Pages

Saturday, November 27, 2010

Program Pertukaran Pelajar.

Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamualaikum.
Sedikit perkongsian mengenai Program Pertukaran Pelajar ke Indonesia
yang saya sertai bulan lepas.

Sebab ramai sangat kawan saya yang tak pergi suruh saya ceritakan sedikit pengalaman.
* dekat sekolah, dah buat dah presentasion tentang pertukaran pelajar ni.

23 Oktober- 30 Oktober 2010.
*waktu ni, struggle week. 28 Nov, final exam. 31 Oktober dapat cuti.
maka, lebih kurang 6 paper juga yang kitorang tertinggal dan qadha' balik .Bagi Form 2 laa.
Kalau Form 4, lagi banyak paper yang kena 'qadha' balik'. ^_^

Peserta yang terlibat dengan pertukaran pelajar ini seramai 14 orang  beserta 2 guru pengiring.
* KAMI adalah BATCH kedua program pertukaran pelajar.
program ni start tahun lepas. ^_^

nama saya berada paling bawah.. ;)

7 Banin, 7 Banat.

2 orang Form 4 * 1 banin, 1 banat
8 orang Form 3, * 4 banin, 4 banat
4 orang Form 2, * 2 banin, 2 banat

SILA TEKAN READMORE UNTUK BACA YANG SETERUSNYA

Friday, November 26, 2010

Lets talk 'bout LOVE!

.LoVe.
Love would make you blind!
I don’t care so much if I couldn’t see,
But it matters when love blinds me from seeing ALLAH’s light..

Love would make you forget!
I don’t care so much if I couldn’t remember,
But it matters when love makes me forget ALLAH..
Love makes you a fool!
I don’t care so much in being a fool,
But it matters if I am a fool in telling the difference between right and wrong..
Love makes you happy!
But why should I be happy?
When I should be grieving, for disobeying ALLAH’s orders..
Love needs a lot of sacrifice!
I am willing to sacrifice,
But why should I sacrifice, if it’s not for
ALLAH?..
Love..
Why should I love?
If it’s not for ALLAH?..
  
Thursday, November 25, 2010

Kau sahabat, Kau teman..

Bismillahhirrahmanirrahim...

“Mak…!Nak balik,nak balik..tak nak duk asrama…!,”Azliana menghentak-hentak kaki selesai saja Puan Ramlah mendaftarkannya masuk tingkatan satu ke sekolah berasrama itu dan meletakkan barang-barangnya di dalam blok A Asrama Khadijah.

“Nana,tinggal kat asrama la best.Ramai kawan,study sama-sama.Nana satu-satunya anak Mak.Nana kena belajar rajin-rajin ya.,”pujuk Puan Ramlah.

“Tapi Mak,semua kawan Nana tak sekolah sini.Nana boleh duduk rumah,Nana jalan la datang sekolah.”,jawab Azliana mempertahankan keputusannya.Wajahnya yang putih makin kemerahan menahan kesedihan di dalam hati.Tidak pernah berpisah dengan ibu bapanya selama ini.

“Tak pe,nanti ramai kawan baru yang nak kawan dengan Nana.Jauh kalau nak berjalan dari rumah ni,lagi pula duit minyak makin mahal.Mak nak balik dah ni.Ayah tunggu sorang je kat rumah tu.Jangan sedih-sedih ye.”tambah Puan Ramlah lagi memujuk anaknya yang pertama kali tinggal di asrama itu.

“Mak…isk isk isk…,”Nana memanggil Maknya sayu,air matanya mula berlinangan jatuh membasahi uniform sekolahnya.

“Ye Nana,dah jangan nangis.Belajar rajin-rajin ye nak,Mak dan Ayah akan sentiasa doakan kejayaan Nana.,”Puan Ramlah memeluk Azliana dan mengusapnya lembut.Puan Ramlah mula masuk ke perut teksi yang sudah lama menunggunya,dah tidak lama selepas itu,kereta itu hilang dari pandangan Azliana.

Tangisannya makin memuncak.Dia masuk ke dalam asrama dan duduk di atas katilnya.Dia seperti tiada arah,tangisannya makin kuat.Semua pelajar yang berada disekeliling melihat sahaja ke arahnya.Ada beberapa senior yang datang memujuk tidak diendahkannya

Tiba-tiba bahunya disentuh.

“Awak…,”sapa seorang pelajar perempuan.

Azliana memandang ke arah perempuan itu.Hatinya berasa lebih tenang dengan sentuhan dan sapaan lembut itu.

“Awak..jangan nangis.Wawa pun sedih,Mama dan Papa baru je tinggalkan Wawa.Wawa pun baru masuk hari ni.Wawa form one.Nama awak sape?,”tegur Salwa memperkenalkan diri tanpa dipinta dan duduk disebelah Azliana.

Esakan tadi mula berkurang.Azliana rasa selesa dengan kawan barunya itu.

“Azliana.Panggil je Nana.Nana pun form one.Nana sedih,Nana tak pernah berpisah dengan Mak dan Ayah.Dulu,Nana tinggal kat rumah je.Mak dan Ayah yang hantar pergi sekolah.Nana suka sekolah dulu.Nana ade ramai kawan.,”Azliana mula berminat meluahkan apa yang terpendam.

“Wawa pun suka duk rumah.Mama dan Papa suka bawa Wawa pergi jalan-jalan.Bibik pulak suka masak ape je yang Wawa nak.Wawa pun tak nak duk asrama.Tapi…,”kata-kata Salwa terhenti.Wajahnya menampakkan kesedihan.Dia merenung dalam mata Azliana.

“Kenape Wawa?,”tanya Azliana hairan.

“Papa dan Mama…Papa dan Mama tak lama lagi akan mati…,”luah Salwa tersekat-sekat.Tangisannya pula yang kedengaran di dalam blok itu.

“Ha?!,Kenapa?Papa dan Mama Wawa sakit ape?,”Azliana terkejut dengan kenyataan yang diluahkan Salwa.

“Papa dan Mama ada sakit yang tak dapat diubati.Bibik yang cakap.Papa dan Mama tak pernah bagi tahu Wawa.Tapi Wawa selalu nampak Papa dan Mama makan ubat.Bila Wawa tanya,Papa dan Mama kata biasalah penyakit orang tua.Wawa tak rasa itu penyakit biasa.Kadang-kadang Papa dan Mama tak balik rumah.Papa dan Mama cakap ada kerja,tapi Wawa tak percaya.Wawa tanya bibik,mula-mula bibik tak nak bagi tahu.Tapi Wawa paksa jugak.Bibik kata Mama dan Papa kena tahan di hospital beberapa hari.Ada rawatan khusus.Wawa sayang Papa dan Mama.Wawa tak sanggup kehilangan mereka.Sebab tu Wawa ikut cakap Papa dan Mama untuk tinggal di asrama ni.Nana,jadi kawan Wawa ye.Wawa tak de kawan lagi kat sini.Wawa rindu Mama dan Papa…,”luah Salwa penuh emosi.

“Wawa…Nana nak kawan ngan Wawa.Wawa jangan sedih…,”Azliana pula memujuk Salwa.Rasa simpati terhadap kenalan barunya itu.Rupanya kesedihan dirinya tidaklah seteruk Salwa.Tangisan yang berhenti tadi,kedengaran kembali.Mereka berpelukan.Tangisan kali ini semakin kuat,dua tangisan bersatu menjalinkan ikatan persahabatan.

Ibu-ibu yang menghantar anak-anak mereka di asrama itu juga melihat dengan penuh rasa terharu dan mata yang berkaca.

**********************

SILA TEKAN READMORE UNTUK BACA YANG SETERUSNYA.

sakitkan patah hati.?

Assalamualaikum.

kata orang.,
tak perlu kecewa dalam hidup.
hidup itu sementara je.
Tapi, hidup dan kecewa memang tak boleh dipisahkan.
kan?
*beginikah rasanya kecewa dan patah hati?

hurt.

tapi, kekecewaan itu tak perpanjangan,
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.

kekecewaan dalam hidup ini mungkin tarbiyyah daripada Allah.
Apakah kita akan sabar atau sebaliknya.

sekarang ini.
saya rasa kecewa sangat.
kecewa+patah hati = sakit sangat. ^_^

siapa yang suka fikir bukan-bukan, cepat bersihkan balik fikiran, ini tiada kena-mengena dengan putus cinta

mood: kecewa dengan diri sendiri.

Tuesday, November 23, 2010

Because he is a muslim!

Bismillahirrahmaanirraahiim.
Assalamualaikum.
disebabkan sejak akhir-akhir ini saya malas nak update blog,
maka, saya post gambar-gambar cute dibawah ini untuk direnung bersama :)

silakan kalau nak copy!
*semoga mesej di bawah ini bermakna buat anda :p

Warkah hati buat wanita

Assalamualaikum.
^_^ .

Tadi, masa tengah jalan-jalan di alam maya,

saya terbaca satu artikel yang agak menarik la.
bukan agak menarik, tapi memang menarik untuk dikongsi.
walaupun artikel ni bukan saya yang tulis, tapi saya harap perkongsian ini membawa manfaat.
ameen. :)

WARKAH HATI BUAT WANITA..

"Kerana dirimu begitu berharga." Biasa mendengar kata-kata ini diselitan iklan rancangan-rancangan televisyen. Model wanita rupawan pasti menjadi alat untuk mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan. Tanpa disedari, diri yang bangga dipertontonkan sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan.

Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yang pasti jawapannya 'Ya' secara umum.
Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa, andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti. Mata mula meliar mencari yang jelita. Cinta pudar bertukar rasa.
Namun jika cantik itu dilihat pada budi, kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri. Cinta yang disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yang abadi ke syurga-Nya nanti.
Wanita yang dikasihi sekalian,
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa, bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yang melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yang melihat.

Hati sebesar cawan dan hati sebesar kolam.

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Sunday, November 21, 2010

perjalanan hidup.

pahit manis dalam persahabatan.

pengawas sekolah 2010

batchmates yang sentiasa menguatkan.

Bismillahirrahmaanirraheem,.

Salam Aidil Adha. * walaupun dah lama lepas. ^^

sedar tak sedar. sesi persekolahan dah berakhir.
sedar tak sedar juga, saya sudah meninggalkan tingkatan 2.

Cepatnya masa berjalan. Alhamdulillah, tahun depan masuk tingkatan 3.

Ingat FORM 3, INGAT PMR.

Terlalu banyak memori yang tersimpan sepanjang berada di tingkatan 2.
Walaupun memori semasa berada di tingkatan 2 tidak semanis memori ketika berada di tingkatan 1, rasa indahnya tetap ada.

Mungkin memori di tingkatan 1 lebih manis kerana lebih 'berwarna-warni'.
Tambahan pula, semasa tingkatan 1 dulu, dalam kelas pelajarnya semua perempuan.
Kata orang berada di tingkatan 1 itu;
*zaman RIBENA lagi.
*zaman hingusan lagi.
*zaman muda mudi.*walaupun sampai bila-bila kami akan mengaku kami ini muda-mudi.

Kalau tingkatan 1 itu telah menyimpan memori 'manis'.
Berada di tingkatan 2 pula telah menyimpan memori 'indah'.

Indah dan manis itu berbeza.!

Memori itu bukan semata-mata untuk disimpan.
Bukan juga semata-mata untuk dikenang.
Tetapi.,
memori itu adalah bekalan untuk kita terus melangkah menapak hari-hari yang akan datang.!

memories are precious.!

Sepanjang berada di tingkatan 2,
terlalu banyak benda baru yang saya pelajar.
barangkali, sudah tidak boleh dihitung dengan kalkulator kerana terlalu banyak.

mungkin salah satunya.,
saya belajar untuk mengurus 'perasaan' itu.
saya belajar untuk menjadi seorang yang lebih berani.
saya belajar untuk mengenali diri saya sendiri.

mungkin..

itu hanya salah satunya sahaja.

.
barangkali berada di tingkatan 2 lebih mencabar berbanding berada di tingkatan 1.
Lagi-lagi apabila, amanah yang dipikul sepanjang berada di tingkatan 2 itu lebih berat ketika berada di tingkatan.

sekarang.
sudah tiba masanya untuk tutup buku.
yang berlalu itu biarkan berlalu.

buka lembaran baru.
bersedia untuk menempuh tingkatan 3.
dan. semestinya, lebih mencabar.

kalau tingkatan 1 itu melakar kenangan manis,
tingkatan 2 pula mencoret kenangan indah

mungkin tingkatan 3 pula, bakal mencatit kenangan berharga pula.

Ya, Mungkin. Hidup ini penuh dengan kemungkin.

SILENCE CAN BE LOUD.

*cuti dah bermula.!

selamat bercuti . ^^
manfaatkan cuti kali ini dengan sebaiknya.
*pesanan untuk diri sendiri.

MASA ITU IBARAT PEDANG, KALAU KITA TIDAK MEMOTONGNYA, MASA AKAN MEMOTONG KITA.

time is pressure. time is gold. time heals..what reason cannot?

rindu kawan-kawan semua. ^^
*kangen juga sama temen-temen di Indonesia. ^^

maafkan diri ini andai melakukan khilaf.

buah cempedak di luar desa,
ambil galah tolong jolokkan,
saya hanya insan biasa,
kalau salah tolong betulkan.

*maaf ya kerana pantun ini telah dirosakkan.! =D

sahabat-sahabat.,
terima kasih kerana mengajar saya tentang ukhuwwah.
Insya Allah. Kalau panjang umur, kita jumpa lagi tahun DEPANNN!

p/s:
tiba-tiba hati ini merindui insan yang bernama Nor Hananie dan Nurul Huda.
Rindu itu memang aneh walaupun ianya satu anugerah.
mungkin antara anugerah yang terindah.

* tiada unsur mengampu di sini.

"tidak salah untuk mengenang sebuah memori.
tapi, ianya akan menjadi salah andai dengan mengenang memori itu akan melalaikan kita dan membuatkan kita tidak berpijak di bumi yang nyata serta dibelenggu kenangan silam memeritkan"

Saturday, November 13, 2010

Janganlah sombong sangat!

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmaanirrahiim. ;)

* tibatiba tangan jadi malas nak mencoret ceritaceriti tentang pertukaran pelajar.
padahal dah janji dah dengan kawan, nak tulis dalam blog., sebab bila dia suruh cerita pasal
pengalaman di Indonesia., saya tak nak..

saya ada terjumpa kata-kata yang sangat best.
KHAS buat manusia yang suka berbangga.
err.. mungkin juga untuk kita supaya sentiasa muhasabah diri sendiri.

Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal!
kerana, pakaian terakhir kita adalah kain kapan je.

Jangan bangga dan action sangat dengan dengan kenderaan mewah,
kerana, kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan keranda je!

Jangan terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman.,
kerana tempat tidur terakhir kita adalah liang lahad.

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah yang mewah seperti istana.,
Kita kena INGAT! rumah terakhir kita nanti kubur bertiang dua je.!

Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat.
kerana.., bila kita sudah tiada nanti, kita dapat gelaran al-marhum.

Jangan kita tergedik-gedik dan mengada-ngada berlagak dengan wajah kita yang cantik atau kacak.
sedar diri sikit., bila kita mti nanti, wajah itu menjadi tengkorak je.

p/s:
kesimpulannya.,
tak perlulah kita nak menyombongkan diri kita!
tak perlulah kita bongkak.. siapalah kita kan untuk berlagak sombong?
kita hanya manusia biasa yang amat kerdil.
Lagi pun, Allah pun sangat benci kepada hambaNya yang sombong..

Ya Allah..hiasilah kami dengan sifat mahmudah.. dan jauhkan kami dari sifat mazmumah

Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami

Tuesday, November 2, 2010

*exam mode

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Assalamualaikum.

^_^

wah.sekarang minggu exam.
final exam.~

keputusan final exam ini akan menentukan kelas untuk tahun hadapan.

dan.
keputusan final exam kali ini juga menentukan sama ada wajib ke kelas tambahan ataupun tak perlu ke kelas tambahan cuti nanti..

(harap-harap, saya bukan dalam golongan yang akan 'terpilih' ke kelas tambahan nanti. ammennn!!)

masih banyak paper exam yang belum dijawab lagi. terutamanya subjek diniyyah.
tafsir, hadis, tauhid, tajwid, alquran, hafazan, sirah, feqah.. ^^

dan. masih banyak lagi paper exam yang belum di ' qadha' .. (ganti)
banyak juga yang tinggal sebab tak datang sekolah..

*gara-gara bersenang-senang di Indonesia.. tak datang sekolah seminggu.. :p
serius! best sangat pertukaran pelajar... ^^

nak post cerita tentang pertukaran pelajar., tapi masa tak mengizinkan..! :p
sedang sibuk sangat dengan buku-buku dan peperiksaan.. :)
ha, lepas exam nanti. insya Allah., saya post... :)

p/s:

doakan saya ye berjaya untuk final exam kali ini..!!

doakan saya berjaya!! :)

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails