Pages

Friday, June 24, 2011

3 golongan yang menggunakan internet

Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari anda.
Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :
Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.
Kedua : Golongan yang menghabiskan masa berada depan komputer dengan bermain game, mendengar lagu, berborak kosong (chatting) dengan sesiapa sahaja, 'merayau-rayau' tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.
Ketiga : Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh,melawati laman-laman porno, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan  memusnahkan rumahtangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT.
Bersama-sama kita bermuhasabah. Saya dan anda golongan yang mana? Sekiranya anda golongan yang pertama, anda hebat! Anda beruntung dan berbaloi walaupun dua atau tiga jam menghadap komputer.
Sekiranya anda golongan yang kedua, anda golongan yang rugi kerana masa anda dipersia-siakan tanpa sebarang faedah. Anda akan menyesal di akhirat nanti ketika berdepan dengan hisab amalan satu persatu termasuk masa yang kita habiskan.
Atau anda golongan yang ketiga? Awas! Dan hentikan tabiat buruk itu. Anda sedar atau tidak anda sebenarnya membuat koleksi dosa-dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil. Dosa mengumpat dan memfitnah zaman moden ini amat mudah dilakukan. Tidak perlu bersuara atau berkumpul ramai-ramai. Hanya dengan sekali klik dosa mencurah-curah menjadi milik anda.
Mudarat internet amat besar. Kerana internet  boleh menghilangkan maruah diri seseorang, boleh meruntuhkan rumahtangga, boleh memutuskan hubungan dua sahabat dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan.
Konklusinya, berhati-hatilah dalam menggunakan kemudahan internet. Manfaatkan kemudahannya untuk menjana amal soleh dan kebaikan di dunia dan akhirat. Jangan kerananya menyebabkan kita menerima penghinaan dan azab yang pedih bila kembali ke kehidupan yang sebenar nanti.

Harga sehelai tudung labuh..

alt
Dia menangis tersedu dalam dakapanku.
"Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".
Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.
"Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya". "Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.
"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.
Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.
"Awak menyesal pakai tudung labuh?", aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. "Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?", saya terus menduga.
"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.
"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak.Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran.. inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.
"Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih. Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?" Aku menduga.
Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.
"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan. Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan. Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."
"Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insya-Allah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita."
"Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah.Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."
Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.
"Habis, apa saya kena buat?", tanyanya.
"Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunan-Nya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur pada-Nya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.
Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih sahabat".
"Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga." Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.
Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.
Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.
.. dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita..

Thursday, June 9, 2011

Sila sedar diri..!!

Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamualaikum!
Selamat Siang Dunia!
Hello World!

TupTapTupTap.
Masa terus berjalan.
Berlari meninggalkan aku yang masih terkapai-kapai.
Wahai Masa,
Kenapa engkau terlalu cepat berlari.?
Tolong berjalan sahaja, kerana jika engkau berlari, aku akan ditinggalkan keseorangan.
Mencari Makna Sebuah Kehidupan.

Wohaaa,.
Sekarang bulan JUN
diulangi, BULAN  jUn
BUKAN  jAn
Sila tukarkan huruf A kepada huruf U.

Rasa macam tahun 2011 baru sahaja menyapa.
Rasa macam sekarang ni baru je Bulan JANUARI.

Cepatnya, dah masuk Bulan JUN,
Kalau dah bulan JUN maknanya, tinggal 4 bulan sahaja lagi sebelum bulan OKTOBER

kalau bulan OKTOBER, maksudnya..,
waktu tu tengah sibuk nak PMR

yeah, PMR, tinggal 4 bulan sahaja dari sekarang.
Rasa macam tak percaya.
Saya sekarang budak tingkatan 3.
Bila tingkatan 3, maka saya ambil PMR.

Rasa  macam baru semalam jee, Abang Muaz  duk sibuk gelakkan saya yang dah pakai kain purple, masuk sekolah menengah,

" Dah besar dah eh Inah, dah sekolah menengah.."

Tapi, sekarang..,
dah tingkatan 3.
kadang-kadang, sukarnya terima hakikat.
saya sudah meningkat dewasa.

ya, semakin TUA.
saya harus menerima hakikat itu,
setiap detik yang berlalu, saya semakin meningkat TUA
*guna perkataan TUA agar, saya sedar diri.
setiap detik yang meninggalkan kita, kematian itu semakin menghampiri kita.

Tapi.,
PMR is a journey, not a destination
PMR itu bukan segala-galanya.

Walau bagaimanapun, itu bukan alasan untuk kita ambil endah tak endah.

" Allaaaaa, PMR je pun, tak matilah kalau tak lulus, boleh je masuk form 4 lagi"

yea, memang boleh pun, tapi berbaloi ke kalau tak lulus?

3 tahun belajar,
tapi. tak lulus-lulus.
Ibubapa dah keluarkan duit banyak-banyak suruh kita belajar,
tapi still tak pandai-pandai.
Tak pandai bukan sebab otak bengap.
Tak pandai sebab MALAS.

kadang-kadang,
serius, saya rasa menyampah sangat dekat orang yang TERLALU MALAS nak belajar,
bila dapat result teruk, mula lah bising. Habis yang malas siapa suruh? orang lain time exam sibuk baca baca buku, dia buat benda lain..

Saya pun selalu juga rasa malas sangat-sangat-sangat nak studi,
tapi, bila  fikir balik pengorbanan ibu bapa kita,
bila fikir balik harapan orang lain terhadap kita,
sanggup ke nak kecewakan mereka?

Bulan JUN sudah tiba,
maka dengan ini saya menyeru CALON PMR 2011 sekalian,
agar sama-sama kita sedar diri.

SILA SEDAR DIRI SEKARANG!
Lakukan anjakan paradigma sekarang.
Mari kita mencipta sinergi yang mapan demi mencapai kegemilangan.
Lahirkan TENAGA RAKSASA untuk menghasilkan kejayaan.

Hari ini tidak dikira terlambat lagi untuk kita berubah.
change for good.
for a better future.

Kadang-kadang,
rasa susah juga bila orang letakkan harapan yang tinggi untuk kita.
Kadang-kadang,
rasa macam tak mampu nak capai je apa yang orang lain harapkan.
Abah, ummi.
saya sedang cuba yang terbaik untuk buktikan yang saya mampu lakukan
walaupun abah dan ummi risau tengok anak abah dan ummi yang seorang ni tak berapa suka nak berkawan dengan buku time cuti-cuti balik rumah.

Tapi,di sekolah dan di asrama, bukulah kawan baik saya..
*errr.. boleh digunapakai ke statement ni?

anti dah sedar diri atau belum?
Kita dah semakin dewasa.
PMR dah nak dekatttt.
jangan sibuk lagi membebel,

" Ana tak percayalah kita dah form3.."
perkataan itu sudah bosan saya dengar daripada budak-budak form 3.
sebenarnya dah percaya, tapi BUAT-BUAT tak percaya. kan?

yassir wala tu'assir.
Moga Allah permudahkan segalanya.

Kata Kak Mardhiyyah,
Kalau nak berjaya, jangan harapkan usaha semata-mata.
Doa itu kena turut serta.
Jaga hubungan dengan ALLAH dan MANUSIA

hablu minallah
hablu minannas

Kalau kita berakhlak mulia,
suka tolong orang
hormati guru dan ibu bapa,
Insya Allah, Allah akan tolong kita berkat kebaikan akhlak yang ditunjukkan.

Saya sudah jumpa orang yang biasa-biasa sahaja dalam pelajaran,
nak kata terlalu bijak, tak pun. nak kata top student, bukan juga.
dia hanya pelajar yang sederhana sahaja.
Tapi, berkat akhlak dia yang mulia, rajin buat qiam, suka tolong orang

Allah permudahkan sehingga dia dapat straight A dalam PMR.
Hebatkan?

Dan, saya juga pernah jumpa,
orang yang terlalu bijak.
top student.
tapi, bila exam betul2, result cikai je.
sebab apa?
sebab kurang menjaga hubungan dengan ALLAH dan MANUSIA.
selalu sakitkan hati orang. kadang-kadang bongkak dan riak.
batas-batas pergaulan antara lelaki perempuan pun tak jaga.
Mungkin, tiada keberkatan di situ.

ALLAH maha adil.
Have faith in ALLAH.
Allah tidak memandang hasil, tetapi memandang USAHA kita.
redhalah dengan setiap ketentuannya.
setiap perkaran yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya

Kata Maryam pula,
" PMR senang je"
yelahh,, Kak Maryam kan dapat 9A, mestilah senang.
Tapi, bukan seorang je yang mempengaruhi saya mengatakan bahawa
PMR itu senang.

A Doctor In The House pun cakap macam tu. ;p

BATCH 9, buktikan kita boleh
untuk calon PMR 2011 yang lain,
All the Best.

kalau nak buat apa-apa,
ingat Allah dan harapan orang lain untuk kita

Saya Menang Pidato, Yeay.!

Assalamualaikum

Bila start baca, sila baca sampai HABIS agar tidak berlaku salahfaham dan salahfakta,
KERJASAMA dari anda sangat diperlukan, Terima Kasih.

siapa yang minat berpidato di sini sila angkat tangan.!

oke, sebelum jauh melencong.

imbas kembali,....

" Inah, pergi tak karnival kokurikulum MGBSIM dekat Hira' Jeram cuti nanti?"
tanya seorang kakak senior.

" Siapalah ana nak pergi, ana tak terpilih pun pergi sana., "

beberapa hari selepas itu,

" Inah, muallimah panggil anti pergi bilik APD..."

" erk, kenapa pula, bukan orang yang akan pergi karnival kokurikulum je ke yang kena berkumpul dekat bilik APD.. ana tak join apa-apa pun..."

yeah, kena panggil tiba-tiba. Peliklah.

" Pergi je dulu.."

then, saya pun bergegas lah pergi bilik APD. Mungkin muallimah nak minta tolong apa-apa kut.

" Muallimah panggil ana ke?" 
" A'ah. Mutmainnah, anti masuk pidato  untuk karnival kokurikulum MGBSIM nanti.."

" Erkk.. Siapa lagi yang masuk pidato..?"

" Anti wakil akhawat, wakil ikhwah Mujaheed, eloklah tu, dua-dua adik beradik. Bincanglah dua orang"

Dipendekkan cerita, saya pun terpilih la jadi wakil sekolah untuk pidato.
Serius, sebelum ni tak pernah pun jadi wakil sekolah untuk pidato.
Dan,, tak tahu apa-apa pun tentang pidato sebab tak pernah masuk.
Kalau debat lainlah. Dah pernah training.
Ini first time tau masuk pidato. Mencari pengalaman.
Ayuni dan Safura sangat baik hati.
Rajin sangat call dari Selangor bagi kata-kata semangat,..

" Inah, buat yang terbaik.. Anti boleh, ana sokong anti.."

tiba-tiba rasa terharu, wohaa,, thanks sebab sudi menyokong..
dan, kata-kata semangat mereka buat saya jadi teransang nak buat yang terbaik.

bila time nak pidato je,
sempat juga la sembang dengan peserta-peserta lain,
ramai juga yang dah perpengalaman dah dalam pidato.
Tapi, ramai juga yang first time masuk pidato.
yeah, macam sayalah.

Tengok diorang berpidato. PERRGGHH. Best je dengar.
Ayuni dah semangat datang  nak tengok kawan dia berpidato.

Bila tiba je result pertandingan pidato,
Saya Tak Menang Pun
 saja-saja je tajuk buat macam tu sebab nak mengubati kekecewaan sebab tak menang.

Rasa bersalah pun ada, yelah, orang lain dah bagi support bagai nak rak, macam yakin je kita boleh menang, tengok-tengok tak menang pun. Malu nyeee,,

Sedihhhhh taw.
Tapi, takpelah. Ini first time.

Kata kak Maryam,

" A thousand step, start with one step"

Yeah, ini baru permulaan.

Kata Kak Wana pula,
" Ada banyak lagi masa nak asah bakat. Baru Form 3"
* tapi saya tetap rasa F3 tu dah tuaaaa.

Tapi kata saya,
" Lepas ni rasa macam dah tak nak masuk pidato lah. Jiwa saya memang tak sesuai. Saya lebih mencintai debat daripada pidato. Saya seorang yang berjiwa debat. Debat lebih best, Lebih santai.."

Saya kata macam tu bukan sebab kecewa tak menang,
Tapi, memang itu kata hati.

Abang Mujaheed pun tak menang juga pidato.
Kira okeyla. Ada juga geng. Kalau dia je menang saya tak menang, mana adil.
atau, kalau saya je menang, dia tak menang pun tak adil.

Kalau kalah, dua-dua kena kalah,
Kalau menang, dua-dua kena menang.
baru adil. Fair and square laa..

Adeke macamtu?

tinggal jejak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails