat iktibar.

SAYA, LIM dan ISLAM

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago." ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah."Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Friday, October 1, 2010

alam maya VS alam realiti

Alam Maya VS Alam Realiti

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..

Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..

Hei, Nama Awak Siapa?...

teringat peristiwa beberapa tahun dulu..,

bila nak introduce nama..,
mesti berbelit lidah orang nak sebut nama saya.

"Nama saya Mutmainnah."

"Err, apa Mu-ta-innah?"

"bukanlah! Mut-ma-in-nah...!!" suara dah naik seoktaf. itulah, sebutlah nama orang betul-betul!
bukan tu je, ada juga orang yang suka hati kuku kaki dia panggil saya,

"hei, TU-MA-IN-INAH"

"bukan tumainnah lah! nama saya Mutmainnah!

oleh sebab orang lain susah sangat nak sebut nama saya,
saya suruh orang lain panggil saya INNAH.

full stop.

yeah, daripada geram dengar orang sebut nama saya pelik-pelik.
macam nama orang tamil pun ada. eh, nama orang tamil macam tu ke? entah!

Masa saya kecil-kecil dulu, saya tak suka nama saya.
sebab apa?
sebab nama saya ni., susah orang lain nak eja.
kalau eja, mesti salah.! jarang sekali nak jumpa, orang yang baru mengenali saya mengeja nama saya sebiji macam yang tertera dalam surat beranak!

Nama saya tiada NUR didepan.
kalau tengok, nama kawan-kawan saya, ramai yang ada NUR.

tapi, semua nama adik beradik perempuan saya tiada NUR.,
maka dengan gediknya, saya pun sedap-sedap tambah NUR di depan nama saya!
Yalah! orang lain ada NUR, kenapa saya takde kan?

Jarang sekali saya jumpa,
orang lain yang namanya sama macam saya!
boleh bilang dengan jari je.
Itupun, tak sampai 5 orang kot!.

Salah satu sebab saya makin tak suka denga nama MUTMAINNAH ni,
sebab, sebutan awalnya., MUT..
jadi, dengan rasa-tak-bersalahnya, ramailah orang yang panggil saya MUT.!
eh! saya tak suka nama gelaran tu..,

pelik semacam je. Bila balik rumah, saya pun tanya ayah saya..,
apa maksud MUT tu, dulu abah pernah mengajar bahasa arab..,

abah cakap, maksud MUT tu mati..,
eh, yeke.? saya tak percaya.

Tapi, cuba kita ingat balik, doa nak tidur,

Bismikallah humma ahya wa a MUT
"dengan namamu ya Allah, aku hidup dan aku MATI"

sejak haritu, saya sangat tak suka orang panggil saya MUT.

dan, ada lagi sebab lain yang saya sungguh-sungguh tak suka dengan nama saya!

sebab sebutannya dekat-dekat dengan, MUTHU SAMY.
(eh, padahal jauh apa! siapa kata dekat??)

dan, oleh sebab itu,
budak-budak lelaki sekelas dengan saya semasa sekolah rendah,
gatal-gatal panggil saya Muthu Samy.!
Benci sangat! Terasa hati betul!
sampai sekarang saya masih ingat nama-nama budak yang
mengada-ngada panggil saya Muthu Samy. Serius, rasa nak cabai je mulut!
Nasib baik, mereka tu lelaki.!

(sekarang dah tak marah lagi.. :)

Mentang-mentanglah ada orang cakap muka saya ni macam muka orang india.
Geram betul bila orang cakap muka saya ni macam muka orang india.
Kalau tak macam muka orang india, mereka cakap muka saya macam muka orang tamil.
Sejak hari tu, saya memang tak suka dengan muka saya jugak.

Nama, muka.. dua-dua saya tak suka!

sampai sekarang, saya sangat sensitif bila orang cakap muka saya macam muka orang india.!
bencilah..

dulu-dulu,
saya pernah terfikir, kenapa ya ummi tak kasi nama saya cantik sikit.
nama Mutmainnah ni buat saya rasa rendah diri sangat-sangat!
Buat saya tak mahu mengaku itu nama saya!
Sama juga denga rupa saya!

kenapa ummi tak kasi nama saya , Nur Najihah ke,.
dulu, saya suka sangat dengan nama Nur Najihah, sebab.. maksudnya cantik!
Cahaya orang-orang yang berjaya...

kalau bukan nama Nur Najihah pun, kenapa tak kasi nama yang buat saya tak rasa rendah diri sangat-sangat?

Saya pernah mengadu dekat ummi saya sambil nangis-nangis..,
saya tak tahan bila orang panggil nama saya Muthu Samy.
tak suka sangat-sangat!

ummi suruh saya biarkan sahaja.
teringat kata-kata ummi.,
lama-lama nanti, mereka berhentilah sebab letih,
lagipun, kalau kita sabar, kita dapat pahala.. kan?

"Dan bersabarlah kamu,dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan (pertolongan ) Allah." (Surah an-Nahl; 127).

lebih-lebih lagi.,masing-masing masih di sekolah rendah.
Mulut masih belum ada insuran.
ikut sedap cakap je, tanpa hiraukan perasaan orang lain.

TAPI,
itu dulu, kisah saya dibangku sekolah rendah.
semasa saya kecil-kecil dulu.,

sekarang, saya suka sangat dengan nama saya!
Saya tak malu lagi perkenalkan nama saya sebagai Mutmainnah!
Saya bersykur sebab ummi kasi nama saya Mutmainnah!

Nama Mutmainnah ummi cakap, ummi ambil daripada al-Qur'an.

daripada surah al-Fajr.. ayat 27

[27] Hai jiwa yang tenang.
[28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya.
[29] Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,
[30] dan masuklah ke dalam syurga-Ku.

ummi cakap lagi,
maksud Mutmainnah ini, jiwa yang tenang.
Mutmainnah ini merupakan nama nafsu dan merupakan nafsu teratas.

Bila saya besar, barulah saya tahu menghargai nama saya.!
Barulah saya sayang nama saya!

Bagi saya, nama saya unik!
tak ramai orang guna nama Mutmainnah.. kan?
dalam novel pun, sangat susah nak cari wataknya yang bernama Mutmainnah!
atau.. hampir tiada. (sepanjang saya baca novellah!)

Dulu-dulu, masa saya belum matang, ada seorang makcik terbaca nama saya di tudung sekolah saya. Mak cik tu tegur saya, "cantik nama adik.." sambil senyum-senyum..

saya diam. tak cakap terima kasih pun! bagi saya., mak cik tu memperli saya.
(jahat, prejudis betullah!).

Tapi, bila saya dah matang,
bila ada orang cakap nama saya cantik., saya dah tak prejudis lagi.
saya cuma senyum-senyum. terima kasih ummi, berikan saya nama Mutmainnah!

menjadi seorang yang matang itu lebih menyeronokkan!
dan..,
Bila ada penulis yang puji nama saya cantik,,
(suka chatting dengan penulis.. :p)
saya pun cakap,
"gunalah nama saya untuk watak dalam novel akak!"
*tak malu betul. rekomenkan nama sendiri.! Tapi, kalau hukan tuan sendiri nak rekomenkan siapa lagikan?

Hargailah nama yang ibu bapa berikan untuk kita!
tak perlulah kita rasa benci-benci dan tak suka dengan nama kita!
asalkan nama kita tak membawa maksud yang buruk sudah!

teringat kata-kata seorang senior saya dulu semasa memujuk kawan saya yang rasa rendah diri sebab nama dia tak ada maksud pun.

"Takpelah nama kita tiada maksud pun, itukan lebih baik daripada nama yang mempunyai maksud yang buruk kan?"

sekarang saya dah tak mengada-ngada lagi nak nama macam orang lain dan tambah NUR dekat depan.
Dah cukup dah dengan nama yang saya ada sekarang.

Dan, sekarang, saya dah tak-berapa-nak-marah bila orang panggil saya MUT.
sebab.., at least, mengingatkan kita kepada kematian kan?... :)

p/s:
kalau nak beri nama anak nanti, beri nama Mutmainnah eh!

saya bersyukur dengan nama yang saya ada! Anda bagaimana?

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails