Pages

Thursday, January 26, 2012

Untuk orang yang belum rabun, kamu wajib baca!

" Apa yang Muallim tulis dekat whiteboard tu hah, tak nampaklah..?"
 Aku bertanya kawan di sebelah aku sambil membulatkan mata. Serius. Tak jelaslah!

"Eh, Inah.., enti tak nampak ke? Ana nampak je, enti ni rabun kottt?? Cuba try pakai spec ana, nampak tak?"

" Tak, ana tak rabun lah. Hari tu dah pergi check dah mata,, okey je."
Nafiku. Aku memang tak boleh terima hakikat yang aku ni rabun.

"Bila enti check..?"

"Tahun lepas.." Jawabku sambil memperlahankan nada suara..

"Inahh!! Tu tahun lepas lah!"

"Yelah,yelah.., nanti ana pergi check balik lah.. "
Kena mengalah cepat-cepat, nanti kalau dia start membebel , susah pula nak berhenti.

"Ehhh, kenapa nampak pula eh whiteboard ni bila guna spec enti..?"

"Enti rabun lah tu, terima je hakikat, pergi buat spec, boleh masuk group "MANUSIA-MANUSIA RABUN"

" Tak, ana tak rabun. "
Serius. Tak boleh terima hakikat yang aku ni rabun!

Lepas pergi jumpa doktor mata dia cakap,
"awak dah rabun lah. Tapi, peringkat yang terkawal lagi. Power awak tak sampai seratus, kanan 50, kiri 70..,"

"Doktor, kalau saya tak buat spec lagi tak pekan? Rabun saya tak teruk sangatkan doktor..?"

"Hmm, peringkat rabun awak ni masih boleh kalau tak pakai spec, biasanya kalau rabun power 100 ke atas baru kena buat spec, tapi terpulang kepada awak..."

Dengan rasa suka hatinya,
saya tidak mahu memakai cermin mata, bagi saya KEMACHOAN saya akan hilang jika saya pakai cermin mata.., tak cool lah kata orang, saya memang tidak suka cermin mata. Minta maaf ye sesiapa yang pakai cermin mata. Saya tidak mengatakan anda tidak cool, tetapi saya merasakan saya tidak macho dan cool apabila memakai cermin mata. *walaupun saya memang sudah tidak cool dan macho.*

Kalau pantai boleh berubah, ini kan pula manusia..,

Hari ini dengan bangganya, saya mengatakan SAYA TERDESAK INGIN MEMAKAI CERMIN MATA!

1. Insiden beberapa kali tersalah orang membuatkan saya merasakan mata saya sudah kronik.

Pada suatu hari,
dengan bangganya, ketika di koridor sekolah saya melambai-lambai seorang jejaka, saya kira jejaka itu abang saya, Inche Mujaheed,, saya ingin bercakap sebentar dengan dia, malangnya, jejaka itu menoleh kebelakang kerana dia merasakan saya memanggil orang belakang dia. Walau bagaimanapun, dengan bangganya saya terus melambai-lambai jejaka itu dengan penuh semangat dan terus mara ke arah jejaka itu, malangnya apabila saya semakin dekat dengan jejaka itu, barulah saya menyedari, itu bukan abang saya! Patutlah jejaka itu seperti orang yang terpinga-pinga dan teragak-agak apabila saya melambai kearahnya dengan penuh semangat! Saya bukanlah orang yang pandai 'cover' kalau tersilap. Bila saya tahu je saya salah orang, saya terus berlari, yeah,,!! Kita lari!! Malu lah! Lebih malu apabila beberapa orang junior yang menyaksikan adegan itu mengusik,, "amboii, kak Innah lambai siapa tu tadi?" Heh!!
*cerita ini ada sedikit tokoktambah untuk menyedapkan perisa
Saya tidak sanggup lagi menanggung malu, gara-gara mata yang rabun ini.
Ini baru satu kes, saya ada banyak lagi pengalaman yang memalukan berkaitan dengan SALAH ORANG.

2. Akibat tidak memakai cermin mata, penglihatan saya semakin teruk dari hari ke hari., saya pun tak tahu dah berapa ratus dah power kerabunan saya meningkat.!
Serius, memang langsung tak boleh nampak apa yang cikgu tulis dekat whiteboard.!!

nak tak nak, kena juga pakai CERMIN MATA,,
Bila mata dah rabun macam ni,
barulah rasa rugi sangattt,

"Kenapa aku tidak menjaga nikmat Allah ini dari mula..,? Bila Allah tarik balik nikmat  kejelasan penglihatan kita, barulah kita rasa.., betapa aku tidak bersyukur dengan nikmat mata yang sihat sebelum ini.., itulah manusia, bila kita hilang sesuatu, baru kita sedar kepentingannya. .."

Itu baru nikmat mata yang Allah tarik, tak masuk lagi nikmat lain.
Nikmat mata pun kita dah rasa kehilangan,

Kepada kamu yang matanya masih elok dan tidak rabun,

Hargailah nikmat itu.
Jangan sia-siakan,
Jagalah elok-elok mata tu!
Jangan bila dah rabun baru rasa menyesal.

Faktor utama mata saya rabun mungkin sebab
1.terlalu kerap menggunakan laptop, terutamanya dalam gelap.
2.suka membaca dalam gelap.
3.suka membaca sambil berbaring.

korang jangan amalkan ye.,
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna,

HARGAILAH MATA KITA!
ANUGERAH ALLAH TIDAK TERNILAI!

 EYES, a gift from HIM

p/s: sampai sekarang saya belum pakai cermin mata lagi, entah bila baru nak pakai..

0 resp0n dr pembaca: